Pages

Monday, August 20, 2012

This time around.



Bismillah. 
Lift up your hands and pray for them. 



رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan"
(14:41) 




وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي
صَغِيرًا

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil'."
(17:24)



Ummi, pagi tadi kitorang semua pergi beraya dengan ummi first sekali. Nih. Khairun buat klip pendek video pergi melawat ummi ^_^ 




Taqabalallahu minna wa minkum. Semoga Allah Redha, and Selamat Hari Raya Ummi. May Allah Grant you His Jannah. Amin .


We miss you :') 


p/s: Dont take your parents for granted. Appreciate them. Dan terus doakan mereka. Setiap hari. ^^

Friday, August 17, 2012

Farah selepas cinta dan redha.




Basah. Dan aku menitik bersama hujan ketika pulang tadi.
Malam semalam ke 27, dan hari ini tak berhenti hujan turun. RahmahNya.


Melutut lalu bersujud terus, bukan tidak redha tapi untuk ditunjukkan sesuatu yang lebih manis dari kehilangan itu. Manis, seperti Rabb diarasy sana kan.


"Katakanlah, hanya dengan keutamaan dan rahmat Allah lah hendaknya mereka berbahagia, kerana ia lebih baik daripada semua apa yang bisa mereka kumpulkan"
(Yunus : 58)



Bahagia. 'Farah'.




[Yoido Park | Nov 11]

Sepertinya tenang melihat si tumbuh tumbuhan menghijau lagi berwarna warni. Seperti itukan hati yang berada dalam tahapan 'farah' itu. Bahagia lagi tenang. Melihat alam. MelihatNya. :')) InsyaAllah.. 



"Tingkatan redha yang paling atas adalah 'farah' itu, kebahagiaan. Selepas cinta dan betul redha. Dan kenapa farah itu belum dikategorikan sebagai satu keutamaan dan rahmah apabila selepas kita dikurniakan sesuatu nikmat, kita tersenyum rasa bahagia? Itu. Bukan lagi betul betul farah. Sebaliknya, hati akan berasa farah kerana bukan pada nikmat itu, tapi tersenyum pada Allah yang menjawab segala doa dan membalas segala yang diluah padaNya. Lagikan, pada bulan yang tiada satu doa pun yang Allah tidak akan tinggalkan, untuk Mengkabulkannya. Allahuakbar.. 


Dan mereka lah. Mereka yang di dalam jalan dakwah inikan yang akan mula-mula merasakan farah itu. Tika mana hati merekalah yang paling dekat dengan al-Quran dan bibir mereka lah yang tidak berhenti berkalam dengan Allah di dalam sembahyang. Mereka, orang yang di jalan dakwah ini walau sangat penat lelah dan diuji, 


merekalah juga yang pertama-tamanya akan merasakan. Farah itu. Pertama tama,


Untuk merasakannya. :')"

-kak maryam
Tentang ramadhan dan bahagia pada esok harinya. Selepas kecewa merenungkan telefon yang hilang itu.


Alhamdulillah. Allah datangkan kemanisan berturut turut sehingga mahu diabetes kan. Sejurus selepas solat hajat pada malam sayup-sayup pukul 10 di masjid wilayah itu, sms masuk,


"krun, cuba try cek kat lost and found list Uia. 
Rasa ada nama awak kat situ. Samsung kan?"



Lantas. Dua tiga akhawat menghantar message yang serupa. Samsung dipulangkan Allah. :')))


Dan bukan hanya samsung yang dipulangkanNya, seterusnya diberi peluang untuk berbulatan gembira pertama kalinya untuk kumpulan gombak. Kemudian lagi, dihulur kuih dan duit raya oleh murobbi, kawan-kawan ummi juga singgah dengan briyani 4 kotak bersama duit raya yang sangat banyak masyaAllah. Kemudian lagi, diterima sebagai tetamuNya beriktikaf di masjid negeri dan bertemu dengan akhawat yang tiba-tiba rasa rindu di hati, bertemu kami di rumahNya bersolat jemaah bersama. Terus lagi, diberi pengalaman melihat dan mendengar selok belok bisnes orang cina yang sangat membuka mata, kan hanya dengan fibre glass bisnes mampu membeli hampir 10 buah rumah dan lebih lagi.


