Pages

Sunday, October 7, 2012

Pilihlah satu itu lagi. Yang pernah menggerakkan hatimu mengangkat langkah semula.




Wamakaru Wamakarallah. Wallahu Khairul Makirin.
"Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga Merancang. 
Dan Allah sebaik-baik Perancang"

(3:54)




Pilihlah satu antara mimpi-mimpimu itu untuk menjadi penghuni syurga dan bertemu Allah di sana. Kerana hanya itu satu mimpi yang akan mengatasi kesemua mimpi palsu dunia. 
Hanya satu mimpi di hati. 




xxxxxxxxxx




Pemudi itu berjalan keliling dapur mencari air sejuk untuk diteguk, kerana hari itu kan yang makin panas membasahkan helai bajunya pada bahagian belakang pinggang. Lalu terus menuju ke pintu bilik umminya. Setelah bermundar mandir mencari air yang masih tidak dijumpainya itu.


Pintu bilik ummi tidak rapat ditutup dan kelihatan seorang lelaki sedang duduk kaku dihujung katil, kepala tertunduk ke bawah. Pemudi terus mendekati pintu dan mengintai sebelah mata, hasrat untuk bertanya tentang air sejuk itu dimatikan. Terus memerhatikan lelaki itu dari celah pintu,


sedang menangis teresak esak seorang diri.



"Abahku.. menangis?" 



Bergema persoalan itu di dadanya, di hati si pemudi. Lalu turut mengalirkan airmatanya dan menutup rapat pintu itu. Keliru.





xxxxxxxxxx




Akhawat itu merenung skrin laptopnya dan masih menunggu. Sesekali menekan butang chat pada nama salah seorang rakannya berulang kali. Tetapi masihkan offline. Akhawat itu terus mengambil tualanya dan membuka paip air untuk mandi, kaku termenung membiarkan air mencurah-curah ke lantai.


Akhawat menangis seorang diri. Ah. Bukan ingin mandi sebenarnya tapi supaya tidak didengari tangisannya oleh teman sebilik. Terus dan terus menangis kemudian membasuh muka dan melakar senyuman ketika masuk ke bilik semula. Memandang lagi laptopnya, sudah.


Si rakan tetapkan offline.


Hari itu mungkin lagi. Rakannya yang ditunggu tidak sempat meluangkan masa untuk mendengarkan masalah si akhawat. Lalu akhawat itu terus masuk ke bawah selimut dan menangis lagi.




xxxxxxxxxx




Si gadis meletakkan cawan kopi itu dengan perlahan sambil menyelak kasar helaian buku tentang litar elektronik itu. Peperiksaan makin hampir, tertulis besar pada dinding. Kononya, sedang sibuk mengulangkaji bahan sampai malam betul pekat dan ketika semua sedang tidur.


Lalu notanya basah. Air yang menitik keluar dari kelopak-kelopak matanya jatuh merosakkan tulisan-tulisan yang ditulis tadi, menggunakan pen dakwat basah. Bercampur aduk sudah garisan hurufnya.


"Dulu. Aku langsung bukan begini." Hati bergema dan bersuara sendiri lagi. Sudah 4 pagi, mukasurat masihkan pada angka 8. Menggosok matanya dan ditulis semula berkali-kali di atas kertas putih. Pada notanya yang hancur basah. Kemudian diselaknya laci disebelah meratapkan sepucuk surat tertulis,


'Amaran untuk semester satu'



Si gadis lalu menggaru kepalanya tersenyum sinis. "Apa. Yang sedang berlaku pada aku ini."




xxxxxxxxxx





"Just sit down and relax. Take a minute to realize, after all. We are a human. 
We make mistakes. And we are not perfect. 
We are only,


 a human."
-J.K Rowling



Terkadang kan. Aku selalu bermimpi dan pada hati sendiri punya mimpi-mimpi kesempurnaan untuk sesuatu itu. Bermimpi mempunyai abah yang sekuat besi alloy, tak akan retak walau diketuk. Lalu bermimpi mempunyai teman yang setia mendengar dan akan muncul ketika diperlukan. Tak akan hilang kecuali dengan kematian. Bermimpi lagi menjadi pelajar yang akan graduate dengan cemerlang secara terus hanya dengan lulusan A pada yang peperiksaan-peperiksaan lepas. 


Namun abah juga manusia. Si rakan juga manusia. Dan aku juga manusia. Manusia tak akan pernah sempurna, dan hidup di dunia bukanlah sepatutnya penuh dengan selesa. Mimpi yang disimpan hanya mimpi, hanya bakal termakbul pabila dihajat di syurga yang kekal abadi itu nanti.


Dan semua mimpi itu tak akan terjadi bilamana hanya berhasrat dan membayang ketika aku bukanlah pemakbul pada mimpi-mimpi serta kenyataan itu, sedangkan hanya Allah yang memegang hidupku, Allah pemegang mimpi-mimpiku. Ketika Dialah yang Menyusunkan segalanya, maka aku tidak pernah patut meneruskan sangkaan pada hidup yang sempurna. Mempunyai segala yang dimimpikan. 


Maka pada Allah kita sentiasa berharap. Pada Allah kita sentiasa meminta. Dan dengan Allah kita sentiasa berteman. Tak mungkin akan kecewa. Kerana pada yang selain Allah itu tidak ada selesa, pada selain Allah itu, 


tidak akan kekal. 





Abah, semoga terus kuat untuk kami. 
Dan semoga Allah terus Menjaga aku dan mereka dirumah sampai ke JannahNya. Amin.. :'(






p/s : To krun, to si anak degil yang suka bermimpi, you are a human. Kamu bukan malaikat. Dan kamu juga bukan maksum sepertinya Rasulullah saw. You make mistakes. And you made a lot already. You are not perfect dan sekali lagi, kamu patut sedarkan hakikat itu. Change. From day to day. 


Sentiasa perlu bertambah dalam berubah. Sentiasa perlu membaiki diri pada yang lebih baik. Dari hari ke hari berikutnya. Always. May Allah Bless.






5 comments:

Anonymous said...

Al-Anbiya, 83-90.
Kuncinya ada InsyaAllah.. (:

Pesona Awan BiRU said...

Dan disebabkan kita bukan malaikatlah juga, kita sangat istimewa di sisi Allah, andai

kita benar-benar menjadi 'hamba-Nya'.
May Allah bless us:)

oJAh said...

Krun! Awak kuat :)

Teratai Biru said...

RencanaNya memanglah ada,
tapi janjiNya Man Jadda Wajadda, siapa yang berusaha, dialah yang dapat.

Tapi...

Tuhan itu Maha Kaya,
janjiNya juga Man Shabara Zhafira, siapa yang bersabar akan beruntung.

Hebat kan?

Pada setiap situasi dan ketika,
Dia ada untuk hambaNya,
pada apa-jua-rupa,
yang diperlukan kita.

(=

fuuhhh fuuhhh fuuhhh...

Duhai bayu,
bawakan doa aku untuk dia...
Seorang perawan yang penuh cinta,
hingga menerjah angkasa raya.
Seorang gadis yang kaya cita-cita,
hingga menggegar lena nya dunia.

Salam sayang dari Bumi Sebelah,
kak gja.

along said...

krun, smg kuat..Allah kan ada...