Pages

Monday, April 29, 2013

Tempias manis syurga itu.




Suka untuk aku quotekan semula babak manis farid si murobbi kepada Junaidi semasa melihat bintang. 


"Ju.. Ju nampak tak bintang yang paling cerah kat belah kanan hujung tu..?"

Junaidi mendekati Farid. Semerbak bau minyak attar yang dipakainya.

"Yang mana..?"

"Tu, yang hujung tu.. Ish, takkan tak nampak kot..? Yang paling cerah tu..?"

Farid menuding-nuding ke langit, macamlah di hujung jarinya ada cahaya laser yang dapat membidik tepat bintang yang dimaksudkannya tu. Junaidi terjingkit-jingkit, benar-benar mahu melihat bintang yang dimaksudkan Farid.

"Ohhh, nampak dah! Cantik! Tapi.. Kenapa dengan bintang tu..?"

Farid tersenyum. Lama dia tersenyum, sebelum dia memulakan bicara.

"Ada orang kata, itulah sorga. Di langit yang paling tinggi, pda lapisan yang paling mempesona. Menanti dengan setia, manusia-manusia yang bakal menjadi penghuninya."

-Zilal. Inche Gabbana.


Mereka mahu bersama di syurga. Aku juga. Mahu bersama ummi ke sana.




SyurgaNya yang manis. Tempias manis itu sampai ke dunia. Ke dalam ukhuwah. Ke dalam kasih sayang hambaNya. Ke dalam kasih sayang ibu dan anaknya. 



SubhanAllah. Lama sudah rindukan ummi. 
Moga Allah Redha.


Ummi, apa khabar taman syurgaNya di sana? :') 




No comments: