Pages

Thursday, June 21, 2012

Kan penuh dengan warna warni pelangi. Dihiaskan semester bunga 12'





Keluarga itu adalah ikatan. Antara hati dan darah. Dan Alhamdulillah atas kurniaNya Allah, keluarga dirumah kan seaqidah lagi sedarah. Dan keluarga disini, 


seaqidah lagi seikatan, ukhuwah fillah. :')



Alhamdulillah. Akhawatku turun ke campus kami hari ni. Bersama menjamah makan malam untuk 'sambutan' habis semester. Seperti biasa dalam gerombolan bergerak dari campus ke campus. Tradisi mungkin?

Sudah tentu walaupun kertas terakhir dijawab secara tercungap-cungap, bibir tersenyum panjang sampai ke bilik. Sungguhkan menanti saat akhawat semua tiba di campus, dan perut terus berbunyi menahan lapar. Menanti keluargaku yang indah dan cukup besar di sini.


Dan sambil mengemas barang lagi, oh ya ummi



"Hari ni bakal keluar dari gisuksa (hostel). Dan pulang nanti. ^^" 



Mungkin cuti kali ni disertai perasaan janggal kerana kertas terakhir tak disertai dengan panggilan telefon kepadanya,

"Habis! esok balik! ummi datang tak airport?" 


ha. Terkedu.


Cukup untuk pandang ke langit dan hembuskan sehabis nafas, berbau lega tu. Alhamdulillah kepada Allah yang sedang menemani ummi di sana, aku sudah boleh menutup tirai semester musim bunga kali ni yang penuh dengan warna pelangi. Terdiam hati nak mengakukan semester kali ini paling hebat pernah dirasai. Pelbagai warna warni masuk menusuk. Dari warna yang terang ke gelap, kembali menceriakan. Wah. Walhamdulillah ala kulli hal ya Rabb. Dan atas ujian-ujian beserta kasih sayangMu :')


Rasanya, sudah terlalu lama sudah aku meninggalkan abah, Raihan, Illiyya dan Imran di rumah kan? Kononnya menggelar diri tabah dan melarikan diri jauh ke korea. Sebenarnya itu bukanlah tabah dalam sesaat pun. Kerana aku mampu menangis di kala seorang diri di sini, bercerita segala kepedihan di hati kepada dinding atau blog tanpa segan silu. Sedangkan mereka berhadapan dengan memori ummi yang penuh tersusun di rumah setiap hari. MasyaAllah, sungguh....


sungguh Kau Mengetahuikan adik-adikku sangat mampu? 


Dan ujianMu datang menimpa mereka di saat masih mahu mula mengira sifir. SubhanAllah.. All praises to You. Memilih abahku dan adik-adikku untuk dinaikkan darjat. :')


Ini. Ingin kongsikan hadis yang kerap didendangkan. Yang sungguh menyentuh jiwa-jiwa mereka yang tidak pernah bertemu, atau sesaat, atau selalu dan rindu. Atas cinta yang dihias dari Allah, mereka berkasih sayang dan merindui sesama jiwa mereka. Hanya kerana Allah. Lillahita'ala.


Antara tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri :



"...dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mananya keduanya 
berkumpul dan berpisah kerana Allah..." 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Dari ummi pergi aku menulis, sehingga kini aku akan pulang tersenyum untuk ummiku tercinta, menemuinya di taman hijau yang dihiaskan abah. Izinkan aku juga memberi senyuman kepada semua yang telah sudi berkenalan dengan diri yang lemah ini. Di "mukabuku" atau di sini. :')


Kepada semua. Semua yang telah dihantar Allah untuk menemani sekeping hati yang gersang, sepanjang menjalani semester musim bunga pelangi. Ewah. Dari sepatah ayat mahupun secubit senyuman. Mahupun sekuntum 'smiley' yang diberikan, serius. Aku tertunduk dengan sebaknya


"Jazakumullahu khayran kathira, antum. Semoga Allah kan membalas semuanya 
dengan kebaikan. 
Yang tak terhingga."


