Pages

Sunday, November 4, 2012

Di Sebalik Senyuman Umar.






Umar.





Bagaimana tidak tersentuh dengan peribadi Umar Al Khattab. Kacaknya Umar pasti kerana kegagahannya, keimanannya yang menyilau menghalau syaitan di jalanan. Sentuhnya hati Umar dengan kalimah syahadah membangkitkan terus kekuatan umat Islam, lalu menggerunkan musuh-musuh di luar. SubhanAllah, mereka yang lemah dibela dan dilindung sepanjang hayatnya.



Umpama, sebuah dinding yang tegak mantap mendahului dihadapan, umat islam di yakini keselamatan mereka. Apabila berada di belakang Umar. 



Apabila berada di belakang, 
si Umar yang tersenyum gagah penuh cinta dengan Islam. 





Teruslah meminta ampun dan kekuatan dariNya. Sungguh pada manusia itu banyak kecacatannya. Pada Allah segala kesempurnaan. Maka percayalah pada kekuatan dan kesetiaan Allah pada hambaNya, InsyaAllah.




"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenaiKu, maka (beritahu kepada mereka) 'sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(Al-Baqarah : 186)




Pada pagi yang suram melihat wajah ummi yang baru ditutup itu. Aku lalu ke bilik lelaki dan mengejut abang sulung kami, Umar. Umar terus mencium pipi merah ummi lalu duduk dan memerhati, wajah ummi tercintanya buat kali terakhir. Aku masih tidak nampak tangisan yang keluar pada kelopak matanya. Sambil Umar itu terus ke ruang tamu menemui abah.




"Abah, apa doa Umar kena baca nanti?"




Aku dengar perlahan. Tetamu mula datang penuh di ruang pintu rumah dan bergiliran masuk ke bilik ummi, menyelak kain dan mencium pipi dan dahinya. Doa apa yang Umar mencari itu, masih bermain-main di fikiran. Hanya sempat mengintainya sedang menghafal di hadapan meja komputer dengan penuh focus.


Dan ketika imam mengumumkan,




"InsyaAllah, solat jenazah Roslina binti Mohamad Razaly akan bermula, 
diimamkan oleh 


anak lelaki sulungnya."





Allah. Hatiku kan berkocak dan terus mengalirkan airmata tanpa henti. Mendengar bacaan takbirnya yang sayup, di sepanjang solat itu. Terharu. Sebak mendengar suara yang tenang membaca doa yang dihafalnya sebentar pagi tadi. Abangku Umar,


yang berdiri mengimami kami di hadapan. SubhanAllah :')



Abang yang paling disayangi Imran dan Illiyya, sangat tabah mendahului kami semua pada hari itu. Hanya tersenyum melayan Imran yang berlari-lari keliling mereka yang sedang membaca talkin. Sedang adik-adik perempuannya yang lain sedang menangis, Umar tetap tersenyum pada Imran.


Kini bahunya yang makin memberat memikul beban untuk melindungi adik-adiknya di bawah. Bahunya yang berat itu namun sentiasa disertakan dengan senyuman, pada setiap kali tiba di pintu rumah. Yang di sebalik senyuman itu, hanya Allah yang Mengetahui. Hanya Allah yang akan Menilai tangisannya, dan sabarnya dalam berdiri gagah, untuk memimpin yang lain. SubhanAllah.


Aku yakin, kacaknya di sebalik senyumannya Umar abangku, terdapat seribu tangisan sembunyi dalam hatinya dan Allah. Genggaman kekuatannya yang luar biasa dari Allah.



Dan di sebalik senyuman Umar al-Khattab,  terdapat seribu tangisan dihulurkan pada Rabbnya. Yang sesungguhnya segala kekuatan kan datang hanya dari Allah. Pemilik segala kekuatan di langit dan dibumi. :)



"To Umar, 
I am so proud of you. 
Kamu adalah Umar Al-Khattab dihadapan kami, pemimpin di hati kami. 
We believe in you. Ummi dan abah juga begitu. InsyaAllah."




Mahu sesekali menjadi seperti Umar sahabatnya Rasulullah. Mahu sesekali berdiri tegak lalu tersenyum di hadapan. Mahu sesekali tidak mudah tumbang cenderung pada kelemahan dunia. Allahurobbi. Kini dihadiahkan kisah Umar yang tidak berhenti menangis pada Pemegang segala kekuatan itu. Dengan tangisan tidak putusnya disebalik senyuman, Umar kan menjadi pemimpin paling gagah dalam abad Islam SubhanAllah.




Kuncinya itu selalu : Kekuatan hanya padaNya, hanya dariNya. 




Make me strong. Make him strong, abang Umarku. :')





p/s : Tika Umar Al-Khattab yang gagah juga lebih tangisannya dari umat hari ini. Tika Umar yang gagah dengan senyuman itu juga lebih kerap meminta kekuatan dari Allah, siapalah aku yang kerdil lalu tidak gagah ini menyombongkan diri ingin terasa kuat. Kerap kali mengeluh lemah di hadapan khalayak ramai. Namun, jarang-jarang sekali meminta kekuatan pada yang Maha Kuat. 


Tak banyak bercakap pasal Umar. Hari ini rupanya sangat rindu pada abang yang satu itu. Semoga terus kuat di sana. InsyaAllah ^_^




4 comments:

aku-bukan-robot said...

(= allahumma amin. moga doa2 itu . Allah kabul.

Ezzaty H said...

aminn. semoga umar menjadi persis umar al-khattab :)

saya said...

:')

Semoga. Allahumma ameen.

Najaatul said...

SubhanAllah. kagum dgn anak2 ayah akak. :)