Pages

Monday, April 29, 2013

Tempias manis syurga itu.




Suka untuk aku quotekan semula babak manis farid si murobbi kepada Junaidi semasa melihat bintang. 


"Ju.. Ju nampak tak bintang yang paling cerah kat belah kanan hujung tu..?"

Junaidi mendekati Farid. Semerbak bau minyak attar yang dipakainya.

"Yang mana..?"

"Tu, yang hujung tu.. Ish, takkan tak nampak kot..? Yang paling cerah tu..?"

Farid menuding-nuding ke langit, macamlah di hujung jarinya ada cahaya laser yang dapat membidik tepat bintang yang dimaksudkannya tu. Junaidi terjingkit-jingkit, benar-benar mahu melihat bintang yang dimaksudkan Farid.

"Ohhh, nampak dah! Cantik! Tapi.. Kenapa dengan bintang tu..?"

Farid tersenyum. Lama dia tersenyum, sebelum dia memulakan bicara.

"Ada orang kata, itulah sorga. Di langit yang paling tinggi, pda lapisan yang paling mempesona. Menanti dengan setia, manusia-manusia yang bakal menjadi penghuninya."

-Zilal. Inche Gabbana.


Mereka mahu bersama di syurga. Aku juga. Mahu bersama ummi ke sana.




SyurgaNya yang manis. Tempias manis itu sampai ke dunia. Ke dalam ukhuwah. Ke dalam kasih sayang hambaNya. Ke dalam kasih sayang ibu dan anaknya. 



SubhanAllah. Lama sudah rindukan ummi. 
Moga Allah Redha.


Ummi, apa khabar taman syurgaNya di sana? :') 




Sunday, April 21, 2013

Something we live for. Ilah.







But Allah Knows my heart at best. Allah Knows. InsyaAllah. 




Tersenyum selalu ketika membelek post lama tentang ummi dan abah. Post sakura semalam juga membuatkan aku tersenyum sepanjang hari.


SubhanAllah. Mataku hampir buta dari petunjukNya.
Sakura. Allah memberikan kasih sayangNya dari segala bentuk. Hatta dalam sekuntum bunga sakura di luar tingkap juga. Lembut, beralun lagi putih warnanya.




Tapi kerana mungkin aku juga seorang yang sensitif. 


Hari ini dan minggu ini adalah musim exam untuk mereka-meraka di korea. Buku penuh di meja dan katil sambil masing-masing juga mengadu pada ummi abi tentang keresahan hidup. Meminta untuk didoakan juga. Sebak.


Melihat rakan-rakan menghubungi ibu bapa mereka sudah cukup membuatkan aku cemburu membabi buta. Hahah. Selalu aku menahan dengan gigi putih penuh di bibir, dengan harapan mengetap gigi itu mampu mengukuhkan dinding air mata untuk tumpah. Allah.


Baik. Mungkin kerana terlalu lama memendam. Atau terlalu lama kurang menerima pelukan, yang secara teorinya manusia sekurang-kurangnya memerlukan 4 kali pelukan dalam sehari. SubhanAllah.



Patutlah sahabat dan Rasulullah suka berpelukan dulu. :') 



Lalu buku Yasmin masih menjadi peneman setia. Di kala hati ku mencari-cari Ilah yang aku simpangkan. Mengapa aku masih sedih sedang Allah Mengulang-ngulang ayatNya tentang orang beriman : "Wala khaufun alaihim wala hum yahzanuuun". "Dan orang beriman itu tidak ada rasa takut pada hati mereka dan tidak pula bersedih hati." Waastaghfirullah. Mujahadah itu tak pernah mudah sobs. Menghalakan cinta truly to Allah. Tidak dicampur dengan intipati yang lain.



Berpeluh. Mengeluh. Menangis. Meratap.





"Before you can fill any vessel, you must empty it. The heart is a vessel. And like any vessel, the heart too must be emptied. Before it can be filled. One can never hope to fill the heart with God, so long as that vessel is full of other like Him Subhanahu wa wa'ala. 

So Laa ilaha (there is no Ilah), Ilallah (other than Allah). 


Ilah. Its something that we live for. And cannot live without." 

-Reclaim your heart. 




Lihatlah Yasmin menekankan tentang Ilah manusia yang barangkali telah pun melencong ke arah dunia. Ilah. Sembahan. Yang mana kalimah sembahan pada Allah kita sebutkan pada setiap tahiyat awal dan akhir. Wastaghfirullahal azim, subhanaka inni kuntu minaz-zolimin. T_T


Aku keliru sebenarnya. Adakah juga aku telah mengIlahkan ummiku yang masih bersisa tidak dibuang. Lagikan dikenang hari-hari.



:'(




"Maka carilah hatimu di tiga perkara. Ketika membaca quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah mintakan hati yang baru. 