Terus lagi... terus lagi. Terlampau banyak yang terganti sejak diambil hanya sesaat telefon itu. Semuanya dihantarkan Allah... T_T Betul kan. Berturut turut manisnya. InsyaAllah menitik dan tersenyum merasai "farah", bukan pada mendapati semula telefon itu,



tapi pada Allah yang menjawab doa-doa dalam sujudku.


:'))



"Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang di belakang yang masih belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
(Ali Imran:170)




SubhanAllah. SubhanAllah.. Allah sangat sweet dan rugilah kalau tidak bermanja denganNya sepanjang bulan pengampunan ini. Pintu syurga sangat terbuka luas dan kemanisannya terasa dek penghuni-penghuni dunia.


Syurga yang manis, bersama Rabbnya. Ya Allah. Allahu Allah... Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah :'))




p/s: Masih lagi sangat terkedu dengan semua yang terjadi dalam 3 hari ini. Dan terharu. Semoga semua dalam redhaNya aminnn. Selamat hari raya kepada semua. Temukan kami pada ramadhan taun depan huk. Rinduunya ramadhannnn :')))




Wednesday, August 15, 2012

Of Being Strong. And believing.



"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya" 
(2:286)




Ramadhan. Bukan hanya untuk mengejar Lailatul QadrNya. Tapi untuk mengejar keredhaanNya sepanjang kita telah hidup, dan keampunanNya sepanjang dosa kita yang terkumpul. InsyaAllah. ameen



"Khairun, i want to learn how to smile, or maybe to laugh again. I feel bored. With this life."
-Illiyya


Em.

Permintaan ini kan. Membuatkan aku betul termenung seketika pada pagi tadi. Sebelum secara serius telah pengsan selama 3 jam penatnya, menutup lubang sebak untuk malam semalam, Allah izinkan aku termenung dan bermuhasabah sambil bersandar di hujung katil,


"Apakah betul apa yang sedang aku lakukan sepanjang musim panas ini.. Guide me,

coz I am lost in 'a lost'."

:'(



Pertama tamanya mahu memohon maaf kepada semua yang menghantar message dan call, serius aku tak terdaya untuk membuka telefon yang sedang berkelip-kelip di sebelah itu. Hanya mampu memandang lampu warna warni itu sambil tersenyum, 


Allah yang sweet itu kan, sentiasa akan menghantarkan teman. Pada saat aku sedang jatuh. MasyaAllah, Alhamdulillah. 



Lihat pada lampu itu sahaja sudah membuatkan aku tersenyum sendiri dan terasa penuh dengan kasih sayang. Lagikan dalam jaulah serta pertemuan dengan akhawat sepanjang cuti ini, aku mungkin telah banyak gelak bersama. Kan. Dan rupanya aku lupa akan si illiyya dan imran yang pada satu tenungan itu, mereka sudah kurang senyumannya. Hanya aku yang barangkali sudah banyak ketawa tetapi,


bibir mereka sedang kering dengan senyuman itu.


:'(


Dan malam semalam aku diberi peringatan terus dari Ar-Rahman yang lagi sweet itu kan. Tentang kehilangan, lagi.


"Meh sini duduk. Kita sembang kejap. Akak tak boleh tidur dah past bedtime." 


Murobbiku menghayun-hayunkan tangannya memanggil lalu mengalihkan beg disisinya. Aku kan, buat pertama kalinya merasai moment itu. Duduk bersandar di dinding dan bercerita kisah dalam hati bersama murobbi sendiri. Dan dalam lampu yang malap, ketika semua sedang tidur. Sayup sayup bercerita sambil memandang tepat ke matanya. Aku rasakan,


kekuatan dalam kasih sayang itu. Sambil menahan sebak, Allah.


