Pages

Saturday, January 12, 2013

13th Jan.



Bismillah,




Dear our lovely and beloved ummi, Happy birthday :') Semoga ummi tergolong dalam mukhliseen di sana. Ya Rabb. Send my regards to her thru my daily fatihah in salah, in my dua's.



I miss you. And i miss calling you, my mother. :')



"...dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : 'Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil'.."

(Al-Isra' : 23-24)




Macam paused moment. Ummi tengok perlahan semua wajah anak-anaknya keliling katil actually, that day. And she smiled. Anak-anak dan suami penuh di sisi. Well alhamdulillah. Was my best memory, sangat. Dapat tengok senyuman-senyuman ummi, and while knowing that itu lah peluang terakhirku untuk capture those smiles.



:)



Actually dah lama tak cerita pasal ummi kan. And masyaAllah today is her birthday. May Allah Grant her His endless barakah wa rahmah :')



p/s : InsyaAllah nanti update lagi di sini. Esok exam terakhir. May Allah Blessssss. :D




Tuesday, January 1, 2013

Dalam satu lafaz.





Ini abahku pada pagi sabtu. Segak pertama kalinya aku melihat abah memakai baju melayu dan songkok. 



Abah. Sangat kacak hari itu :')




Sepenuh perhatian aku melihat abah yang memegang erat tangan abang Omar, untuk dinikahkan dengan Hannannya. Aku jauh di sini yang lebih resah. Tetapi terlampau kagum dengan semua. Kelopak mata juga bertakung penuh melihat wajah, mendengar abah melafazkan bahagiannya sebagai wali.

SubhanAllah.



Dalam satu lafaz, 
tanggungjawab hannan pada bahu-bahu abah kini diangkat ke bahu abang Omar. 





Inilah hari paling gembiranya si kakakku, adik-adikku, abangku, keluarga kecilku, lalu hari gembira abah dan pastinya ummi ku. :')




"Khairun dear, you should be proud of your abah today. 
Dia begitu segak and confident."

-Kawan ummi



T______T




Dan dari Anas bin Malik, Sabda Rasulullah SAW

"When a man marries, he has fulfilled half of the 'deen'. 
So let him fear Allah regarding the remaining half."

(HR Tirmidhi)




SubhanAllah walhamdulillah ala kulli hal wa nikmah.




"We have to move on. Even though we are not ready yet, tak boleh tunggu lama-lama. 
Abah tak okay, but i wont disappoint hannan. And i will try my best tomorrow. 

Dont worry i will try my best" 




Janji abah, pada panggilan malam sebelum ijab kabul hannan sabtu lepas.




"eh haa pastu, kenapa tutup blog?"



Abah tiba-tiba tanya hihihi. :P
Alhamdulillah, rupanya abah pun rajin buka blog sebelum ni :P *tersipu malu sendiri* ok2 abah, sambung tulis ^_^


Dan dalam satu lafaz itu, aku juga terasa hidup semula. Sungguh perjalananku masih jauh. Hannan sudahpun sempurna separuh deen nya. Allahuakbar. Sedang aku masih perlu terus berlari lagi. :)


Biiznillah.



Selamat tahun baru! Azam baru, nafas baru! :)



p/s : Jazakumullahu khairan jaza pada semua yang message, semua yang bagi semangat untuk terus menulis. Aseef jiddan sekiranya terasa kecewa dengan si penulis T_T Astaghfirullah, mungkin terlalu down untuk teruskan tempoh hari. 

InsyaAllah akan terus menulis untuk abah dan semua lillahita'ala. InsyaAllah. Semoga bermanfaat. Doakan bersama.