Pages

Tuesday, February 26, 2013

To my dear, ummi's everything man.




“Our Illiyya and Imran. They deserve childhood memory yang sweet and penuh kasih sayang. Even without their most beloved mother, kita usahakan. Hasil semua Allah yang pegang. 
So help them.”
-abah




Semakin meningkat usianya si ibu, si bapa. Semakin keuzurannya kan menyerlah. Kadang-kadang perlu diulang jawapan lebih 3 kali, kurang dengar lagi. Kadang-kadang mahu merajuk. Kadang-kadang memetik perbualan lama yang dirindu kan. Kadang-kadang, hanya mahu dipuji kelakuannya.




Semakin tua, begitulah semakin mahukan perhatian anak-anaknya. :’)




xxxxxxx



A special post to abah. Aseef lambat, menanti masa untuk menaip. 
Tetapi tetap tersemat ceritamu dalam hari-hariku.
May this one cheers you up! :)





Dulu kan, dihati sentiasanya “abah my number one hero”.


Dari aku kecil sampai ke hari ini abah yang berambut hitam pekat dan lurus, sentiasa tampak muda. Pernah cecah umurnya 45 tahun aku menggaru lagi kepala tidak gatalku. Hampir tidak percaya abah akan mencecah 50. Tapi mp3 player melekat lagi di kedua belah telinganya, berjaket poket-poket. Masih bermain Xbox dengan adik-adik. 



Abah banyak bakat dengan kebolehan ambidextrous nya (kebolehan menulis, melukis kedua belah tangan). Kata ummi abah bukan superman, ultraman tapi my-everything-man. Dari membaiki paip air, kereta, cat rumah, jual nasi lemak, kira algebra, kira untung peanut butter botol besar vs botol kecik in a minute masa shopping, kira heart-rate jantung ummi, politik lagi, mahupun ilmu dakwah. Semua abah tahu dan mahir.


Kalau abah ulang “kenapa abah reti buat, korang tak reti buat?”



Aku geleng. Mungkin otakku hanya sebelah berfungsi, tidak seperti abah hehe.
Abah antara pelajar Malaysia yang awal-awal lulus ACCA di London. Antara yang kurang dari 10 calon itu. Wah. Bukan main hensem tengok helaian surat khabar terpampang muka abah masa muda-muda dulu.



Kagum. Abah memang hero. Lebih-lebih lagi pada saat paling genting dalam hidup yang menggenggam hati untuk tidak menangis. Abah pegang bahuku di hospital. Abah tunduk. 




“ummi maybe ada lagi 24 hours. But keep calm, baca ayat yang abah suruh baca. 
Ingat pesan abah nanti kalau-kalau dapat peluang tengok ummi pergi esok ke.”





Ketap gigi. Air mata memang tumpah tapi dengan ketabahan abah jadi malu nak menangis laju.



Lalu pada pagi ummi pergi, abah kumpulkan lagi kami. Abah senyum,
“I am so proud of you guys. Hari ni, abah nampak semua dah matured. Besar panjang anak-anak ummi. Keep moving forward kan?”



Kepositifan abah pagi itu mengangkat semua hati-hati dalam rumah untuk terus senyum, terus bangun walaupun hati memang punah ranah. SubhanAllah kekuatan Allah itu menjangkau sangkaan manusia. Dihulur walau secebis pada hambaNya, hadir umpama hero membunga-bungakan hati.




Namun hari ini.


Aku menulis rindu pada abahku yang dulu itu. Hari ini abah, kita diuji kan abah? Ummi sudah hampir setahun perginya. Tapi hati sangat sedih melihat keadaan dan suasana seolah ummi pergi baru semalam. 




Abah tidak lagi bekerja. Makin hari makin kurang semangatnya. Makin hari, kurang lagi nampak senyumannya. Hari-hari hanya dihirup kopi dan direnung-renung awan di luar sana. Seorang diri terduduk di situ. Aku juga kekok hendak memulakan bicara melihat abah yang muram, tertunduk hanya menggerak-gerakkan jari kaki. Kadang-kadang pula ke dapur, sendirian berbual dengan anak-anak kucing.




Dan kadang-kadang itu,



abah menangis lagi.



Hari itu entah kenapa mahu tonton tv al-Hijrah tentang slot tanyalah ustaz. Dan kebetulan, hanya aku yang terdengar, atau mungkin abah di dapur juga sedang mendengar.



“Kadang-kadang atas sebab apanya ujian itu datang? Kerana kita telah durhaka pada Allah? Kerana kita telah lupa pada Allah? Kerana kita kurang beribadat pada Allah?


Jangan bernegatif. Pessimist. Bersangka baik dahulu dengan Allah.


