Pages

Wednesday, August 8, 2012

Manja untuk hari ini. Lima minit.



Pernah kan melihat adik-adik yang merajuk kerana tak dibelinya coklat. Mereka duduk melipat lutut dan menutup wajah dengan dua lengan. Bersembunyi di bawah meja. Hahak.


Terasa ingin beraksi begitu. Hari ini. 


:')



Sambil bersembunyi itu tersipu manja dengan Allah. Kekadang manja kan datang mengharapkan perhatian. Untuk hati yang merindukan kasih sayangNya untuk melindungi hati yang gersang itu. huk. :'(



Allah yusahhil. Sebenarnya hari Rabu yang berat. Hati gersang penuh dengan dosa. 



Jernihkan hati hati itu. Supaya bakal dipilih pada lailatul Qadr. Ameen.



"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."

-Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.



Allah sangat dekat. Dan berlari sambil kita berjalan kepadaNya. InsyaAllah. Semoga kita dipilih dari yang terpilih. Kerana Allah kan sentiasa mengampunkan dosa hambaNya, dalam sangkaan harian kita. :') Bersangka baik! yosh.


Selamat memantapkan amal untuk 10 malam terakhir ramadhan antum! Post yang sekadar meredakan beratnya hari rabu. Hari ini. Sila keluar dari bawah meja!


hak. :) 



p/s : Betul. Blog sangat menjadi alternatif teman yang setia. Bilamana mahu meluah tanpa diganggu. Alhamdulillah. Jzkk pada yang sudi meluangkan telinga pagi tadi. T_T

Kadang-kadang mahu jadi manja dan bersendirian bercerita. Dengan lengan sendiri. Dengan lutut sendiri. Dengan Allah... Walau di sudut manapun. Walau di celah kerusi meja pun. Hik. Habiskan menangis untuk hari ini. ^_^




4 comments:

solehah daud said...

salam kak khairun..yok kita sama2 saling menguatkan dan mendoakan yang terbaik..moga Allah permudahkan dan bantu merawat hati-hati yang gersang dan terluka ini =)

lavenderlover said...

semoga ramadhan kali ni lebih memberi kekuatan iman & hati kpd kita..=)

Anonymous said...

krun! himnae! may Allah ease ^^

Pesona Awan BiRU said...

Tersipu manja pada Allah, sweet!