Pages

Wednesday, June 5, 2013

Scientifically. And logically. And? Merapu.






Bismillah. Kesat air mata.



Pesannya seorang akhawat :

"Lihatlah awan dan berzikir. Awan, dear. Dongak! Berzikir sehingga hati kembali tenang. Memandang ke langit itu memberi harapan tentang syurga. Hati turut bergetar mengingat mimpi-mimpi dan janji. Dan sesungguhnya ketika jiwa berpaut pada taubat, berpaut merintih padaNya, Allah kan berada di sisi lebih dekat dari urat leher. Percayalah pada kuasa zikir dan taubat. Allah tak pernah menghampakan hamba-hambaNya..


[50:16]





Sesekali menggantungkan mereka pada bahagian paling tinggi. Kerana hati merindukan awan. 
Hati rindukan ketenangan. :')





Sunnatullah dijadikan cas cas atas muka bumi ini dengan kuasa menarik dan tertarik. Manusia sendiri mempunyai cas di kaki, tangan dan seluruh anggota badan. Lihat kan juga pada rambut, bulu dan besi sekalipun dijadikanNya bercas positif dan negatif. Maka akan tertariklah mereka dengan kuasa magnetic ketika bertembung. Cas Cas tolak dan tambah itu, menolak dan menarik.



Lalu mungkinkah terlihat, bagaimana mereka yang penuh hatinya dengan cas tolak (negatif) itu apabila berjalan. Mereka yang tidak habis berputus asa. Mereka yang tidak habis akan mengalah sebelum mencuba. Mereka menyebarkan cas cas mereka pada udara, pada angin, pada orang yang mendekati mereka! Apakah golongan yang lemah itu tidak akan tertarik akan cas-cas putus asa itu? Atau mungkin subhanAllah, cas positifnya si dia yang lemah sebenarnya lebih kuat, menghalau terus semua cas negatif yang datang itu?




* Ok. monolog scientifically. T_T 




Sungguh aku tidak mampu. Kerana aku merasakan dunia hari ini, terlampau banyak dan dikelilingi dengan putus asa. Aku bencikan cas negatif itu! Sumpah.



Astaghfirullah. Hari ini aku berasa penat teramat menahan jantung dan hati untuk berdiri gagah. Walau mungkin nampaknya masih tersenyum, jauh di dalam aku pecah lagi. Tarikan putus asa itu melampau kuatnya T_T Allahuakbar. Manusia sangatkan lemah. Sungguh Allahlah yang Membolak balikkan hati, dan selalu ketikanya pecah itu Dia kan Memanggil untuk berhenti dengan dunia. MenghadapNya semula. :'(



Bismillah, lagi sekali. Mari, kembalilah mencari ketenangan dengan bermunajat. Katanya dalam siri pelembut hati, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid. Rama-rama yang berterbangan itu akan sesekali berhenti hinggap di suatu sudut, diam lagi tenang. Mencari arahnya,





"Saakinah. Fi somtiha, abyanu mimmayyanthuqu"
Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara.





SubhanAllah. Genggamkanlah tangan akhawat, kerana mereka tidak putus-putus mengingatkan tentang syurga. Tidak putus-putus, mendoakan kita T________T



p/s : Janjiku untuk tidak futur. Cuma terkesima dengan gangguan dunia. Jadi akhawat fillah, dont leave me, i cant bear all this alone. I cant! T_T 





3 comments:

ENCIK MUSAB said...

Akhi, jay zek kay kay for sharing (Y)

Anonymous said...

Akak, terus kuat. Demi semua.

You're strong, insyaAllah. Allah knows. You are. ;')

Cahaya N.A said...

Syair Muhammad Ahmad Ar-Rasyid kisah seekor rama-rama. Terima kasih akak, ingatkan saya. :')