Tadi subuh berlepas dan badan masih berasa lemah longlai. Kekuatan pada pagi tadi seolah habis digunakan untuk hanya menahan sebak semalam. Pagi tadi aku mungkin masih belum betul redha dengan


Samsung SII HD ku yang hilang entah ke mana. :'( 



Sesaat dua pada mulanya aku sangat yakin akan ditemukan semula. Jadi berasa sangat tenang dan mampu untuk duduk diam memandang wajah-wajah mereka yang turut risau di sekeliling. Tapi mungkin perasaan tenang itu juga hilang bila tiada di tempat yang disangkakan, apabila habis diperiksa berkali-kali. Aku goyah dengan keyakinan tadi. Dan aku goyah untuk terus kuat dengan ujian kali ini.


Betul lah. Hilang. Tak akan kembali. Ya Allah, aku diuji dengan kehilangan untuk kali kedua. kan.


"Akak. Ini. Satu perasaan waktu ummi pergi dulu lah. Rasa something yang hilang, tak akan kembali dah. Sebak la kak." 


"Oh em. bab ni akak speechless." kata akak murobbi itu.


Aku juga speechless sebenarnya. Kerana pada apakah aku telah menyamakan sebuah telefon dengan ummi sendiri. Tapi perasaan itu, memaksa aku mencari kekuatan pada awal-awal melihat ummi nazak. Kekuatan untuk tenang itu. Untuk betul-betul yakin, 



Allah sedang melabuhkan pelukan kasih sayangNya melalui ujian-ujian ini. 



"Oh and akak, boleh ke saya nak tau. Patut ke atau tak patut kita yakin kita ada kekuatan itu? Perlu atau tak perlu kita rasa proud yang kita ada kekuatan tu?"


"Yes dear. You should"


Em.
Jawapan pendek dari akak itu mungkin kan dihantar oleh Allah. Pada hati aku yang selalu ragu-ragu aku punyai kekuatan itu. Dan pastilah benar ayat yang selalu diulang dulu.



"Allah tidak akan memberi cubaan pada manusia, kecuali mereka mampu menanggungnya."


Aku akan terus dan mula percaya untuk hari ini, serius. Barangkali dosa aku banyak terkumpul dari smart phone itu selama digunakan. Dan aku terlalu lalai menggunakan masa pada telefon itu lebih pada menggunakan masa untuk Allah kan? Astaghfirullah. Hati aku


sedang dicuciNya kan?? :')

MasyaAllah.


Dan segala yang telah berlalu dari malam semalam yang penuh dengan adegan resah atau romantik (dengan akak murobbi eheh) sehingga ke pagi ini, ketika Illiyya melemparkan permintaan hebat itu, insyaAllah, aku kan sedar dengan ignorance sendiri.


Pada keyakinan dan kepercayaan bahawa, aku punya kekuatan itu tetapi aku tidak mengaku. Dan Allah membuka segala dinding ragu-ragu yang aku bina selama ini. Aku yakin, aku punya kekuatan itu untuk segala ujian "kehilangan" ini. Biiznillah. InsyaAllah.





"And Illiyya, Khairun minta maaf banyak-banyak. Sebab mungkin Khairun banyak bergelak ketawa sepanjang bersama dengan samsung itu. Atau mungkin Khairun sentiasa menghalakan pandangan pada screen hitam itu sambil tersenyum seribu. Ketika Illiyya betul-betul mahukan perhatian kan. Gelak tawa, untuk diri sendiri aje, mungkin. Akhirnya caused you to hilang moment untuk senyum itu. 

Kan? Allah dah ambil semua. Allah nak suruh focus kat Illiyya. Dan to Him sekali. Not to the phone yang tak ada maknanya untuk bersedih sekalipun.

But believe me, Illiyya. Life is so much funnier when you have Allah in your heart.  Have Him. Yang akan sentiasa buat awak tersenyum bila diujiNya. InsyaAllah, dear. And nanti bila Illiyya, Imran dah besar dan matang bukak lah blog ni okay. I think I wrote so much about you guys, and ummi.


and abah. And about all of us.


:')"



Grow stronger. Imran. And Illiyya. Keep on moving forward and change the world. I love you guys with all my heart. And praying that Allah will always love you more. Than i do. 



