Pages

Monday, October 1, 2012

Hadirkan semula kepercayaanku ya Rabb. Pada pemimpinku itu nanti.





"Kalaulah Rasulullah masih hidup pasti baginda tidak berbuat begini kepada kami.
 Jika benar kamu mencintai Rasulullah mana akhlakmu sebagai pembela, sepertimana Rasulullah teguh membela nasib wanita?" 
-Dr.Harlina



Ini. Bahagian cerita simpananku celah buku memori. Yang banyak mengajarku sampai ke hari ini.




Imran. Membesarlah kamu dengan akhlak Rasulullah saw di dadamu. Di tanganmu, di kakimu dan dimulutmu. Seterusnya peliharalah akhlak itu untuk menjadi pembela pada isteri dan anak-anakmu nanti. Dan pada kakakmu, pada adik beradik perempuanmu, serta saudara-saudara perempuanmu yang lain. InsyaAllah kami sentiasa mendoakan. Supaya imran, abang izzuddin dan abang umar menjadi anak dan pemimpin ummi abah yang soleh. :') 




Dulu. Waktu tudung masih terlipat tebal di atas kening, aku diajarkan apabila menjenguk tepat ke wajah lelaki ajnabi itu perlu terasa haramnya. Lagikan untuk mula berbicara atau berpasang dalam membuat kerja sekolah. Atau, dalam membuat apa-apa pun. Aku terasa malu yang sungguh cikgu-cikgu ingin terapkan itu, melalui cerita Nabi Musa yang berjalan di hadapan safura ketika menemaninya pulang. Aku belajar dan cuba menanam kisah penuh kesopanan dalam pergaulan dua jantina itu pada hanya umur 7 tahun. Akhirnya aku seolah sudah dipaku dengan rasa 'malu' itu, tikamana bertembung walau hanya bayang dengan si lelaki.



Kan begitu tegas diajar, di sekolah musleh dulu.



Biiznillah tiba di kolej persediaan, sebelum terbang ke korea itu aku menerima culture shock yang teramat, dengan kedudukan di dalam kelas disusunkan. Setiap hari bersebelahan dengan spesis yang aku tersangat malu untuk mengangkat kepala itu. Pada awalnya aku yang sangat malu seribu, puas digelar "si pelik" atau "si bisu" apabila langsung tidak bersuara di hadapan mereka. Akhirnya menggerakkan bibir dan memulakan bicara. Keluar dari kepompong hukum 'rigid' yang selama ini membesar bersamaku dalam hati. Memulakan kerja dan aktiviti dalam kumpulan, campuran itu antara aku dan spesis lelaki.



Dan aku sedar aku yang sendirinya mula berubah. Aku mula lali dengan suasana itu. Aku mula belajar bagaimana 'perasaan' itu menyentap hati. Aku mula terasa bisikan syaitan penuh kotor itu. Aku mula berbicara dan percaya pada mereka. Tapi Alhamdulillah dan semoga Allah terus menjagaku, aku tak pernah dan tak akan pernah untuk mulakan sesi ber"couple" itu. InsyaAllah. Janji itu kan tetap terpaku pada ummi abah, pada diri sendiri, dan pada Allah.



Namun sesungguhnya airmata kan tetap jatuh hari ini. Hanya pabila dikiaskan bahasanya, walau hanya gurau senda mereka kami memandang sebagai serius. Aku terkedu sendiri dengan kepercayaan itu, di mana selalunya aku ingat, selalunya aku percaya lelaki difitrahkan sebagai pelindung pada wanita. Pada Khadijah, pada Aisyahnya Rasulullah saw itu dulu. Mulianya sosok itu yang sentiasa melindungi maruah serta meninggikan martabat wanita. Yang pada hari ini aku buntu, di mana harus aku letakkan kepercayaan itu pada mereka selain abah, abangku dan adik2 lelakiku.



Atau aku masih tidak faham gerak lidah mereka, gerak minda mereka. Ego dan pride mereka. Walaupun aku mengaku aku sudah pandai bergaul dengan mereka. 



