Pages

Wednesday, October 24, 2012

Last Call.



Bismillah.
Last call sebelum tutup mata. 





إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri
(13 : 11 )





#01 | Usaha. 





"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaku dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu..."
(Hadith Qudsi, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.)





#02 | Ingat. 
Dan bersangka baik dengan Allah.








"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" 
(65 : 3) 





#03 | Tawakkal. 






InsyaAllah. Allah tidak pernah menghampakan hambaNya. Walaupun harapannya kecil seolah punya 3 kelopak daun bunga itu, dari sekuntum. Yakin. Dan percaya. 

Allah is with you. 


:')



6 Jam sebelum jarum tepat ke angka 10 pagi. 10 pagi hari Arafah masyaAllah, mereka khusyuk menunaikan haji di tanah suci, tetapi kami kan disusun untuk khusyuk menelaah ilmu dunia lagi di sini. :'( Semoga bermanfaat, untuk masa hadapan Islam, dan ummah. 



Oh ye. Istighfar dan tetapkan niat ikhlas lillahita'ala, sebelum betul-betul mengangkat pena dan meluahkan segala yang dihirup sebentar lagi. I mean, segala yang terhirup dengan izinNya sepanjang seminggu ini. Huuuh.





Allah yusahhil untuk semua yang menghadapi peperiksaan di korea. :') 
Bittaufiq Wannajah. Fi kulli Imtihan. Fiddunya wal akhirah. 



Amin. Best of luck!







p/s : Abes exam japgi jom angkat lens. Bunga-bunga merah sudah masak untuk di shoot ^_^ yeah.





Monday, October 15, 2012

Pada telinga yang jatuh ke hati. Berkongsi.




Tadi pagi, membelek blog usang ini lalu terbaca komen pada post sebelum, "Krun, smg kuat. Allah kan ada." dari 'along'. SubhanAllah. Betul, lemahnya hati. Aku lupa pada Pendengar setia yang menunggu cerita-ceritaku di malam hari itu. T_T Allah.. jzkk :')



"To listen first, to understand, yet to feel even though you can't feel the same as them. 
Share the heart together." 

-Sybil Stershic






Toyyibin ummi itu sedang tersenyum merindukanmu sambil tidak putus doanya, ummi. 
Lantas terus tanpa henti mengangkat senyumannya itu, membawa bersama hadir dalam hari-hari anakmu. Semoga senyuman itu sampai ke syurga bersama-samamu, ummi. Senyuman dari toyyibinmu, 

abah kami itu :')




Malam itu,


Tika ummi baru-baru pergi hari itu, tika tetamu sudah pun pulang, tika habisnya abah bercerita tentang ummi sambil menyandar di almari, abah melihatku dan mengangkat kedua bahunya.




"So. Ada apa-apa soalan pasal ummi?"




Tika itu aku yang terkedu mendengar kisah-kisah ummi yang tidak pernah diluahkan mereka. Tidak pernah dilihatnya mata kami, dan terlalu banyak rupanya kisah-kisah manis dan pahit mereka yang disembunyikan. Lantas hatiku penuh dengan persoalan. Aku mahu bertanya tentang masa kecil ummi yang disembunyikan. Aku mahu bertanya lagi tentang apa harapan ummi padaku. Aku ingin mendengar lagi, bagaimana ummi mengenggam kekuatan dengan jantungnya yang tercungap, lalu berjalan tanpa henti. Aku mahu dengar lagi, aku mahu bertanya lagi. Tetapi hanya kan satu yang keluar.


Satu soalan yang aku teringin sekali mendengar jawapannya walaupun barangkali sudah mengetahuinya,



"Abah. Was...ummi, a good listener to you?"




Abah tersenyum. Aku nampak sedikit kebahagiaan pada mata yang penuh kesedihan pada hari itu, tetapi terus bibirnya mengangkat lagi senyuman untukku.




"Yes. She was. 


She..... was in fact, a mother. A friend. A partner. A listener. 
And the most exciting part is, she 'is' my big love after Allah and Rasulullah. 



She was,
my everything."