May Allah bless this Ramadhan. And cuci segala dosa lampau dalam hari-hari ramadhan yang berbaki ini kan. Allahumma ameen. Habiskan dengan mantap. Jom. ^^





p/s: Aseef and jazakunallahu khayr lagi sekali pada mereka yang terus call dan message. InsyaAllah bukan sedang kecewa tapi sedang merenung di mana salah silapnya. Allah. Doakan saya.

Nak no semua orang yang mengenali saya, please. I think i should start using cara lama, salin dalam buku log. Kan? hihi.

And to dear k.ain, k.siti, k.aisyah, k.nora, syahirah zain, fara and semua yang no tak dikenali, 
May Allah shower you guys with His endless love and rahmah. Till Jannah. Amiin ya Rabb :') 



Sunday, August 12, 2012

Look for "The Gifts" in everything. Alhamdulillah.



"Eh dekat je. Tak jauh dah tu"


179km terpampang di papan sebelah kiri jalan raya. Ke Johor Bahru masih lagi berbaki jaraknya itu. Allah. Aku terdiam dan menggaru sedikit lengan tak selesa dengan angka yang baru dilihat. Dari mana datangnya "dekat" pada hampir 3 jam lagi untuk sampai itu?


MasyaAllah.


Kisahnya hari semalam aku ditemukan dengan akhawat yang luar biasa dengan ukuran jaraknya yang pelik. Pening bilamana mahu meniru kenyataan ayat "dekat" pada jarak lebih 100km. Bagiku. Sangat pening dan keliru. Keliru. Tapi cuba juga untuk menelan dan alhamdulillah. Rupanya terasa positifnya "jarak jauh yang didekatkan" itu. Dan aku percaya aku akan mampu pergi sejauh ireland di sana dengan perasaan "dekat" itu. Selepas ini.


Dekat dalam jauh yang berkat itu. InsyaAllah. :')



"To change the way you look at things. Look. At nature. At people. 
Or even at the foods you are eating. As if it is a gift. 


And you'll start to appreciate everything. 
-Tariq Ramadhan


Ini. Salah satu quote Tariq yang sangat melekat dan sentiasa basah di telinga dan hatiku. MasyaAllah. Kaku telinga dan terngiang ayat-ayat beliau seolah mp3 player yang sentiasa diulang hanya satu track. Ayat ini mampu diaplikasikan pada semua keadaan. Dan akhirnya membuat kita sentiasa tersenyum walaupun musibah melanda. Kerana musibah itu sendiri "a gift" from Him, desyou?. SubhanAllah kan.


Semalam aku tak berpeluang untuk memberi bahagian daurah pada yang telah dijanjikan minggu lepas. Di batu pahat itu tetapi berlepas terus ke Johor Bahru, Sekolah Tun Fatimah. Dari awal juga pendirian lalang mahu tidak mahu, yakin tidak yakin aku untuk memberi, sebenarnya. Aku akhirkan kekalutan dalam hati bila mengulang doa yang diajar murobbiku



"Dan berdoalah dengan berkata,
 'Wahai Tuhanku, turunkanlah daku ditempat turun yang berkat, 
dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat' "
-Al-Mu'minun : 29



Allah.
Serius tak jadi untuk belok ke simpang Batu Pahat. Hati mahu terus ke Johor Bahru untuk mendengar pengisian instead of memberi pengisian. Ya Allah sungguh, aku berlindung dari azabMu kerana mencuri masa masa berharga akhawat sekeliling. Dan kerana tidak patuh pada muwasofat tarbiyah dalam menyusun jadual dengan efisyen, lagikan menepati waktu.


Mata terbuka sendiri dan sebak. Muwasofat masihkan tidak cukup, malahan kecewa dengan diri sendiri bukan pada peluang yang terlepas itu. Tapi pada menghancurkan harapan akhawat disebelah yang memandu itu. T_T  "Maafkan saya, kak :'("


Aku percaya dalam doa itu sendiri, Allah telah menempatkan sebaik-baik tempat apabila betul sampai di Sekolah Tun Fatimah dan menyaksikan sendiri. Cara akhawat di sana berdakwah kepada adik-adik muda di sekolah. Mungkin. Satu latihan untukku juga nanti, bila sampai masaku pula. Dan Alhamdulillah Allah juga menempatkan aku untuk bersama meneruskan perjalanan dengan akhawat yang terus tersenyum itu. Tenang memandu sambil menyambung perbualan taaruf kami yang sedikit kekok. Hihi.


