Pages

Thursday, May 2, 2013

him.nae.ja. Biiznillah




"Akak, saya nak jadi kuat!"




Lalu notification keluar pada bahagian atas telefonku. Aku ditagged si adik, dalam sebuah gambar ucapan Tariq Ramadhan tentang menjadi kuat.



:') 



Si adik yang tenang ketika dijahit sembilan jarum pada sebelah kiri muka manisnya. Moga Allah Mencintainya, lebih pada apa yang sedang aku cintakan. 

Tersenyum lagi. :')




"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan Memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

(Al-Ankabut : 69)





Bismillah,
Post ini tentang kisah seorang adikku, yakni mutarobbiku yang sangat tabah dalam mujahadah dan tarbiyahnya. Walau kadang-kadang mujahadahnya nampak kecil dari kaca mata mereka yang lain, namun aku yakin sekali. Allah kan mengangkat sekecil mujahadahnya itu menjadi satu amal yang besar di sisiNya. SubhanAllahu ta'ala. Siapa tahu kan rahsia agungNya.




Ikhlas itu. InsyaAllah. :')




Ucapan si adik pada awalnya menggetarkan jiwa aku untuk beberapa lamanya. Mengingatkan kembali detik ketika aku juga pernah mengangkat tangan ke langit dan berdoa tentang berlapang dada,




"Ya Rahman Yang Maha Menghidupkan, Yang Maha Mematikan. Sesungguhnya hati aku terasa sempit lagi sempit dari lubang jarum. Sekecil ujian aku hadiahkan keluhan untukMu. Manakala sebesar ujian aku menyalahkanMu. Waastaghfirullah, aku antara orang-orang yang zalim ya Allah. Maka ajarkan aku wahai Tuhan yang Memegang hati-hati,



ajarkan aku untuk berjiwa besar" 




Basah kedua belah pipi ketika benar-benar mahu belajar tentang hati. Merasakan hati yang mati itu adalah suatu yang pahit. Sumpah! Rasa benar-benar kegelapan jauh di dada itu. T_T


Kalau seribu kali ditanya lagi tentang hati yang mati, pasti aku tidak mahu merasainya lagi. Dan sudah diceritakan tentang keajaiban doa itu kan, terus diambilNya ummiku dari Pemegang segala hati. Terus-terus mengajarkan aku berlapang dada. Satu ketika dulu.


Dan pada hari ini, aku melihat si adik sepertimana diriku yang dulu itu, yang mencari tanpa henti. Malah lebih lagi dariku biiznillah. Si adik bermujahadah pada pagi hari untuk mahir dalam berbasikal. Hanya dalam 15 minit baru mula mengayuh, terhuyung hayang si adik membelok. Namun masih lagi diteruskan perjalanannya dengan aku yang hanya memerhati di sebelah.



Kemudian kasih sayang Allah itu betul-betul turun melabuh pada si adik. Terjatuh dengan mukanya tersembam ke tanah, dengan darah yang tak berhenti mengalir.



SubhanAllah.



Bahagian kiri sebelah matanya terkoyak luas. Aku cemas seribu melihat darah yang mencurah-curah tanpa henti itu. Ya Rabb. Sumpah, aku tak dapat berfikir sedang darahnya mengalir hingga ke lenganku juga penuh di tapak tangan.




T___________T 




Pernah sudah dua kali ketika si adik memegang tanganku lalu menangis di bahuku, aku kaku tidak memberikan reaksi."Adik kena kuat, kena kuat!" aku mengulang-ngulang dalam hati. Dan dari hari ke hari aku buntu memikirkan cara untuk menjadikannya kuat dan tegar menghadapi ujian.


Namun kan tadi, subhanAllah perasaan cemburu pada kekuatan itu rupanya paling indah pernah dirasakan. Bilamana lukanya di luar membuatkan aku luka di dalam. Kerana aku rupanya tak mampu untuk tenang sedang si adik yang berasa tenang. 




Aku, masih belum kuat rupanya.




Sepertimana Allah telah pun kurniakan kekuatan yang luar biasa pada si adik. 
T___________T *sebak sangat hari ini*  




Kan Umar R.A yang berkata pada sahabat-sahabatnya, sedang baru-baru lagi mengucap syahadah :


"Jangan benarkan mereka yang lain mendahuluimu dalam kebaikan, 
atau kamu akan merasa menyesal kerana ketinggalan."




Alhamdulillah adik. Doa adik diangkat ke langit dan begitu Allah Membalas dengan penuh kelapangan dihati dan wajahmu :')


Dan alhamdulillah juga terasa seperti ingin mengucup hati di dada ini kerana masih diberi perasaan untuk menulis, untuk merasa sendiri hikmah dari Allah pada pagi tadi. Dengan hujan renyai-renyai pada sebelah tengahariNya. Allah. Lihatlah keajaiban doa dan mujahadah. Sesungguhnya Allah Maha Pendengar dan sekali-kali jangan manusia itu berputus asa dengan Allah dan rahmatNya.



RahmatNya seluas lebih dari apa yang di bumi dan di langit, berdoalah. Berdoalah untuk keajaiban hati, subhanAllah Segala puji bagiNya. :')) 




"Pernah terfikir tak, kenapa dalam ramai-ramai sahabat nabi, 
10 aja yang dijamin syurgaNya terlebih dahulu oleh Rasulullah?

Kerana sudah pasti mujahadahnya para sahabat juga, 
ada tinggi rendahnya. 
Dan hanya Allah yang Mengetahui tingkatan hamba-hambaNya,


dalam bermujahadah."

-Ainah




Hehe. Senyum ^^ Biiznillah. Semua yang berlaku adalah dari Allah. Bersyukurlah. Dan amatilah. Nikmat bermujahadah.
May Allah Bless.



p/s : Semoga Allah tambahkan lagi, dan lebih lagi ketabahan dalam dirimu, adikku. Sehingga aku betul-betul cemburu dan mengejarmu dalam berjihad itu, ke arah Redha Allah. 


Oh dan begitulah apabila selalu ditanya tentang hadiah terbesar  bagi seorang murobbi itu, 


chincha, adalah mutarobbinya sendiri. Yosh :') 




2 comments:

Anonymous said...

T T sebak* that all i can say

Safinah : Ship said...

' Sesungguhnya hati aku terasa sempit lagi sempit dari lubang jarum.'

kondisi hati ini skrg. T_T

akak yg disayangi kerana Allah.
terima kasih.