Pages

Sunday, April 21, 2013

Something we live for. Ilah.







But Allah Knows my heart at best. Allah Knows. InsyaAllah. 




Tersenyum selalu ketika membelek post lama tentang ummi dan abah. Post sakura semalam juga membuatkan aku tersenyum sepanjang hari.


SubhanAllah. Mataku hampir buta dari petunjukNya.
Sakura. Allah memberikan kasih sayangNya dari segala bentuk. Hatta dalam sekuntum bunga sakura di luar tingkap juga. Lembut, beralun lagi putih warnanya.




Tapi kerana mungkin aku juga seorang yang sensitif. 


Hari ini dan minggu ini adalah musim exam untuk mereka-meraka di korea. Buku penuh di meja dan katil sambil masing-masing juga mengadu pada ummi abi tentang keresahan hidup. Meminta untuk didoakan juga. Sebak.


Melihat rakan-rakan menghubungi ibu bapa mereka sudah cukup membuatkan aku cemburu membabi buta. Hahah. Selalu aku menahan dengan gigi putih penuh di bibir, dengan harapan mengetap gigi itu mampu mengukuhkan dinding air mata untuk tumpah. Allah.


Baik. Mungkin kerana terlalu lama memendam. Atau terlalu lama kurang menerima pelukan, yang secara teorinya manusia sekurang-kurangnya memerlukan 4 kali pelukan dalam sehari. SubhanAllah.



Patutlah sahabat dan Rasulullah suka berpelukan dulu. :') 



Lalu buku Yasmin masih menjadi peneman setia. Di kala hati ku mencari-cari Ilah yang aku simpangkan. Mengapa aku masih sedih sedang Allah Mengulang-ngulang ayatNya tentang orang beriman : "Wala khaufun alaihim wala hum yahzanuuun". "Dan orang beriman itu tidak ada rasa takut pada hati mereka dan tidak pula bersedih hati." Waastaghfirullah. Mujahadah itu tak pernah mudah sobs. Menghalakan cinta truly to Allah. Tidak dicampur dengan intipati yang lain.



Berpeluh. Mengeluh. Menangis. Meratap.





"Before you can fill any vessel, you must empty it. The heart is a vessel. And like any vessel, the heart too must be emptied. Before it can be filled. One can never hope to fill the heart with God, so long as that vessel is full of other like Him Subhanahu wa wa'ala. 

So Laa ilaha (there is no Ilah), Ilallah (other than Allah). 


Ilah. Its something that we live for. And cannot live without." 

-Reclaim your heart. 




Lihatlah Yasmin menekankan tentang Ilah manusia yang barangkali telah pun melencong ke arah dunia. Ilah. Sembahan. Yang mana kalimah sembahan pada Allah kita sebutkan pada setiap tahiyat awal dan akhir. Wastaghfirullahal azim, subhanaka inni kuntu minaz-zolimin. T_T


Aku keliru sebenarnya. Adakah juga aku telah mengIlahkan ummiku yang masih bersisa tidak dibuang. Lagikan dikenang hari-hari.



:'(




"Maka carilah hatimu di tiga perkara. Ketika membaca quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah mintakan hati yang baru. 

Kerana hakikatnya pada ketika itu, kau tidak mempunyai hati."

-Imam Ghazali.



Menangis lah lagi. Carikan hatimu. Kerana aku yang masih mencari-cari Ilah agungnya. Kerana Ilah padaNya yang masih belum cukup kuat bagiku. Katakan hanya Allah keperluanku. Hanya dengan Allah kan bahagia hatiku. Tetapi kenapa masih cemburu pada ummi abi mereka yang menemani mereka. :'(



Ilahku. Samihna ya Allah. Samihna...






"The world is pain. And everything related to pain is dunya." 

-Yasmin M.



Samihna ya Rabbah T___T 



Ummi was the gift. Love the Giver more than the gift and you will be given. 



May Allah Bless.


p/s : This is a big reminder for me. Entah kenapa tangan mahu menulis. Kerana terlalu pahit menahan di dalam, mungkin lagi. Though i miss ummi, Ilahku bukan pada ummi, kan! Bukan sekali.  Masih mujahadah untuk Ilah hari ke hari. Sama-sama ingatkan. :'(



4 comments:

NurFatihah Mat Nor said...

나도 이런 느낌 있어. ㅠㅠ 아직 답이 없어.

aku-bukan-robot said...

kuat!kuat!
dan
jazakilllahu khairan jaza'

well written, 'benarlah hanya yang datang dari hati mampu masuk ke hati.

moga Allah redha & gud luck hekzem! may Allah ease

Ojah said...

Himnae Krun..nanti kt g Seoul bagi peluk eh.heeheee.

Thanks for this as I need a new heart.definitely. doakan

Izyananana said...

Kak kerun.... meleleh sangat baca post ni, doa banyak2 in shaa Allah ummi dah tenang bahagia kat sana. *peluk* may Allah heals you cause He heals best ;)