Pages

Thursday, January 26, 2012

Mencarinya di bumi anbiya dan di mana-mana





Apa yang sedang aku cari?
Apa yang sedang kita cari?
hari ni?
dan hari-hari esok?






Syurga Allah.







Syurga Allah yang kita cari. Semoga Allah redha.





Psst : Semoga jaulah ke mesir ni membawa seribu satu makna dan seribu satu tarbiyyah kepadaku. Bismillahi tawakkaltu alallah... :') 

Sunday, January 22, 2012

bulatan bahagia 2 : lima




"Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya" 
Hadis Riwayat Muslim




lima. caranya.


hehe.



nak sengih lagi boleh? sebab hari ni pun bahagia ehhee :D  alhamdulillah.

hari ni saya dapat benda baru emm benda lama *eh benda lama? bukan. benda semasa ^^* tapi tak masuk dalam hati, maka tak keluar kat otak bila ditanya T__T astaghfirullah.


hari ni nak share :



Interaksi dengan al-Quran.




banyak kali da dengar eh bab ni? haha samalah kita. macam hafal exam kalau yang dah memori kuat tu, tengok je tajuk kat atas dah keluar peta minda apa yang lima tu. wau. dan waaahh :D

tapi hakikatnya hari ni aku bila ditanya lagi, masih lagi menyelak nota-nota lama T_T tak hafal. eh bukan, tak melekat sebab salin guna otak, bukan guna hati *ulang lagi* astaghfirullah lagi sekali. serius ini. aku rasa kepala aku tak hadam betul apa yang aku dapat beberapa hari lepas. insyaAllah nak bagi lekat kat kepala, aku kena share lagi kt sini :) boleh kan?


interaksi dengan al-Quran :
+tau bahasa arab
+tau asbabul nuzul -asal-usul ayat diturunkan
+hidup sepertimana Rasulullah hidup
+baca dengan HATI
+rasa macam diturunkan pada diri sendiri



ok cepat hadam. dan amal. :))) nnt sambung isi besau pulak ye ^^




Friday, January 20, 2012

bulatan bahagia 1 : pokok epal







"syahadah ni seperti 50 ringgit dan seketul emas.."



Alhamdulillah hati ku disuntik nikmat bahagia berbulatan bahagia dengan orang yang tak pernah disangkal akalku untuk menemuinya, apatah lagi menjadi mutarobbiah sebentarnya. Selama ni hanya membaca butir-butir penulisannya di skrin monitor dan menghembuskan mimpi tak sudah mahu bertemu muka-kepada-muka dengannya. Alhamdulillah...Alhamdulillah atas nikmat rasa kebahagiaan yang Kau berikan ini. Maha suci Engkau sesungguhnya nikmatMu tak terhitung oleh kami Allahurobbana..

"Dan Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(16:18)


emm kali ni, mungkin lah antunna tak rasa seperti aku rasa, tapi hati aku melonjak mendidihnya tahap bahagia tu, bila dapat bersama, dan mendengar mutiara-mutiara kata yang keluar dari mulut akak murobbi sementara aku cuti 2 minggu nih



akak muharikah dot wudperes.






Alhamdulillah lagi..

pastilah kena share flow aku hari ni kan? *memberi itu memperingati insyaAllah* isi yang simple tapi menusuk jantung aku buat 2 jam yang berlalu. mungkin lah aku bukan jenisnya yang cepat ramah, satu kelebihan di situ membuatkan aku sangat fokus dan teliti bagi bab listening. aku suka mendengaar.. dan mendengaar daannn mendengaaaaaaar lagi kalau berada dalam liqo yang baru. eheh tapi hanya untuk liqo yang baru. Alhamdulillah.

