Pages

Sunday, April 29, 2012

Make your mother proud. Up there.


Atau mungkin lepas ni rezeki murah jumpa maher zain? MasyaAllah.



Hadiah dariku, satu untuk dr.har. Satu untuk simpanan peribadi. hik :)



Tak akan mungkin keajaiban itu tidak berlaku. Meski pernah menanam angan-angan berjumpa maher zain. Huk. Siapa tahu kan?


Dr. Harlina Halizah Siraj. Seorang yang sangat dikenali ramai. Secara jujurnya, disebabkan beliau terlampau femes ames dikelilingi fans di facebook lagi, aku langsung tak berpeluang nak add menjadi fan. Dua tiga kali klik butang "like" dan "add friends" tapi hanya "this user has already too many friend requests" yang keluar. hak. Tergelak seorang diri. Bermonolog dengan terkilannya,


Tak apalah, mungkin nanti satu hari dapat jumpa ke? Lagi wau.



Dan Yang Maha Mendengar itu, telah melabuhkan kasih sayangNya kepada kami di sini, ikhwah akhawat korea selatan, tiba-tiba sahaja Dr.Har muncul di sini. Mulut-mulut yang ternganga dengan kehadiran Dr. Har juga tak mampu nak meneruskan kelipan mata, bila Dr.Har lalu.. *over*  :P Alhamdulillah. 



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 
Surah Al-Rahman.



Sepanjang Dr har sini, bibit-bibit masa kami dipenuhi dengan pengisian. Sangat banyak sampai tak terluah kepada orang lain, tak pun disini T_T MasyaAllah. Tapi, tak cukup dengan pengisian beramai-ramai, aku terus menanam hasrat pula ingin berbual secara persendirian dengannya. Kerana beliau sangatlah dikerumuni, sangat susah untuk mencari waktu itu. Artis kan, sudah pasti kita pun kalau boleh mahu meminta nasihat peribadi.


Walhamdulillah, secara tak sengaja aku seorang sahaja perempuan yang mempunyai lesen dan memandu di sini, aku ditugaskan untuk membawa Dr.Har sepanjang program berjalan. Dari hotel ke dewan, balik ke hotel dan terus ke airport.


Penuh dengan perkongsian sepanjang perjalanan kami, bermula dengan bagaimana Wardina Safiyyah mula-mula bercinta dengan tarbiyyah, SubhanAllah sangat hebat. Sungguh kan, hidayah Allah itu menerpa sesiapa sahaja. Kemudian masuk kepada jaulah Dr.har ke Czech, Mesir dan UK. Terus kepada taaruf mentaaruf antara kami.


SubhanAllah MasyaAllah. Tak terkata lagi, Dr.Har bukan lagi calang-calang orang. Setiap pada cerita yang keluar dari mulutnya, pasti sahaja ada ayat al-Quran yang akan dikaitkan. Nampak, beliau sudah hafal al-quran smpaikan page yang keberapa dan berapa. MasyaAllah kan, dalam masa sibuknya menjadi doktor yang berPhD, menguruskan anak-anak sendiri, anak-anak usrah lagi, jemaah lagi, sempat lagi beliau menghafal al-Quran, hafal hadis, baca buku-buku ilmiah. :')


Hebat. Begitu kagum tak terkata.


"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham" 
HR Bukhari


Dr.Har mungkin menjadi inspirasi semua orang, dan inspirasi kepadaku. Tapi, above Dr.Har, sudah pasti ummilah inspirasi no.1 khairun. Selepas Allah dan Rasul dan para sabahat, it is always you, ummi dan abah. Kerana ummi, kerana abah, khairun mampu menjadi seperti hari ni, mampu sampai ke korea, mampu memandu di luar negara, akhirnya menjadi pemandu peribadi Dr.Har, dapat mendengar pengisian khas darinya, dapat lagi nasihat peribadi. Dapat bergambar dan menghasut Dr.Har berposing sepertiku. *hohoho gelak jahat* ehm.


Alhamdulillah. Semua ini pasti telah ditulis kan? Atau mungkin kamu di luar sana, rezekinya lagi istimewa dari aku semalam? SubhanAllah. Maha Suci Allah yang Memberi :)



"Teruskan kuat, khairun. Make your mother proud. Up there." 



Ayat terakhir Dr.Har sewaktu memelukku, seminit sebelum masuk ke pintu berlepas. huuuuu sumpah air mataku mencurah-curah ke ladang gandum.. tak tertahan lagi *hilang kemachoan di situ T_T*


Yakinlah dengan doa. Dan yakinlah dengan diri kita. Kita mampu menjadi sehebat Dr.Har. Kita mampu menjadi sahabat Rasulullah yang hebat menjalur nama Islam itu, disetiap daerah di mukabumi Allah ini. Kerana kita kan yang paling dirindui Baginda??




"Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku, "




"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka.. " 
Ucap Rasulullah SAW. 



Tersenyum.



p/s :Teruskan berazam setinggi langit, berdoa dan berdoa lagi. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Walaupun angan-angan tu sepertinya tidak masuk akal, siapa tahu kan, kuasa Allah mengatasi lautan dan segala isi bumi, mengatasi semua kuasa magis-magis manusia dan syaitan. Tiada apa yang mustahil.


Err.. Macam aku yang pernah berhasrat nak berjumpa dengan akak muharikah dulu-dulu. *malu* Walhamdulillah Allah beri lebih dari itu, sehinggakan dapat menjadi anak usrah beliau dan menghirup ilmu serta kekuatan darinya. Wah :'))



Friday, April 27, 2012

Mendongak laju, melihat harapan di kabulkan. SubhanAllah.


Banyak sebenarnya soalan yang aku nak tujukan pada ummi, sebelum ummi pergi haritu. Tapi hati telah bertanya sendiri. Dan hati juga yang telah menjawab. Kerana,

aku merasainya.


"ummi, kalau khairun nak tanya, justeru pada kemenangan islam, sumbangan apa yang ummi buat ye?"


"khairun, ummi tak mampu nak keluar rumah, tak mampu nak ke medan perang. Tapi ummi akan membesarkan anak-anak ummi, supaya menjadi jundullah yang mengibar bendera islam, terus ke pelosok dunia, dan menjadi para du'at yang bekerja dengan ikhlas, membawa hati bersama. Itu lah usaha ummi, supaya melahirkan generasi rabbani, yang seterusnya menyambung dakwah Rasulullah SAW. Jadilah harta yang hidup, yang mengembang dengan hati, wahai anak-anak ummi"


Ini, cuma hatiku bermonolog.
Aku yakin, mungkin itulah jawapan ikhlas ummiku. Kan? :')




Hari ni, harapan melihat awan putih, Allah kabulkan. :')


Kan. Awan itu berupa perasaan. 
Putihnya awan bermaksud hari cerah. Kelabunya awan bermaksud mendung, 
dan pekatnya kelabu itu tanda hujan sudah tidak sabar mahu gugur. 


Wahai, awan yang serupa dengan perasaanku :)


Seindah langit yang membiru, hari ni seketul. Hanya seketul awan memunculkan diri walhamdulillah. Mesti ramai tak percaya kalau aku katakan, langit di korea jarang-jarang ada kepul awan itu. Kerana aku hampir setiap hari menjenguk ke atas, menanam harapan untuk melihat kepul-kepul perasaan itu. Dan hari ini telah dihadiahkan Allah, aku sempat mengambil gambar kenangan.


Biru. :')


Harapan serupa harapan. Seringkali menanam harapan melihat islam tertegak di muka bumi tanpa dicela seperti hari ni. Selesai habis melihat video mereka yang ditanam hidup-hidup di facebook, mereka yang diseret tanpa pakaian di atas jalan raya *jangan tengok bagi siapa yang cepat pengsan macam saya :'(* Hanya kerana bibir yang mengucapkan kalimah


"Laa ilahailallah..."



Rupanya kan, hari ni islam kembali asing serupa Bilal yang dihempap batu hanya kerana mengucapkan "Allahuahad". T____T Sebak dan pilu, lagi mengoyak hati yang hanya menonton 1/3 video-video itu. Tak sanggup aku teruskan.



Ya Allah..



Seketul daging itu, yang dilekatkan di tengah-tengah tubuh badan kita, sudahkah ia bergetar tatkala mendengar saudara kita dibelah mulutnya, dibakar dan dicincang hidup-hidup? Sudahkah ia bergetar mendengar nama Allah, hatta dalam menyebut semudah bismillah di pengawal pergerakan? Maha Suci Allah, dengan nama Rabb itu hati kita berdegup setiap hari, manakan hati yang tidak bergetar mendengar panggilan tuhanNya? Melainkan hati itu kering kontang lagi keras membatu. 
Nauzubillahimin zalik.




"when you are no longer moved upon hearing an ayat, your heart is no longer moved when you hear the word Allah, its been a long time since you cried in salat, then your heart is dead.


Then your heart is dead."
-Brother Nouman Ali khan



Tadahlah tangan dan mintakan hati baru pada Allah. Sungguh, Allah Ya Muhyi wal Mumiit, Maha Menghidupkan dan Mematikan. Tadahlah hati baru yang hidup subur dan basah di setiap ingatan padaNya...Kerana kita tak tahu ajal maut bila akan datang menjemput. Dan sudah pasti kita mahukan hati yang basah melaungkan Allah saat dipanggiNya :'(  Allah..