Kita bertemu dan berpisah kerana Allah kan? :') Menjadi golongan yang dijanjikan itu. Allah. InsyaAllah. Semoga Allah temukan kita suatu hari nanti, ditamanNya yang paling indah. Amin.


Mari kita terus bercinta. Uh-huu jiwang =.=



Little Imran and Illiyya. Kan itu, cinta mereka yang ikhlas pada ummi. Allah.. tabahkan hati mereka dan kami untuk raya kali ini. Supaya kami lebih meraikan kemanisan berkat ramadhan. Dari berhati masam merindui kekasih hati kami selepasMu dan Rasul. Di hari paling ceria oh :')



"Guys, i'm coming home.. now :')"



^_^



p/s : Selamat balik bercuti kepada semua. Manfaatkan  cuti bersama ibubapa tercinta. Dan Selamat Hari Raya! ^_____^ Berharap mungkin dapat salam, peluk dan cium. Serta mengucapkan maaf zahir batin muka ke muka kepada semua yang telah bersama saya sepanjang pemergian ummi, sampai ke hari ini. huk. Terimaa kasssiihh sejuta lemon! :D

Cuti ni. Mungkin akan berhenti meng-update? :) Selamat Menyambut Ramadhan~ kepada semua! 


Saturday, June 16, 2012

To share a secret, about 'gardening'..



"Perumpaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui" 

(2:261)


Tentang ganjaran berinfak. Memberi. Dan bersedekah. Lillahita'ala. Berlipat-lipat pahala menambah kan. :)


Dulu ummi pernah pesan, katakan ummi dan abah meninggal tak perlu untuk bubuh batu-batu marmar dikeliling kubur. Mahu hiaskan lawa dengan batu nisan yang diukir juga di larangnya ummi. Dan papan sahaja yang diulang berkali-kali.


"Ummi nak bubuh papan je. Sebab nanti berat kubur ummi.  

berat ummi kat bawah"


katanya.
Itu. Pun satu wasiat, kan? Yang paling melekat denganku dan terulang. Alhamdulillah.




Ummi, lihatlah abahmu yang sangat mencintaimu. Dengan lembutnya membuat gardening yang tersusun lagi penuh dengan kasih sayangnya. SubhanAllah. Semoga kubur ummi sangat sejuk dengan dedaun dan pokok yang berzikir bersama kan? 


Amin.


Perlahan-lahan bila memori direnung, teringatkan bibit ummi yang selalu mahu memberi buah-buah didalam peti sejuk pada tetamu yang datang. Lebih lagi pada makcik Ani yang datang bantu mengemas rumah kami, untuk ummi pagi-pagi. Ummi tak punya banyak duit kerana ummi tak bekerja kan. Gaji makcik pun pastilah diberi abah. Tapi ummi selalu mahu beri makanan atau pakaian lebih di rumah. Terutamanya buah-buah yang baru dibeli di carrefour semalam. Biskut. Coklat. *kuah rojak Mak Bee ku T___T* semuanya kan dihulur pada makcik Ani.


"Em depa ni bukannya makan buah. Nanti busuk membazir. Ni ada asam lagi, makan dengan jambu. Coklat pilih nak mana. Banyak eh beli macam nak pergi camping. Ani ambil makan dengan anak-anak kat rumah tu kan lagi sedap...

Khairun, ikat plastik tu untuk makcik Ani." 


Memori pagi hari pada setiap cuti musim panas dan sejukku, penuh dengan dialog ummi dan makcik Ani. Kerana barangkali aku sahaja yang selalu dirumah menemani ummi sedang semua ke sekolah. Itulahkan saat-saat manis berdua dan bersembang dengan ummi tentang korea, tentang zaman ummi sekolah, tentang zaman tarbiyah ummi di Nottingham, tentang kek ummi, tentang hati, tentang....  tentang kahwin *eh*


tentang jantung ummi. Yang kuat itu kan?
 *sampai kekadang ummi penat bersembang dan mencucuk terus paip oxygen ke hidung* dengan nafas tercungap seribu.

