Pages

Sunday, September 29, 2013

Terima kasih atas semuanya. Jadi jangan tinggalkan kami dengan dunia kami sendiri. :)


Bismillah.



"Kita bukan hanya menyembur, sambil mengusap puji bibir sendiri. Telankan bersama semburan itu dan sambil sama-sama perbaiki diri."

-A. Asinur.




oops. Maaf, kami tidak pernah sempurna. 




Kata diorang, kami berada di jalan dakwah ini sangat poyo. Kawan pun hanya dengan geng sendiri, bertazkirah sambil syok sendiri, ke hulu ke hilir membuat promosi sambil study dibuang ketepi, cakap lebih tapi buat jugak lagi.


Aduh terasa cucuknya. Tapi tersenyum. Betul. Dan sentiasa betul. Alhamdulillah ini sepatutnya menjadi latihan untuk lebih memantapkan qudwah-qudwah para daie kepada masyarakat.  :)


Cuma terasa lucunya, pada satu aspek apabila kami dianggap seperti malaikat di mata mereka. Satu dosa pun tidak dibenarkan dalam kehidupan seharian. Hatta satu kesalahan kecil diperbesarkan dan terus digembar-gemburkan. Segala tindak tanduk, segala perkataan kami diperhati. SubhanAllah.. :)


Hehe.



Senyumlah kerana inikan tarbiyah agung untuk para daie. Pada zaman Rasulullah juga Baginda keluar bercerita dalam keadaannya yang tidak tahu menulis dan membaca, sudah pasti lebih dianggap poyo gila.


Sunnatullah, susunan Allah itu bukankah sangat istimewa. Segala sesuatu yang berulang pasti kerana hikmah yang dalam. Dan segala sesuatu itu berulang, kerana manusia tidak berubah sikapnya. Bersabarlah bagi mereka yang mengejar kebaikan. Kita bekerja bukan kerana manusia, tetapi mengejar keredhaan Tuhan.



Dan kepada mereka yang tak sudah mahu menjatuhkan, 


Kalaukan kami yang cuba berkumpul sesama kami, kadang-kadang mahu bercerita tentang dakwah bersama kami, kadang-kadang pula mungkin mahu berkongsi ayat dan pesanan di ruang media, tapi masih belum terbaiki diri,

kalaukan semua itu adalah aksi poyo kami, anda bila lagi?


Ehehe jadi marilah sama-sama menjadi poyo. Kalau poyo itu dapat mendekatkan lagi diri dengan Sang Ilahi :D




"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antara mereka orang-orang yang fasiq (derhaka)." 


Al-Hadid : 16



Jejom duduklah sebentar... kita beriman sejenak. Tajdid niat, muhasabah sama-sama ^_^



p/s : Kami bukan malaikat, tak pernah juga lagaknya ingin menjadi malaikat. Tegurlah kami di mana silapnya, sambil anda juga turut serta sama-sama mengubahnya. 




2 comments:

ENCIK MUSAB said...

Budak usrah pun manusia jugak..

noly anna said...

salam.
keep berdakwah:)
nnt free singgahlah ke blog noly ye
www.nolyanna.blogspot.com