Pages

Saturday, September 29, 2012

Secoret untukmu, bahasa bunga yang kamu paling bencikan. :')



Dear diary, hari ini mahu coret tentang isi hati lagi. Dan bakal melipat helaian ini untuk diterbangkan pada kamu.



Hannan binti Rozman.



Kesunyian pada tahap betul-betul hanya mengharapkan Allah sebagai peneman. Melihat hujan lebat di luar tingkap, message dari Hannan masuk bertubi-tubi, semalam.



"Weh, aku kat laut sorang nih. Teammates tak dapat datang sebab rough sea" 



Allah. Betullah. Cuaca sangat buruk seharian sehingga ke malam tadi. Sedang taufan di korea dan jepun, di Malaysia sana juga hujan lebat dengan ombak bergelora. Allahu Allah. Lindungi keluargaku, dan kakakku di laut sana. :'((


Sesekali hampir menitis sambil tersenyum mengenangkan si Hannan tika mengangkat tangan untuk berdoa hari ini. Yang bakal pergi jauh. Lebih jauh dari ke laut bekerja. Tika baru diluahkan berita itu. Pada hari cuti yang lepas.



"Aku dah nak kahwin dah, khairun." 



Em. Uh. Sebak. Dalam pada masa yang sama, aku gembira dan terharu. SubhanAllah walhamdulillah. Saat ucapan yang ditunggu-tunggu itu akhirnya cecah ke lubang telingaku.


Jujurnya I am. Happy for you. 


:')


Berjaya melangkah ke tangga kedua kehidupan dengan bergayanya. Alhamdulillah. :)


Hannan, ingat tak dulu pada saat ummi tercungap nafasnya, akhir-akhir itu. Kita yang tertinggal berdua. Sedang semua lelah tertidur menjaga ummi pada sebelah malamnya. Kita kan berhempas pulas ditepi bergiliran membaca yasin dan solat hajat, agar ummi dipermudahkan urusannya. Bergilir dengan air mata yang tumpah seribu, masing-masing memandang wajah satu sama lain. Dengan hidung yang merah, mulut yang terkumat kamit bersedekah ayat-ayat suci Allah, dahi yang berkerut, dan kaki yang sedikit terketar kan melihat ummi berpeluh,


"Khairun, aku tak tau dah nak buat macammana" Sambil menghisap hingus. Dan mengelap mata berulang kali. Kamu memandang aku, aku lagi kan buntu.


Pertama kali kami kaku melihat ummi sakit tenat. Kami hanya menangis menggenggam tangan ummi, sambil hannan mengusap kepala dan pipi ummi, sesekali mencium penuh manja. Mengajar ummi menyebut,



"Allah... ummi. Laailahailallah.."



Ummi mendengar, mengangguk dan menjawab bisikan anak sulung perempuannya. Dan pada hari itu, pertama-tamanya kami menyaksikan sesama sendiri, bagaimana rupa sebenar satu sama lain menangis dengan sehebat-hebatnya. Aku barangkali tersenyum sendiri bila teringatkan, Hannan yang sangat tabah dalam tangisannya. Betul pertama-tama kali selama kami membesar,



menyaksikan butir-butir air yang jatuh lebat dari kelopak mata satu sama lain.



Hannan itu kan, teman paling rapat senakal membakar daun kelapa jiran di belakang rumah, meninggalkan donat ummi di stesen bas kerana terlalu berat, mencabut bulu kaki abah apabila diminta urut. Hak. Tetapi kan yang saling ikhlas itu bersama menggulung kuih ummi tika abah tidak bekerja dulu. Menghalau lalat-lalat yang hinggap di atas kuih muih ummi sambil berkongsi kerusi menjaga gerai.


Dan kini sudah besar dewasa, dua kali kamu melawatku di korea, bermain salji bersama ulfah. Sambil meniup asap-asap yang keluar dari mulut. Kemudian bersama imran illiyya, dan raihan bermain daun autumn yang penuh di tangga-tangga, bermain basikal bersama di tepi sungai Hangang.


Wahai. Memori yang tersangat indah. Banyaknya antara aku dan kamu, nan. Terlalu kan banyak dan masih bergenang kelopakku saat menaip. Sampai ke hujung hayat ummi, kita kan bersama dipilih untuk berada di situ. Lagi kan berlawan kekuatan masing-masing untuk tidak kecundang penatnya menjaga ummi.


Matamu sudah sembab seribu, dan mataku juga tidak mahu mengalah.

:')


Di sini. Aku membuat coretan penuh berbunga bahasa yang kamu sangat bencikan, Hannan. Hadiah untukmu hari ini. Mungkin, peluang untuk meluahkan memori tidak akan datang dua kali kan.


Kepadamu, kakak yang tersayang. Yang menjagaku dari kecil, yang memberiku sejuta motivasi, yang menjaga tarbiyahku, yang menjadi contoh untukku terus berdiri di hadapan adik-adik, yang selalu mendoakanku, yang sentiasa kan di hati,


Hannan. My only kakak :)





Kita. Dan ummi pada hari itu. Dari kecil kan ditakdirkan untuk berjalan bersama. Menangis dalam suka duka. Berlumba dalam semua acara hidup. Dan akhirnya, tangga itu dimenangi kamu. Semoga Allah Permudahkanmu, menaiki tangga seterusnya itu. Aminn. 




Kutiplah segala kebahagiaan pada tangga atas sana. Tangga kedua kehidupan, dengan penuh kemantapan iman di dada, dan membinanya terus dalam hati anak-anakmu nanti. Dan jadilah dirimu isteri yang solehah, ibu yang mithali seperti ummi tersayang kamu, dan aku. Aminn.


Dari adikmu yang sentiasa mendoakan,
Khairun. 



بَارَكَ اللَّهُ لَكُمَا وَبَارَكَ عَلَيْكُمَا وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, Nan. 



Remember Allah, remember Muhammad SAW, remember ummi and abah, 


remember us. 
In your heart, always.



p/s : And I will always pray for you, my very best friend. My very best sister, my very best 'second' mother. May Allah Bless you till Jannah.  




5 comments:

Anonymous said...

semoga Allah terus memelihara kasih sayang anda~

Anonymous said...

*cried

Anonymous said...

ayaq mata...

Anonymous said...

*cried too

Anonymous said...

me too :'( hidung mata sume kuar air..sbb penah rse perasaan mcm tue..namun krun luah melalui kata-kata..krun,air dicincang takkn putus..hannan kakak krun smpi bebile:)