Allah.. minta maaf. Terlalu banyak yang ummi sudi mendengar, kekadang.


Ummi terlalu banyak memberi pada kami. Sehinggakan waktu-waktu akhir ummi juga dihulur semuanya untuk kami. Masa lapang ummi untuk berjalan melihat alam, masa pagi ummi, duit simpanan ummi, tenaga ummi untuk sesekali keluar menghirup udara di balkoni, semua dihabiskan dan dihulur pada anak-anaknya. Tiada dihabiskan untuk diri ummi sendiri.


Tak tahu. Dan takkan berhenti merindukan insan yang terlampau kasihkan orang selain dirinya,
Rindu.


:')



"I sent gambar-gambar kubur ummi to you, to share a secret, about 'gardening'... 

Gardening reflects love, patience and perseverance... At the end of the day, you will enjoy the result. But more important is to do your 'gardening' for ummi with your good deeds, and your sedekah to her... in terms of bacaan al-quran, doa and dzikir. Tiap-tiap bacaan dzikir 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaha illallaah and Allahuakbar'.. sedekah kat ummi...will 'add' more as 'taman-taman di syurga' untuknya.. Do it always, out of your love for her.. InsyaAllah, ..'taman-taman' ummi di syurga akan amat cantik sekali..

 made by her children's love, patience and perseverance.. 

Do your 'gardening' everyday for the hereafter. It will be beautiful for you too.. In this gardening, u will find the beauty of 'sedekah'..coz orang yang rajin bersedekah, amat besar ganjaran yang dijanjikan Allah... So, all the best in your 'gardening'..!"



Dari abah untuk kami anak-anaknya. Pagi ahad. MasyaAllah. Menitik ni, Hannan T_T




Made by her children's love.. InsyaAllah. InsyaAllah.... :') 
Thank you abah. For today. And thank You Allah. For today. 




Selamat hari bapa kepada Abah yang sangat tabah. Rozman-Azni bin Mudzir. Ummi pasti sangat tersenyum dengan kasih sayang abah yang ikhlas, warm lagi charming tu. :') 



Life is short. Live life with passion. And inspired others to do the same. 



p/s : Sambil tersenyum 2 3 minit menatap gambar kubur ummi dari hannan tadi. Rupanya, tak kurang dari 20 hari dah nak balik.. jumpa ummi . Jadi anak yang paling jauh duduk dengan ummi kekadangnya sakit lah dada jugak. Tapi Allah kan dah kasi hadiah terbaik dapat sembang untuk kali terakhir hari tu. Alhamdulillah. Nanti kita sembang lagi! 

Yosh. Final exam go go go biiznillah~ ^_____^


Tuesday, June 12, 2012

Untuk Ummi, Jun.



Sepucuk, untuk ummi. Jun ini.


"Dah 2 bulan rupanya kita berjauhan, ummi. Tapi waktu di sana kan seolah masih belum seminit kan berlalu? :)

Ummi, hari ini sudah hari ke-4. Video anak ummi dah hampir 7000 orang tengok mi. Dulu ummi yang semangat promote bulatan gembira kt setiap wall kawan. Hari ni, tak ada ummi tapi ada Hannan ngan Umar postkan link video kt wall. Tadi juga call Skype dengan Izzuddin. Hati rasa... bahagia InsyaAllah. 

 Alhamdulillah.


Semoga pahala ummi mencurah-curah jatuh penuh di sisi. Dan kubur lagi wangi meluas, putih dan nyaman.


