Pages

Friday, November 30, 2012

Sosok murobbiku.




Membelek-belek stor video. Teringat keringat dan senyuman-senyuman yang kita bina bersama sepanjang tempoh itu. SubhanAllah. Rindu. Dan selamanya ini menjadi hadiah untukmu,



Murobbiku.





Hadiah pertama dan terakhir pada murobbiku jauh di sana. Bibit-bibit kenangan kita yang menjadi cerita satu dunia. SubhanAllah.. SubhanAllah. Semoga Allah Redha.




Ketika itu aku melihat hanya murobbiku. Hanya murobbiku yang diam duduk di bucu dinding, terkumat kamit bibirnya membaca ayat-ayat Allah. Hanya murobbiku yang menangkap mata kanan dan kiriku, sedang akhawat lain riuh rendah bercerita bersama, pabila sudah hampir seminggu tidak bersua muka. Dia duduk seorang di situ, menghadap khusyuk di hujung bucu-bucu.



Ah. Gelagatnya sama sentiasa. Murobbiku diam selalu. Kadang-kadang hanya tersenyum, kemudian kembali membawa diri ke bucu dinding. Setiap kali, pada masa-masa terluang dan ketika aku leka bergelak ketawa di belakang. ㅠㅜ




Dia. Selalu tidak turut serta dalam kata-kata. Mungkin, isi umpatan juga dielaknya. Allah..





Ketika berhalaqah, murobbiku selalu mengusap bahuku. Lebih lagi apabila mentadabbur ayat Allah. Tidak banyak suaranya yang terdengar, banyak lagi kaca-kaca di matanya ketika memandang kami. Lalu ketika aku bergurau dengan pangkat murobbinya, sentiasa dia mengulang





"Khairun, ini tanggungjawab. Sebelah kaki akak sudah berada dalam neraka"





Ya Rabb. Seringkas kata-kata itu menunjukkan murobbiku sangat peka dengan amanah, dan sesungguhnya dihatinya tersemat  selalu tentang hari akhirat. SubhanAllah. Wallhamdulillah inilah ceritanya. Ketika aku kan banyak memerhati, pengalaman demi pengalaman menyentuh dan mengajarku. Orang mungkin kata jadilah diri sendiri ketika apa-pun. Tetapi aku serius. Mahu menjadi seperti murobbiku. 






Allah. Masanya...

masanya kan banyak kepada Allah lebih pada terlalu leka kepada manusia. Dan dia kan yang mengajarku pekat tentang hadis yang diulang-ulangnya selalu,





"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. 
Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."



Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra. 






Ah begitu bucu dinding disukainya. Sedangnya dia mengingat Allah dalam khalayak itu, hatinya melakonkan hadis itu semula.




SubhanAllah. Aku rindu pada murobbiku. Dia yang mengajar aku erti ILAH hatiku, erti cinta pada Allah. Dan pada aku yang tidak mampu menjadi sepertinya, InsyaAllah sosok itu akan sentiasa menghadirkan himmah untuk aku terus ke hadapan.






p/s : Murobbiku adalah cinta pertama dalam ukhuwah ini. Sosok berupa qudwah hasanah yang menakjubkan. Semoga terus tsabat di sana. 

Sayangi murobbi kita ^_^ Dan murobbi terunggul : Baginda Muhammad SAW. 





Sunday, November 25, 2012

그립다.




Jauh. Kalau mendengar dengan teliti. Walaupun aku yang suka untuk cuba tidak mengingatimu, di sana masih membisik-bisikkan lagi,







"Ummi."








Rindu nak lihat wajahmu. Memanggilmu. Jauh di lubuk hati, di sana. Allah.. :')




Wednesday, November 14, 2012

Karat.






Karat itu. 




Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Di belakang kalian akan ada masa-masa sulit yang menuntut kesabaran. Orang yang sabar pada saat itu laksana menggenggam bara api. Orang yang beramal shalih di masa itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang, dari kalian"

(HR Thabrani)



Yaitu pahala lima puluh orang sahabatnya baginda.
SubhanAllah. Wallahu Akram. :')




Lihat semula.
Ia melekat bagaikan tidak pergi. Maka lihatkan jahiliyah. 
Bagaimana serupa karat ia kan terpahat di dalam besi-besi. 
Sesekali perlu untuk ditampal dengan warna yang baru untuk mengganti. 


InsyaAllah, wabismillahitawakkal 'alallah. 
Bersama sabar dalam amal yang dibina, 
semoga menutup dan menghias besi-besi. 
Seperti tampaknya baru dibeli. 




Azam terbesar tahun baru yang fresh ini, 
Membuang karat jahiliyah. Allah, Izinkanlah! T_T 




p/s : Salam Maal Hijrah 1434H. Mari ambil kertas dan pena. Kita tulis azam tahun baru. Semoga membawa ke syurga. :) 





Monday, November 12, 2012

Merah hatinya yang hidup. Kering hatinya yang gugur.