"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah.." dan biarkan hati yang berbicara bukan hanya mulut.
*pegang dada dan rasakan*


Dan aku terkedu dengan subjek baru ini, rakan korea yang sekelas juga menggaru-garu rambut mereka, apabila pensyarah berkata "Sebenarnya semua lulus dalam kelas ni. Saya, cuma mahu lihat jalan kerja awak, panjang atau tidak, guna formula yang saya ajar atau tidak". Mereka kecewa. Menghempas fail dan buku, menzipkan kotak pensil dengan marahnya, berkata dalam perlahan "buang masa betul subjek ni, punya habiskan berminggu study nak jawab exam. rupanya nak tengok jalan kerja je. baik takyah study kalau dari awal dah lulus" hukkk.


Tapi. Kita bukan begitu. Kan?


Wahai, islam itu sudah dijanjikan kemenangan oleh Allah. Maka kita semua umat islam telah 'lulus' dari awal lagi, kerana pada akhirnya islam tu kan menang menguasai dunia. Tapi, serupa dengan mereka yang menghempas buku dan fail dengan barannya, adakah kita hanya melabuhkan punggung sebagai penonton adegan kemenangan itu? Sedangkan mereka yang ada ketika kemenangan, tak sama dengan mereka yang berusaha dari awal, "menulis semua formula yang panjang itu dengan titik peluh". 


"Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri, merasa senang kerana usahanya (sendiri), (mereka) dalam syurga yang tinggi..."
(88 : 8-10)



MasyaAllah. Lihatlah jam di dinding. Ataukah kamu sudah siap masak sedap-sedap dan kemas rumah untuk tetamu yang bakal hadir? Bagaimana kalau tetamu itu datang awal sedikit, sedang kita sibuk menyapu?


Malaikat Izrail itu? 


Allah. Masih berselerak masa tidurku. Bukan kerana aku rindukan ummi. Tapi aku masih termimpi ummi diambil Allah. Sungguh, pertama kali aku melihat sakaratul maut itu. Pertama kali, aku memandikan jenazah, mengkapankan. Pertama kali, aku melihat dan mengucup mayat yang sejuk itu, selepas 22 tahun hidupku. Melalui mata sendiri, melalui hidung sendiri menghidu. Alhamdulillah, atas pengalaman ini :')


Aku berharapan hari ini, ingin melihat awan. Dan Kau kabulkan hasrat hati itu Allah. Kalaukan aku berharapan melihat kemenangan islam itu, dengan usaha aku yang sedikit ini, sudikah Kau kabulkannya juga? :')



"Bila sudah berjaya dan nampak hasil, baru orang mahu percaya, baru orang mahu beria menyumbang.. begitulah manusia. Hurm.. tentu tak sama orang yang menyumbang di zaman sebelum kemenangan dan zaman selepas kemenangan kan?"
Muharikah page, Facebook.



p/s : Mari, sama-sama berusaha. Wahai, kita yang digelar khalifah Allah di muka bumi. Mari berusaha menjadi jundullah (tentera Allah), menulis formula yang panjang itu ^^ 



Tuesday, April 24, 2012

Kepada awak, kerana kita berkongsi kasih sayang itu.



Aku malu. Kerana, terlalu ramai yang menyayangiku. MasyaAllah. Aku malu kerana aku hanyalah insan berhingus *hijau* dalam dakwah dan tarbiyyah, apatah lagi berhingus *kuning* dalam ukhuwwah kerana Allah.


Aku malu. Dengan kalian.


Jujurnya, aku tak mampu menjadi hamba yang memiliki taqwa setinggi Abu Bakar as-Siddiq. Mungkin, hanya tempias kasih sayang Allah kepada hambaNya yang bertaqwa, dari kalangan kamu, dan kamu bukan?


Kerana....kasih sayang dari Allah kepada hambaNya yang bertaqwa itu, mencurah-curah sehingga tempias, dan masuk kepada hati kita yang kerdil ni kan? MasyaAllah lagi.. All praises to Him. Speechless :')


Mahu mohon maaf, sekiranya berlaku berat sebelah dalam hadiah-hadiah yang pernah aku tujukan, pernah diberikan, mungkin, ada yang tercemburu atau merajuk *eh ehehe* dengan diriku yang tak sempurna ini. Allah.... Maafkan aku. Hanya berjudul manusia biasa yang cacat keadilannya. Hanya Allah yang Maha Adil, lagi Pemurah. :')


Aku hasilkan ini, sejujurnya untuk semua yang mengenaliku, menyayangiku dalam sembunyi, atau depan mata. Aku sayangkan kamu dan kamu walaupun pada yang tak pernah tunjuk wajahnya itu. Kerana kasih sayang Allah, hati kita kan terpaut. Aku sayangkan kalian, yang sama-sama menyayangiku, kerana Allah semata. Lillahita3ala. 


