Pages

Wednesday, August 14, 2013

So do us.




Bismillah.


"Well abah sure kalau ummi ada pun, we feel a little bit sad. Just a bit.
but we had good times. 

With you guys."



Sebak hati mendengar ucapan abah dalam kereta semalam. Lagi-lagi bila mengingatkan detik abah yang bakal melepaskan baton dosa pahala ku pada bakal zauj, 10 hari lagi.


Alhamdulillah, syukur tak terhingga dengan nikmat beribu berbapa dari Allah. Lebih-lebih lagi berparentskan ummi abah yang subhanAllah, sangat menakjubkan. :'D


Dari kesabaran ummi dan ketabahan abah, aku betul-betul belajar tentang hidup. Walaupun kadang-kala bukan sempurna diri mereka dalam mendidik, tetapi keikhlasan mereka kita rasakan hari demi hari dalam membesar. Sampai hari ini juga, dalam apa jua kebaikan yang terdetik mahu dilakukan, terasa doa-doa ummi dan abah dalam sujud mereka mengalir, masuk ke dalam hati kita.




Doa-doa mustajab ummi abah.  :')




Tak tertidur malam ini mengenang kembali episod-episod sepanjang hidup bersama mereka. Terlalu banyak cerita, terlalu banyak derhaka. Betul terasa sebak mahu meninggalkan abah. Yang masih berbaki segunung dosaku padanya T_T


Allahu robbana, Tuhan yang mengurniakan mereka pada diri kerdil ini. Cerita kami dan mereka, kita simpankan dalam doa-doa. Moga Allah terus mencintai abah, dan terus merahmati ummi lebih pada cinta kami pada mereka..




Them. Teman kami di syurga insyaAllah. 
Moga kami juga dapat menjadi ibu bapa cemerlang seperti ummi abah. :')



"..dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil"

(Al-Isra' : 23-24)



"Ummi abah kata had good times with kitorang. 
Well so do us! Love you ^_^



p/s : Lama tak singgah sini >.<
Pada semua kenalan-kenalan yang pernah bersua muka atau hanya di dalam doa, doakan kami dipermudah, 
khairun dan bakal zauj. 

Biiznillah. 




6 comments:

aku-bukan-robot said...

pada ikatan baru membawa amanah baru. fuhh

may Allah ease. barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wajam'a bainakuma fil khair.

Fathin Nadhirah Mohd. Nazali said...

Wahhh. Barakallahu lakum :) Nak pergi wedding kak Krun boleh tak? :p

kruN. said...

fathin : jemput2 ^_^

saya said...

Post berbaur bunga di taman :)

alhamdulillah krun! Moga dipermudah inshaAllah.

p.s: nak merasa nasi minyak walimah krun jugak. eh. :p

anamunawwarah said...

Salam,
akak rasa akak nampak krun puasa haritu di LRT masjid jamek.
Berjubah hitam, pakai sport shoes or sneakers.
hehe
Akak silent reader and also silent friend di fb.
Seronok dan sebak baca pos kali ini. Semoga rahmat Allah mengiringi dalam setiap fasa hidup krun.

=)

Ayu Zan said...

barakallahufikum. :)
salam kenal..