"Barangkali mereka menyangka mereka mampu hidup tanpa tarbiyyah. 
Namun mereka yang tersasar jalannya ke syurga, 
apabila membuang tarbiyyah itu dari hidup mereka.

-murobbiku








Tentang manisnya warna dedaun pabila kemerah-merahan, menghidupkan hari manusia. Cantik dipandang lalu dipuji-puji terus warnanya. Namun pabila menjadi kusam tatkala hampirnya musim sejuk. Hanya menghadirkan kesedihan pada hati mereka, pabila telah kering dan gugur ke tanah.

Hati kan umpamanya dedaun itu. Manisnya berwarna seketika bersama tarbiyyah, 
lalu mungkin bakal kering dan kusam pabila membuangnya tarbiyyah. T_T 





"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum,
 sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada mereka sendiri" 
(13:11)





Kerana tarbiyyah itu yang menggegarkan iman mereka, mencapai cinta Allah di langit. 
Terusnya iman yang telah bergetar itu lalu bangkitnya tubuh dan jiwa mereka, 
menyambut seruan Rasulullah dan berjihad fi sabilillah. 



Kerana tarbiyyah itu yang melahirkan kemanisan iman, 
pada kusamnya derita hidup-hidup mereka di dunia. 
Manisnya iman menghadirkan senyuman pada penantian hari paling bahagia dalam hari-harinya, 
hari mereka bersama ke pintu JannahNya. 



Kerana tarbiyyah itu, maka hati kita hidup mencapai redhaNya, 
lalu terus disinarnya Nuur Allah yang tidak putus. 
Menyilaukan mata-mata mereka yang berpaling dari Rahmat dan ampunanNya. 



Kerana tarbiyyah, Alhamdulillah. Kami hidup lalu hati kami kan pernah merasai 'hidup'. 
Kerana ia telah mengenal Rabbnya. Ia telah kenal, 




jalannya ke syurga. 







Itu kisahnya tarbiyyah. 


Namun, masih kan ramai dilihatnya gugur. Setelah sesekalinya merasa tarbiyyah sudah berurat mencengkam di hati. Tarbiyyah mengucup berulang kali dan kadang-kala juga mengetuk pintu akal untuk bersama-sama dalam beraksi. SubhanAllah. Sungguhkan, pada perang uhud tapisan Allah itu sudah nyata dipaparkan. Mereka yang gugur tunduk hatinya pada tawaran si bumi. Si harta yang berkilau, akhirnya meninggalkan kurang dari 50 sahabat yang tsabat melindungi Rasulullah di medan pertempuran.


Begitu Allah menapis tenteranya yang dipilih untuk betul ikhlas membawa agamaNya di muka bumi.
Begitu kan, Allah menapis.



T_T




Sungguh, sesaat baru tersenyum mengenal Allah, tidak bermakna sesaat kemudian akan tersenyum terus dan bergegas ke batang paip air pabila mendengar laungan azan. Sesaat pula mendengar kisah Khalid Al-Walid R.A, belum tentu sesaat kemudian akan terus mengangkat pena atau kasut, mula bekerja mengharumkan nama islam. Dan sesaat juga melabuhkan sebahagian tubuh dan hati pada menerimanya tarbiyyah, bukan bermakna telah manis hidup dan terjamin syurganya.



Kerana hati telah berbolak balik, mungkin. Pada saat berikutnya. Hanya kan hati yang terpilih, diangkat untuk masuk ke syurgaNya. Allahurobbana.






Dan berdoalah pada Pembolak balik hati itu, 


Yaa muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala deenik
"Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu"









Semoga hati kan terus mencinta dan dicintaiNya. Genggamkan tarbiyyah pada yang terpilih itu, agar kita sentiasa tsabat menuju syurgaNya. InsyaAllah!




p/s : Ingatlah. Pada hati-hati yang futur ini. Ingat kan tentang pertama kalinya hati mengucup tarbiyyah. Manisnya terasa seperti terbang di kala awan-awan di langit, bukan? :') Allahurobbi SubhanAllah. Kekalkan kemanisan berada dalam tarbiyyah ini ya Rahman. Amiiinn.





Sunday, November 4, 2012

Di Sebalik Senyuman Umar.






Umar.





Bagaimana tidak tersentuh dengan peribadi Umar Al Khattab. Kacaknya Umar pasti kerana kegagahannya, keimanannya yang menyilau menghalau syaitan di jalanan. Sentuhnya hati Umar dengan kalimah syahadah membangkitkan terus kekuatan umat Islam, lalu menggerunkan musuh-musuh di luar. SubhanAllah, mereka yang lemah dibela dan dilindung sepanjang hayatnya.



Umpama, sebuah dinding yang tegak mantap mendahului dihadapan, umat islam di yakini keselamatan mereka. Apabila berada di belakang Umar. 



Apabila berada di belakang, 
si Umar yang tersenyum gagah penuh cinta dengan Islam. 