Dan aku berdoa, agar kita dapat bertemu di syurga, bertemu dengan kamu-kamu yang sentiasa menceriakan hari-hariku dengan doa, yang terang-terang mahu pun sembunyi itu.


"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin 
dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka
 adalah seumpama satu tubuh. 
Apabila satu anggota tubuh sakit 
maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
HR Muslim






Iya, kamu yang di dalam video ini. Kepada pembaca blog ini juga. InsyaAllah :'))



Alhamdulillah, may Allah bless this beautiful ukhuwwah. Amin.





Monday, April 23, 2012

Mungkin punya mereka yang dalam sembunyi. kan.



Terdiam. Ini mungkin post yang ke sepuluh, tentang



The power of dua. You can never imagine.



Alhamdulillah post hilal tentang doa di sana, sangat-sangat membuka mata ramai orang. "Bukan doa kamu yang makbul sebenarnya". Dah baca kan? MasyaAllah. Doanya begitu tak mementingkan diri sendiri, penuh keikhlasan mendoakan orang lain. Kerana kita sendiri barangkali tak tahu kan, adakah sebenarnya doa kita yang dimakbulkan, atau orang lain yang sedang mendoakan kita, agar dimakbulkan doa-doa semuanya. wah. MasyaAllah lah :') *terima kasih Allah kerana beri ilham pada hilal.*


Semalam dan kelmarin kelam kabut tangan selak helai demi helai buku-buku tebal ni. 3 paper kena jawab dalam sehari. Panik tak menentu bila satu formula pun tak bertanda di kepala. Hari tu, seminggu pulang ke tanah air menghantar ummi telah aku habiskan dengan rehat yang sangat panjang. Tertinggal habis semua urusan di sini. Allah..


Tapi, kekadang manusia itu lupa,


betul bukan kata Allah, "laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha"


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." 
(2:286)


Dan begitu Allah menguji, ummi pergi saat-saat peperiksaan. InsyaAllah dengan izinNya adalah mampu aku berdiri di sini, melalui episod kali ni. Kerana Allah tidak menipu. Kerana kasih sayang Allah kan begitu? hik :)


Ikhlaskan lah hati, angkat tanganmu dan berdoalah seperti nabi musa a.s,


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku."
(20 : 25-26)



Amin. :')


Secara tak sengaja mungkin, akak muharikah tiba-tiba menegurku di skype dan tanya khabar. Hampir menitiskan air mata panik terus menaip perlahan, macammana nak buat ya tak sempat nak catch up semua. Dapat cover sikit sahaja, seolah 1 per 6 dari keseluruhan bahan. Dan air mata terus membasahkan pipi,


"Ada orang tu... 
dia doa pada Allah, 
so apa dia baca semua keluar"



Mata ke kanan ke kiri, terdiam. Kenapa ya semalam baru aku teringat tentang keajaiban doa. Bukan lupa berdoa, tapi.. terkadang doa itu kan boleh dispesifikasikan. Lagi-lagi dalam memilih calon suami. *Eh melalut* Sependek itu sahaja ayat balas dari akak. Terus terdiam MasyaAllah. Dalam satu saat Allah hantar peringatan melalui akak itu. Seolah Dia sedang memanggil, berbicaralah denganNya.. Dia sedia mendengar dan menunggu :') 



Dan percayalah, apa yang aku baca 1 per 6 itu, itulah juga yang keluar tadi. Atau mungkin memang bukan doa aku yang dikabulkan tadi. Sebaliknya, doa mereka-mereka kepadaku dalam sembunyi. Huk. Allah.. kabulkan doa-doa mereka yang mendoakan, dan curahkanlah kasih sayangMu kepada mereka lebih dari mereka mengasihiku. :')
Korang.. hebatkan kuasa berdoa?  Mengalahkan David Coperfield yang hanya tahu membelah badan orang. Hik, tak macho langsung.



Alhamdulillah. 
Aku dikelilingi mereka yang sentiasa mengingatkan. :') 
Atas IzinMu juga Allah..



Satu masa dulu, jenis doa kita berbeza kan? :)



Ku bisikkan semua pada angin, dengan harapan kamu mendengar...
 dengan hati. :')



"Jangan risau khairun. Kekadang kena tengok balik ke belakang, look at what you've achieved smpai ke tempat awak berdiri sekarang. You did well. Siapa sangka kan awak yang terbang ke korea instead of hannan semua. Abah gelak aje. Awak boleh sebenarnya. Jangan asyik pandang depan je, toleh sikit kat belakang sometimes.. Khairun, abah doakan."