Khairun, rindukan semua mi.. Lagi sikit nak balik, jumpa abah dan semua"

:')



Umar, Hannan, Khairunnisaa, Izzuddin, Ulfah, Raihan, Illiyya, Imran. 
InsyaAllah ummi. Anak-anak ummi semua mendoakan ummi..
Semoga terus tenang di sana ya


Huk. Sebak. Allah, kongsikan perasaan bahagia ini dengan ummiku disisiMu sana. Dan permudahkanlah peperiksaan akhirku untuk sem ni. Ya Allah..



"Allahummaj'alni minan najihiin wal faiziin wal mumtazin fi kulli imtihan fiddunya wal akhirah"



Semoga video itu pergi lebih jauh dan berkenalan lagi dengan jiwa-jiwa muslim seluruh dunia. Memberi salam, dan bersama berkongsi perasaan bahagia itu. Amin. :)

Good luck exam untuk semua yang sama-sama sedang berperang. Hwaiting! 



p/s : Thanx izzuddin for calling. Kekadangkan din, krun rasa video ni mampu menjadi pengkhabar rindu dan penyambung silaturrahim yang sangat hebat. kan? MasyaAllah. Pasni kita buat projek cuti musim panas :) Selamat jawab exam di Skudai sana. 

Jazakumullahu khayr kepada semua yang sudi menonton dan share. May Allah bless.


Saturday, June 9, 2012

Bermula dengan Individu. Ye Kamu. Dan aku. :)


Bismillah,

"Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal islami.. 

Dan kenalilah Tuhanmu, perbaiki dirimu, ajaklah orang lain. Dirikanlah daulah Islam dihatimu, nescaya ia akan tertegak dibumimu.."

(Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna)




Alhamdulillah siap satu lagi video untuk hafalan visual umum.
Dalam menuju ke arah matlamat Ustaziatul Alam yang kita impikan dan usahakan, perlulah bermula dengan individu itu sendiri. kan? ^^


10 Muwasofat Tarbiyyah. Menjadi Individu Muslim yang mantap. InsyaAllah sama-sama kita hadirkan sifat-sifat ini :D


Semoga Allah redha. Amin.


Thursday, June 7, 2012

Kerana Allah lagi Mengetahui bilakan masanya dikabulkan.



Jatuh lagi katil. Oh baru pukul 1 pagi, hari itu. Mulutku mengunyah sendiri dan bibir yang merekah menyentuh satu sama lain. Kering dah rupanya. Tapi rasa sudah 4 liter air ditelan hari ni. Tekak aku rasakan bengkak lagi tersekat kahaknya. Hidung juga barangkali tersumbat yang akhirnya menyebabkan pernafasan melalui mulut sepanjang tidur tadi. Ah. Betul lah katanya si doktor, melampau


kesan demamnya. 


Dalam bulan ni sudah 5 kali terjatuh sedang tidur. Teman sebilik mungkin tidak perasan kerana aku lah penghuni bawah yang tiada palangnya di sisi katil. Akhirnya selalu terbangun, lalu aku sambung browsing hingga ke subuh sambil memicit bahu yang terhentak. Aduh lah wahai badan, setiap hari dan setiap kali melelapkan mata,



aku nampak ummi. Itukah. Penyebabnya mungkin?



Beberapa kali aku terkejut dan menulis semula mimpi untuk hari itu. Sehingga bila diselak, cerita mimpi ummi semuanya babak yang sama. Itu, ketika 3 4 jam sebelum ummi menghembuskan nafasnya. Allah.. adakah ini satu lagi permainan syaitan atau peringatan tentang sakaratul maut dariMu?


T_T


Sedang usrah sabtu lepas sudah aku perasankan ketulan keras di belakang bahu. Lebih 4 kali menyuruh akhawat seusrah untuk merasakan kehadiran ketulan tu. Tapi, semua turut tergelak sendiri


"Krun ni kan memang selalu je ade macam-macam. Kejap tulang la, kaki la, sakit tu sakit ni."