Aku pun turut tersenyum, melihat raut wajah abah yang penuh dengan kepercayaan itu. Percayanya abah akan pertemuan semula dengan ummi di syurga nanti. Dan itulah abahku, yang mana sekali aku bertanya, kan seribu yang bakal dibalas. :)


Sedang malam tadi, terasa rindu itu datang lagi menemani di tepi. Terus tangan menekan nombor kakak dan menghantar message 'rindukan ummi' padanya. Pada tanggapan aku, kesunyian apabila berada jauh dengan keluarga mendapat ranking paling tinggi. Hah. Tetapi rupanya apabila dibalas kisahnya pula dalam persediaan kahwin ini, di mana tiada seorang ummi yang membantunya di tepi, yang memberi cadangan, yang menyokong. Tiada seorang ummi untuknya bersama memilih masjid dan dewan. Dia sedang buntu dan menangis hari-hari, lebih buntu dariku dan abah. SubhanAllah. Aku terkedu kerana hidupnya yang lebih sukar seribu. Berganda-ganda lebihnya dariku.




"I miss ummi too. Got no one to talk to" T_T




Dan apabila aku tidak berapa yakin untuk pulang musim cuti ini, kononnya mahu mengumpul lebih duit untuk abah kerana masih tidak bekerja. Kononnya mahu menolong abah dengan tidak membeli tiket, lalu mungkin boleh dihulurkan duit tiket itu padanya,



"Krun, Solat Dhuha hari-hari. Mintak murah rezeki, mintak abah jugak dimurahkan rezeki. Dipermudahkan urusan. Allah tu Maha Kaya. Tak luak pun kekayaan Allah nak kasik sekalipun ada hamba-hamba yang dah millionaire. And aku dah bekerja, InsyaAllah masih boleh support mana kurang.


Just baliklah. Teman abah kat rumah dan adik-adik."

-hannan



T_T huk.

Allah. Sungguh. Hannan percaya dan aku juga turut mula percaya. Untuk balik dan terus menjadi telinga pada abah dirumah sudah pasti lebih bermakna daripada harta-harta dunia. Kan. Begitu ummi dulunya pada abah. Menjadi pendengar lalu turut berkongsi hati dalam semua urusan. SubhanAllah. :')


Semoga Allah terus Redha dan Merahmati ummi dan abah sampai ke syurgaNya. InsyaAllah. 



^_^




Dan Sabda Rasulullah saw,

"Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.... Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.."

(HR Muslim)




Pada hari ini, aku kan belajar banyak perkara daripada message pendek kakakku dan komen 'along' itu. Somehow, apabila kita turut mendengar hati kan turut terpaut untuk rasa bersama. Itulah tafahum dan takaful dalam ukhuwwah. Untuk faham, dan memberikan pertolongan sekalipun dalam menjadi pendengar sahaja padanya.


Menjadi pendengar dan menghadirkan kedua belah telinga untuk mereka. InsyaAllah walaupun kiranya dalam amount tenaga yang sedikit digunakan, semoga itu juga membantu memudahkan urusan mereka. :')


Dan Allah itu, sentiasa Ada di belakang, di hadapan, di kanan dan kiri, di semua arah untuk memback-up segala yang kurang, menambah segala yang sedikit. Lalu menjadi Pendengar Setia juga pada setiap masalah, dan membalas dengan ujian-ujian hebat dariNya. Alhamdulillah.


Untuk abah, hannan, dan diriku sendiri,

Kerap kali tika merasakan tiada ummi lagi di sisi untuk mendengar luahanmu, tika merasakan tiada manusia di sekelilingmu sekalipun untuk diucapkan salam, maka tetap ada Allah di situ untuk diucapkan padaNya,




"Bismillah, dengan namaMu ya Allah, make me strong"





InsyaAllah, abah. Dan semua. :')
Keep faith in Allah. Dan usaha yang tidak putus.


Kalau tidak sehebat ummi menjadi pendengar pada abah dan semua anak-anaknya setiap malam, izinkanlah aku menjadi pendengar pada abah, adik-adik untuk hari-hari berikut ini. Semoga, dan semoga Allah terus memudahkan urusanmu di sana. :')




p/s : Sentiasa ingatkan aku tentang hati, tentang Allah lagi. Untuk aku sentiasa berjalan tanpa henti, seperti kuatnya ummi dulu. Jzkk sudi membaca dan menjadi pendengar kisah gersangku dari awal dulu. 


Moga Allah Merahmati. Amin. :') 




Sunday, October 7, 2012

Pilihlah satu itu lagi. Yang pernah menggerakkan hatimu mengangkat langkah semula.




Wamakaru Wamakarallah. Wallahu Khairul Makirin.
"Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga Merancang. 
Dan Allah sebaik-baik Perancang"

(3:54)




Pilihlah satu antara mimpi-mimpimu itu untuk menjadi penghuni syurga dan bertemu Allah di sana. Kerana hanya itu satu mimpi yang akan mengatasi kesemua mimpi palsu dunia. 
Hanya satu mimpi di hati. 




xxxxxxxxxx




Pemudi itu berjalan keliling dapur mencari air sejuk untuk diteguk, kerana hari itu kan yang makin panas membasahkan helai bajunya pada bahagian belakang pinggang. Lalu terus menuju ke pintu bilik umminya. Setelah bermundar mandir mencari air yang masih tidak dijumpainya itu.