...abah doakan..." :')


p/s : Konteks doa selalu diambil remeh, termasuk diri sendiri yang selalu lupa. Pernah post dulu, tapi lupa lagi. Sungguh manusiakan begini. Berdoalah. Dan teruskan berdoa. 


Akhawati fillah... doakan saya ya? Dan saya juga mendoakan antunna semua. Jazakillah khayr ukhti, dan ukhti, dan semuaaa, ABAH, Umar, Hannan, adik-adikku sekalian... kerana barangkali selalu menyentuhku dengan ingatan Kekasih kita di Arasy sana. :') 

Mari kita terus mendoakan antara kita. InsyaAllah.




Saturday, April 21, 2012

Kirimkan yang setia serupa dia. omma.



Sabda Rasulullah SAW, "Rabb kita turun ke langit dunia di sepertiga akhir dari malam hari, lalu berkata, 'Adakah orang yang meminta (padaKu), untuk Aku penuhi permintaannya?, adakah yang memohon ampun (padaKu), untuk Aku ampuni dosa-dosanya?, adakah yang bertaubat (padaKu), untuk Aku terima taubatnya?, dan adakah yang berdoa (padaKu), untuk Aku terima kabulkan doanya?.."
(HR Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)


SubhanAllah. 


Allah, andai Kau turun ke langit pada sepertiga setiap malam, sudikah ya Rabb, sudikah Kau kabulkan doaku, sekiranya aku memohon kepadaMu, 


teman untukku berbicara? 




"Apa khabar ummi hari ini? Seminggu sudah. Rupanya.
Terasa masa cepat berlalu, atau ini satu hadiah daripada Allah? kan ummi?
Supaya hati terasa tenang, tidak merintih pemergian ummi umpama semalam itu?
Wah. Lama sudah ummi pergi. MasyaAllah. 

Ummi, hari ini, ada apa kat sana?

Hari ini, khairun duduk kat bilik aje. Seharian belajar untuk exam, isnin nanti. 
Selalu, ummi kan yang teman sampai ke lewat malam, berceloteh tentang subjek yang ummi sendiri buat-buat faham. haha. kelakar betul. Macam tu agaknya kalau jadi suri rumah ye?
Jadi pendengar setia celoteh anak-anak, lagikan 8 orang. 
Khairun pun tak tau mampu ke tidak macam tu. 

Petang tadi, ada akhawat datang, bawakkan lauk untuk khairun dan roommate. 
Sedap, rezeki hari ni Alhamdulillah. Semoga Allah ganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran. amin.
|Ni'mal ajrul 'amileen..amin.|

Eh haha. Terasa, blog ini jadi update pasal ummi je kan? 
Tak apalah, nanti-nanti kita sambung pasal dakwah ye mi?" :)


Teringat lagi,
Tetamu pulang petang itu, ummi terus memandangku,

"Khairun, awak memanglah pendiam. Dari dulu. Kalau ummi tak ada nanti, siapalah nak ganti ummi layan orang datang rumah, siapalah yang nak bersembang dengan atuk tu. Semua ummi, bilanya awak nak ganti pulak..?" 


Hak. Tersenyum.

Masih ingat kata-kata ummi dulu. Kecewa dengan aku yang pendiam, mungkin?
InsyaAllah, akan aku cuba kotakan hasratmu. Bermula dengan perlahan. :')




Aku, mungkin telah berubah, 
seperti sakura yang mekar tanpa suara di malam hari, 
sepi mengembang seorang diri. 
Ajarkan aku teman, bagaimana mahu mula berbicara. 


Sekali lagi.




Terkadang, aku teringin bercerita tentang hari-hariku. Kirimkan aku teman berbicara, yang setia serupa ummiku. :)



Wednesday, April 18, 2012

Selamat Hari Lahir ke-47, Abah



Alhamdulillah, Allah izinkan khairun buat satu video, selalu untuk ummi, kali ni untuk abah tersayang. Main tangkap-tangkap gambar bunga sakura, ter-rakam 2 3 scene pokok sakura. SubhanAllah sangat cantik. 

"Semoga abah sentiasa tabah, kuat dan sabar menjaga kami 8 orang tanpa ummi di sisi. Betul, tak ada beza hari lahir abah tahun ni dan sebelumnya. Cuma dilebihkan lagi ketabahan dari Allah Ar-Rahman untuk tahun ni. Amin... :')"


We love you, bah.




Allah,
He made his smile of the sunshine
He moulded his heart of pure gold
In his eyes He placed bright shining stars
In his face wise wisdom you see
Allah made a wonderful father
And He gave that dear father to me..

Happy Birthday, dear abah.


Dari : Khairunnisaa Rozman


Monday, April 16, 2012

Fokuskan rindu. Biar berpeluh.



Memandang mata anak-anaknya satu persatu, abah tanya,


"Lepas mati nanti, kita kembali pada Allah. Kenapa?"


