Pages

Thursday, March 29, 2012

Kembar hatiku Illiyya, kuat untuk ummi abah ye.



Teringat,
9 tahun lepas, memori illiyya dilahirkan, penuh dengan kekecewaan.
"ala kenapa ummi tak lahirkan lepas birthday khairun je? 2 hari je kot"
penuh nada kecewa, bila hari lahirku digantikan dengan kelahiran seorang adik perempuan, adik ke 7 kami,


  Illiyya binti Rozman-Azni. 

Hari jadiku dilupakan, semua bertumpu kepada bayi sepet yang merah-merah botak itu. Hee. Senyum.




.:muka Illiyya merajuk tunggu khairun habis kelas nak pergi lotteworld. South Korea, 2011:.



Hari ni genap aku berdiri di sini, korea selatan. 4 tahun melihat tarikh agung ini, 30 Mac. Hari lahir kembar hatiku, Illiyya. Tak dapat bukak hadiah sama-sama, almost 4 tahun dah ye? huk. Dan 2 hari lagi katanya tarikh untuk aku. Emm bukan tarikh aku. Kan? Tarikh itu, bukan milikku, sama sekali.

Dulu kalau sekolah rendah, ummi atau abah datang jemput, mesti sahaja kawan-kawan akan kata itu kakak atau abangku. Kerana ummi dan abah sangat muda, abah masih tidak nampak ubannya, kepala dan misai masih pekat hitamnya. Ummi pula muka penuh seri, tak nampak kedut-kedut langsung di pipi. Kadang-kadang ummi suka nak main basikal sekali pusing padang petang-petang. Sihatkan badan, katanya. Abah pulak join marathon sekolah kami, bertanding dengan ayah kawan-kawan yang dah pun berumur 50 tahun ke atas, manalah aci haha.

Indahnya.
Memori itu sentiasa akan kekal memori, ummi abah ku yang 'muda'.

Ummi dan abah berkahwin semasa masih lagi belajar, 20 tahun keduanya ketika itu. Kalau sekarang khairun dah 22, ummi masa tu dah pun ada Umar dan Hannan, kan?
Seronok. Kalau boleh nak aje kahwin awal macam ummi abah, tapi sistem belajar sekarang tak berapa mengizinkan. huk. Lupakan kejap angan-angan tu. Dah 22 tahun dah ni T_T



huk. *lap air mata*



Esok, illiyya bakal sambut hari jadinya, dan aku hanya mampu tersenyum mendengar suaranya di telefon semalam. Tak sabar katanya, ramai kawan nak datang rumah sambut. hik.


"Illiyya nak sambut hari sabtu, sebab hari ahad is yours, then we celebrate together la kan? In the middle. Illiyya Friday, Khairun Sunday, then both of us Saturday"


hak. Tergelak jugak aku dengar tu. So sweet and innocent. Rasa macam kembar pon boleh dah :')

"So Illiyya nak apa for your birthday?"

"Something's cheap. Or maybe the most expensive? HAHAHA"
Gelak besar dia.

"Expensive macam mana tu ilya? khairun far far away from you la"

"Expensive tu, I want you to come home and sambut my birthday. That's the most expensive present Illiyya paling nak tahun ni. HAHAHA. kidding"

huk. Menitik abes satu dua, tahan hingus. Main-main ke hape budak ni. :)

Wah.. 9 tahun sudah. haha. Detik illiyya dilahirkan tu. Tersenyum teringat. naivenya aku kan. Sedangkan ummi sedang sakit lepas bersalin, boleh lagi merajuk sebab tak dapat kek hari jadi. Kena beralah sebab adik. huk. Manja betul lah.


Hannan called semalam cerita-cerita pasal rumah. Illiyya dah matang katanya. Semalam ummi pengsan lagi,
"She was lying down on the floor, and Illiyya tak larat nak angkat, coz i was alone in the house, Khairun. I just tolak-tolak ummi suruh wake up" -Illiyya cerita
Hannan cerita pulak, Illiyya cakap kat ummi lepas ummi sedar,
"Don't worry ummi, I can take care of Imran for you"


T_______________T


My Illiyya, da besar sangat dah. Rindu Illiyya selalu :')



Sekarang ummi dan abah sudah berumur lebih dari 45 tahun. Terasa hilang masa-masa dengan ummi abah sejak datang sini. Walaupun balik setiap musim cuti, lain rasanya bila balik sekali, nampak kedut ummi, balik 2 kali, nampak pula uban abah.

Ummi dan abahku, dah mencecah zaman-zaman pencen rupanya. Ngeluh kejap. Tak dapat lagi nak tukar memori mudanya ummi dan abahku. Dalam kepala ummi dan abahku masih sihat, mungkin sedang bermain basikal keliling rumah? Atau mungkin abah sedang jogging di padang?


Mereka sudah tua, Illiyya. Khairun nak minta maaf tapi, Illiyya je yang boleh kami harapkan sekarang. Walaupun baru 9 tahun, kami yang jauh dari ummi abah, yakin dan percaya Illiyya mampu jadi kakak di rumah tu kan? Illiyya lagi kuat dari khairun kat sini, so i believe in you. Always. :')

Tolong jagakan ummi dan abah for now. InsyaAllah khairun cuba balik cepat summer ni. Semoga Illiyya menjadi anak yang solehah selalu, anak solehah ummi abah ^^


Happy birthday to you. Dari kakakmu yang jauh ni.


psst : Illiyya, nanti balik khairun bawak odeng! ^^



Rumahku syurgaku. Keluargaku ahli syurgaku. Rindu selalu.


Syafakillah ummi, syafakallah abah. Hari esok ni, bukan hari lahir khairun, tapi hari lahir ummi bukan? Hari itu ummi sakit meneran khairun keluar, hari itu abah cemas tunggu di luar bilik bersalin, hari itu banyak darah ummi keluar.. hari itu terdengar sayup suara abah mengazankan khairun. Hari itu ummi membelai khairun buat pertama kalinya dengan tersenyum. Hari itu, Khairunnisaa binti Rozman dilahirkan. :') 


Tapi hari itu sudah pasti bukan milik khairun, tapi milik ummi. Selamanya. Selamat hari lahir, ummi. 


Kekadang teringin kan nak post pasal family? :')


Monday, March 26, 2012

Jadilah judul buku yang berisi, peribadi hebat itu.



Pesanan akak dalam liqo' pertamanya itu, supaya terus memperingat.
"Ha da dapat isi untuk hari ni, tulis. Tulis balik kat mana-mana awak nak, dinding? Buku sekolah? Tulis biar ingat. Cakap je ulang-ulang, cakap la dengan adik awak ke, sambil masak dengan mak awak ke, paling hebat cakap dengan dinding. Ulang-ulang untuk diri sendiri. Biar ingat sampai bila-bila. Kalau yang dah ada mad'u, cerita terus apa awak dapat, yang tak ada mad'u lagi, buatlah cemana saya suggest tadi. Pastikan awak ulang! Ingatkan diri sendiri balik. kan."

Hakhak. Cara akak bercakap memang buat saya asyik nak tergelak *sekarang pun tengah tersenyum sambil pegang telefon, ulang-ulang record liqo' haritu :)*


psst : saje nak refresh memori hari indah itu. Tiada kaitan dengan di bawah 인가? :P



"Jadilah buku yang bermanfaat meski tak punya judul, dan janganlah menjadi buku yang hanya berisi judul tanpa ada sesuatu di baliknya"


Terngiang lagi pengakuan akak muharikah dalam pertemuan pertama kami. Yang mana aku membuka mulut seluas kemasukan 15 ekor lalat huho. Terkejut kan, dapat jumpa. Saat tu tak akan aku lupakan, yang mana satu titik pun tak aku nampak lagi diri akak tu yang sebenar. Cuma mampu tersenyum, ternganga, terusha akak tu tanpa kelip-kelip. Hanya dengan menatap wajahnya. Wah. Sangat teruja.

Sama sahaja maksudnya dengan post syafiqah yang baru itu,


"Bagaimana agaknya, saat pertemuan pertama kita? 
Adakah aku yang selama ini kau baca, 
sama dalam tulisan atau tingginya angan?
Hampa? Iya, kerana aku juga tidak sempurna."



Tapi gayanya yang berbeza, kata akak itu :

"Semua orang nak jumpa sangat ngn saya,
mesti semua expect saya mcm tu mcm ni, 
tulisan hebat, orangnya mesti hebat kan krun? 
Tapi bila jumpa, baru dapat tau, 
k.aisyah sebenarnya "wek" *buat gaya nak termuntah*"


haha akak..akak. Seriuslah sangat kelakar masa tu. Penat tahan gelak juga. Dalam hati memang terdetik "kelakar juga akak ni, di sebalik tulisan hebat lagi matang dan serius itu kan, personalitinya juga menarik"


Somehow akak tu mmg resembles awak di sana ^^


Tak akan mungkin peribadi seorang pejuang tidak dicerminkan melalui penulisannya. Sudah pastilah, yang menulis lagi berbunga, hatinya juga berbunga. Yang menulis gagah dengan kata-kata penuh bersemangat, sudah pasti hati di dalamnya juga gagah bergetar mahu berjihad setiap masa. Kerana itu tempias peribadinya juga terkeluar melalui kata-katanya, penulisannya. MasyaAllah. kan syafiqah? hee ^^


Wah. Peribadi yang hebat itu.



Kekadang itu.

Kekadang teringin memiliki peribadi secekal Hamzah Radiallahuanhu, syahidnya yang penuh dengan kepiluan. Hingga ke saat akhir melindungi Rasulullah dengan janjinya, dengan tubuh gagahnya. SubhanAllah.


Kekadang teringin memiliki peribadi sehebat Umar Radiallahuanhu. Bau tubuh Umar sahaja yang bangun mengangkat langkahnya, syaitan sudah lari beribu batu takutkan keimanannya. Ulama' mengatakan,"Umar adalah orang yang ketika berfikir tentang sesuatu, juga mampu berfikir tentang sesuatu yang lain". Dikatakan pula oleh Ibnu Qayyim, Umar adalah Tadaffuqul azamat : "memunculkan berbagai macam gagasan dan tekad pada waktu yang bersamaan". MasyaAllah. SubhanAllah. :')


Kekadang teringin memiliki peribadi semantap akak muharikah, yang boleh bermultitasking menulis lagi mengendalikan liqo' setiap hari pagi dan malam. Tambah lagi dengan menguruskan majalah baru dalam masa yang sama. SubhanAllah


Kekadang teringin pula memiliki peribadi tegap lagi berkobar-kobar kak syimah, yang akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bumi palestin, berbual lagi dengan para mujahideen di sana. Menyaksikan sendiri sisa-sisa bangunan yang hancur dibedil zionis. "Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan sejuta wang ringgit pon" katanya. Aku kata berjuta-juta hatta kalau jual kesemua harta pun akak, tak dapat beli pengalaman tu :') SubhanAllah


Tapi, itu cuma kekadang. Lihatlah pendirian aku yang tak teguh, sekejap mahu menjadi yang itu, mahu menjadi yang ini. Manakan nak datang pantulan peribadi ku di tulisan2 sekalipun dalam video yang pernah aku hasilkan? Bau-bau lemau itu sentiasa menghiasi hidung si pemerhati. Kejap bangun, jatuh lagi, bangun lagi jatuh sebelah lagi kaki T_T



"Sedangkan kalau dikira sahabat sahaja sudah beratus ribu variasi personaliti, peribadi mereka yang bermacam-macam, dan mereka semua akan ke syurga. Apakah kita hanya mahu menunggu, menatap kejayaan mereka sedangkan kita juga diberi anugerah berbeza dari orang lain? Dan kekadang kenapa kita tidak nampak diri sendiri, hanya orang lain di mata kita? Kerana kita masih lagi tak yakin. Kerana hati masih lemah lagi dimanjakan. Sampai bila pun tak akan bergerak"
Bekas pesanan naqibahku :')




"Jatuh tak salah, tak bangun yang salah" - kak huda :)



Perlu bermula dengan diri sendiri. Yakin dan mengerti kemampuan sebenar untuk menyinar. Mungkin aku tak mampu memiliki peribadi seperti mereka di atas, tapi boleh menyumbang dengan style aku sendiri. Boleh kan? Kamu juga boleh. wah. Tentu kamu juga mahu. peribadi yang hebat itu.



Jika tidak mula sekarang, pasti akan menadah kembali sesalan yang tak berguna atas masa-masa yang telah dibuang, bermanja dengan perasaan. T____________T Iya. Aku sedang futur tempoh hari. Futur yang aku sangkakan tak datang menemui ku lagi. Tapi apakan daya aku sangat lemah dan menerima panggilan manjanya.



Cukup setakat ni. Tak mahu lagi F. Mahu A+ sahaja :')



"Jadilah no.1 dalam bidangmu. Lebih baik no.1 bagi diri sendiri daripada no.2 di bawah bayang-bayang sukses orang lain" -QT


Ini serius sangat menaikkan semangat. Quantum Tarbiyah :D

xxxxxxxx



Peringatan itu belum lagi perlu berhenti. Semua perlu mengingatkan satu sama lain. Kerana kekadang bila tiada peringatan itulah datangnya bisikan-bisikan futur dari syaitan. Bisikan penuh bau busuk itu, lagi menyumbatkan lubang telinga. Geram. Dengan diri sendiri juga geram.



Teruskan menulis kalian, kerana siapa yang tahu, dengan rahmat Allah yang sangat luas itu, sekali terpancar pada hati si pembaca, pahala itu sudah ditempah untuk timbangan kamu nanti. bukan? SubhanAllah. Sama-sama memperingati. JOM!




"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan"
[88:21]



*serius bila dengar balik rekod liqo'-liqo' yang pernah hadir, semangat terus menerus datang! yosh! recorder pon perlu masuk list kit murobbi desyou :DD


보고싶다.






하늘에 보고 말했다.. 

"나는 지금..
엄마 보고싶다. 
아빠도 보고싶다. 
언니 오빠 동생들 다 보고 싶다. 
친구.. 여기 있는 친구들도 매일 옆에 없어서 보고싶다. 
멀리 있는 친구들도 매일 매일 매일 보고싶다.
그냥 내가 아는 사람들 다 보고싶다. 
만나고 싶다. 
사랑한다 :')"




Saturday, March 24, 2012

Hok. "Tuanku berharga 1 won."



"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman"
[9:112]


Umpamanya bunga-bunga (manusia itu) di suluh cahaya kasih sayang dari Ar-Rahman..
"Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." :') InsyaAllah.


xxxxxxx


Maharaja bertitah kepada calon bakal pemaisuri seterusnya :


"berapa harga beta kalau ditukarkan dengan duit?"

"1 won."



Wah. Jantung aku jugak berdegup kencang melayan episod hea-pum-dal ni. Apakah berani si rakyat jelata lagi rendah standardnya menyatakan nilai maharaja agung selaku pemerintah negara sebanyak 1 won sahaja.



Nak senyum. 1 won. :)



Semalam aku ada isi sedikit masa melihat siri episod hangat yang dibualkan di mulut rakan-rakan. Dan kawan-kawan korea sekelas setiap hari. Semua menadah tajuk cerita itu supaya aku terjebak juga, dan akhirnya aku terjebak. Bukan melayan perasaan, serius aku malas nak terjebak dengan scene romantis-korea-yang-tak-boleh-pakai-dah-tu. Emm tapi insyaAllah dengan niat, aku mahu sesuatu yang baru boleh dipelajari, sesuatu yang boleh menambahkan ilmu untuk 'berbalah' dengan orang korea mungkin? Hoih. Ayat sedap sikit, untuk mengutip sedikit sebanyak jawapan, sekiranya timbul persoalan untuk meng-test keupayaan kita tentang sejarah mereka dengan mengambil tahu sedikit sebanyak kisah raja-raja mereka. *lap peluh..jauh merantau ^^*  Istighfar.


Despite pelakon-pelakon yang tampan tu Allah.. jagakan hati aku.. astaghfirullah
Puas juga meng-forward double triple speed bila sampai takat muka-muka pelakonnya yang tampan tu, susah.. kerana jahiliyah itu sentiasa memanggil-manggil T_T mesti nak kata "da tu sapa suruh tengok?" :o


Clip sang maharaja bersoal-soal dengan permaisuri. Cepat scroll ke bawah haha ^^


Alhamdulillah sebenarnya bahasa lama korea serius dapat aku pelajari sedikit sebanyak, dan secara tak langsung menambah perkataan-perkataan baru dalam kamus koreaku. Disamping terkalut menekan mouse untuk double speed scene-scene tak enak tu, ter-berhenti dekat scene yang paling mendebarkan, dan membuka mata. Ketika maharaja besar sedang menemuramah bakal pemaisuri istananya dari beratus-ratus calon.



"Jadi berapa harga beta kalau ditukarkan dengan duit?"



Seorang antara 3 calon terakhir yang suka mengampu menyembah maharajanya
"Yang dipertuan-besar-agung maharajaku, tuanku bernilai lebih dari sebuah gunung ganang lagi seisi lautan, seluas kota joseon dan seisi penduduknya bla bla.." -translated hakhak. Tak berapa ingat perumpamaan yang dibuat tapi hebatlah. Kemain dekat satu bumi dia nak sebut.

Maharaja angguk-angguk sambul tersenyum pegang janggut. Dan calon terakhir menjawab,




"Tuanku bernilai 1 won"




Hok. Terbatuk pengawal kat sebelah bersama seisi ruang tamu tuanku tu.



"Tuanku, kepada rakyat jelata pada zaman ini (zaman joseon -korea 1392), Tiada apa yang lebih berharga daripada 1 won. Orang yang ada 10,000won di tangan dan kaya raya, takkan dapat rasa harga 1 won itu. Tapi untuk orang yang miskin tak ada apa-apa di tangan, mereka sangat sedar betapa berharganya 1 won itu dalam hidup sehari mereka. Jadi kepada rakyat jelata, tuanku adalah umpamanya 1 won yang sangat berharga itu, di mata mereka tuanku lah 1 won itu, tuanku lah kehidupan mereka"


Wah. Tergamam. Sebab ada sound effect music sekali dalam scene tu..err.


Begitulah sebenarnya perumpamaan yang mudah tapi sangat menyentuh hati bukan?


Kalau aku katakan berapa harga iman dan islam yang aku dapat sehingga kini?
Pastilah aku katakan tak ternilai harganya dengan wang dunia. Tapi, perumpamaan sesuatu yang berharga seperti orang miskin mendapat 1 won itu, sangat membuka mata bilamana kita rasakan di saat kita tiada walau seketul tanah, walau semangkuk nasi, walau sehelai selimut..bukankah kita memandang 1 won itu sebagai penyelamat untuk hari esok? kita berasa selamat kerana masih punyai 1 won di dalam poket, yang bermaksud harapan untuk kita terus hidup.



Harapan itu.. Harapan dan jaminan untuk kita terus hidup.



Terdetik aku ketika menonton babak itu, apakah, selama ini iman dan islamku bernilai seperti perumpamaan 1 won? Bukan harga 1 won itu, tapi perumpamaan berharganya 1 won itu.
Adakah hari ini aku rasakan lagi, dengan adanya iman dan islam, aku berasa selamat dan punyai harapan untuk masa esok?


Dalam keadaan kita sedang terkapai tidak punya apa-apa, perasaan itu.. perasaan desakan itu, perasaan ketika tiada apa di tangan, perasaan mencari harapan itu, bersyukurlah dan senyumlah kerana kita masih punyai nikmat terbesar Allah azzawajalla, iman dan islam. Nikmat ini yang masih lagi diberi pinjam sampai ke saat aku sedang menaip ini, subhanAllah, walhamdulillah sungguh aku katakan, sangat bernilai, sangat berharga, ianya adalah harapan aku, adalah jaminan aku



untuk ke syurga.



Iman dan Islamku. Ya Allah ya robbana, teguhkan iman kami. Tanamkan perasaan izzah dengan islam agamaMu dalam hati kami. Lindungi iman dan islam kami sampai ke hari pembalasanMu. Amin.


"Sesunggguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
[9:111]


Bersama dengan rakyat syria, islamlah agama kita. Islamlah selamanya. Doakan mereka dalam qunut nazilahmu hari-hari. Doakan mereka, dan doakan kita dapat bersama menjejak syurga Allah.


psst : bolehkah aku senyum hari ini? :) Alhamdulillah.




Tuesday, March 20, 2012

Can someone just come over and sit beside me?






Kadang-kadang aku nampak sangat tegak. Katanya. 
Kadang-kadang aku nampak sangat tenang. Katanya.
Tapi sebenarnya siapa yang tahu, di dalamnya aku sangatlah retak seribu
Aku sering mengigil memanggilkan teman. 


Sebenarnya, aku sendirian selalu. 


Iya, Allah sentiasa dekat. Dan Allahlah Pendengar terbaik dari seluruh yang terbaik :')
Tapi, kadang-kadang.. aku sangat inginkan hanya satu.. hanya, satu pelukan dari kamu, teman.



hanya satu.



Can someone just hug me? I feel so.. alone.




:'(


Thursday, March 8, 2012

Redhakan jaulahku ya Rabb

Bismillah

Teaser Jaulah Egypt 2012. Untuk memori ku dan memori mereka. Bersama :') rindu. 


Egypt 2012 | 1 minute
Jaulah yang membuka mata. Alhamdulillah.


Monday, March 5, 2012

hembuslah nafasmu.. "maka aku terpilih"



WARNING
Sila jangan berasa muntah dengan kepanjangan post ini. hakhak 
#videobulatangumbira :P


Tak biasa dan tak reti sebenarnya nak tulis panjang-panjang. Tapi setelah menerima hadiah hebat lagi 'wau' dari seorang sahabat yang dirindui selalu, B, tergerak nak share jaulah ke bumi sakura tempoh hari. ok sorry lambat.. baru nk refresh memori ^^




hadiah untuk hari jumaat lepas | [22 :78] : sesuai untuk krun katanya. Sesuai untuk semua orang insyaAllah ^^



Saat terdampar kaku di puncak yamagata dengan tangan kanan yang terkulai..hanya mampu mengambil gambar dan merekod wasiat *kononnya* hakhak




"Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakanNya (butiran-butiran es) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir hampir menghilangkan penglihatan."
(24 : 43)



Saat itu aku terduduk kaku memandang salji putih lagi keras dengan papan yang melekat di kaki. Baru belajar mengunci kaki di papan biru pada pagi yang sama, tapi sudah berani mengagahkan diri beraksi-berani-mati memanjat curam ke-2 tertinggi di landasan ski Yamagata, Jepun. Betapa.... ya Allah betapa ganas ribut salji yang sejuk mencucuk-cucuk pipi dan kelopak mata, terus menerus mengkabuskan goggle lutsinar sampaikan langsung tak nampak laluan turun curam 45 darjah itu. Akhirnya tersungkur jatuh, terseliuh tangan kanan dan tak mampu lagi untuk berdiri tegak meluncur. "Ya Allah.. aku tak mampu untuk turun lagi" Ketika salji membisikkan "hembuslah nafasmu.. maka kau telah terpilih..." air mata keluar berderu-deru membeku di pipi dan dagu. SubhanAllah..inikan pilihanNya





"hembuslah nafasmu... maka aku telah terpilih..."



Saat genting itu terngiang-ngiang ayat kat atas. Aku menangis bukan kerana tanganku yang sakit terkepak itu. Kerana aku takut dengan ujianMu. Aku sangat takut sekiranya aku menerima ajalku di atas dengan tiada siapa disebelah untuk membisikkan syahadahMu. Astaghfirullah.. saat paling gerun itu akan aku ingat-ingat setiap kali dengar perkataan "jepun" T_T



Pernah tak rasa kita dipilih? Dan apa reaksi kita dengan perasaan itu?



Bukan untuk perasan. Tapi kita patut rasa bangga dan syukur Allah memilih kita. Jang? 
Hari semalam aku terpilih untuk menunggu bas dalam hujan renyai-renyai selama sejam, terpilih untuk mengeluarkan duit membeli kopi di sebelah stesen bas untuk memanaskan badan, terpilih lagi untuk ternampak pakcik nosukja (homeless) yang menggeletar minta sedekah di pintu kedai kopi, terpilih untuk mengeluarkan helaian 10,000won yang hanya tinggal sekeping dalam poket untuk membeli 2 cawan kopi, terpilih untuk memberinya secawan dan dimaki "hoi aku nak duit taknak kopi", terpilih untuk terdetik di hati "ish tak bersyukur sokmo orang nk bagi die panas", terpilih lagi untuk beristighfar kerana mengutuk pakcik nosukja tu, terpilih untuk minum kedua-dua kopi itu, dan terpilih untuk teringat akan nikmat Allah dan memujiNya.. "alhamdulillah.. panas sikit badan dengan kopi ni"

Huh! Hembuslah nafasmu...banyaknya perkataan 'terpilih'! hakhak. eh tak, macam ni




"hembuslah nafasmu... maka aku telah terpilih..."




Sedar tak sedar, aku terpilih untuk setiap pergerakan aku. kaan? Allah sendiri pilih kita untuk ucap alhamdulillah tu, untuk mengingatiNya. Kerana Allahlah yang memegang hati kita. Allahlah yang akan menggerakkan hati-hati kita untuk mengingati diriNya. SubhanAllah malu.

Adakah kita yakin dan bersyukur dengan pilihan dari Allah dalam hari-hari kita? Allah sudah pun memilih kita untuk sedemikian perjalanan, dan kita terpilih untuk sesuatu kejadian. Tapi adakah kita menerima pilihan Allah dengan redha? dan syukur? atau menyalahkanNya, atau DIPILIH untuk membelakangiNya. Nauzubillah. 



"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan pada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan" 
(22 : 78)


Kita mampu meminta pilihan yang baik itu, pada setiap doa, pada setiap sujud dan rukuk, kita mampu meminta padaNya "ya Allah.. pilihlah aku untuk menegakkan agamaMu.. pilihlah aku ke syurgaMu" dan teruskanlah berdoa, dekatkanlah diri kita padaNya. Supaya kita dipilih untuk sesuatu peristiwa yang lagi mengingatkan kita kepadaNya. Kita mampu meminta untuk dipilih!

Dan berdoalah supaya Allah memegang hati kita ke arah mendekatiNya setiap saat, setiap detik sehingga ke detik terakhir.




"Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi 3ala deenik"




Kepada adik-adik yang baru sampai di sini, bumi sonata yang penuh dugaan dan cabaran ini, bersabarlah. Bersabar dan yakinlah kita dipilih untuk meneruskan dakwah di sini. Kerana bukan calang-calang orang yang mampu berhadapan dengan ribuan orang bukan islam untuk bercakap tentang islam. Bukan calang-calang orang yang mampu berdiri kuat dan teguh memegang panji islam. Barangkali tersilap cakap kita menanggung dosanya, dan barangkali rezeki dan rahmat dari Allah usaha kita menimbulkan kecintaan mereka pada Islam. Wau yang itu. :))




"Hembuslah nafasmu.. maka kita telah terpilih di bumi sonata"



Dan hembuslah nafasmu.. maka aku dan kamu terpilih untuk merasa lagi nikmat iman dan islam pada hari ini, di bumi sonata, atau di bumi sakura, atau di bumi kiwi, bumi koala, bumi anbiya, bumi bunga raya eh ade ke? hakhak bumi apa lagi? *sedap pulak variasi nama kan :P*


Pening ke ayat? haha mianhada. Aku juga pening pada awalnya koff koff *gelak APG err* Pokoknya selalulah bermuhasabah untuk sesuatu peristiwa itu, kenapa aku dipilih untuk menyaksikannya? Apa ibrah yang boleh aku kutip? Senang bukan?


Kalau ditanyakan apa yang aku dapat dari jaulah? Apa yang telah aku saksikan sepanjang di sana? Aku hanya tersenyum. Banyak weh~ maji de! Sudah pasti kau juga dipilih untuk bertanya, dan barangkali terpilih untuk merasa ingin berjaulah juga untuk masa akan datang. :')




hohoi gambar ni sangat manis gula-gula kapas batu :') aku terpilih untuk berkenalan dengan mereka ^^ Alhamdulillah


psst : Alhamdulillah lagi. Untuk hari ini dan hari sebelum. :') mungkin kamu dipilih untuk scroll down and down membaca post ni hingga habis. wau. hakhak. Semoga kita sama-sama terpilih sebagai ahli syurgaNya. insyaAllah.

#Tulis dalam train : 2 jam nak ke airport tadi. wau. Nanti ye kalau datang lagi memori2 indah tu, aku share lagi pasal jaulah. wah sangat banyak nk cerita.. mucho mucho ^^




Sunday, March 4, 2012

Tegas. Sampai bertahun tahun.


Tatkala rasa punah dan tiada harapan, atau rasa mahu jatuh tak bangun-bangun, selaklah al-Quran. Allah akan berbicara dengan kita melalui ayat-ayatNya.

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada pembantunya, 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua laut, atau aku akan berjalan (terus sampai) bertahun tahun.' "
18 : 60


Begitulah Nabi Musa. Begitulah seharusnya kita bekerja. :)

Summer Semester 2012 
Sungkyunkwan Gingkodel
Hwaiting!


여름 학기 2012
성균관 깅고 학생들
화이팅!




Saturday, March 3, 2012

Aku jual dengan 35,000won. hoih.





"slurrpp.. am nyam nyam.."
Minum nestum pagi hari sambil renung luar tingkap, tangan memegang erat smartphone berwarna hitam. Bunyi notification tak berhenti dari semalam.
"oh.. hidupku yang sibuk"


Hari ni berterusan aku menjual dengan harga 35,000 won sebulan.
Jual masa ku. jual.. jual masaku dengan tiket untuk ke syurgaMu ya Allah.
Kakaotalk dan whatsupp tak berhenti masuk message. Jari jemari juga tak berhenti menekan skrin sentuh berteknologi tinggi.

Inilah zaman aku, hidupku yang sibuk.

Kenapa semua orang pun mahu menggunakan smartphone? Untuk berchatting? Dua. Untuk senang ambil gambar sebab skrin besar? Tiga. Untuk senang access internet? Empat. Untuk bergaya? emm nanti dulu.

Yang pertama bagiku ialah untuk berdakwah. Ya untuk berdakwah. *ade bunyi gelak-gelak kecil si syaitan*

eh kenapa kau gelak? Ini serius tidak kelakar.

"Kebelakangan ni aku tengok krun ni tak pernah lepas telefon dia"

haha. kaan??? Tulah. Sebab setiap saat aku rasakan perlu untuk mengupdate isu semasa. Setiap saat aku rasakan perlu untuk berbincang tentang dakwah. Setiap saat aku rasakan perlu untuk berinteraksi dengan Allah. Setiap saat aku rasakan perlu untuk bersembang dengan akhawat, saling menguatkan dan menasihati. Bukankah teknologi itu memang memudahkan?

Alhamdulillah. Sapa sangka kakaotalk dan Whatsupp sangat memberikan peluang untukku berbincang tentang dakwah dengan akhawat seantero dunia, bertanya khabar, bertukar nasihat dan semangat. Dalam berhubung tu kita bukan cakap-cakap kosong, selalu akhawat dari seberang memberiku nasihat, kata-kata semangat, walhal kami selalu berbincang tentang dakwah di tempat masing-masing dalam seharian. Browser dan youtube pula membenarkan aku mengaccess isu semasa tentang saudara kita di syria dan palestin. Al-Quran digital dan Matsurat Ustaz Don pula memudahkan aku untuk mengisi masa lapang ketika dalam bas atau di kelas. MasyaAllah. 35,000won sebulan, bukankah itu jualan yang bermanfaat? 


Jual masa dengan jualan hebat iaitu tiket kita ke syurga.
Tiket ke Syurga Allah. Hanya dengan smartphone. hoih.. siapa tau? 


Tapi ramai yang suka mengambil negatif dari positifnya yang bertimbun itu.


"Smartphone melalaikan"

Paling aku tak boleh terima. 

Siapa yang suruh gunakan ke arah kelalaian? Bukankah dakwah itu pelbagai? Dari sekecil-kecil telefon semuat tapak tangan itu, banyak dan terlalu bervariasi dakwah yang kita boleh lakukan. *huh.. task hari ni fikir at least 20 benda manfaat boleh buat dengan telefon*




Boleh listkan 50 lagi kan? Dan lebih.


Seorang daie bukan hanya bermanfaat kepada dirinya, tapi kepada orang lain. Manfaatkan dirimu, walaupun dengan smartphone. Menulis haa dalam keretapi, kalau yang memang power boleh menulis dalam 10 minit. Kalau jauh, tak mampu nak ziarah sahabat hari-hari, call aje lah. Hantar smiley ke, siapa tahu dengan smiley mampu menceriakan harinya hingga ke malam. wau.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya dakwah sangat mampu berkembang dengan hebat menggunakan smartphone. Yang orang nampak hanya "kelalaian" yang dimaksudkan dengan bermain game, berchatting, tengok youtube. Aih.. kemanheyajyo.

Mari gunakan telefon-telefon, tab-tab, note-note canggih anda ke arah syurga. Ke arah keredhaan Allah.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.."
(61:10-11)

Alhamdulillah. jazakillah khairan kathira kepada mereka yang tidak putus-putus menghubungi aku setiap hari, memberi semangat dan nasihat kepadaku, berkongsi cerita sahabat etc. Moga Allah menggantikan masa-masa antunna dengan naungan rahmatNya yang beterusan.

cc: bie, k.nad, rahil, faraaini, afiqah, k.anis :')

Semoga setiap sen yang aku gunakan, aku gunakan dengan jualan kepada Allah, untuk syurgaNya yang satu.

amiin.



psst : pasni kalau nampak orang dok melekat je dengan telefon, boleh ke husnuzon dulu? hukhuk. Untuk diri sendiri ehm ehm.