Haha aku juga tersengih dan tergelak sekali. Itulah. Asyik sakit sini, sana, tepi, siku, lutut. Segalanya nak sakit ek. Tapi inikan serius, aku terdiam dalam hati ketika itu dan menggoyangkan bahu perlahan. Sumpah aku rasakan ketulan itu seolah tersangkut di bahagian kiri, barangkali tulang bahu membengkok? Err.. Aku memandang mereka dan mereka memandangku semula.
"Sudahlah tu Krun. Tak ada apa la. haha" Em. Tiada siapa yang betul faham kecuali badan sendiri. kan.


Dan isnin lepas aku jatuh lagi malam hari nya. Ummi tak habis muncul dalam babak yang sama. Memanggil aku di atas katilnya. Hoh! Terkejut lalu terpusing dengan ganasnya dan jatuh lagi :'( Menyebabkan di bawah leher aku merah membengkak dan sakit ketika menggalas beg. Tapi teman sebilik masih tidak nampak apa-apa beza katanya. Dan hari itu doktor menggeleng



"Tulang kolar awak dislocated. Terkeluar dari posisi."


emm =.=" inikan kesan sampingannya? *hisap hingus*


Kawan-kawan seolah tidak percaya dan tersengih kerana "aku yang bersilat ketika tidur" bila menjawab persoalan mereka. Entah, aku tak reti nak mengulas panjang dengan perasaan. Ketidakseriusan dan senyuman bergigiku mungkin menampakkan kegagahan aku yang palsu dalam setiap hari ini. Tapi hari ni penat. Penat sembunyikan perasaan lagi. Dan untuk pembacaan aku juga masa akan datang, mahu mencoret sekisah dua update tentang diri. Nanti kan, bila sudah menimang anak atau bernikah, mahu tersenyum melayan kisah-kisah bujang yang pelik. hahak! :)




Ummi, nanti bukan hati kita masing-masing dihuni cahaya? Pabila ruh-ruh kita di sana saling melihat kilaunya, merasai pertemuan kembali yang lama dinanti. Kerana kita kan saling berpelukan, dalam dekapan ukhuwwah, antara khairun.. dan ummi..


Ummi, aku masih lagi berdoa supaya dilupakan memori sakaratul mautmu dan hari akhirmu yang mengangguku, sehingga menghitamkan kelopak mata dengan air-air jernih yang keluar berderu. Dan ummi, doaku masih belum dimakbulkan.


Tapi dalam judul "Dalam Dekapan Ukhuwwah" menceritakan,


"Bila yang menadahkan tangan adalah hamba yang dicintaiNya, maka mungkin sahaja Allah berfirman pada malaikatNya 'Tunggu! Tunda dulu apa yang menjadi hajatnya. Sungguh Aku bahagia bila di minta. Dan biarlah hambaKu ini terus meminta, terus berdoa terus berhiba. Aku menyukai doa-doanya. Aku menyukai kata-kata dan tangis isaknya. Aku menyukai khusyu' dan tunduknya. Aku menyukai puja dan puji yang dilantunkannya. Aku tak ingin dia menjauh dariKu setelah dapat apa yang dia pinta..


Aku mencintaiNya.."




Ummi. Mungkinkan..


Allah merindui rintihanku?


Atau mencemburuiku kerana merindukan ummi lebih padaNya.. :') As-Sami' Kekasih kita kan itu Melihat dan Mendengar dari atas langit.. ^_^ MasyaAllah..



Mahu minta maaf kerana terkadang update tentang diri. Menzalimi mereka yang menyelak blog ini dan tak punya apa-apa ibrah. InsyaAllah, untuk masa akan datang akan aku fokuskan keseriusanku. Itu, tentang ambisi hidup dan pengisian.


Change. I need. Matured dan Berwawasan.