Tak tahu abah. Lidah terkedu nak jawab. Betul juga. Selalu dalam kepala ada jawapan skema macam spm, objektif mati sebab nak kembali kepada Allah. Tapi aku dan termasuk ramai orang, tak tahu nak jawab sepatah pun bila ditanya, untuk apa kembali pada Allah itu?




"Kerana..kita rindu pada Allah kan?"
Abah jawab sambil tersenyum. :) 



Musim bunga sudah sampai. Sakura yang tenang putih merah jambu. Penuh membasahi bumi sonata, Alhamdulillah. Allah, hadirkan rasa rinduku padaMu umpama setiap kelopak sakura yang mengembang.. penuh seisi bumi..dan lebih lagi :'))


"Macam lepas ummi pergi, rasa tak ummi hadir dalam setiap perbuatan? Katalah tengah masak, mesti terfikir 'eh ummi suka kalau kita letak garam lebih sikit', kalau makan depan tv ke 'eh ummi tak suka kalau makan atas carpet, nanti nasi melekat susah nak sapu'. Kejap-kejap bukak pintu bilik ummi, rasa macam ummi tengah tidur lagi atas katil. Kejap-kejap bukak gambar ummi kat telefon, nak tengok muka. Kita sentiasa terngiangkan ummi, apa yang ummi suka dan tak suka dalam benda yang kita buat, macammana rupa ummi, ummi tengah buat apa semua, kita rindu ummi, kan.. jadi.. 


....sama tak kalau kita tukar ummi, ganti dengan Allah?" 

abah senyum lagi.


SubhanAllah.. betul sangat abah. Terasa praktikalnya sifat ihsan yang belajar secara teori itu bila gantikan ummi dengan Allah. Dalam setiap perbuatan. Hadirkan Allah bersama. 


"Jadi abah nak, fokuskan rindu pada Allah itu. Memanglah kita rindu ummi, kita pun manusia tak sempurna kan? Tapi above all of this, above ummi, ada Allah dan Rasul. Fokus kat dua-dua tu dulu, baru teringat ummi. Boleh tak ni?"

nampak mata ulfah berair sikit. Sabar ye ulfah. we're always here for you :)


Pegang semula dada. Betul.. kita rindu pada syurga Allah itu. Kerana kita pernah datang dari situ, sebelum diturunkan ke dalam perut ummi, jadi kita rindu. Rindukan tempat itu, yang tiada kesedihan, tiada kesusahan, tempat punyai nikmat segala nikmat. Sebab tu, perlu kembalikan semula fokus rindu pada ummi tu, kepada rindukan syurga Allah, kita rindu..


pada Allah.


Kerana nanti, kita akan kembali padaNya, menghadapNya, mengharap rahmatNya. Semuanya adalah Allah. Kalau kan hati masih tidak dapat nak fokus padaNya, maka cuba untuk fokus. Bak kata abah,


Fokuskan rindu pada Allah. Biar berpeluh. :)


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah  mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
(2:186)


Alhamdulillah, tarbiyyah Allah tak pernah terberhenti walau sesaat. Dan sungguh kematian ini tarbiyah yang sangat besar bagiku. Membuatkan rasa mahu cepat ke syurga, membuatkan sentiasa mahu bertemu Allah. Kita ingat kita hilang sesuatu yang besar, sebaliknya kita dapat sesuatu lagi besar dari yang hilang itu. Kita dapat tarbiyyah hati... tarbiyyah hati dalam erti kata sebenar.


Macammana kita menempuh kehilangan itu, macammana kita ambil hikmah kehilangan itu, macammana kita bersyukur dengan kehilangan itu.. semuanya bermain dengan hati. Alhamdulillah.


Abah kata lagi, jangan pernah takut untuk mati sebab rindu pada Allah. Memang selalu orang bercerita tentang azab api neraka, titian sirat, timbangan amal. Semua itu pasti terjadi, tapi apa-apa pun rahmat Allah datang dulu dari amarahNya.. selangkah kita pergi kepada Allah, sepuluh langkah Allah datang kepada kita. MasyaAllah. Rindulah kita, pada yang lebih rindu itu.. Allahu Allah


Allah :')


'Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. "Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku rindu ingin mendengar rintihannya."'
(HR Thabrani dari Abu Umamah)


InsyaAllah ummi, Allah sayangkan ummi lebih..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. :)



p/s : Jazakumullahu khayran kathiiira kepada semua yang mendoakan. SubhanAllah walhamdulillah, semoga Allah kembangkan lagi lembayung rahmatNya untuk semuaaa yang mengenali ummi, abah dan anak-anaknya, dan yang mendoakan. Amin. Amin. Mulakan hari dengan bismillah, dengan nama Allah yang kita rindukan selalu. hik :')



abah melambai pemergianku dengan penuh ceria :')



"Kenapa mesti sedih? senyumlah..sebab kita gembira tengok ummi pass exam Allah tu kan? Kita ni yang tertinggal, tak tahu lagi pass ke fail nanti. Tak ada masa nak bersedih, kita kena terus fokus.. kita je yang belum lepas. Fokus"
-Pesan abah sebelum balik korea.. sambil tersenyum.