Kerana hakikatnya pada ketika itu, kau tidak mempunyai hati."

-Imam Ghazali.



Menangis lah lagi. Carikan hatimu. Kerana aku yang masih mencari-cari Ilah agungnya. Kerana Ilah padaNya yang masih belum cukup kuat bagiku. Katakan hanya Allah keperluanku. Hanya dengan Allah kan bahagia hatiku. Tetapi kenapa masih cemburu pada ummi abi mereka yang menemani mereka. :'(



Ilahku. Samihna ya Allah. Samihna...






"The world is pain. And everything related to pain is dunya." 

-Yasmin M.



Samihna ya Rabbah T___T 



Ummi was the gift. Love the Giver more than the gift and you will be given. 



May Allah Bless.


p/s : This is a big reminder for me. Entah kenapa tangan mahu menulis. Kerana terlalu pahit menahan di dalam, mungkin lagi. Though i miss ummi, Ilahku bukan pada ummi, kan! Bukan sekali.  Masih mujahadah untuk Ilah hari ke hari. Sama-sama ingatkan. :'(



Saturday, April 20, 2013

Live in this world as a traveller or a stranger.







Suatu hari Baginda Rasulullah SAW memegang bahunya Ibnu Umar R.A dan berpesan padanya




"Wahai Ibnu Umar, jadilah engkau ketika hidup di dunia ini seolahnya seperti pedagang, 
atau pengembara di jalan"


(HR Bukhari)




Lalu katanya Yasmin Mogahed dalam Reclaim your heart, pengembara tidak punya masa untuk menoleh lalu membazirkan masanya menghias tempat tinggal sementaranya, apakan lagi untuk membeli segala barang kenangan di perjalanannya. Kerana beg yang digalas pasti tidak sebesar mana, cukup-cukup keperluannya untuk hidup dan berjalan ke destinasi seterusnya.



Masanya cukup hanya untuk melihat, mengamati, mengucapkan syukur. Pada setiap peluang mata dan hatinya melihat suasana.


WasubhanAllah.
















Korea.



"So what do you love most in here, korea?"



Senyum.



Di sini lah aku mengembara mengenal dunia hatiku. Di sini lah, aku mengembara mengenal cinta pada ummi abah dengan lebih dalamnya. Di sini, aku mengenal erti kasih sayang, pada murobbiku dan mutarobbiku lillahita'ala. 



Di sini, aku mengenal Tuhanku. 



SubhanAllahu ta'ala. All Praises to Him, memilihku sebagai pengembara di sini. 




p/s : Habiskan sisa-sisa pengembaraanmu dengan redhaNya. May Allah Bless.



Wednesday, April 3, 2013

1 April 2013





Nabi Ibrahim juga pernah melihat Matahari, lalu ia terbenam. Dan berkatanya Nabi Ibrahim pada hatinya, "Itu bukan Tuhan. Kerana ia hilang pada waktu senja. 
Sedang Tuhanku kekal dan tidak mati"



SubhanAllah. Hari ini hujan renyai-renyai. Hari ini asap keluar dari mulut kami. Hari ini aku menghantar naqibahku pulang. Hari ini hingus dan kahak penuh di hidung dan tekakku. Hari ini aku mendapat 4 panggilan dari adikku di tanah air. Hari ini penuh ucapan dan doa di sana sini.


Dengan rahmat Allah. 

Hari ini, harijadiku.

Tanpa ummi. :')




"When you put your life entirely to dunya, its like a glass vase that you place on the edge of a table, once broken, the pieces never quite fit again. 

The problem wasn't with the vase, or even that the vases kept breaking, but it was I. 


Keep putting them on the edge of the tables" 

-Yasmin Mogahed




Bismillah. Itu aku rupanya. Aku terlalu attached to memories. Aku terlalu attached to relationship. Aku, terlalu attached pada ummi. Yang aku sangkakan aku tidak cintakan dunia dan membenci harta. Sedangkan mengenangkan manusia dan hubungan juga antara 'harta' dalam cintakan dunia. Astaghfirullah.


Kerana hanya Allah yang kekal. Sedang dunia dan seisinya itu hanya sekelip mata yang berbisa, tanpa amal dan taqwa. 



This time. InsyaAllah I am letting go of ummi, for real. Letting go of everything attached to her. Kerana yakinkan, aku bakal menemuinya lagi di syuga nanti. Nothing lasts forever in here, but only in hereafter. 




Titisan air mata pedih yang terakhir untuk 1 April. No more lepas ni. YOSH! Hanya yang bahagia kerana tersenyum menunggu syurgaNya. Amin.



 :')



p/s : InsyaAllah. And Alhamdulillah had a blast birthday di sini, untuk kali terakhir. Lepas ni sambut dgn nampyon biiznillah hihi. Doakan kita kuat menemuiNya nanti, dan menjadi penghuni JannahNya Allahuakbar :)