Mungkin di luar sana kamu dan kamu banyak nampak senyuman, gelak tawa, gambar-gambar spontan dengan gigi dan genggam yang sentiasa di hadapan, tapi serius. Biar aku terus matang di sini. InsyaAllah :)


Untuk menjadi segala yang terbuku di hati, dan mengejar obsesi dengan serius.


Doakan aku. Terus kuat. Dan bisa menjadi jundullah yang betul-betul kakinya berpijak di bumi, bersama cita-citanya tergantung dan menyinar di langit nan tinggi. Kerana Allah lagi Mengetahui bilakan masanya dikabulkan doa-doa kita. Sesuai dengan masaNya. Aminn.



p/s : Ya Allah Yang Maha Mendengar, aku suka dengan namaMu As-Sami' kerana aku tahu Kau tidak pernah berhenti Mendengar setiap masalah kami. Andai Kau Mahu Menjemput kami dalam masa terdekat ini, matikanlah kami dalam husnul khotimah. Dan rahmatilah sakaratul maut kami. T__T Allah...




Saturday, June 2, 2012

Berlalu kisah Nabi-Nabi Allah. Lalu kita ambil dan isi buku hidup kita dengan ibrahnya



Mereka menangis. Air mata berbutir-butir jatuh.


Mata dan pipi mereka yang merah membasah membuatkan aku sebak serta merta. Hingus aku juga barangkali boleh meleleh menahan sakitnya sebak di tekak. Mereka terasa berat. Wahai adik-adikku sayang T_T


Aku tahan lagi, rasa mahu menggenggam helaian tudung di dada kerana hati aku kan sedang menyahut,


"Allah.. sungguh, aku sayangkan mereka. Dan sayangilah mereka ya Allah, lebih pada aku menyayangi mereka ya Rabb"




Dalam dakapan ukhuwwah, kita mengambil cinta dari langit. Lalu menebarkannya di bumi. CintaMu Allah... Dan taburkanlah cintaMu tanpa henti pada mereka ini, pendokong dakwah Rasulullah kekasihMu... 



Mereka memandangku ketika berucap, seolah aku sedang berkata "dunia sedang bergegar! selamatkan dirimu!" huhuk. Allah...Tersenyum. Dan gelabah sendiri.


Kisah Nabi Ibrahim diluah lagi. Bagaimana Nabi Allah dalam mengejar ketenangan hatinya kepada kuasa Allah. Bagaimana tarbiyyah Allah kepada nabi pembina Kaabah itu tentang usaha dan tawakkal. Serta kisah Siti Hajar dalam mencari sesuap air untuk anaknya Nabi Ismail A.S. Allahuakbar. Kan kisah mereka yang terdahulu membuka mata dan hati yang tertutup, bahawa Allah membalas usaha mereka yang benar-benar ikhlas, pasti! Akan membalas dari arah yang tak disangka-sangka. MasyaAllah.




لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.."
(Al-Anbiya : 87)

.:doa Nabi Yunus A.S:.


Pernah kan tergoncang juga himmah Nabi Yunus A.S yang berputus asa lalu meninggalkan umatnya. Kemudian ditelan ikan paus dan berada dalam kegelapan yang nyata. Nabi kita, Yunus A.S dididik tentang ikhlas dan tidak berputus asa, ditinggalkannya keseorangan dalam kegelapan. Kerana Allah bukan sekali membencinya tapi mahu mentarbiyyahnya dengan penuh kasih sayang. Hanya tinggal Nabi Yunus dan Allah bersendirian, dalam doanya yang ditadah dengan penuh ikhlas. Dan begitu doa Nabi Yunus diangkat ke langit dan diampunkan.


Dan mata kita masih belum terbuka sedangkan sudah datangnya janji pertolongan Allah dari malaikat-malaikatNya sehingga memenangkan Badr. Melahirkan assabiqun al-awwalun sehingga kita merasai nikmat islam dan iman atas pejuangan mereka. 


