Pages

Sunday, August 12, 2012

Look for "The Gifts" in everything. Alhamdulillah.



"Eh dekat je. Tak jauh dah tu"


179km terpampang di papan sebelah kiri jalan raya. Ke Johor Bahru masih lagi berbaki jaraknya itu. Allah. Aku terdiam dan menggaru sedikit lengan tak selesa dengan angka yang baru dilihat. Dari mana datangnya "dekat" pada hampir 3 jam lagi untuk sampai itu?


MasyaAllah.


Kisahnya hari semalam aku ditemukan dengan akhawat yang luar biasa dengan ukuran jaraknya yang pelik. Pening bilamana mahu meniru kenyataan ayat "dekat" pada jarak lebih 100km. Bagiku. Sangat pening dan keliru. Keliru. Tapi cuba juga untuk menelan dan alhamdulillah. Rupanya terasa positifnya "jarak jauh yang didekatkan" itu. Dan aku percaya aku akan mampu pergi sejauh ireland di sana dengan perasaan "dekat" itu. Selepas ini.


Dekat dalam jauh yang berkat itu. InsyaAllah. :')



"To change the way you look at things. Look. At nature. At people. 
Or even at the foods you are eating. As if it is a gift. 


And you'll start to appreciate everything. 
-Tariq Ramadhan


Ini. Salah satu quote Tariq yang sangat melekat dan sentiasa basah di telinga dan hatiku. MasyaAllah. Kaku telinga dan terngiang ayat-ayat beliau seolah mp3 player yang sentiasa diulang hanya satu track. Ayat ini mampu diaplikasikan pada semua keadaan. Dan akhirnya membuat kita sentiasa tersenyum walaupun musibah melanda. Kerana musibah itu sendiri "a gift" from Him, desyou?. SubhanAllah kan.


Semalam aku tak berpeluang untuk memberi bahagian daurah pada yang telah dijanjikan minggu lepas. Di batu pahat itu tetapi berlepas terus ke Johor Bahru, Sekolah Tun Fatimah. Dari awal juga pendirian lalang mahu tidak mahu, yakin tidak yakin aku untuk memberi, sebenarnya. Aku akhirkan kekalutan dalam hati bila mengulang doa yang diajar murobbiku



"Dan berdoalah dengan berkata,
 'Wahai Tuhanku, turunkanlah daku ditempat turun yang berkat, 
dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat' "
-Al-Mu'minun : 29



Allah.
Serius tak jadi untuk belok ke simpang Batu Pahat. Hati mahu terus ke Johor Bahru untuk mendengar pengisian instead of memberi pengisian. Ya Allah sungguh, aku berlindung dari azabMu kerana mencuri masa masa berharga akhawat sekeliling. Dan kerana tidak patuh pada muwasofat tarbiyah dalam menyusun jadual dengan efisyen, lagikan menepati waktu.


Mata terbuka sendiri dan sebak. Muwasofat masihkan tidak cukup, malahan kecewa dengan diri sendiri bukan pada peluang yang terlepas itu. Tapi pada menghancurkan harapan akhawat disebelah yang memandu itu. T_T  "Maafkan saya, kak :'("


Aku percaya dalam doa itu sendiri, Allah telah menempatkan sebaik-baik tempat apabila betul sampai di Sekolah Tun Fatimah dan menyaksikan sendiri. Cara akhawat di sana berdakwah kepada adik-adik muda di sekolah. Mungkin. Satu latihan untukku juga nanti, bila sampai masaku pula. Dan Alhamdulillah Allah juga menempatkan aku untuk bersama meneruskan perjalanan dengan akhawat yang terus tersenyum itu. Tenang memandu sambil menyambung perbualan taaruf kami yang sedikit kekok. Hihi.


"Tak apa. Err.. dekat aje ni, krun. Kitorang dah biasa dah travel-travel ni. Tak ada apa lah kalau 100km tu". Senyum lagi. Mereka yang setia menemani. :'))


Senyum itu kan menakjubkan. Dan menyejukkan jiwa yang sedang kecewa seribu. Akhawat akhawat luar biasa itu... Allah. Teringin sekali menjadi seperti mereka.





Hari ini dan semalam. Hadiah penuh diturunkan dari langit. Kekuatan dari Allah, melalui kamu dan kamu, akhawat luar biasa di hatiku. :')




InsyaAllah pada luar mulut kaku ingin mengatakan bahawa, aku belajar 1001 makna hidup dalam jaulah pendek ini. Tentang pengorbanan dan itsar, lagi tentang ukhuwwah. Dan dalam senyuman yang tak putus, aku selalu nampak sinar harapan untuk esok itu. Tak mampu untuk menulis panjang lagi di sini mahu pun di kertas untuk ulangan, tetapi insyaAllah telah masuk ke hati. SubhanAllah.


Dan aku perlu lebih mantap. Lebih luar biasa. Lebih kuat ruhnya. Seperti akhawat akhawat semalam. :') Amin. Teruskan memberi hadiah lagi pada kami, ya Rabb.


All praises to You, Ar-Rahman.



"Always. To expect less. And appreciate everything.
Appreciate every gifts. From Him.

 with a smile." 
-Tariq




p/s: Tak diduga dan tak pernah disusun awalnya, hujung minggu ini dipenuhi dengan memori indah seluas senyuman penuh dengan gigi. Inikan hadiah yang selalu dijanjikan dari Allah. Bila betul kita menganggap peristiwa itu sebagai satu nikmat. Kan? Betul perancangan Allah itu lebih baik dan lebih banyak hadiahnya. :')

Walhamdulillah. Jazakumullahu khayran jazaa :') Sudah rindu. 


2 comments:

FarahEliena;) said...

salam kak Khairun :D
saya nampak gambar akak and macam familiar sangat latar belakangnya and bila baca rupanya betul lah di SEKOLAH TUN FATIMAH :D it was my previous school. saya batch 0711. :D akak ada event apa ye di sana :) it would be nice if I could meet u :D rindunya sekolah :')

Anonymous said...

eyh kak aisyah :)