Pages

Friday, February 24, 2012

Hati bersepah benua seberang, di sana dan di sini. Alhamdulillah







"Majlis ilmu takkan pernah berakhir tanpa panahan nur Allah.. sama ada nur itu telah terpanah di hati kita, atau pun hati orang lain atau kita yang terbingung-bingung, sama ada telah dipanah atau belum terpanah"


Tapi majlis ilmu Allah itu sentiasa menjanjikan kemanisan.. kemanisan syurga, kemanisan satu janji daripada Allah




Gyeoul Gathering 2012
alhamdulillah :')




Sepanjang berada di GG, seolah badan aku di situ, tapi kepala aku melayang. Melayang teringat akhawat-akhawat hebat yang aku temui sebelum pulang ke korea, yang mana telah aku lekatkan secebis demi secebis hatiku.. Allah..




aku rindu lagi. dan setiap hari :'))



pernah satu soalan dilontarkan :
"Krun, Kenapa kau sanggup pilih orang yang tak dikenali, daripada orang yang kau dah kenal lama?" 



Kenapa? aku pun buntu.

Kenapa kadang-kadang aku begitu ingin bertemu dengan akhawat sehingga berfikiran tak rasional itu, aku juga tak tahu.

Kerana aku rasa..
Kerana mereka adalah akhawat. Mereka adalah akhawat. Mereka adalah akhawat! SubhanAllah.
Sebut sahajalah akhawat, pasti hati aku melompat-lompat melonjak gembira.

Kalau Allah janjikan ikatan hati daripadaNya, kita takkan mampu hilangkan dan putuskan ikatan itu melainkan dengan izinNya sendiri. desyou?

Walaupun hanya 2 hari bemuayasyah dengan akhwat seberang, tak putus-putus rasa rindu. Serius lah 
Penat kan macam ni, ade program atau jaulah je, penuh status dengan "kerinduan".. dan mahu menangis. Begitulah katanya, 



"hati aku separuh bahagiannya tertinggal di jepun, separuh di mesir, separuh di malaysia, separuh ke china, dan separuh besar sedang melekat di korea" 



manakah lagi patut ku terbangkan serpihan hati penuh kecintaan ini? Allah... tambahkan lagi kerinduan dan kecintaanMu.. supaya setiap kali aku mengingati mereka, aku dapat bersyukur dengan nikmatMu, aku dapat rindu dengan sentuhan cintaMu.. Allah..



"Kerana seorang akhawat itu, berharga lebih dari sebenua lautan"



rindukan akhawat = rindukan Allah.. kerana kami bertemu dan berpisah insyaAllah hanya keranaNya..


sayang dan cinta Allah :')


"Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama) dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah ketika kamu bermusuh-musuhan lalu dipersatu-padukan hati mu (dengan iman) sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmatNya."

(Surah Ali-Imran : 103)



psst : huh *lap peluh* mode sangat2 teruja dengan semua! tak sabar nak berjaulah lagi. sapa nak ikut next trip.. sila pm aku eheh. anda pasti teruja dengan jaulah! tak percaya sudikanlah diri bersama aku terbang summer ini :) wiwit!

Thursday, February 16, 2012

Aku perlu kuat. Aku perlu kuat. Aku perlu kuat!




"Dalam gelap tu pasti ada terangnya. Dalam kelam itu pasti muncul cahayanya. Persoalannya ialah bila dan bagaimana.. tunggu. Tunggu kami, membawa cahaya itu.. InsyaAllah"



"Kesian diorang ni, kena ada orang yang datang jaga diorang.. semuanya macam tak faham. sampai benda basic pun tak tahu. Kesian... diorang ni. kekurangan kasih sayang.."

Kata-kata dari beberapa akhawat seberang yang datang melawat kami.


emm. 


Aku faham itu. Kami juga faham. Kami dapat rasakan sangat keadaan terkapai-kapai mencari laluan itu. Kami memang rasakan sangat kesunyian itu. Tapi kami yakin, Allah tidak menghantar kami ke sini dengan sia-sia. Biarpun kami terkapai-kapai kekurangan kasih sayang dari lautan akhawat, Kasih sayang dari Allah tak pernah padam. 


Biar kami lambat berjalan, biar kami lambat untuk bangun, tapi kami tetap berjalan, kami tetap akan bangun. Kami tetap akan bergerak akak. Kami tetap akan berlari!


Walaupun kami tak tahu, walaupun kami tak hebat, insyaAllah ilmu yang sedikit itu pasti kami gunakan dengan sebaiknya. 