"Tak apa. Err.. dekat aje ni, krun. Kitorang dah biasa dah travel-travel ni. Tak ada apa lah kalau 100km tu". Senyum lagi. Mereka yang setia menemani. :'))


Senyum itu kan menakjubkan. Dan menyejukkan jiwa yang sedang kecewa seribu. Akhawat akhawat luar biasa itu... Allah. Teringin sekali menjadi seperti mereka.





Hari ini dan semalam. Hadiah penuh diturunkan dari langit. Kekuatan dari Allah, melalui kamu dan kamu, akhawat luar biasa di hatiku. :')




InsyaAllah pada luar mulut kaku ingin mengatakan bahawa, aku belajar 1001 makna hidup dalam jaulah pendek ini. Tentang pengorbanan dan itsar, lagi tentang ukhuwwah. Dan dalam senyuman yang tak putus, aku selalu nampak sinar harapan untuk esok itu. Tak mampu untuk menulis panjang lagi di sini mahu pun di kertas untuk ulangan, tetapi insyaAllah telah masuk ke hati. SubhanAllah.


Dan aku perlu lebih mantap. Lebih luar biasa. Lebih kuat ruhnya. Seperti akhawat akhawat semalam. :') Amin. Teruskan memberi hadiah lagi pada kami, ya Rabb.


All praises to You, Ar-Rahman.



"Always. To expect less. And appreciate everything.
Appreciate every gifts. From Him.

 with a smile." 
-Tariq




p/s: Tak diduga dan tak pernah disusun awalnya, hujung minggu ini dipenuhi dengan memori indah seluas senyuman penuh dengan gigi. Inikan hadiah yang selalu dijanjikan dari Allah. Bila betul kita menganggap peristiwa itu sebagai satu nikmat. Kan? Betul perancangan Allah itu lebih baik dan lebih banyak hadiahnya. :')

Walhamdulillah. Jazakumullahu khayran jazaa :') Sudah rindu. 


Wednesday, August 8, 2012

Manja untuk hari ini. Lima minit.



Pernah kan melihat adik-adik yang merajuk kerana tak dibelinya coklat. Mereka duduk melipat lutut dan menutup wajah dengan dua lengan. Bersembunyi di bawah meja. Hahak.


Terasa ingin beraksi begitu. Hari ini. 


:')



Sambil bersembunyi itu tersipu manja dengan Allah. Kekadang manja kan datang mengharapkan perhatian. Untuk hati yang merindukan kasih sayangNya untuk melindungi hati yang gersang itu. huk. :'(



Allah yusahhil. Sebenarnya hari Rabu yang berat. Hati gersang penuh dengan dosa. 



Jernihkan hati hati itu. Supaya bakal dipilih pada lailatul Qadr. Ameen.



"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."

-Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.



Allah sangat dekat. Dan berlari sambil kita berjalan kepadaNya. InsyaAllah. Semoga kita dipilih dari yang terpilih. Kerana Allah kan sentiasa mengampunkan dosa hambaNya, dalam sangkaan harian kita. :') Bersangka baik! yosh.


Selamat memantapkan amal untuk 10 malam terakhir ramadhan antum! Post yang sekadar meredakan beratnya hari rabu. Hari ini. Sila keluar dari bawah meja!


hak. :) 



p/s : Betul. Blog sangat menjadi alternatif teman yang setia. Bilamana mahu meluah tanpa diganggu. Alhamdulillah. Jzkk pada yang sudi meluangkan telinga pagi tadi. T_T

Kadang-kadang mahu jadi manja dan bersendirian bercerita. Dengan lengan sendiri. Dengan lutut sendiri. Dengan Allah... Walau di sudut manapun. Walau di celah kerusi meja pun. Hik. Habiskan menangis untuk hari ini. ^_^