Pages

Wednesday, June 19, 2013

Allahummansurul mujahideen fi suriah T_T




MasyaAllah. Tersenyum mereka. Wahai yang dicintai Ar-Rahman.



Allahummansurul mujahideen fi suriah
"Ya Allah menangkanlah mujahideen di syria" 



T_T




Cant stop thinking about them. Bergelinang air mata melihat mata-mata syurga. Wajah-wajah kesayangan Allah. 




Ya Rabb aku cemburu. :'( 



Jangan berhenti doakan mereka. Biiznillah, islam akan menang. Soon. 


p/s: Moga dapat bersama mereka di sana. Kerdilnya diriku T_T


Friday, June 14, 2013

"Wanikma ajrul 'amileen." :')



Bismillah.


2.24am.


Putting down the pen. And the notebook. Scrolling down the notes written since the first day we met. And subhanAllah. Tears rolling down the cheeks. Just ended my last liqo' with them at the only masjid in seoul. With a beautiful recitation of surah Ali Imran from the imaam, during isya' just now.



MasyaAllah alaik. :')





xxxxxxxxxxx




SubhanAllah langitMu yang luas. Sebesar impian menyentuh bintang-bintang di sana, sebesar itulah impian bersama-sama mereka melangkah ke jannahNya. :)






Pernah sekali murobbi kami berkata, dakwah tidak patut dimulakan di bumi ini. Hati luluh. Mahu berputus asa. Namun, di sudut paling hujung celah hati itu juga masih ada kelip-kelip cahaya yang bernyawa. Cahaya yang yakin, dan percaya. Segala yang telah berlaku atas izinNya, dan segala yang bakal berlaku juga biiznillah, dengan izinNya.


Jadi mengapa mahu berhenti, atas apa yang telah dimulakan. Sedang ia terlalu banyak disebut sebagai suatu amalan yang mulia disisi Allah dalam ayat-ayat suciNya. Dalam hadis-hadis Rasul agungNya. Yang memerlukan keikhlasan, dan istiqomah.


Biar kami dizalimi, atau kami penat berganti lelah. Namun kelip-kelip itu tetap akan hidup, menyinarkan harapan untuk terus menghidupkan yang lain.


Kita usaha, yang lain biar diurus Allah. kan kak? hee :')



wabismillah, ayat dibaca imam pada rakaat pertama isya' tadi :



"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah Mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. 


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka. Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui.


Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.."

[Ali Imran : 134-136]




Menjadi orang-orang beramal yang diganjari itu, insyaAllah. 




p/s : Alhamdulillah untuk semester ni, hadiah dari Allah yang tak pernah bisa diganti. Mereka, mutarobbi-mutarobbiku. Moga Allah Redha. :') 
Am looking forward untuk cuti semester dan Ramadhan. Jumpa di Malaysia!

Love, 
Krun. Rozman



Tuesday, June 11, 2013

Melihat bintang kelip-kelip di langit :)




Bismillah.
Bangkit dari post yang lalu. :)




"Sometimes you just have to believe. 
'Cause she is on every page of your imaginations. "

Katanya Mr.Barrie pada Peter. Yang sedang menangis bercerita tentang ibunya.


-Finding Neverland.





Peter menatap buku kecilnya sambil bergelinang air mata. Pipinya merah kerana bingung, tentang dunia yang sering diulang Mr.Berrie (Johny Depp).


Neverland.




To Jannah. Where your imaginations will take you. 



Cerita ini tentang seorang kanak-kanak yang memendam impian dan cita-citanya, dengan hanya memandang realiti. Lalu terus menutup mindanya untuk berimaginasi. Peter lalu kehilangan ibunya, setelah baru-baru kehilangan ayahnya. Namun tetap berdiri matang. :')



Bersabda Rasulullah saw pada sahabat, 


"Sesungguhnya penghuni syurga akan melihat ghurfah (tempat yang tinggi) di syurga, sebagaimana kalian melihat bintang di langit" 


(HR Sahal bin Saad, Shahih Muslim)  



SubhanAllah. Dongak ke langit dan senyum. :') 




Pada awalnya aku menonton finding neverland ini, supaya dapat fahamkan psikologi anak kecil yang baru kehilangan ibubapa. Mungkin kiranya sedikit sebanyak dapat membantu adik kecilku di rumah untuk terus bangun dengan azam hidupnya.


Tetapi subhanAllah pada ibrah yang tertimbul. Mereka bercerita tentang kepercayaan. Kuasa untuk percaya yang mengatasi kemampuan minda dan perasaan. Dan begitulah datangnya imaginasi yang hidup.



Bila kita betul percaya, kewujudannya. Kan? ^^ Dr.Muhaya juga mengulas dalam reset minda,



"Minda bawah sedar berkuasa dua juta kali ganda dari kuasa minda sedar. 
Itulah kuasa berimaginasi. Yang lebih kuat dari kuasa berfikir sendiri." 