pengisian hari ni masyaAllah.. sebabkan aku sangat diam dan fokus pada setiap ayat yang akak sebut, isinya masuk mencucuk-cucuk perut dan hatiku. emmm tapi tak tahu macammana aku nak share pulak kat sini. tak semantop akak tu la kan T_T

dan sudah pastilah aku yang tak berbakat menulis ni, tak mampu nak mengeluarkan ayat-ayat bunga cinta yang sedap lazat untuk suapan umum T_T
asif.. kalau post ni tak berapa memberangsangkan dari segi bahasa dan penulisannya. tapi ambillah isinya sedikit.. hatta 0.1% pun yang terasa boleh dihadam :)

hmm.. rasa banyak kali dah dengar tapi hari ni baru faham, tentang syahadah dan iman kanaa?

tajuknya tak pasti sebab salin billugoh al-arobiyyah ehehe.

k.aisyah cakap
"syahadah ni seperti 50 ringgit dan seketul emas. bilamana emas tu kita rasa berharga dan mahu melindunginya, pastilah kita akan beri kepada orang lain untuk jaga amanah tu kan?
sebabkan harga dia yang sangat mahal tu, kita tak nak orang ambil dan curi dari kita. betul? 
jadi.... sama lah dengan syahadah tu. cumanya syahadah ni, kita rasa dia mahal dan kita nak jugak orang lain rasa kemahalannya tu.. sebab tu kita nak berkongsi, berkongsi bersama nilainya sendiri.. dan rasa terhadap nilai tu.."

emm ni nak kasi matome' jalan syahadah seseorang bila menerimanya dari analogi pokok epal








akar tunjangnya [asy-syahaadah] 
akar pecah tiga [al-ikroru wal ii'laan, al qosimu wal halafu, al miithaqu wal wa'duu] 
batang pokok [al-imaan] 
 ranting kayu [at tasdiiqu bil janaan, alqoulu bil lisaan, ala'malu bil arkaan] 
daun pokok [al istiqoomah] 
buah buahannya [asy-syajaa'ah, al-itmi'naan ,at-tafaa'ul]

*asif kalau salah eje*

emm kalau melayunya :

dari akar tunjang syahadah tu, kita akan dapat akar pecah tiganya
+berikrar dan mengiklankannya. dengan maksud menunjukkannya kepada orang lain.
+bersumpah dan bersumpah.
+Janji setia dan janji kepada Allah untuk mempertahankannya

dari ketiga-tiga akar diatas maka tumbuhlah iman sebagai pokoknya. lagi mekar dan ranum bila akarnya kukuh dan teguh di dalam tanah

dari iman sebagai pokok, lahirlah ranting-ranting kayu sebagai praktikalnya
+membenarkan dengan hati
+sebut dengan lisan
+amal dengan anggota

ok sekarang dari tiga ranting ni pergi ke daunnya istiqomah = berterusan dalam amalan

dan buah-buahan yang keluar dari daunnya itu semestinya menggambarkan dalaman yang mantop itu
+keberanian. Untuk ke masjid ke, approach orang-orang baru
+ketenangan, iaitu rasa tenang sentiasa
+optimis-konfiden dan yakin dengan diri sendiri

buah buahan tu sudah pasti akan mengeluarkan rasa yang enak hasil dari pertumbuhan hebat si pokok ni kan?
iaitu rasa



kebahagiaan.



ok buat peta minda mudah utk diri sendiri ye ^^
so senang je la nak cari kebahagiaan yang dijanjikan Allah tu, start dari akar tunjang syahadah yang mahal tu.
buat ikut peta minda pokok kompem dapat bahagia tu haip33. ^^

Sebenarnya benda ni nampak simple tapi sendiri rasa berat. kalau utk pemahaman lanjut, sila rujuk naqibah masing2. ewah cam iklan pulak hehe :) tapi apapun kena share isi hari ni supaya tak lupa dek memori ku.. dan untuk manfaat bersama.

