Pages

Tuesday, January 1, 2013

Dalam satu lafaz.





Ini abahku pada pagi sabtu. Segak pertama kalinya aku melihat abah memakai baju melayu dan songkok. 



Abah. Sangat kacak hari itu :')




Sepenuh perhatian aku melihat abah yang memegang erat tangan abang Omar, untuk dinikahkan dengan Hannannya. Aku jauh di sini yang lebih resah. Tetapi terlampau kagum dengan semua. Kelopak mata juga bertakung penuh melihat wajah, mendengar abah melafazkan bahagiannya sebagai wali.

SubhanAllah.



Dalam satu lafaz, 
tanggungjawab hannan pada bahu-bahu abah kini diangkat ke bahu abang Omar. 





Inilah hari paling gembiranya si kakakku, adik-adikku, abangku, keluarga kecilku, lalu hari gembira abah dan pastinya ummi ku. :')




"Khairun dear, you should be proud of your abah today. 
Dia begitu segak and confident."

-Kawan ummi



T______T




Dan dari Anas bin Malik, Sabda Rasulullah SAW

"When a man marries, he has fulfilled half of the 'deen'. 
So let him fear Allah regarding the remaining half."

(HR Tirmidhi)




SubhanAllah walhamdulillah ala kulli hal wa nikmah.




"We have to move on. Even though we are not ready yet, tak boleh tunggu lama-lama. 
Abah tak okay, but i wont disappoint hannan. And i will try my best tomorrow. 

Dont worry i will try my best" 




Janji abah, pada panggilan malam sebelum ijab kabul hannan sabtu lepas.




"eh haa pastu, kenapa tutup blog?"



Abah tiba-tiba tanya hihihi. :P
Alhamdulillah, rupanya abah pun rajin buka blog sebelum ni :P *tersipu malu sendiri* ok2 abah, sambung tulis ^_^


Dan dalam satu lafaz itu, aku juga terasa hidup semula. Sungguh perjalananku masih jauh. Hannan sudahpun sempurna separuh deen nya. Allahuakbar. Sedang aku masih perlu terus berlari lagi. :)


Biiznillah.



Selamat tahun baru! Azam baru, nafas baru! :)



p/s : Jazakumullahu khairan jaza pada semua yang message, semua yang bagi semangat untuk terus menulis. Aseef jiddan sekiranya terasa kecewa dengan si penulis T_T Astaghfirullah, mungkin terlalu down untuk teruskan tempoh hari. 

InsyaAllah akan terus menulis untuk abah dan semua lillahita'ala. InsyaAllah. Semoga bermanfaat. Doakan bersama. 




11 comments:

syuhadaa said...

Yayyy! Tak jadi tutup belog!

Semoga perkahwinan Hannan diberkati Allah, always and forever. :D

aku-bukan-robot said...

ok, kak krun (= alhamdulillah. semoga usaha kecil Allah pandang.(=

Anonymous said...

salam krun..
truly i felt a bit lost knowing that u wanted to close ur blog..mcm bintang x kan berkelip lagi..thank you for the come back!may Allah bless..may Allah ease our journey to Him..

LynnAiza said...

yeay. thanks to your abah. :)
keep on blogging. u hv lots of readers here. :)

nabila azmi said...

keep on writing awk=)

Dokter TukangMasak said...

Thanks to your abah then. :)

*eh. Aku-bukan-robot ada la.

azrul shahnazir said...

moga sentiasa dianugerahkan kekuatan dalam menghadapi hari2 mendatang.^^

عزىزةولهودئ said...

Krun bila lagi? * sipu-sipu malu *

CastStory2008 said...

Alhamdulillah...tahniah kerana terus-menerus menulis...semoga Allah terus-menerus mengilhamkan yang terbaik bagi 'mengetuk' jiwa-jiwa insan ke Jalan-Nya, ameen

Anonymous said...

Yeay Alhamdulillah..teruskan menulis krun.. nak bace lg post2 krun yg smpai mnyentuh jiwa.. jzkk sharing.. :)

nak tgk gmbar kak hannan kahwin boleh *tersipu2 malu*

-sabrina

hamraa' (^_^) said...

Baru baca entri nie...Mabrook!!!Buat kakakmu,Hannan bt Rozman..Moga pernikahan diberkati serta disulami kebahagiaan hingga Jannah..Allahumma ameen....Buat krun,moga kuat dan tabah kaki melangkah..<3