Pages

Monday, May 27, 2013

My dear. Im here. :')




"Khairun, tell me again. How do you love your life now? 
Can you help me find, the sweetness of 'this life'? (crying)"



Allah. WasubhanAllah.


Manis itu subjektif. Dan kemanisan itu lutsinar, Illiyya. You dont find it. You feel it. 
T_T




Illiyya dan ombak. Katanya semalam, "What's left in dunya?" 
SubhanAllah. T_T



Manis itu terletak pada jawapan Allah dalam doa-doa. Dan mereka yang terus berdoa, pasti sekali muncul rasa kemanisan itu setelah hadir cinta Allah pada hati yang lompong. Dan kosong. Kan Illiyya? I cant say much, but we have to pray. And pray harder day by day. InsyaAllah Allah listens. And He always listens :)




"Allahumma innaka ta'lam anna haazihil qulub,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui hati-hati ini.." 


Only He Knows.. Only He. :) 




Mungkin, perasaan itu pentingkan diri sendiri. Kerana hanya empunya hati yang merasakan. Dan amat susah untuk kita kongsikan. Tak terkeluar dek mulut, tak terkeluar dek aksi. Bagaimana harus aku bantu.. :'(



This is what i call,
"Subjective. Bergantung pada hati sendiri mendefinisikan."


Allahurobbana.

So what's left in dunya?



Bismillah. You have me. Us. Your heart. And Allah. Illiyya, jom bangun! 

:')




p/s : Tak apa. Though abah, imran, umar, and now illiyya sangat lemah, i will stand strong no matter what. Biiznillah. 

Ok, sambung tulis thesis weng-weng. May Allah Ease >.<




Tuesday, May 21, 2013

Abah, do you remember?


Bismillah.


Menulis nampak mudah. Mendengar juga nampak mudah. Memberi nasihat nampak mudah. Lagikan memandang rendah mereka, tentunya teramat mudah sekali. Namun bagi diri mereka yang merasa betul-betul, tiada apa lagi di dalam jiwa, tiada apa di dalam hati. Astaghfirullah, bagaimanakah perasaannya itu. Aku tidak mampu untuk rasa bersama, dan tak pula aku minta untuk betul-betul rasa jatuh itu.



T_T



Listening to instrumental "I love you, dad" by Lee Dong Joon. Somehow lagu ni buat aku termenung, teringatkan ayat-ayat abah yang menghidupkan aku dulu. Biiznillah, lepas abah call semalam mungkin sedikit retak hati di dalam, mendengar suara abah yang ketar-ketar bingung dengan keadaan hari ini. Tapi insyaAllah izinkan aku bantu sambung retak-retak tu untuk berjalan lagi. Kerana hidup kita masih belum berakhir di sini, abah. Belum lagi.



Abah, masih boleh bangun. Kita bangun semula, Allah ada.



:')




When abah said, "I am not who i was. Maybe, awak tak jumpa abah yang dulu. But you should always know, i love you and semua. And its the same love, just like before"


I said, "Abah, abah sentiasa yang dulu. Abah kuat. Dan sentiasa kuat. Tapi kuatnya abah, datang dari pelbagai aksi sekarang, kan. No matter what people say, insyaAllah i love you. And its the same love, just like before. And always. :')"


And when they say, "Learn to forgive yourself, sometimes. Because forgiveness is one of the key to freedom."


I say, "Freedom. I just dont know what it is. Cause i dont forgive myself. Not yet."






A video to you. Sekelip timeline of my life. Dari start nak fly ke korea. "We move on, abah. dont give up". hewhew :')



Instrumental title : I love you, dad
Artist : Lee Dong Joon.





p/s : Its not easy, to be the one yang kena certain ujian tu. Only diri sendiri, and only Allah Knows. Doa kami sentiasa bersama abah. :)




Tuesday, May 14, 2013

Let it roll right off your shoulder. :)




Bismillah.

Just watched lagi sekali antara kartun kegemaran yang memberi ibrah dan himmah padaku. Dulu ketika menonton bersama ummi, katanya



"cerita ni sesuai dengan khairun. Coz you know you always have that confidence problem. While sebenarnya awak boleh pergi jauh." 



:') 


InsyaAllah ummi. We keep moving forward. 