semoga kita sama-sama dapat pelihara syahadah kita smpai ke akhirnya. yolshimi! :)

psst : hari ni rasa seronookk nak sengih sampai ke pagi pun boleh ^^ analogi kasarnya kalau di depanku sekarang ade 10 orang datang sekaligus, 10 orang tu juga akan aku peluk kuat *lap air mata* dan tak terkata bahagia dapat dilistkan masuk "BULATAN BAHAGIA" dengan akak muharikah. macam.. macam mimpi lagi T_T speechless smpai tak tahu nak kata apa sudah. sakit tekak tahan sebak terharu masa pengisian tadi..*terharu dengan rezeki yg Allah kasi* Allah.. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

"Takdir Allah eh krun duduk dekat dengan rumah akak. Alhamdulillah kita ditakdirkan untuk bertemu juga hari ni, dalam majlis amal penuh barokah ni"

T_______T Allah......

Monday, January 16, 2012

Dapat torchlight utk nombor satu pasti terbaik! wah dan wau



"Allah (pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak di sentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" 
An-Nuur : 35



Di tengah keramaian orang itu, aku nampak mukanya yang bercahaya. Langkahnya seolah-olah slow motion dalam drama korea. Walaupun kulitnya bukan seputih mereka yang berdarah cina atau mat saleh, mukanya...mukanya putih bercahaya dek matahari yang baru keluar dari celah-celah lautan di ibaraki. SubhanAllah seolah cahayanya yang berkilau membuatkan semua yang memandang terpanau. Terasa ingin mendekatinya, ingin menyapanya, ingin berkenalan dengannya. Itulah seorang insan yang dikasihi Allah (aku yakin), akak dotdot. :')

uhuh metafora? bukan.. itulah saksian hebat kami yang melihat beliau. uwah.



"akak, saya kan suuuke sangat kat akak dotdot mase kat jepun haritu"

"eeyhhh?? akak pun suke die!" -akhawat ke-2

"ooo akak dotdot tu ke? a'ah akak pun suke sgt dgn die" - akhawat ke-3 [graduan jepun]

"laa cemane semua boleh kenal die? hebatnye"

"die macam ade aura tau tak.. bile tengok je die rase tenang.. rasa semacam kan?"

"a'ah akak perasan jugak benda tu" -akhawat ke-3



"mesti Allah sayang die kan?" 




wah. 





-Rumah Ansar 16 Jan 2012 : 11.00mlm

Allah sayang dia? terdiam sekejap. masyaAllah. Allah sayang dia? rasa nak menitik bila tersentap tu. mcmtu kah perasaannya orang yang dikasihi Allah.. Raut wajah yang tenang dengan senyuman tak putus. Asyik senyum je penat aku tengok ehehe. Tapi rasa tenang dengan senyuman tu. Rasa tenang tengok peribadinya. Seolah bila dia berjalan ada aura taqwa dan keimanan yang tertinggal di setiap bekas tapak kakinya.

Inikan baru manusia biasa, tak dapat gambarkan mcmmana ye aura Rasulullah.. wah sudah pastinya lagi hebat perkasa. Lagikan wajah baginda yang tampan lagi putih berseri T_T *sumpah serius nak jumpa Rasulullah T_T ok sambung nyanyi binnabil huda la la :D*

Semalam berjalan ke rumah akhawat ke-2. Rumah Ansar namanya. Barangkali semua penghuni ansar sudah bekerja. Balik lewat muka semua letih, mata bengkak. Tapi semua masih menyapa aku dengan baik :')
Sepanjang dalam perjalanan ke rumah Ansar, sempat bersembang dengan akak yang menjemputku depan kedai BrotherhoodArts haha. *setapak aje dr rumah eh :P* sembang dalam kereta sudah pasti hangat jangg. Antara sebab kenapa aku suka naik kereta.





"Kenapa krun rasa krun tak perlu bersaing? kenapa krun rasa krun dah tak payah buat kerja?"

"emm... tak tahu la kak. bukan tak perlu bersaing cuma krun rasa kalau dah ada akak-akak yang lagi berpengalaman DF adik-adik, tak payah la dah kan kita DF adik-adik tu. matlamat pun sama btw. Jadi bergaduh karang"

"oh kalau mcm tu kerja dakwah ni tak payah dah la kite buat bila dah ada orang lain buat?"

