Pages

Tuesday, June 11, 2013

Melihat bintang kelip-kelip di langit :)




Bismillah.
Bangkit dari post yang lalu. :)




"Sometimes you just have to believe. 
'Cause she is on every page of your imaginations. "

Katanya Mr.Barrie pada Peter. Yang sedang menangis bercerita tentang ibunya.


-Finding Neverland.





Peter menatap buku kecilnya sambil bergelinang air mata. Pipinya merah kerana bingung, tentang dunia yang sering diulang Mr.Berrie (Johny Depp).


Neverland.




To Jannah. Where your imaginations will take you. 



Cerita ini tentang seorang kanak-kanak yang memendam impian dan cita-citanya, dengan hanya memandang realiti. Lalu terus menutup mindanya untuk berimaginasi. Peter lalu kehilangan ibunya, setelah baru-baru kehilangan ayahnya. Namun tetap berdiri matang. :')



Bersabda Rasulullah saw pada sahabat, 


"Sesungguhnya penghuni syurga akan melihat ghurfah (tempat yang tinggi) di syurga, sebagaimana kalian melihat bintang di langit" 


(HR Sahal bin Saad, Shahih Muslim)  



SubhanAllah. Dongak ke langit dan senyum. :') 




Pada awalnya aku menonton finding neverland ini, supaya dapat fahamkan psikologi anak kecil yang baru kehilangan ibubapa. Mungkin kiranya sedikit sebanyak dapat membantu adik kecilku di rumah untuk terus bangun dengan azam hidupnya.


Tetapi subhanAllah pada ibrah yang tertimbul. Mereka bercerita tentang kepercayaan. Kuasa untuk percaya yang mengatasi kemampuan minda dan perasaan. Dan begitulah datangnya imaginasi yang hidup.



Bila kita betul percaya, kewujudannya. Kan? ^^ Dr.Muhaya juga mengulas dalam reset minda,



"Minda bawah sedar berkuasa dua juta kali ganda dari kuasa minda sedar. 
Itulah kuasa berimaginasi. Yang lebih kuat dari kuasa berfikir sendiri." 




Kuasa minda bawah sedar. Imaginasi. 




Jadi sebenarnya mahu menuding kepada si dia, si kita, si diri sendiri yang selalu futur (lemah iman). Ketika terasa lemah, mahu mengundur dari jalan dakwah yang lelah ini, asingkanlah dirimu sebentar bermuhasabah. Dan berimaginasilah kita, tentang syurgaNya lagi. Yang selalu bakal buat kita tersenyum, mengharap dan percaya akan kehadirannya.



Maka ketika itu hamasah dan himmah akan mendidih, menggerakkan anggota-anggota yang malas.




Bangunlah dari futur. Berimaginasilah. 




Hadirkan kuasa minda bawah sedar itu. Kerana kita bukan sampah dunia. Kita bukan hidup sia-sia. Kitalah muhareek. Kitalah muhareekah. Kita berimaginasi tinggi. Dan kitalah bakal penghuni syurga itu. Kita selalu hidup, kita sentiasa hidup, untuk syurgaNya. InsyaAllah.





"Allah will say, 'This is the Day when the truthful will benefit from their truthfulness.' 
For them are gardens (in Paradise) beneath which rivers flow, wherein they will abide forever, Allah being pleased with them, and they with Him. 
This is the great attainment." 

[5 : 119] 



:')



p/s : Taman-taman, sungai-sungai yang mengalir. Wajah Allah. Cinta Allah. Rasulullah. Ummi, abah. SubhanAllah. Kita pernah ke syurga. Dan kita rindukannya :)))




1 comment:

nusrah said...

Quoted :

"Ketika terasa lemah, mahu mengundur dari jalan dakwah yang lelah ini, asingkanlah dirimu sebentar bermuhasabah. Dan berimaginasilah kita, tentang syurgaNya lagi. Yang selalu bakal buat kita tersenyum, mengharap dan percaya akan kehadirannya."

"Taman-taman, sungai-sungai yang mengalir. Wajah Allah. Cinta Allah. Rasulullah. Ummi, abah. SubhanAllah. Kita pernah ke syurga. Dan kita rindukannya."

Jazakillah berkongsi krun. selama ini hanya silent reader, mengenali krun lewat teman-teman seperti piqa dan syafa, juga mengenali krun melalui laman ini. sungguh, jiwa yang membaca tidak sama dengan jiwa yang merasa. moga cinta Allah terus terlimpah dalam jiwa krun dan keluarga. biiznillah.