Sebenarnya Allah Melihat. HambaNya itu betul-betul dikasihiNya. Mahu dimasukkanNya ke dalam syurga mengikut tahapan tertinggi. Namun si hamba masih belum cukup kelayakannya untuk melangkah masuk, apatah lagi untuk menjadi penghuni syurga di atas itu. Lalu terus ditimpakan lagi ujian padanya bertubi-tubi. Selepas satu ujian datang lagi ujian yang lain. Berterusan sehingga lelah. Supaya-nya,  


terus meningkat nilai taqwa dan iman di hati.


Sehingga betul-betul layak untuk menduduki syurga tertinggi itu.”

-Ustaz Hasan Din



Ya Rabb. Hampir menitik seribu. Lalu masuk ke bilik dan berfikir lagi. Mahu saja memandang abah lalu tersenyum, atau bercerita bersama “adakah mungkin abah, ummi yang sakit dulu adalah golongan yang diuji begitu? Dan kita juga, dalam keadaan hari ini?”




"Pasti." :')




SubhanAllah waastaghfirullah. Abah, sabarlah pada hari ini lagi. Ketunggang-langgangan fizikal hidup ketika ini mungkin sekali tidak akan sama seperti pelarian yang menggigil di Syria. Tetapi disisi Allah, nilai ujian yang ditimpakan hanya Dia-lah yang tahu. Bagaimana rupanya yang besar, dan bagaimana rupanya yang kecil, Allah lah juga yang Menyusun sesuai dengan keupayaan kita. InsyaAllah sabar lah untuk menjadi golongan yang betul-betul ditinggikan darjat itu.


Rasulullah juga pernah ada waktu-waktu muramnya. Ketika Adh-Dhuha turun lalu menghadirkan semula senyuman di bibirnya. Abah juga manusia. Pasti ada waktu lemah dan hadirnya semula senyuman-senyuman itu, kan.



Kurangkan mengeluh, kita bersyukur, abah. Dan kita mengingatkan satu sama lain lagi, kita mengulang-mengulang semua ayat-ayatNya secara tidak jemu. Setiap hari.





“Dan berilah peringatan, sesungguhnya kau hanyalah pemberi peringatan.”
[Al-Ghasyiah]






Remuk hatiku sebenarnya pulang lalu melihat muramnya wajah manis hero-ku dulu. Tiada hak si anak untuk kecewa dan bersedih, sebaliknya perlu lebih banyak berdoa untuk kedua ibu bapanya. Walau bagaimanapun keadaan mereka, peribadi mereka,


they are parents. Respect them. Love them. Pray for them, pray for your parents. InsyaAllah.








My last weekend dengan semua, at hannan's walimah. Alhamdulillah for every second spent. :’)
I miss everyone and may this rindu betul-betul rindu pedih ini menghimpunkan kami sekeluarga di syurga. Biiznillah.


Tengok, anak-anak abah suma tersenyum rapi. Jangan risau sangat, botak nanti :P







p/ss : Alhamdulillah. Selamat sampai di korea selatan untuk final year, dan subhanAllah. Percutian tempoh hari yang membuka mata lagi mematangkan hati. Rumah baru memang abah dah let go Wifi, Astro, telefon rumah haha. Betul lah. Allah kabulkan permintaan mahu rasa tinggal di kampung hanya mengadap muka ahli keluarga.  :’)


All Praises to You. May Allah Bless.



10 comments:

Anonymous said...

dear hannan and abah hannan..moga terus kuat!Allah nampak kalian..Allah nampak

Anonymous said...

semoga kalian terus kuat. Inshaallah Allah akan sentiasa bersama kalian semua. ameen ya Allah.

lavenderlover said...



may u & ur dad become stronger each day... insyaAllah!

=)





















convertidor youtube a mp3

Anonymous said...

힘내!! <3

Ana =) said...

Im proud of u,

hanya hamba said...

assalamualaikum kak krun, (':
moga akak terus kuat, moga illiya dan imran dan abah akak terus kuat juga. mayAllah ease everything insyaAllah (:
(btw sy copypaste ustaz hassan din punya ayat tu, pencerahan sungguh. jzkk akak!)

aku-bukan-robot said...

kak krun. gud luck final.
semoga terus senyum. (=

dan semoga nanti everything man itu akan semakin kuat dan kembali senyum.

benarlah! ujian yang Allah bagi kerana Allah sayang. dan ia untuk iman , kan? (=

Anonymous said...



:'(

heart break with my family matters.so sad.

musheh said...

akak, saya sangat suka baca tulisan akak, teruskan menulis kak, akak membuatkan saya jadi makin sayang pada setiap ujian yang Allah beri :')

nshira said...

salam ukhti, boleh tak nak tahu lagu background blog enti ni? jzkk

salam perjuangan
semoga terus thabat dan istiqomah inshaAllah