Pintu bilik ummi tidak rapat ditutup dan kelihatan seorang lelaki sedang duduk kaku dihujung katil, kepala tertunduk ke bawah. Pemudi terus mendekati pintu dan mengintai sebelah mata, hasrat untuk bertanya tentang air sejuk itu dimatikan. Terus memerhatikan lelaki itu dari celah pintu,


sedang menangis teresak esak seorang diri.



"Abahku.. menangis?" 



Bergema persoalan itu di dadanya, di hati si pemudi. Lalu turut mengalirkan airmatanya dan menutup rapat pintu itu. Keliru.





xxxxxxxxxx




Akhawat itu merenung skrin laptopnya dan masih menunggu. Sesekali menekan butang chat pada nama salah seorang rakannya berulang kali. Tetapi masihkan offline. Akhawat itu terus mengambil tualanya dan membuka paip air untuk mandi, kaku termenung membiarkan air mencurah-curah ke lantai.


Akhawat menangis seorang diri. Ah. Bukan ingin mandi sebenarnya tapi supaya tidak didengari tangisannya oleh teman sebilik. Terus dan terus menangis kemudian membasuh muka dan melakar senyuman ketika masuk ke bilik semula. Memandang lagi laptopnya, sudah.


Si rakan tetapkan offline.


Hari itu mungkin lagi. Rakannya yang ditunggu tidak sempat meluangkan masa untuk mendengarkan masalah si akhawat. Lalu akhawat itu terus masuk ke bawah selimut dan menangis lagi.




xxxxxxxxxx




Si gadis meletakkan cawan kopi itu dengan perlahan sambil menyelak kasar helaian buku tentang litar elektronik itu. Peperiksaan makin hampir, tertulis besar pada dinding. Kononya, sedang sibuk mengulangkaji bahan sampai malam betul pekat dan ketika semua sedang tidur.


Lalu notanya basah. Air yang menitik keluar dari kelopak-kelopak matanya jatuh merosakkan tulisan-tulisan yang ditulis tadi, menggunakan pen dakwat basah. Bercampur aduk sudah garisan hurufnya.


"Dulu. Aku langsung bukan begini." Hati bergema dan bersuara sendiri lagi. Sudah 4 pagi, mukasurat masihkan pada angka 8. Menggosok matanya dan ditulis semula berkali-kali di atas kertas putih. Pada notanya yang hancur basah. Kemudian diselaknya laci disebelah meratapkan sepucuk surat tertulis,


'Amaran untuk semester satu'



Si gadis lalu menggaru kepalanya tersenyum sinis. "Apa. Yang sedang berlaku pada aku ini."




xxxxxxxxxx





"Just sit down and relax. Take a minute to realize, after all. We are a human. 
We make mistakes. And we are not perfect. 
We are only,


 a human."
-J.K Rowling



Terkadang kan. Aku selalu bermimpi dan pada hati sendiri punya mimpi-mimpi kesempurnaan untuk sesuatu itu. Bermimpi mempunyai abah yang sekuat besi alloy, tak akan retak walau diketuk. Lalu bermimpi mempunyai teman yang setia mendengar dan akan muncul ketika diperlukan. Tak akan hilang kecuali dengan kematian. Bermimpi lagi menjadi pelajar yang akan graduate dengan cemerlang secara terus hanya dengan lulusan A pada yang peperiksaan-peperiksaan lepas. 


Namun abah juga manusia. Si rakan juga manusia. Dan aku juga manusia. Manusia tak akan pernah sempurna, dan hidup di dunia bukanlah sepatutnya penuh dengan selesa. Mimpi yang disimpan hanya mimpi, hanya bakal termakbul pabila dihajat di syurga yang kekal abadi itu nanti.


Dan semua mimpi itu tak akan terjadi bilamana hanya berhasrat dan membayang ketika aku bukanlah pemakbul pada mimpi-mimpi serta kenyataan itu, sedangkan hanya Allah yang memegang hidupku, Allah pemegang mimpi-mimpiku. Ketika Dialah yang Menyusunkan segalanya, maka aku tidak pernah patut meneruskan sangkaan pada hidup yang sempurna. Mempunyai segala yang dimimpikan. 