Meet The Robinsons Soundtrack : 
Little wonder by Rob Thomas




Let it go,
Let it roll right off your shoulder
Don't you know
The hardest part is over
Let it in,
Let your clarity define you
In the end
We will only just remember how it feels

Our lives are made
In these small hours
These little wonders,
These twists & turns of fate
Time falls away,
But these small hours,
These small hours still remain

Let it slide,
Let your troubles fall behind you
Let it shine
Until you feel it all around you
And i don't mind
If it's me you need to turn to
We'll get by,
It's the heart that really matters in the end

Our lives are made
In these small hours
These little wonders,
These twists & turns of fate
Time falls away,
But these small hours,
These small hours still remain

All of my regret
Will wash away some how
But i can not forget
The way i feel right now

In these small hours
These little wonders
These twists & turns of fate
These twists & turns of fate
Time falls away but these small hours
These small hours, still remain,
Still remain
These little wonders
These twists & turns of fate
Time falls away
But these small hours
These little wonders still remain




Moga terus bangun untuk ummah, khairun! 




p/s : Kita memandang ke belakang untuk mengambil hamasah. Sedang kita memandang ke hadapan untuk menanam himmah. Biiznillah :') 


I miss you ummi, hari ini. Senyum ^^



Thursday, May 9, 2013

Remeh dari pandangan mata.




"Krun, kadang-kadang awak berjalan dengan hidung di atas. Selipar awak pun awak tak perasan lain kanan dan kirinya."




Kias. Murobbiku dulu. Apabila selalu berkata tentang takabbur, atau riak.

Astaghfirullah. Mari Bermuhasabah.


T___________T







Kadang-kadang manusia suka mengambil remeh, walaupun hanya dengan hujan yang renyai di luar. Mereka mengeluh kerana hujung kainnya basah, bukan memandang ke awan gelap itu dan melihatnya sebagai satu rahmat. 



"Kerana hati mereka punya takabbur, tidak habis memikirkan dirinya sendiri. Dari yang sedang Memerhati di langit tinggi." 

-Salim A.Fillah. 




p/s : Hujan renyai-renyai malam jumaat ni. Rindu detik-detik mencelup selipar dalam kelopak air bersama murobbi. May Allah Bless her. :')




Thursday, May 2, 2013

him.nae.ja. Biiznillah




"Akak, saya nak jadi kuat!"




Lalu notification keluar pada bahagian atas telefonku. Aku ditagged si adik, dalam sebuah gambar ucapan Tariq Ramadhan tentang menjadi kuat.



:') 



Si adik yang tenang ketika dijahit sembilan jarum pada sebelah kiri muka manisnya. Moga Allah Mencintainya, lebih pada apa yang sedang aku cintakan. 

Tersenyum lagi. :')




"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan Memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

(Al-Ankabut : 69)





Bismillah,
Post ini tentang kisah seorang adikku, yakni mutarobbiku yang sangat tabah dalam mujahadah dan tarbiyahnya. Walau kadang-kadang mujahadahnya nampak kecil dari kaca mata mereka yang lain, namun aku yakin sekali. Allah kan mengangkat sekecil mujahadahnya itu menjadi satu amal yang besar di sisiNya. SubhanAllahu ta'ala. Siapa tahu kan rahsia agungNya.




Ikhlas itu. InsyaAllah. :')




Ucapan si adik pada awalnya menggetarkan jiwa aku untuk beberapa lamanya. Mengingatkan kembali detik ketika aku juga pernah mengangkat tangan ke langit dan berdoa tentang berlapang dada,




"Ya Rahman Yang Maha Menghidupkan, Yang Maha Mematikan. Sesungguhnya hati aku terasa sempit lagi sempit dari lubang jarum. Sekecil ujian aku hadiahkan keluhan untukMu. Manakala sebesar ujian aku menyalahkanMu. Waastaghfirullah, aku antara orang-orang yang zalim ya Allah. Maka ajarkan aku wahai Tuhan yang Memegang hati-hati,



ajarkan aku untuk berjiwa besar" 




Basah kedua belah pipi ketika benar-benar mahu belajar tentang hati. Merasakan hati yang mati itu adalah suatu yang pahit. Sumpah! Rasa benar-benar kegelapan jauh di dada itu. T_T


Kalau seribu kali ditanya lagi tentang hati yang mati, pasti aku tidak mahu merasainya lagi. Dan sudah diceritakan tentang keajaiban doa itu kan, terus diambilNya ummiku dari Pemegang segala hati. Terus-terus mengajarkan aku berlapang dada. Satu ketika dulu.