Perselisihan faham yang kecil apabila bergaul dengan mereka menjadi besar dan dicucuk-cucuk lagi oleh pembisik tegar di telinga itu. Untuk lagi merebakkan api kemarahan. Yang sesungguhnya terus menghasut,




"Jangan sesekali maafkan mereka. Kerana mereka tak pernah faham kita" 




pada malam tadi.


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Begitulah dibisikkan apabila kekadang cuba melangkah ke arah berubah pada yang baik itu. Pada setiap kali kita ingin berhusnuzon, ingin memaafkan. Bisikan itu datang berderu-deru yang akhirnya hanya airmata yang tumpah serta doa yang tidak putus sahaja akan mematikan sesi itu.



Akhirnya kan, sungguh pada Allah sahaja kita meminta lapangnya dada itu. Hanya pada Allah, yang Memegang both hati kita dan mereka. 


Pandukan hatiku ya Allah. Aku takut sebenarnya dan terus takut untuk dicalar lagi. Aku takut dengan kata-kata mereka. Aku takut dengan teguran mereka. Aku takut kesemuanya.  :'( Aku takut dengan generasi itu, yang bakal menyarungkan cincin ke jariku nanti, yang bakal melafazkan amanah hidup matinya dengan janji pada Allah, untuk melindungiku hingga ke syurga nanti.


Allahu Allah. Kekadang tercemburu sendiri melihat kemanisan akhlak sesetengah ikhwah malah Hilal Asyraf sendiri. Begitu kagum dengan layanan mereka pada isteri-isteri. Sama, sepertimana aku mendengar kisah Rasulullah 15 tahun dulu. :')


Aku kagum dan aku masih menanti mereka yang betul mencontohi akhlak manismu ya Rasulullah. Tikamana dicela atau diremehkan wanita itu, mereka datang membela dengan kebanggaan islam di dada, pada yang dinyatakan di ayat-ayat suci Allah, 




"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." 
(An-Nisa :34)





MasyaAllah. SubhanAllah. Lelaki itu segak dan sentiasa hebat, sebagai pembela wanita

:')



Tapi untuk apapun,  hadiahnya dari Allah berupa pemimpin dan pelindung agung itu semestinya sehebat mereka yang bakal dihadiahkan. Perubahan itu asasnya, mesti dimulakan dengan diri sendiri. Aku perlu mencari semula diri yang penuh malu itu, diri yang penuh rasa hormat pada mereka dulu. Perlu dan perlu lagi, membina diri dahulu sebelum berani meminta mereka yang berakhlak mulia seperti Muhammad saw, yang berbudi pekerti seperti Saidina Abu Bakar a.s. 




Bermula dengan diri sendiri dulu. InsyaAllah. 




"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, 
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), 
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik 
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)'
(An-Nuur : 26)




Allah ya Allah. Betul kecilnya hati wanita ini sangat mudah berdarah dalamnya walau hanya dengan sedikit usik. Maka datangkanlah pelindung pada hati-hati yang lemah ini. Dan jadikan kami wanita-wanita solehah seperti Khadijah r.a yang menyelimutkan suaminya, jadikan kami wanita solehah itu pada,



mereka bakal pembela-pembela kami. Amin ya Rabbal 'Alamin. ^^



Semoga Allah Mengampunkan semua dosa-dosa kami dan mereka hari ini. Dan semoga aku kan terus percayakan mereka. :') Biiznillah.



p/s : Asif pada pembaca yang berjantina lelaki. Sungguh aku masih belum dapat faham hati-hati yang diciptakan sepenuhnya berlainan kematangan dan perasaannya dari hati kami, para wanita. Semoga antum terus menjadi pewaris berkepimpinan agung dan berakhlak mulia sepertinya Rasulullah dan melindungi kami, golongan yang lemah ini. T_T 



4 comments:

aku-bukan-robot said...

speechless. Allah! susah kan. )'=

Ainil Zainodin said...

assalamualikum, hai sister.. :) may i know u more deeper.. i love ur writing.. truly, tersentuh with this entry.. terusik dalam hati ingin berubah menjadi muslimah yang baik dan disegani seperti kamu.. guide me sister. i wanna be like u :)

pokeborine said...

hmmm....

hatim said...

;)