Teruslah meminta ampun dan kekuatan dariNya. Sungguh pada manusia itu banyak kecacatannya. Pada Allah segala kesempurnaan. Maka percayalah pada kekuatan dan kesetiaan Allah pada hambaNya, InsyaAllah.




"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenaiKu, maka (beritahu kepada mereka) 'sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(Al-Baqarah : 186)




Pada pagi yang suram melihat wajah ummi yang baru ditutup itu. Aku lalu ke bilik lelaki dan mengejut abang sulung kami, Umar. Umar terus mencium pipi merah ummi lalu duduk dan memerhati, wajah ummi tercintanya buat kali terakhir. Aku masih tidak nampak tangisan yang keluar pada kelopak matanya. Sambil Umar itu terus ke ruang tamu menemui abah.




"Abah, apa doa Umar kena baca nanti?"




Aku dengar perlahan. Tetamu mula datang penuh di ruang pintu rumah dan bergiliran masuk ke bilik ummi, menyelak kain dan mencium pipi dan dahinya. Doa apa yang Umar mencari itu, masih bermain-main di fikiran. Hanya sempat mengintainya sedang menghafal di hadapan meja komputer dengan penuh focus.


Dan ketika imam mengumumkan,




"InsyaAllah, solat jenazah Roslina binti Mohamad Razaly akan bermula, 
diimamkan oleh 


anak lelaki sulungnya."





Allah. Hatiku kan berkocak dan terus mengalirkan airmata tanpa henti. Mendengar bacaan takbirnya yang sayup, di sepanjang solat itu. Terharu. Sebak mendengar suara yang tenang membaca doa yang dihafalnya sebentar pagi tadi. Abangku Umar,


yang berdiri mengimami kami di hadapan. SubhanAllah :')



Abang yang paling disayangi Imran dan Illiyya, sangat tabah mendahului kami semua pada hari itu. Hanya tersenyum melayan Imran yang berlari-lari keliling mereka yang sedang membaca talkin. Sedang adik-adik perempuannya yang lain sedang menangis, Umar tetap tersenyum pada Imran.


Kini bahunya yang makin memberat memikul beban untuk melindungi adik-adiknya di bawah. Bahunya yang berat itu namun sentiasa disertakan dengan senyuman, pada setiap kali tiba di pintu rumah. Yang di sebalik senyuman itu, hanya Allah yang Mengetahui. Hanya Allah yang akan Menilai tangisannya, dan sabarnya dalam berdiri gagah, untuk memimpin yang lain. SubhanAllah.


Aku yakin, kacaknya di sebalik senyumannya Umar abangku, terdapat seribu tangisan sembunyi dalam hatinya dan Allah. Genggaman kekuatannya yang luar biasa dari Allah.



Dan di sebalik senyuman Umar al-Khattab,  terdapat seribu tangisan dihulurkan pada Rabbnya. Yang sesungguhnya segala kekuatan kan datang hanya dari Allah. Pemilik segala kekuatan di langit dan dibumi. :)



"To Umar, 
I am so proud of you. 
Kamu adalah Umar Al-Khattab dihadapan kami, pemimpin di hati kami. 
We believe in you. Ummi dan abah juga begitu. InsyaAllah."




Mahu sesekali menjadi seperti Umar sahabatnya Rasulullah. Mahu sesekali berdiri tegak lalu tersenyum di hadapan. Mahu sesekali tidak mudah tumbang cenderung pada kelemahan dunia. Allahurobbi. Kini dihadiahkan kisah Umar yang tidak berhenti menangis pada Pemegang segala kekuatan itu. Dengan tangisan tidak putusnya disebalik senyuman, Umar kan menjadi pemimpin paling gagah dalam abad Islam SubhanAllah.




Kuncinya itu selalu : Kekuatan hanya padaNya, hanya dariNya. 




Make me strong. Make him strong, abang Umarku. :')





p/s : Tika Umar Al-Khattab yang gagah juga lebih tangisannya dari umat hari ini. Tika Umar yang gagah dengan senyuman itu juga lebih kerap meminta kekuatan dari Allah, siapalah aku yang kerdil lalu tidak gagah ini menyombongkan diri ingin terasa kuat. Kerap kali mengeluh lemah di hadapan khalayak ramai. Namun, jarang-jarang sekali meminta kekuatan pada yang Maha Kuat. 


Tak banyak bercakap pasal Umar. Hari ini rupanya sangat rindu pada abang yang satu itu. Semoga terus kuat di sana. InsyaAllah ^_^




Thursday, November 1, 2012

힘들다.




너무 힘들어.

잠깐 쉬고 싶다.








 Melihat putus asa itu umpamanya melihat dedaun yang berguguran. Di kesunyian itu mereka lalu turun ke bumi dalam kelembutan angin. Maka terus terbenam di laluan, dipijak hidupan. 






Autumn | 2012





Kusam.
Hati dan perasaanku. Allahurobbi.