Dan pada hari ini, aku melihat si adik sepertimana diriku yang dulu itu, yang mencari tanpa henti. Malah lebih lagi dariku biiznillah. Si adik bermujahadah pada pagi hari untuk mahir dalam berbasikal. Hanya dalam 15 minit baru mula mengayuh, terhuyung hayang si adik membelok. Namun masih lagi diteruskan perjalanannya dengan aku yang hanya memerhati di sebelah.



Kemudian kasih sayang Allah itu betul-betul turun melabuh pada si adik. Terjatuh dengan mukanya tersembam ke tanah, dengan darah yang tak berhenti mengalir.



SubhanAllah.



Bahagian kiri sebelah matanya terkoyak luas. Aku cemas seribu melihat darah yang mencurah-curah tanpa henti itu. Ya Rabb. Sumpah, aku tak dapat berfikir sedang darahnya mengalir hingga ke lenganku juga penuh di tapak tangan.




T___________T 




Pernah sudah dua kali ketika si adik memegang tanganku lalu menangis di bahuku, aku kaku tidak memberikan reaksi."Adik kena kuat, kena kuat!" aku mengulang-ngulang dalam hati. Dan dari hari ke hari aku buntu memikirkan cara untuk menjadikannya kuat dan tegar menghadapi ujian.


Namun kan tadi, subhanAllah perasaan cemburu pada kekuatan itu rupanya paling indah pernah dirasakan. Bilamana lukanya di luar membuatkan aku luka di dalam. Kerana aku rupanya tak mampu untuk tenang sedang si adik yang berasa tenang. 




Aku, masih belum kuat rupanya.




Sepertimana Allah telah pun kurniakan kekuatan yang luar biasa pada si adik. 
T___________T *sebak sangat hari ini*  




Kan Umar R.A yang berkata pada sahabat-sahabatnya, sedang baru-baru lagi mengucap syahadah :


"Jangan benarkan mereka yang lain mendahuluimu dalam kebaikan, 
atau kamu akan merasa menyesal kerana ketinggalan."




Alhamdulillah adik. Doa adik diangkat ke langit dan begitu Allah Membalas dengan penuh kelapangan dihati dan wajahmu :')


Dan alhamdulillah juga terasa seperti ingin mengucup hati di dada ini kerana masih diberi perasaan untuk menulis, untuk merasa sendiri hikmah dari Allah pada pagi tadi. Dengan hujan renyai-renyai pada sebelah tengahariNya. Allah. Lihatlah keajaiban doa dan mujahadah. Sesungguhnya Allah Maha Pendengar dan sekali-kali jangan manusia itu berputus asa dengan Allah dan rahmatNya.



RahmatNya seluas lebih dari apa yang di bumi dan di langit, berdoalah. Berdoalah untuk keajaiban hati, subhanAllah Segala puji bagiNya. :')) 




"Pernah terfikir tak, kenapa dalam ramai-ramai sahabat nabi, 
10 aja yang dijamin syurgaNya terlebih dahulu oleh Rasulullah?

Kerana sudah pasti mujahadahnya para sahabat juga, 
ada tinggi rendahnya. 
Dan hanya Allah yang Mengetahui tingkatan hamba-hambaNya,


dalam bermujahadah."

-Ainah




Hehe. Senyum ^^ Biiznillah. Semua yang berlaku adalah dari Allah. Bersyukurlah. Dan amatilah. Nikmat bermujahadah.
May Allah Bless.



p/s : Semoga Allah tambahkan lagi, dan lebih lagi ketabahan dalam dirimu, adikku. Sehingga aku betul-betul cemburu dan mengejarmu dalam berjihad itu, ke arah Redha Allah. 


Oh dan begitulah apabila selalu ditanya tentang hadiah terbesar  bagi seorang murobbi itu, 


chincha, adalah mutarobbinya sendiri. Yosh :')