"hmm..." *tekan perut tak tau nk jawab*

"Dakwah tu kan berterusan, proses DF tu pun berterusan sepanjang hayat.. desyou?"

"betul2.."

"Macam ni krun. kalau krun nak tengok, sebab ape kita berdakwah ni kan, sebab ape kita bermati-matian bersungguh dalam mendakwah orang ni kan, sebab kita mahukan torchlight Allah. Kita sentiasa mahukan torchlight tu."


"Torchlight? Allah suluh kat kita la kan?"




"haa.. kita kan, kita mmg beramal dan berdakwah sama dengan orang lain. cuma kita mesti lah kena ada sifat Allah-pandanglah-aku-lebih. mcm tu. torchlight tu yang kita mahu. supaya nanti bila Allah tanya, kita boleh jawab dengan hasil kita yang bersungguh-sungguh kita rasakan Allah sedang torchlightkan tu. eh paham ke?"


"ooo waahh.. boleh bayang, boleh bayang" *complicated jugak ayatnye*

"Jadi bukan kate kat sini kita nak bersaing tu supaya mereka memandang kita, tapi kita mahukan supaya Allah highlight kita, Allah memandang kita. ingat senang ke Allah nak pandang kita dalam bejuta orang sepanjang zaman. Best tak kalau Allah highlight lampu kat kita macam artis tu? pergh terasa glamour nnt kat padang masyar. Antara orang yang dihighlight yaw"


"a'ah la kan. tapi kita kena ada rasa nak bersaing dengan orang lain la eh?"


"haip. so kita kne aaalllwaayss bersungguh-sungguh buat yang terbaik. takkanlah nak biar je orang lain potong kite. kita mesti lah nak jadi number one dari dalam list Allah. number one ok!"

"hukhuk...betul kak. sudah pasti number one tu sangat hebat T_T" *rasa nak nanges*


subhanAllah. 


Torchlight Allah. 









*Term baru yang sangat best. ok sila salin dlm kamus hidup*




Lepas kami bercerita tentang akak yang kami favour dekat Ansar tu, mcm biasa segala perbualan dalam kereta terlintas balik. Hebat yaw bila seseorang tu disayangi Allah, di TORCHLIGHT kan Allah. Sampai semua orang pun nampak cahaya lampu suluh tu jang? hoh.. Tak caya boleh pergi jumpa akak dotdot tu hehehehe :P serius anda akan terucap "wah" atau "wau"

Cemburu lah... dengan akak dotdot tu. Sudah pasti amalnya sangat mantap. Bukan amalnya sahaja, aku dapat rasakan yang dia sangat dekat dengan Allah. Malah Allah juga pasti sangat dekat dengannya smpai rasa sangat berkilau cahaya keimanannya. emm itu lah serba sedikit luahan rasa cemburu aku hari ni.

Serius aku sangat cemburu smpai nak nangis.. T_T serius. serius. serius 3x

Semoga Allah mencintainya smpai ke syurga. hukhuk aku juga mahu bergelak ketawa dengan akak dotdot kat syurga T_T tapi rasa macam sangat jauh lagi Allah...




T_____T




from zero to hero. pasti buleh!



Friday, January 13, 2012

Cerita Kampung Putih



[sumber gambar : ukhti Diana takyuddin :) jzkk]

Allah.. kampung bahagia itu

Kampung itu yang penuh dengan tarbiyyah. Pekat lagi hangat dikucup oleh penduduknya. Hari ke hari. Dan makin hangat lagi kucupannya dengan nikmat ukhuwwah yang dikurniakanNya.