Maka pada Allah kita sentiasa berharap. Pada Allah kita sentiasa meminta. Dan dengan Allah kita sentiasa berteman. Tak mungkin akan kecewa. Kerana pada yang selain Allah itu tidak ada selesa, pada selain Allah itu, 


tidak akan kekal. 





Abah, semoga terus kuat untuk kami. 
Dan semoga Allah terus Menjaga aku dan mereka dirumah sampai ke JannahNya. Amin.. :'(






p/s : To krun, to si anak degil yang suka bermimpi, you are a human. Kamu bukan malaikat. Dan kamu juga bukan maksum sepertinya Rasulullah saw. You make mistakes. And you made a lot already. You are not perfect dan sekali lagi, kamu patut sedarkan hakikat itu. Change. From day to day. 


Sentiasa perlu bertambah dalam berubah. Sentiasa perlu membaiki diri pada yang lebih baik. Dari hari ke hari berikutnya. Always. May Allah Bless.






Wednesday, October 3, 2012

Menanti penuh debar, putih si sonata.







Hannan and Ulfah, Nami Island 11'





InsyaAllah menunggu kedatangan Imran dan Illiyya, dan mungkin Umar, Izzuddin dan Abah? November nanti. 

Yosh! Menanti penuh debar, putih sonata tahun ini! Biiznillah~~! ^_^




Monday, October 1, 2012

Hadirkan semula kepercayaanku ya Rabb. Pada pemimpinku itu nanti.





"Kalaulah Rasulullah masih hidup pasti baginda tidak berbuat begini kepada kami.
 Jika benar kamu mencintai Rasulullah mana akhlakmu sebagai pembela, sepertimana Rasulullah teguh membela nasib wanita?" 
-Dr.Harlina



Ini. Bahagian cerita simpananku celah buku memori. Yang banyak mengajarku sampai ke hari ini.




Imran. Membesarlah kamu dengan akhlak Rasulullah saw di dadamu. Di tanganmu, di kakimu dan dimulutmu. Seterusnya peliharalah akhlak itu untuk menjadi pembela pada isteri dan anak-anakmu nanti. Dan pada kakakmu, pada adik beradik perempuanmu, serta saudara-saudara perempuanmu yang lain. InsyaAllah kami sentiasa mendoakan. Supaya imran, abang izzuddin dan abang umar menjadi anak dan pemimpin ummi abah yang soleh. :') 




Dulu. Waktu tudung masih terlipat tebal di atas kening, aku diajarkan apabila menjenguk tepat ke wajah lelaki ajnabi itu perlu terasa haramnya. Lagikan untuk mula berbicara atau berpasang dalam membuat kerja sekolah. Atau, dalam membuat apa-apa pun. Aku terasa malu yang sungguh cikgu-cikgu ingin terapkan itu, melalui cerita Nabi Musa yang berjalan di hadapan safura ketika menemaninya pulang. Aku belajar dan cuba menanam kisah penuh kesopanan dalam pergaulan dua jantina itu pada hanya umur 7 tahun. Akhirnya aku seolah sudah dipaku dengan rasa 'malu' itu, tikamana bertembung walau hanya bayang dengan si lelaki.



Kan begitu tegas diajar, di sekolah musleh dulu.



Biiznillah tiba di kolej persediaan, sebelum terbang ke korea itu aku menerima culture shock yang teramat, dengan kedudukan di dalam kelas disusunkan. Setiap hari bersebelahan dengan spesis yang aku tersangat malu untuk mengangkat kepala itu. Pada awalnya aku yang sangat malu seribu, puas digelar "si pelik" atau "si bisu" apabila langsung tidak bersuara di hadapan mereka. Akhirnya menggerakkan bibir dan memulakan bicara. Keluar dari kepompong hukum 'rigid' yang selama ini membesar bersamaku dalam hati. Memulakan kerja dan aktiviti dalam kumpulan, campuran itu antara aku dan spesis lelaki.



Dan aku sedar aku yang sendirinya mula berubah. Aku mula lali dengan suasana itu. Aku mula belajar bagaimana 'perasaan' itu menyentap hati. Aku mula terasa bisikan syaitan penuh kotor itu. Aku mula berbicara dan percaya pada mereka. Tapi Alhamdulillah dan semoga Allah terus menjagaku, aku tak pernah dan tak akan pernah untuk mulakan sesi ber"couple" itu. InsyaAllah. Janji itu kan tetap terpaku pada ummi abah, pada diri sendiri, dan pada Allah.