Senyuman abah, dari pemergian ummi sampailah detik nak naik teksi ke KLIA, tak pernah putus. MasyaAllah.


Allah, jagakan abahku, dan adik-adikku di Malaysia. :')




Wednesday, April 11, 2012

13.1.65 - 10.4.12


"You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on 'cause i know it's been too long
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong
I'll try to take it all, even though it's so hard
I see you in my dreams but when i wake up you are gone
Gone so soon.."

Boleh tak nak saman maher zain? Sebab nyanyi lagu "so soon" grrr..  T_T


hahak. :P



"Ummiku Roslina bt Razaly. yang suka senyum nampak gigi. haha. cantikkan ummi saya? Patutlah abah terpikat :PP [13.1.65 - 10.4.12]"


Ummiku. I'm writing this to you, and to me. Supaya khairun ingat ummi setiap kali bukak blog. And boleh bace ulang-ulang lagi :')

"Alhamdulillah ummi, khairun dgn semua senang hati tgk ummi pergi dgn tenangnya. Kawan-kawan ummi kata muka ummi macam org tidur. Tenang aje. MasyaAllah.. Ummi tau, tak putus-putus ummi sebut Allah saat2 akhir tu. Kagum, cemburu.. mcmmana khairun nnt saat dipanggilNya.. mampu ke jadi sehebat ummi? T_T"


Allah makbulkan doa khairun, ummi. Saat abah call, cakap ummi tak lama dah, khairun doa dalam-dalam.. setiap malam supaya dapat balik, habiskan bibit-bibit masa tu dengan ummi. SubhanAllah, Allah sangat Pemurah. Diberinya 2 hari lebih bersama ummi kan? ya Allah. Alhamdulillah sangat. :')


Sempat masakkan bubur utk 2 hari tu, sempat sembang sikit. Sempat usap ummi, sempat bagi ummi dengar yasin yang khairun bacakan kat sebelah. Sebelum ummi pergi, ummi cakap nada lemahnya "sedapp" ribena yang khairun bancur. Tapi sebenarnya tak sempat bubuh gula pun, masam.. ummi tipu khairun T__T


Mungkin saat-saat terakhir ummi pergi dalam dakapan abah tu masih akan terngiang, kami di sebelah abah sangat bersyukur, sangat lega melihat ummi dapat berehat dengan aman untuk selamanya. Mesti tak terkata seronok kan taman-taman Allah di sana? :') Selama ni asyik tercungap dengan jantung yang bengkak tu, oxygen tak cukup, mesti ummi sangat penat. Tak terkata sedih, tak sampai hati melihat. 


Ummi bukan ada jantung yang lemah, tak pernah. Sebaliknya jantung ummi lah paling kuat. Bertahun ummi tahan pergi sana sini dengan mesin oxy tu kan?
SubhanAllah. Ya Allah gandakan pahala seganda-gandanya untuk kesabaran ummiku. Sungguh, sabarnya menghadapi ujianMu sangat tak terkata ya Allah. Tempatkannya bersama para solihin.. amin. 



"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar : 10)



Lupa nak tanya semalam, 
"ummi, ummi bangga tak dengan khairun?" hee :)

For yes, i'm sure you do. Saje nak dengar ummi sebut sebenarnya haha *ngade lah :P* 
And i'm proud of you too, always. Proud to be your daughter, proud dpt kekuatan dari ummi, proud utk semua lah. Thumma Alhamdulillah.. tunggu khairun pulak sampai sana. Nanti kita dah sebaya, jadi best friend pulak wah. Tak sabar nak jumpa ummi dan Rasulullah, dan Allah Maha Pengasih lagi Penyayang tu.. heee. 


Jangan risau, khairun akan teruskan hidup dengan machonya, dan jumpa ummi dan Allah dengan machonya.. dalam erti kata macho sebagai insan yang kuat dan sabar dengan ujianNya. ewah. Macam ummi lah! 



Last picture ngan ummi. A few hours before you left me. :') I love you with all my heart. Always, lillahita3ala. 


Terima kasih Allah. Allah is with you ummi, and right here beside me too.  :) rindu sambil tersenyum, "walhamdulillah 3ala kulli hal :')"





Friday, April 6, 2012

Menjadi kucing. Dalam gigit ada sayang.



"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh" 
[61:4]


Terdiam melihat perang ini. Perang mendapatkan perhatian Yang Satu. 