Allah.. kampung yang indah itu

aku rindukan kampung itu..

biarlah kenangan di Kampung Tarbiyyah 2011/2012 menjadi rahsia antara hatiku dan Allah... alhamdulillah. thumma alhamdulillah. thumma alhamdulillah...

psst : ada apa dengan KT 11/12? Wau sudah pasti akan teruja mahu mendengar bukan? jom jumpa krun. boleh sembang bantal lama2 hee :D



Tuesday, January 10, 2012

Ayat fofular dari aku hari ni : kejayaan





"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
2:216


"sikit la sikit.. abes la abes pasni hurhaaarr"


ape yang sikit ape yang abis my dear?
kerap kali merungut dengan bilangan yang sedikit.. pengakhiran itu dah dekat.
"hello~ sape kate?"


pagi tadi smpai malaysia sempat singgah di rumah akhawat.
suka pergi rumah akhawat sbb ramai org hahaha. klaka jugak.


emm tapi tersipu-sipu la tak boleh buang perangai. mampu senyum aje + suara jadi makin perlahan makin perlahan eh?


sambil sembang-sembang pasal korea, keluar cerita bilangan kami. emm kami dari pasukan XX la eh ㅋㅋ jeng jeng jeng!
mula nak bersedih, bersedih lagi dengan cerita yang tak habis.






'bilangan kami yang sedikit'




biiznillah terkeluar dari mulut sendiri "kejayaan tu bukan dan bukan dan bukan dan  bukan ditentukan dengan bilangan". serius separa sedar ketika mengucapkan ayat tu hoho super saiya~ 
betul kan? haip3


masa terkeluar ayat tu, terflash back kat kepala ala-ala mcm dalam movie tu SEGALAA hujah-hujah-isi-ceramah-post-kt-blog-uncleNoumanAliKhan-youtube-opentalk-tazkirah-usrah yang pernah terbaca tentang


"Neraca Dunia vs Neraca Allah"


sape yang kate kalau bilangan banyak tu satu kejayaan?
sape lak yang kate dpt A dlm peperiksaan satu kejayaan?

sape yang kate dapat belok kanan kat simpang time lampu isyarat kuning bertukar merah satu kejayaan?
SAPE PULAK EH YANG KATE KALAU MATI ATAS KATIL DENGAN AMAN SATU KEJAYAAN?



huh *lap peluh* "kenape la yek penuh dgn bahase inche gabbana ni.. geram jugak"


manusia yang kata. tu dari kaca mata manusia sendiri. neraca MANUSIA hoh. neraca dunia yang lemah.


kalau katekan yang mati atas katil dengan aman satu kejayaan, apakah pejuang mujahideen palestin들 yang syahid dibelah, dipenggal satu kegagalan?
-provokasi-



that's why, jangan pernah lihat kejayaan dengan mata dunia~ u have to believe in Allah. only He and Himself knows best. kejayaan yang betul kejayaan hanyalah syurga desyou? syurga.. satu je. 






.:Jannah:.
 satu-satunya kejayaan untuk semua




psst: post ni tertulis kasar bahasanya untuk menyepak pipi sendiri yang asyik2 susah hati pasal bilangan yang sikit. biar ayat yang terkeluar dari mulut hari ni diingat-ingatkan lagi smpai esok, tulat, minggu depan. selamanya.
mari kita usha neraca Allah. bagaimana hebatnya neraca Allah itu kan? yang tak dijangka-jangka.. penuh dengan hikmah. 


jzkk kepada ahli rumah Kahfi tadi. Nak sembang panjang tapi terlena pulak eyh T_T mungkin Allah nak tegur tadi pasal patah semangat. tibe2 terkeluar ayat tuh err... nway.. jzkk lg skali ^^


"move move move. angkat punggungmu yang berat dan berlari! orang lain dah nak smpai garisan penamat heh :)"




naniyatteruno atashi?





hurr~~ mane pergi gambar2 dalam belog krun?? T_T
semua da terbang melayang hilang jauh dari si tuan hukhuk

.:proses kemaskini dan upgrade gambar dgn sedihnya:.

*kena tukar semua gambar perghhh... serius masa sgt dibuang +.+" sabo je laa blogspot ni*