Kuasa minda bawah sedar. Imaginasi. 




Jadi sebenarnya mahu menuding kepada si dia, si kita, si diri sendiri yang selalu futur (lemah iman). Ketika terasa lemah, mahu mengundur dari jalan dakwah yang lelah ini, asingkanlah dirimu sebentar bermuhasabah. Dan berimaginasilah kita, tentang syurgaNya lagi. Yang selalu bakal buat kita tersenyum, mengharap dan percaya akan kehadirannya.



Maka ketika itu hamasah dan himmah akan mendidih, menggerakkan anggota-anggota yang malas.




Bangunlah dari futur. Berimaginasilah. 




Hadirkan kuasa minda bawah sedar itu. Kerana kita bukan sampah dunia. Kita bukan hidup sia-sia. Kitalah muhareek. Kitalah muhareekah. Kita berimaginasi tinggi. Dan kitalah bakal penghuni syurga itu. Kita selalu hidup, kita sentiasa hidup, untuk syurgaNya. InsyaAllah.





"Allah will say, 'This is the Day when the truthful will benefit from their truthfulness.' 
For them are gardens (in Paradise) beneath which rivers flow, wherein they will abide forever, Allah being pleased with them, and they with Him. 
This is the great attainment." 

[5 : 119] 



:')



p/s : Taman-taman, sungai-sungai yang mengalir. Wajah Allah. Cinta Allah. Rasulullah. Ummi, abah. SubhanAllah. Kita pernah ke syurga. Dan kita rindukannya :)))




Wednesday, June 5, 2013

Scientifically. And logically. And? Merapu.






Bismillah. Kesat air mata.



Pesannya seorang akhawat :

"Lihatlah awan dan berzikir. Awan, dear. Dongak! Berzikir sehingga hati kembali tenang. Memandang ke langit itu memberi harapan tentang syurga. Hati turut bergetar mengingat mimpi-mimpi dan janji. Dan sesungguhnya ketika jiwa berpaut pada taubat, berpaut merintih padaNya, Allah kan berada di sisi lebih dekat dari urat leher. Percayalah pada kuasa zikir dan taubat. Allah tak pernah menghampakan hamba-hambaNya..


[50:16]





Sesekali menggantungkan mereka pada bahagian paling tinggi. Kerana hati merindukan awan. 
Hati rindukan ketenangan. :')





Sunnatullah dijadikan cas cas atas muka bumi ini dengan kuasa menarik dan tertarik. Manusia sendiri mempunyai cas di kaki, tangan dan seluruh anggota badan. Lihat kan juga pada rambut, bulu dan besi sekalipun dijadikanNya bercas positif dan negatif. Maka akan tertariklah mereka dengan kuasa magnetic ketika bertembung. Cas Cas tolak dan tambah itu, menolak dan menarik.



Lalu mungkinkah terlihat, bagaimana mereka yang penuh hatinya dengan cas tolak (negatif) itu apabila berjalan. Mereka yang tidak habis berputus asa. Mereka yang tidak habis akan mengalah sebelum mencuba. Mereka menyebarkan cas cas mereka pada udara, pada angin, pada orang yang mendekati mereka! Apakah golongan yang lemah itu tidak akan tertarik akan cas-cas putus asa itu? Atau mungkin subhanAllah, cas positifnya si dia yang lemah sebenarnya lebih kuat, menghalau terus semua cas negatif yang datang itu?




* Ok. monolog scientifically. T_T 




Sungguh aku tidak mampu. Kerana aku merasakan dunia hari ini, terlampau banyak dan dikelilingi dengan putus asa. Aku bencikan cas negatif itu! Sumpah.



Astaghfirullah. Hari ini aku berasa penat teramat menahan jantung dan hati untuk berdiri gagah. Walau mungkin nampaknya masih tersenyum, jauh di dalam aku pecah lagi. Tarikan putus asa itu melampau kuatnya T_T Allahuakbar. Manusia sangatkan lemah. Sungguh Allahlah yang Membolak balikkan hati, dan selalu ketikanya pecah itu Dia kan Memanggil untuk berhenti dengan dunia. MenghadapNya semula. :'(



Bismillah, lagi sekali. Mari, kembalilah mencari ketenangan dengan bermunajat. Katanya dalam siri pelembut hati, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid. Rama-rama yang berterbangan itu akan sesekali berhenti hinggap di suatu sudut, diam lagi tenang. Mencari arahnya,





"Saakinah. Fi somtiha, abyanu mimmayyanthuqu"
Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara.





SubhanAllah. Genggamkanlah tangan akhawat, kerana mereka tidak putus-putus mengingatkan tentang syurga. Tidak putus-putus, mendoakan kita T________T



p/s : Janjiku untuk tidak futur. Cuma terkesima dengan gangguan dunia. Jadi akhawat fillah, dont leave me, i cant bear all this alone. I cant! T_T