Pages

Tuesday, July 10, 2012

Hajat dari langit. Kebahagiaan.



Abah. Buatku untuk menulis lagi hari ini.

^_^



"Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." 
At-Thalaq : 3


Tawakkal selepas berusaha. Dan serahkan semua padaNya. InsyaAllah, Allah akan mencukupkan keperluan, dari arah tak disangka-sangka. kan? 



Hajatku dari kecil itu sebenarnya, untuk mempunyai sahabat yang ramai macam ummi. Kalau ikut ummi pergi usrah, kawan ummi bersepah boleh muat satu taman. Semuanya ummi kenal dan salam, peluk lagi. MasyaAllah. Allah Yang Mendengar. Allah telah kabulkan semuanya. Sahabat yang ramai meliputi semua daerah sedang bersahabat denganku. Dapat ramaii sahabat, macam ummi :'))


Dan seorang itu, sahabat yang sangat sabar mendengar luahan hati juga. Yang boleh bersama bercerita isi hati. Sekian lama menunggu, ketika sudah 22 tahun baru dipertemukan. huk.


Hajatku betul-betul dikabulkan, yang ini. Jatuh dari langit? Hahak.


Alhamdulillah. xiang ni, makcil. :'))




Ini peti sejuk kesayangan ummi. Kalau travel ke negara lain, fridge magnet sahaja yang ummi nak. Untuk hiasan peti sejuknya. :') InsyaAllah, nanti lagi khairun penuhkan sampai ke bawah. ye?


"Hala kat camera bagi nampak. Ni khairun, tengok hadiah ummi, abah belikaaann. Dua pintu lagi hehe. Cepat balik tengok how big it is. awak pun boleh masuk!"


Sudah menjadi rahsia peribadiku atas alasan kenapa aku sangat sukakan video. Dulu pernah diluahkan yang aku sukakan video,


kerana aku suka memori itu bergerak.



Ianya lagi bersuara seakan-akan aku sedang berada bersama di situ. kan? :)


Pagi tadi membuka lagi video ummi mendapat peti sejuk baru yang dipost di skypeku. Tersengih sengih seorang diri melihat senyuman ummi penuh dengan gigi. Muka ummi lagi ceria tak terkata seolah memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah. hahak.


Selepas banjir di kedah 7 tahun lepas yang merosakkan sistem peti sejuk lama ummi, air tak putus keluar dari bahagian bawah peti. Tapi ummi kan, masih bersabar mengelap dan mengemop air tumpahan setiap pagi. Kekadang diulang hajatnya "bilakan datangnya peti sejuk berpintu dua dari langit, bertahun dah peti ni dah nak reban"


haha. Memang. Wishlist ummi semua barang dapur.


Dan alhamdulillah hari jadi ummi tahun lepas dikejutkan dengan peti sejuk extra large untuk 8 anak-anak nakalnya makan, abah membeli peti sejuk dua pintu berharga tiket tour pergi balik ke europe. hak. Allah.. ummi tersenyum sepanjang video dan berkali-kali mengulang keistimewaan pintunya yang terbuka di tengah.


Itukan, hajat ummi yang dikabulkan pada umurnya 46 tahun. Peti sejuk yang turun dari langit. :)


Dan aku ke Raub tempoh hari. Kampung itu kan betul kampung, bagi ku mungkin. Atau aku tak pernah lagi berpeluang melihat suasana kampung dalam drama melayu. hihik. Sukar untuk dipercayai tapi inilah pertama kalinya menyaksikan sungguhnya suasana berkeluarga besar. Dengan pertama kalinya lidah menjamah masakan kampung, dan masakan Pahang. Allah. Alhamdulillah. Sangat banyak pengalaman di sana yang buat aku tergamam sendiri. Hanya mampu tersenyum dan menatap lagi suasana itu.


Seperti Drew Mitch si muflis dalam elizabethtown kata,

"Because we have a moment here, so let me tell you.. You know the way people look at you when they believe it's for the last time? I have started collecting these looks.."

Drew mengumpul pandangan, kerana mahu membunuh diri tapi aku sedang mengumpul pandangan terakhir di sana untuk aku kupas ibrah dari segala peristiwa. InsyaAllah. Pandangan, suasana terakhir. Yang aku mahu simpan untuk memori. Alhamdulillah aku berkesempatan. :)


Tapi dalam sedang mengupas juga ibrah dari pandangan-pandangan terakhir itu, hati mula sedikit cemburu sendiri. Kerana mungkinkan aku tak pernah punya kampung dalam hidup. Mungkin lagi makcik atau pakcik yang sebegitu mesranya datang dan bergurau senda dengan adik-adik kecil? Sepertinya di kampung Raub. Kami membesar di bandar lalu sibuk dengan hal sendiri kan. Hatta ketika ummi sakit juga jarang-jarang adik-adik, anak saudaranya datang melawat. Ah. Sebak.


Keluargaku, yang serba tiada. Bagiku.


Kalau ummi, mahukan peti sejuk. Hajatku bertambah-tambah lagi untuk hari ni. Aku mahukan kebun durian, rumah kayu, kampung, sepupu yang rapat, pakcik atau makcik yang memelukku ketika aku pulang ke tanah air. Atau aku mungkin mahu pergi melihat kebun dan sungai di pedalaman dalam erti kata sebenar. Eh banyak pulak. Hmm. Aku mungkin mahukan.. Aku mahukan,



keluarga besar yang jatuh dari langit. Hik.



Tentang hajat ini. Lihatlah besar impaknya pada manusia. Kerana manusia selalu menyangkakan pabila hajat itu dikabulkan, terasa kebahagiaan kan? T_T Allah... atau mungkin, aku sendiri tak tahu. Buat masa ini, aku sedang mencari kebahagiaan. Dalam keluarga besar itu?



"Dalam doa rabitah ada sebut tentang apa? Tentang ikatan hati dan hati kan? Doa ni kan mengajar supaya kita berdoa hati diikat bersama menuju Allah. Dan untuk kita ni, bersama seaqidah dan sedarah, you know what i mean? 

Seaqidah. Dan sedarah.

 Abah nak, hadamkan betul-betul lagi doa tu. Ikat. Ikat semua hati-hati anak-anak ummi abah ni supaya sentiasa bersama, walaupun kita keluarga sangat kecil. Its okay kita hanya ada kita 9 orang together, tapi hati yang terikat itulah means keluarga yang sebenar. Yang bersama both di dunia, dan akhirat sekali"



Abah. Datang lalu duduk di sebelah meja ku. Seolah mengetahui isi kecil hati yang sedang mengharapkan hajat untuk jatuh dari langit. Abah secara perlahan mengulas tentang keluarga kami yang kecil, kemudian tentang hati dan kebahagiaan. Semua kan berkait dalam keserabutan yang tersimpul di celah hati ini. Allahu robbana..


Terus, abah cerita tentang doa rabitah. Tentang maksud sebenar keluarga. Keluarga yang terikat dengan hati, aqidah lagi kasih sayangNya. Kemudian abah diam melihatku lagi. Abah selalu tahu aku sedang retak di dalam kerana mungkin tahap diamku sudah bertambah. Barangkali ini, hatiku tercemburu dengan orang lain. Aku retak sendiri.


Abah tiba-tiba bertanya, "Hmm. So, what matters to you? Look strong or real strong inside?


Abah senyum, nampak lesung pipit bawah bibir. "Both? Maybe?"


"You know, being strong is not showing or saying that you are strong, but to address your heart to the right path. That you know what you are doing.. kan? And khairun, let me tell you one thing. Happiness is subjective. Tak semua orang punya keluarga kecil tak bahagia. Betul tak abah kata ni?

Happiness lies in your heart. It lies within us. Have a clear mind, and a clear heart. Then you will go beyond materials. And that is when you can focus,  what you want the most is..


 Allah.


So when you have Allah, you have everything dear. Itulah kebahagiaan. And that makes you the strongest person walking. Because you have Him, in your heart."


Itu. Abah. Selalu yang membuatkan aku sebak. Jatuh berbutir lagi tapi membuat gaya macho di depannya. Konon bermain laptop sambil mengusap kelopak. Allah.. Kebahagiaan kan abah? Rupanya dalam hati. MasyaAllah kan. Kekadang aku terlupa dan selalu akan terlupa, tentang kebahagiaan sebenar itu. Pada setiap kali aku cemburu.


Aku terlupa kan Allah.
T_______T 


"Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal."
(As-Syura : 36)


InsyaAllah rezeki masing-masing sudah tertulis. Bertawakkal untuk yang terbaik dari Al-Wakil. Mungkin juga aku bakal menerima keluarga besar nanti, di syurga sana? Allahu Aminn ^_^ For now, just be grateful, for who you are. Be grateful and say Alhamdulillah, khairun. :')


Sudah cukup semua. Sahabat yang mengelilingi juga, penuh seperti sebuah keluarga yang besar. Biar tidak sedarah tapi seaqidah. Kan? hee.


Abah, insyaAllah akan aku kejarkan syurga itu juga untukmu. Berupa anak solehah yang memimpin tangan ummi abahnya ke syurga bersama. Janjiku pada ummi dan abah. Anak yang solehah. Amin.


Lupakan hajat-hajat dunia yang sementara, dan ajarkan aku lagi. Terus mengejar kebahagiaan akhirat sana, abah.


 :')



p/s : Jazakillah khayran kathira pada makcil bermata kecil di Raub, kerana sudi bawak jalan-jalan di kampung. Semoga Allah kan membalas pengorbananmu di sana dengan RahmatNya yang tak putus. Teruskan berjuang, dearie ^_^ sentiasa mendoakan dari jauh.


Alhamdulillah. Ya Rabb :'))


4 comments:

syafa mohamed said...

akak cemburu-cemburu nak keluarga besar kt kampung plak?...comel lah^^

akak...kena semat betul2 kata abah akak dalam hati tahu.

Nice says.

Allah.

akak cemburu nak keluarga besar mcm orang lain tapi ramai orang nak keluarga kecil mcm akak, syafa rasa.hihi.

maka bersyukur itu lebih baik. Dan percaya setiap yg kita terima, itulah yg terbaik bg kita kan.Oh!

kruN. said...

ahah~ syafa~~ tulah >.< manusia lemah cm saya ni. yang takde tu yang selalu nak. insyaAllah. sekejap je kot perasaan tu

Allah hantar abah petang tu untuk sejukkan hati :')
Alhamdulillah. InsyaAllah.

We have Allah. We have everything.
jzkk dear :')))

Anonymous said...

Saya berlima,tetapi selalunya rasa berseorangan.

My dad never mention me about doa rabitah,but I will insyaAllah I will mention it to my kids :'(

Sabrina said...

suka sgt post ni. thnk u sharing khairun :')