Namun sesungguhnya airmata kan tetap jatuh hari ini. Hanya pabila dikiaskan bahasanya, walau hanya gurau senda mereka kami memandang sebagai serius. Aku terkedu sendiri dengan kepercayaan itu, di mana selalunya aku ingat, selalunya aku percaya lelaki difitrahkan sebagai pelindung pada wanita. Pada Khadijah, pada Aisyahnya Rasulullah saw itu dulu. Mulianya sosok itu yang sentiasa melindungi maruah serta meninggikan martabat wanita. Yang pada hari ini aku buntu, di mana harus aku letakkan kepercayaan itu pada mereka selain abah, abangku dan adik2 lelakiku.



Atau aku masih tidak faham gerak lidah mereka, gerak minda mereka. Ego dan pride mereka. Walaupun aku mengaku aku sudah pandai bergaul dengan mereka. 



Perselisihan faham yang kecil apabila bergaul dengan mereka menjadi besar dan dicucuk-cucuk lagi oleh pembisik tegar di telinga itu. Untuk lagi merebakkan api kemarahan. Yang sesungguhnya terus menghasut,




"Jangan sesekali maafkan mereka. Kerana mereka tak pernah faham kita" 




pada malam tadi.


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Begitulah dibisikkan apabila kekadang cuba melangkah ke arah berubah pada yang baik itu. Pada setiap kali kita ingin berhusnuzon, ingin memaafkan. Bisikan itu datang berderu-deru yang akhirnya hanya airmata yang tumpah serta doa yang tidak putus sahaja akan mematikan sesi itu.



Akhirnya kan, sungguh pada Allah sahaja kita meminta lapangnya dada itu. Hanya pada Allah, yang Memegang both hati kita dan mereka. 


Pandukan hatiku ya Allah. Aku takut sebenarnya dan terus takut untuk dicalar lagi. Aku takut dengan kata-kata mereka. Aku takut dengan teguran mereka. Aku takut kesemuanya.  :'( Aku takut dengan generasi itu, yang bakal menyarungkan cincin ke jariku nanti, yang bakal melafazkan amanah hidup matinya dengan janji pada Allah, untuk melindungiku hingga ke syurga nanti.


Allahu Allah. Kekadang tercemburu sendiri melihat kemanisan akhlak sesetengah ikhwah malah Hilal Asyraf sendiri. Begitu kagum dengan layanan mereka pada isteri-isteri. Sama, sepertimana aku mendengar kisah Rasulullah 15 tahun dulu. :')


Aku kagum dan aku masih menanti mereka yang betul mencontohi akhlak manismu ya Rasulullah. Tikamana dicela atau diremehkan wanita itu, mereka datang membela dengan kebanggaan islam di dada, pada yang dinyatakan di ayat-ayat suci Allah, 




"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." 
(An-Nisa :34)





MasyaAllah. SubhanAllah. Lelaki itu segak dan sentiasa hebat, sebagai pembela wanita

:')



Tapi untuk apapun,  hadiahnya dari Allah berupa pemimpin dan pelindung agung itu semestinya sehebat mereka yang bakal dihadiahkan. Perubahan itu asasnya, mesti dimulakan dengan diri sendiri. Aku perlu mencari semula diri yang penuh malu itu, diri yang penuh rasa hormat pada mereka dulu. Perlu dan perlu lagi, membina diri dahulu sebelum berani meminta mereka yang berakhlak mulia seperti Muhammad saw, yang berbudi pekerti seperti Saidina Abu Bakar a.s. 




Bermula dengan diri sendiri dulu. InsyaAllah. 




"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, 
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), 
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik 
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)'
(An-Nuur : 26)




Allah ya Allah. Betul kecilnya hati wanita ini sangat mudah berdarah dalamnya walau hanya dengan sedikit usik. Maka datangkanlah pelindung pada hati-hati yang lemah ini. Dan jadikan kami wanita-wanita solehah seperti Khadijah r.a yang menyelimutkan suaminya, jadikan kami wanita solehah itu pada,



mereka bakal pembela-pembela kami. Amin ya Rabbal 'Alamin. ^^



Semoga Allah Mengampunkan semua dosa-dosa kami dan mereka hari ini. Dan semoga aku kan terus percayakan mereka. :') Biiznillah.



p/s : Asif pada pembaca yang berjantina lelaki. Sungguh aku masih belum dapat faham hati-hati yang diciptakan sepenuhnya berlainan kematangan dan perasaannya dari hati kami, para wanita. Semoga antum terus menjadi pewaris berkepimpinan agung dan berakhlak mulia sepertinya Rasulullah dan melindungi kami, golongan yang lemah ini. T_T