Al-Kholiq.




Terkadang cemburu melihat kucing. Gaduh-gaduh manja mengigit, namun akhirnya saling jilat menjilat satu sama lain. :')


Perjuangan ini takkan pernah berakhir sehingga akan muncul khalifah yang kita nanti-nantikan itu dari kalangan kita sendiri. Kamu kata kamu mahu hebat, kamu mahu kuat?

Lihatlah. Allah sedang memberimu kekuatan yang luar biasa. Menggabungkan tenaga dari urat sendi di kepala sehingga ke buku lali, menggunakan keseluruhan tenaga di celah tubuh badan. MasyaAllah. Allah sedang memberi kekuatan itu,


melalui persaingan ini.


"Kerana banyaknya jemaah itu, persaingan mendapatkan redhaNya lagi hebat kuasa sembilan. Semoga Allah memandang usaha kita. Usaha kita. Bukan hasil kita. Bukan hasil mereka. Pandanglah usaha kami, untuk tempat yang teratas sekali ya Allah.." 
-KF


Sabar wahai ikhwah akhawat. Kita berjuang bukan untuk nama, tapi untuk deen Allah. Bersabarlah dan berjuanglah sepenuh jiwa. Tegakkan lagi saff-saff yang telah dibina. Luruskan niat sehabis ikhlas, ya kita bekerja kerana Allah! InsyaAllah, inikan dakwah kita. Jalan dakwah kita.
"Meski persaingan itu pahit, takkan hilang rasa manis di dalamnya. Kerana kita tak pernah berhenti berkasih sayang sesama kita. bukan?"


^^


Moga Allah permudahkan. Untuk mereka di negara tembok besar. Dan kami di sini. Amin.



Tuesday, April 3, 2012

"Ajarkan aku berjiwa besar."



Berat telinga mendengar, berat lagi bahu nak angkut beban. Berat lagi kelopak mata nak tahan air yang bergelinang. Paling berat, ruang hati yang mahu menerima itu.


Berat.


Kerana aku tak pernah lagi berjiwa besar. Ruang sangat sempit buatkan selalu sesak dada. Kerana aku tak pernah memiliki dada yang lapang itu. Aku perasan sendiri.





Aku. mahu berjiwa besar.



Pegang dada. Ketap bibir. Sebak dan terharu dengan semua yang ambil berat. Ini memang di luar sangkaan. Kami sangka kami hanyalah 9 orang yang berlabel rozman ini, mengangkat bakul sabar yang berat itu hari ke hari. Sebaliknya, lebih dari seribu orang sedang menghulur tangan untuk bersama menjinjing bakul itu. Abah juga ketawa kecil melihat pelawat tak putus-putus ke bilik ummi.


"Abah sendiri terkejut. Ramai betul. Wah. Seronok la ummi kan, nampak semangat sikit, abah pun rasa senang. haha tak sangka, kawan korang memang bersepah banyaknya"


Abah.. :')


"Abah, aku mahu berjiwa besar, macam abah. Macam semua."
Mahu berjiwa besar seperti Rasulullah SAW ketika dipulau, dibaling batu, dicaci, dimaki, dipermainkan, baginda tetap tersenyum menawan.
Mahu berjiwa besar seperti pejuang palestine yang sedia ditembak. Lagi dihulur dada mereka demi negara tercinta. Sambil tersenyum menantikan syurga.

Mereka mempunyai jiwa yang besar seluas benua. Luas lagi dari lautan. Nak jugak :')


5.40 pagi :
"Macammana mahu berjiwa besar ni kak? Ajarkan saya, tak dapat lagi konteks jiwa besar ni"


"Jiwa besar ni kita tak mudah putus asa, tak mudah nak merungut, tak mudah nak salahkan orang lain, apa Allah dah tentukan kita terima, kita optimis, ada hikmahnya, yang akal kita tak tahu pun apa hikmahnya" 


Jiwa besar. wah. Jiwa besaar. Kalau aku katakan, jiwa besar ialah seseorang yang redha dengan segala apa yang Allah nak kasi. Boleh tak macam tu, kak nanad? ^^



Redha. Berlapang dada. Sedia menerima. 


Allah..
MasyaAllah.

Patutlah panggil lapang dada. Sebab dia luas ek? haha lapaaaaaaang gitu leh lari-lari pegang tangan ewah. SubhanAllah. Selama ini, aku masih belum berjiwa besar. Aku masih belum cukup redha. Ajarkan aku, kalian. Agar aku bisa terbang tinggi, menjadi jundullah lagi tegap bermutu tinggi, impian sentiasa tinggi nun ke langit biru. 


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman, sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaranmu itu"
[3:200]



Allah. aku mahu berjiwa besar. Ajarkan aku.