Pages

Friday, August 17, 2012

Farah selepas cinta dan redha.




Basah. Dan aku menitik bersama hujan ketika pulang tadi.
Malam semalam ke 27, dan hari ini tak berhenti hujan turun. RahmahNya.


Melutut lalu bersujud terus, bukan tidak redha tapi untuk ditunjukkan sesuatu yang lebih manis dari kehilangan itu. Manis, seperti Rabb diarasy sana kan.


"Katakanlah, hanya dengan keutamaan dan rahmat Allah lah hendaknya mereka berbahagia, kerana ia lebih baik daripada semua apa yang bisa mereka kumpulkan"
(Yunus : 58)



Bahagia. 'Farah'.




[Yoido Park | Nov 11]

Sepertinya tenang melihat si tumbuh tumbuhan menghijau lagi berwarna warni. Seperti itukan hati yang berada dalam tahapan 'farah' itu. Bahagia lagi tenang. Melihat alam. MelihatNya. :')) InsyaAllah.. 



"Tingkatan redha yang paling atas adalah 'farah' itu, kebahagiaan. Selepas cinta dan betul redha. Dan kenapa farah itu belum dikategorikan sebagai satu keutamaan dan rahmah apabila selepas kita dikurniakan sesuatu nikmat, kita tersenyum rasa bahagia? Itu. Bukan lagi betul betul farah. Sebaliknya, hati akan berasa farah kerana bukan pada nikmat itu, tapi tersenyum pada Allah yang menjawab segala doa dan membalas segala yang diluah padaNya. Lagikan, pada bulan yang tiada satu doa pun yang Allah tidak akan tinggalkan, untuk Mengkabulkannya. Allahuakbar.. 


Dan mereka lah. Mereka yang di dalam jalan dakwah inikan yang akan mula-mula merasakan farah itu. Tika mana hati merekalah yang paling dekat dengan al-Quran dan bibir mereka lah yang tidak berhenti berkalam dengan Allah di dalam sembahyang. Mereka, orang yang di jalan dakwah ini walau sangat penat lelah dan diuji, 


merekalah juga yang pertama-tamanya akan merasakan. Farah itu. Pertama tama,


Untuk merasakannya. :')"

-kak maryam
Tentang ramadhan dan bahagia pada esok harinya. Selepas kecewa merenungkan telefon yang hilang itu.


Alhamdulillah. Allah datangkan kemanisan berturut turut sehingga mahu diabetes kan. Sejurus selepas solat hajat pada malam sayup-sayup pukul 10 di masjid wilayah itu, sms masuk,


"krun, cuba try cek kat lost and found list Uia. 
Rasa ada nama awak kat situ. Samsung kan?"



Lantas. Dua tiga akhawat menghantar message yang serupa. Samsung dipulangkan Allah. :')))


Dan bukan hanya samsung yang dipulangkanNya, seterusnya diberi peluang untuk berbulatan gembira pertama kalinya untuk kumpulan gombak. Kemudian lagi, dihulur kuih dan duit raya oleh murobbi, kawan-kawan ummi juga singgah dengan briyani 4 kotak bersama duit raya yang sangat banyak masyaAllah. Kemudian lagi, diterima sebagai tetamuNya beriktikaf di masjid negeri dan bertemu dengan akhawat yang tiba-tiba rasa rindu di hati, bertemu kami di rumahNya bersolat jemaah bersama. Terus lagi, diberi pengalaman melihat dan mendengar selok belok bisnes orang cina yang sangat membuka mata, kan hanya dengan fibre glass bisnes mampu membeli hampir 10 buah rumah dan lebih lagi.


Terus lagi... terus lagi. Terlampau banyak yang terganti sejak diambil hanya sesaat telefon itu. Semuanya dihantarkan Allah... T_T Betul kan. Berturut turut manisnya. InsyaAllah menitik dan tersenyum merasai "farah", bukan pada mendapati semula telefon itu,



tapi pada Allah yang menjawab doa-doa dalam sujudku.


:'))



"Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang di belakang yang masih belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
(Ali Imran:170)




SubhanAllah. SubhanAllah.. Allah sangat sweet dan rugilah kalau tidak bermanja denganNya sepanjang bulan pengampunan ini. Pintu syurga sangat terbuka luas dan kemanisannya terasa dek penghuni-penghuni dunia.


Syurga yang manis, bersama Rabbnya. Ya Allah. Allahu Allah... Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah :'))




p/s: Masih lagi sangat terkedu dengan semua yang terjadi dalam 3 hari ini. Dan terharu. Semoga semua dalam redhaNya aminnn. Selamat hari raya kepada semua. Temukan kami pada ramadhan taun depan huk. Rinduunya ramadhannnn :')))




4 comments:

aku-bukan-robot said...

sungguh ! terlalu manis. subhanallah. alhamdulillah (=

Nabilah said...

slm sis.im your biggest fan utk sis pny blog ni.love the way u reflect.byk tlg sy ble sy rs down,sy tgk blog ni,bg kkuatan blk kat sy.plis3 nvr stop writing k?;) & terima kasih sbb selalu updte.moga bermanfaat utk semua.umur berape ye btw?
sgt fall in love dgn blog ni & dgn tuan pny blog *hug.plus dgn lagu bckground pun sgt kene.
rs mcm nk jmp dpn2 pun ade..
May Allah give you strength mengharungi dunia ni.

Kami semua sedia support di belakang
:)insyaAllah

A'isyah Nabila :) said...

SubhanAllah, sangat sweet :)

Fahmi Bahrudin said...

salam, maaflah. nak tnya sikit. apa nama bckground music ya. jzk