Pages

Thursday, March 7, 2013

Seketul darah daging, seorang raja.




Seketul hati.





Hati umpamanya raja. Solehnya raja, maka solehnya rakyat jelata. Anggota badan, lisan dan pemikirannya. :')






"Bertanyalah kepada hatimu. 
Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati. 
Sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati. Meskipun orang-orang terus membenarkanmu."


Jawabnya Rasulullah saw pada Wabishah bin Ma'bad r.a tentang kebajikan. 
(HR Ahmad bin Hambal)





                                                                  xxxxxxxxxxx



Mulanya abid seorang yang taat dan menyimpan hasrat ingin menebang pokok sembahan orang kampung. Kerana jelas nyata telah sesat dan mereka melakukan syirik. Lalu datangnya syaitan yang menjelma membatalkan hasrat si abid dengan menawarkannya wang emas, di bawah bantal tidurnya setiap hari pada waktu subuh.



Dua tiga hari senyuman kekal di mulut abid. Selepas subuh wang emas bersinar-sinar mewarnai hidupnya. Namun si abid kan marah terus menggenggam kapaknya. Kerana pada suatu pagi tiada lagi wang yang dijanjikan sebelumnya.



Syaitan ketawa.





"Wahai si abid, dahulu kau mahu menebang kerana ketaqwaan hatimu ingin menghalang syirik. Tetapi pada hari ini kau mahu menebang kerana rasa marah setelah ditipu aku. Dan kerana tidak dapat habuan dunia itu. 



Di mana niat asalmu wahai abid"



xxxxxxxxxxxx





Kecil-kecil dulu, satu buku kegemaran yang pernah ummi belikan was : buku seorang abid yang sesaat berubah niatnya untuk menebang pokok. Ketika ditipu syaitan, dan ketika hati sudah berpaling pada wang ringgit.



Hari ini tiba-tiba tersenyum sendiri mendengar tentang hadis di atas di sebuah blog. Allah hadirkan memori kisah si abid lagi. Mungkin pada umur 9 tahun dulu terasa seperti kisah dongeng kan. Baca sambil tersenyum-senyum dan sempat juga contengkan imaginasi sendiri di sebelah kotak-kotak kosong.





Pokok yang ditebang abid tumbuh semula dan menghimpap syaitan.
heheh.






Ceritanya yang ringkas lagi penuh bergambar. Kalau tidak sebuah buku cerita, dalam majalah asuh juga pernah dilukis kisahnya. Tetapi kisah ini, lihatkan ibrahnya bukan setakat pada sembahan pokok, pada si abid atau pada isunya syirik. Kisah si abid mengingatkan lagi manusia yang hidup hari ini tentang niat. Tentang ikhlas. Tentang amal. Dan tentang hati.


Bagaimana si abid dengan kemantapan amalnya, yang mampu melahirkan ketaqwaan yang tinggi. Sehingga kerana ketaqwaan itu timbul perasaan untuk bergerak membuang syirik orang kampung dan keluarganya sendiri. SubhanAllah. Tidak semua yang mampu berdiri dan terus beraksi sepertinya.


Kerana itu pada mereka dan aku sendiri yang selalu membuat status di fb, atau pun menulis di blog, atau pen-tweet tegar di twitter, atau mereka yang selalu memberi taujihaat (pengisian), atau pada murobbi, atau pada diri sendiri dalam beramal. Jujurnya status itu, pengisian itu, lalu amalan harian itu betul-betul kita sudah lakukan sebagai suatu peringatan, ikhlas kerana Allah.



Atau selalunya berbau perasaan sendiri sahaja?



Kerana boleh jadi kosong amalnya, kecil dan besar nilai amalnya berat atau ringan timbangan amalnya daripada niat itu sendiri kan.



Mahu lagi ingatkan akhawat yang biasa mengupdate amalnya, perasaannya di facebook, atau di twitter atau di blog sendiri. Lagi dan lagi.  Waastaghfirullah al-azim, kita beristighfar supaya tidak dicampuri sebarang niat selain dari ikhlas T____T




Biarkan semuanya lillahita'ala. 





"Tidak perlu untuk penduduk dunia mengenal nama kita. 
Tetapi raihlah kemenangan namamu dengan penduduk di langit sana" 

-Murobbiku






Ini yang selalu aku takutkan. Dan yang sentiasa aku bimbangkan. Allahu Allah.. T_T Semoga Allah menjaga hati semua.


Dan semoga tenang semua hati-hati mereka, ikhlas padaNya. Rabbul Alamin.




p/s : Tegurlah di sini atau di mana-mana yang berbau aneh statusnya, twitter atau di blog-blog. May Allah Bless.