"Astaghfirullah wa subhanAllah" (110:3)
Allah kan Maha Mendengar. Lagi mengkabulkan doa mereka yang menadah dengan hati yang benar-benar mencintaiNya.



"Mungkin sesekali kita rasa kitalah manusia yang paling susah. Tapi, waktu itu sebenarnya Allah sedang memberitahu kita yang ada manusia lain yang lebih susah."
-k.gja




Itulah sedikit kupasan kisah agung bagaimana nabi-nabi ulul azmi beserta nabi-nabi Allah yang terdahulu mencari kebenaran Rabbnya. Mereka mempunyai cabaran paling kental lagi mencengkam keimanan di jiwa, tak langsung dapat dibandingi kita yang belum cukup istiqomah dalam bangun malam menghadapNya, lagi masih ketat mengikat kocek untuk bersedekah. Masih belum cukup dan tak mampu nak dibandingkan dengan kekasih-kekasih Allah, yang ujiannya datang bertimpa-timpa mengugah iman di dada, sampaikan satu saat itu ditadah tangan mereka ke langit 


"Binasakanlah umatMu ini kerana mengingkariMu"

Juga "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"


T_T


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
(2:214)


Kerana beberapa kali itukan hampir aku berputus asa dalam kerja dakwah yang penat lagi menghauskan semangat ni. Aku lemah ya Allah. Aku akui kelemahan aku yang bertimbun. Ternyata aku langsung tak punya cahaya di hati seputih Bilal dan Abu Dzar, dan sendiri Muhammad ibn Abdullah yang diangkat menjadi Rasulullah kerana memiliki hati paling putih antara manusia. SubhanAllah.


Kita, jangan sekali menjadi mereka yang menatap hari-hari mereka yang dibazirkan ketika dihadapan Allah nanti. Lutut dan anggota yang bergetar menyesali sisa-sisa hidup didunia yang tidak diisi dengan usaha kearah redhaNya, sudah kan tidak berguna lagi. Sudah kan, tidak berguna.


Bersabarlah wahai para pejuang islam di akhir zaman ini, dan bersabarlah wahai adik-adik. Adakah lagi hati yang belum tenteram ini sudah benar-benar kenal RabbNya? Kerana pabila kita kenal benar dengan Pencipta kita, kitakan tahu janjiNya itulah paling pasti lagi diyakini. Bergembira dan tersenyumlah tatkala Allah sedang mengangkat darjat hamba-hambaNya yang berjuang untuk agamaNya. Seindah janji JannahNya itu kan kita pegang, sehingga kita benar-benar berpimpin tangan menghidu seterusnya menikmati sendiri keharuman dan keindahan Jannah itu. Amin..




"And whoever fears Allah, He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah, then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a (decreed) extend. 
(65:2-3)



Allahuakbar dan InsyaAllah ke-izzah-an (kebanggaan) kita dalam islam ini membuatkan kita mengikat dan menjahit diri sendiri sampai betul-betul dapat masuk ke Jannah itu. Aku obses, dan kita juga obses dengan JannahNya. Kita akan cuba dan cuba walaupun berkali jatuh dan berdarah. Kita berusaha. Dan terus berusaha lagi langsung bersama menghadirkan rasa izzah itu,



"Kebanggaannya terhadap sesuatu menjadikan dia adalah sebahagian daripada sesuatu yang dibanggakannya.." 



Dan izzahlah kita dengan Islam yang terpaut dalam hati. InsyaAllah kita akan mampu tersenyum menghadap Ilah hati kita, Allah yang Maha Melihat. :')



p/s : Allahuakbar. Wa asyhadu anna Muhammadu Rasulullah. Nabi kita Muhammad yang lagikan tersuluh akhlaknya.. rindumu pada kami mencalitkan semangat itu. Semangat untuk bertemumu ya Rasul kekasihnya Allah. Suapkan lah kami bersama di telaga Kauthar nanti :')