Jadi, jangan pernah berhenti percaya pada kami! 


psst: Kalaupun semua akhawat di sini sedang futur, maafkan aku, aku tak boleh turut serta untuk futur. Jangankan aku! Aku perlu kuat. Aku perlu kuat. Aku perlu kuat! 





Wednesday, February 15, 2012

Tempias. Pedih tapi.




카이룬 = "Khairun".. sepatutnya membawa maksud "yang baik itu", tapi hari semalam telah aku calarkan maksud terindah namaku.. Allahurobbi.. ampunkan dosa ku ya Allah... T_T



"ummi rasa ummi dah tak kenal awak. u are not like khairun i knew before"



pedih.



Kelopak mata baru ku bukakkan, tempiasnya seperti air yang sedang mendidih takat suhu 100 darjah penuh. kata-kata tu. pedih.


Baru sahaja aku bangun dari tidur 30 minit, ummi sudah berdiri tegak di depanku. hampa. kecewa. keliru. dan terkejut mendengar ayat-ayat yang diluahkan ummi. Yang betul2 aku dapat dengarkan dengan jelas.




"ummi rasa ummi dah tak kenal awak...." 



T_T 



lampu bilik ditutup lagi. aku cuba tidur semula untuk menenangkan fikiran. saat aku mengulang2 "bukan itu yang aku mintak, tapi hati aku memberontak-rontak mahu mencuba" cubaan, harapan dan keinginan aku itu mulai aku rasakan salah.




salah bukan? salahkah?



Semalam ummi cuba banyak kali untuk berbicara, tapi hati aku yang penuh keegoan mengelak setiap pandangan mata penuh kasih sayang itu. Kerana aku sangat mengikut kemahuan hati, yang aku rasakan aku sangat betul dalam hal itu. Allah.. ampunkan aku

Aku tak tahu ummi, hatiku kerap bergelora, tatlkala sesaat memandang wajahmu, air mata tak akan berhenti bercucuran, dada tak akan berhenti sebaknya, memikirkan kasih sayang ummi yang sangat dalam itu. Aku tahu ummi sangat sayangkan aku, dan kata-katanya sangat bermakna untuk masa depan dan hidupku yang sedang berlari dahagakan panduan ini.

Cumanya, aku tak mampu untuk mengangkat kepala berbicara mata ke mata dengan ummi. "khairun tak ada kekuatan tu lagi, belum ada, hanya mampu mendengar dan menghembus nafas berbau ego itu"

tapi.. aku tau, aku sedar aku salah di sini, kerana aku telah mengecewakan ummi. Aku telah menggores hati suci berkilaukan cinta ummiku, dan abahku. Aku telah menggores keduanya, yang mungkin boleh sembuh tapi parutnya tetap akan kelihatan.


Ummi,
Niqob itu, mungkin keinginan hati buat masa ini, hanya keinginan hati. Tapi apakah keinginan itu lebih mahal harganya dari redha ummi dan abah? dan redha Allah? insyaAllah, khairun yakin, ummi lebih memahami, ummi lebih jauh berpengalaman dalam hal ini. Dan Allah lebih mengetahui. Sehingga belum diizinkan itu, sehingga itu lah belum bersedia lagi aku untuk mensarungkannya.



sure, i will obey you, mother.



maafkan khairun ummi, abah.


Alhamdulillah, sempat mengucup tangan ummi dan abah sebelum bertolak, dan biiznillah bibirku mampu mengucapkan perkataan maaf dari hati yang penuh ego dan hitam ini T_T Allah.. ampunkan aku.. ampunkan kedua ibu bapaku...



"Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepadaNya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku sewaktu kecil" 

(Al-Isra' : 23-24)




.:peringatan untuk diri sendiri buat masa sekarang akan datang.. dan peringatan untuk semua insyaAllah. Hiduplah berbakti pada ibu dan bapa kita... :')):.




p/s : bila ibu bapa mula berkecil hati, Allah juga tidak akan redha dengan hambaNya. Jagalah kedua ibu bapamu, kerana redha mereka adalah redha Allah juga. Semoga Allah ampunkan dosa2 aku semalam, dan hari sebelumnya. T_T




Sunday, February 12, 2012

Hisap gula-gula tarbiyah



Malam tadi tak dapat tidur.. banyak difikirkan.. sangat banyak. Emm selalu orang pesan sebelum tidur tutup memori.. maafkan kesalahan semua orang, dan minta ampun untuk dosa-dosa hari semalam. Tapi kepala tak nak berhenti. Asyik berfikir.. tentang masa lepas, masa yang sedang berjalan dan masa akan datang, tentang kami baru mula-mula hidu bau tarbiyah itu dan sekarang tengah menghisapnya seperti gula-gula, tak tahu sama ada terluah atau terus ditelan pada masa akan datang.

Gula-gula yang sedang dihisap sekarang.. masih lagi terasa manisnya. tapi aku risau rasa manisnya akan pudar tatkala lama aku menghisapnya. Atau makin mengecil rupa bentuknya untuk masa akan datang.









Oh gula-gula yang sangat manis itu.. :')



Seriusly.. aku sangat gelabah dan risau.. sebab esok dah nak pulang.. pulang ke dunia kesibukan.. dunia penuh kesunyian :'( Tak tahu lagi hati ni mampu berkarat atau menyinar... Perlukan doa yang banyak dari antunna satu dunia. Sesiapa yang mengenaliku, pohon doa dari antunna.. sangat mengharapkan.

psst : tak tidur semalam dok dengar recording moments dgn akhawat mesir.. buat kali ke 6 mendengarnya. "Yakinlah.. Allah tak pernah salah dalam meletakkan seseorang di sesuatu tempat" - ukhti A ^^

Yakinlah.. Allah tak pernah silap menghantar aku ke korea selatan. Allah tak pernah silap. :')


Saturday, February 11, 2012

Kuasa sepasang tangan yang kosong. Henshin!


asif : post ni pun tak berbunga ayatnya ^^emm nk share sebenarnye dalam post ni, kuasa sepasang tangan yang kosong. wau.

"Angkatlah tanganmu yang kosong itu, hatta ia kotor atau pun kudung, berdoalah... Berdoalah kerana Allah mendengar setiap cicit ayat yang keluar dari mulutmu yang sedang berdoa kepadaNya"



"hoh cantik gmbar ni kan.. macam mencari sinar baru. henshin! :PP"


bertukar! super saiyaa haha


Kebelakangan ni banyak dengar dan gunakan "henshin!" ^^ mungkin pernah dengar dari video cik beah osem, tak pun dari t-shirt brotherhoodarts. Tak pun kalau kitorang, dengar dekat jepun tempoh hari heee. Seronok sebenarnya bila belajar bahasa lain. Dapat feel maksud sebenar perkataan. Sebab kadang-kadang ada sesetengah perkataan tu, tak ada dalam kamus melayu, tak boleh ditranslate bulat-bulat. Kena faham dari perkataan asal tu sendiri kan? *ok kepala serius lah dah tepu dengan korean sebenarnya hakhak*

Henshin!

from zero to hero! ^^

Serius mahu bertukar kan, siapa je yang tak mahu bertukar. Maksud lain di sini : mahu berubah. berubah kepada yang lebih baik, berubah untuk tak mengulangi kesalahan. berubah kepada sesuatu yang mahu dicapai.. berubah dan berubah.. kepada diri yang baru.. dan yang baik insyaAllah. Masa dah makin habis awak, kalau awak tak berlari sekarang.. pasti tertinggal. pasti~ sebab garisan penamat tu dah nampak sikit-sikit batang hidungnya :)


"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..."

Hadis riwayat Ahmad dan Al-Thabrani


kalau rasa nak berubah sekecil lubang bulu roma pun, berubahlah. Cuba untuk berubah. Kerana yakinlah perasaan itu disuntik Allah.. yakinlah itu hidayah daripadaNya :')

err..habis bab henshin! ^^



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Siapa sangka, cuti musim sejuk yang singkat kali ni, penuh sangat dengan keajaiban. 3 bulan cuti ni aku rasakan macam setahun lamanya. bermula dengan jaulah ke jepun lebih 2 minggu. subhanAllah.. dengan kampung tarbiyyahnya. Bukan sekampung tarbiyyah yang dapat, tapi lebih 1001 kampung tarbiyyah Allah kasi kat sana. Berkenalan dengan ratusan akhawat jepun, yang tak pernah aku rasai sepanjang 3 tahun di korea.. sebak sangat. mulut tak keruan nak ucap Alhamdulillah... sangat banyak yang Allah kasi :')


Allah sangat pemurah kan? :')


Tulusnya, aku bukannya orang yang berduit sangat..serius lah. Semua datang dengan tiba-tiba.. Smpai otak aku kadang-kadang tergaru sendiri dek akar-akarnya. "Dari mana datang duit2 nak berjaulah ni?" superb tak dapat diterima otak-otak orang lain sekalipun. Jepun dah la mahal, korang pasti tergamam kemahalannya! heh..lagikan ke egypt. hampir lebih 10ribu habis dalam 3 bulan.. ya Allah. *apa yang aku buat?*



Tak. Bukan aku yang buat. Tapi Allah yang buat

"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
At-Talaq : 3

Percaya tak kalau aku katakan, aku dapat berjaulah dan semua, hanya dengan sepasang tangan yang kosong? Tangan yang hitam lagi lemah ni, mampu berjaulah sejauh-jauh negara yang pernah aku sampai.. mesir bumi anbiya. subhanAllah
sumpah serius aku hanya berdoa.. sejak tengok iklan promosi kampung tarbiyyah, aku tak lekang berdoa nak pergi. Duit tak ade, tapi cuma tanamkan niat betul2.. yakin memang Allah tolong subhanAllah. subhanAllah..
bukanlah duit tu memang jatuh dari langit bulat-bulat.. tapi Allah datangkan rezeki tu dari arah tak disangka-sangka kan. Tiba-tiba aje ada tourist dtg korea mintak tlg bwk jalan, kebetulan tak de kelas so jadi tourist guide kejap. Dapat bayaran masyaAllah..terus boleh beli tiket flight ke Jepun tau...! percaya taaakk :') *huu sape nak nanges sama-sama ni??? terharu sangat*



 "rasa mcm berlari2 kat paddy field bila bertemu dengan akhawat seberang... bahagia itu.. :') hikhik"


Sepanjang kat bumi anbiya, penangan doa lagi hebat kuasa empat. Minta lah apa pun pasti jadi, janjinya kena tawakkal sebetul-betul tawakkal. Letak semua pada Allah. Setiap kali aku merindui akhawat kat sana, pasti Allah temukan kami.. tak kira lah di tepi jalan ke, tiba-tiba muncul bab penculikan ke *haha akhawat mesir dah terer bab ni :P* hebat..sangat hebat. Allah sangat mendengar isi hatiku sepanjang di sana, smpaikan dapat habiskan bibit-bibit terakhir jaulah dengan akhawat tersayang selama 4 hari. MasyaAllah.. 4 hari yang aku rasakan 2 minggu.. rindu.. sangat :')

"Mungkin awak tak percaya, tapi DSLR aku yang rosak pun boleh terbaik sendiri, hanya dengan kuasa doa. "wau" taaakk??"


The power of du'a..pasti akan merasainya bila hati betul-betul dibuka hanya untuk Allah.. letakkan segalanya kepada Allah. Maji de! :))
Mari sama-sama angkat tangan kita yang lemah ni.. berdoalah sepuas hati.. berdoalah kerana Allah tak pernah tidak mendengar doa kita. jawapannya cuma

"ya"



"nanti dulu"



atau



"Aku ada yang lebih baik dari itu utk kamu"


masyaAllah... lets believe in Him, He will guide us insyaAllah

He will guide us :'))


psst : Mungkin aku pernah berdoa untuk diberi kekuatan dengan bilangan akhawat yang sikit di korea. Tapi siapa sangka.. Allah temukan kami dengan ratusan ribuan akhawat seluruh dunia yang sedang sama-sama berjuang. Dan cabaran mereka pasti lebih hebat dari kami. Allahurobbana.. masyaAllah. Akhawat Jepun dan Mesir.. Alhamdulillah dapat jumpa dengan antunna.. rupanya aku ada sebuah lagi keluarga besar di benua seberang. rindu.... :')


kirakan ni baru habis berjaulah betul-betul. lusa dah nak balik ke dunia paling sibuk..korea selatan. semoga Allah menjaga hati ku ke akhirnya. kepada message yang bertubi-tubi masuk suruh share tentang egypt, asif tak sempat aku nak balas satu-satu. tak terkata keindahannya.. smpai membisu lah sekejap. emm aku memang mcm tu.. sikit yang ku dapat, banyak sangat aku membebel. tapi bila dapat banyak.. tak terbebel dek mulut T_T cemane ye? emm tulah sekali arung nak menulis kat sini.

asif sangat jugak sebab aku tak reti nk share sesuatu...bila diminta untuk sharing.. mmg jadi lintang pukang T_T

Bismillahitawakkal tu alallah.. ^^