Pages

Thursday, July 19, 2012

But with Me. You can. And we can. :')



"Recite in the name of your Lord who created"
Al-Alaq : 1


"Remember that if you have any, any difficulties in life, remember that Allah is with you. And with Allah, you can do anything. Anything! Just like Muhammad saw when he got his first wahyu, to read. With the name of Allah. And he read. 

He read."
-Tariq Ramadhan




Lipatan telekung dan stokin beruang Illiyya. Terharu dan hati rasa syukur melihatnya sedang mengemas tadi. Walhamdulillah. :') 




Sg. Besi Highway, 10.30pm:

"This is my favorite song you know, illiyya? Listen carefully. Carefully okay."


Memandu sambil mengulang hanya satu lagu lagi di highway selasa lepas, so soon dari Maher Zain. Tak tersangka akhirnya menyebabkan Illiyya yang melompat dari kerusi belakang ke depan berkali-kali, untuk duduk terdiam dan menitiskan air mata berterusan. Sambil ditepuk imran yang disebelah.


"Khairun... why? This song is so sad." Lap lagi air matanya.


Aku hanya tersenyum bisu lagi. Memandang ke kerusi sebelah kiri. Kerana kan akhirnya adikku yang sangat tabah itu mengeluarkan habis perasaan dan tangisannya yang dipendam sejak ummi pergi.


"You know, i emm.. emm i think i miss ummi very much, Khairun. But i know i will meet her in syurga later, right Khairun?"


"Yup"

Tak mampu nak menjawab panjang. Mengangguk dan menyanyi terus chorusnya, you went so soon.. sambil berharap illiyya tak perasankan airmata ku juga yang gugur. Dan aku terus mengusap kepalanya,

Illiyya yang sangat matang dan tabah, lebih lagi dariku.


:')


Pagi tadi juga, terbangun sendiri dengan lampu bilik yang sangat terang. Dan ternampak Illiyya yang khusyuk melipat stokin beruang dan telekungnya dengan teliti. Illiyya terus perasankan aku yang memandang dengan mamai, lalu menjerit


"Khairun! i just finished my subuh, all by myself! But i dunno how to read the clock and i prayed early. So i won't miss it" 



Allah.
Aku keliru sendiri. Jam baru 5.30 pagi dan aku sendiri masih penuh dengan tahi di kelopak mata. Tapi kan airmata jatuh berderu dan sebak menusuk nusuk ke hati.

"Illiyya, can i just hug you for a moment?"


Aku memeluknya sekejap. Menangis dan tertanya lagi kenapa aku keliru. Keliru dan terharu memandang kanak-kanak ini yang sangat innocent dan menyentuh hati. Bagaimana kan setiap ayat yang keluar dari mulutnya terus masuk ke hati? Allah. Sungguh indah ciptaanMu dan nuur hidayahMu. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.


:')


Ini. Adakah perasaan seorang ummi? Mungkin. Sejak pulang dan menjadi ummi sementara di rumah sudah banyak kali tertunduk buntu dan hampir berputus asa. Aku dan abah sendiri tak tahu bagaimana untuk menguruskan mereka. Kerana barangkali kesemua urusan mereka dilakukan oleh ummi dulu. Tapi aku, kan aku bukan lagi seorang yang sudah berkahwin dan jauh lagi untuk mempunyai anak. Aku bukan seorang ummi lagi.


Aku buntu. Tapi insyaAllah aku yakin segalanya adalah tarbiyah dari Allah kan. Allah, mahu aku untuk terus matang dan membina mereka. Biiznillah. InsyaAllah.. InsyaAllah.


Dan alhamdulillah kata-kata Tariq Ramadhan juga membina kekuatan dari dalam. Lagi meyakinkan dan bersemangat pabila diceritakan kali pertamanya Rasulullah saw mendapat wahyu untuk membaca. Baginda dengan rendah dirinya mengaku dan tertunduk, tak mampu untuk membaca. 


Tapi Allah terus menyebut,

"Read! in the name of your Lord who created. Read, Muhammad! 
So how did Allah taught Muhammad about tawakkal?? Allah taught him that : 
'You cannot read alone. But with Me, you can'

Allah said : 'With Me! you can!'
So remember, that is with Allah, WE CAN!"


MasyaAllah. Cerita yang mungkin terulang dari kecil, tapi dari versi Tariq Ramadhan sendiri tempoh hari sangat menyentuh hati dan membuka mata kan?


Allah yang mengajar Rasulullah saw dan terus mengajar manusia untuk bertawakkal kepadaNya, yang punya kuasa untuk segalanya. Dengan nama Allah, dengan kuasaNya, kita kan mampu hadapi semua. Dengan kekuatan sendiri, betul kita tak akan mampu. 


Tapi dengan Allah di sisi segalanya kan mampu. Kita mampu ^_^


InsyaAllah. Menjadi ummi kedua untuk Illiyya dan Imran bukan mudah. Dan tak pernah akan mudah. Tapi dengan Allah disisi aku kan mampu membina Illiyya dan Imran menjadi jundullah yang melakar nama mereka di langit. Dan Ramadhan kali ini akan menjadi medan latihan untukku. Dan mereka. Dan kami semua. ^^ Doakan untuk kami terus bangun dan kuat. Allahumma aminn :')


"Not to look at their faith, but to look at our responsibilities. OUR, responsibilities." 
-Tariq



Untuk apa-apa pun, hasilnya kan Allah yang pegang. Tapi tanggungjawab kita masih banyak berbaki. Lets do it! :)
Hik. 



p/s: Illiyya mahu jadi seperti aku dan hannan, dan ummi, katanya. Tapi aku yakin, sayangku Illiyya akan menjadi lebih lagi. Menjadi Nusaibah dan Umamah tahun millenium. kan? InsyaAllah. Amin :')



11 comments:

mujahidah1413h said...

allahumma amin, senyum lebar2..

terus tabah & kuat tok jadi ummi ke2 kak krun buat hadek2 terchenta.

moga ALLAH redha (=

Anonymous said...

Baca blog awak mesti nak sebak je.. Keep strong dear krun!!

Nadia Fariza said...

Masya-Allah,
kak Krun... :'D
Sebak tapi bahagia..
Be strong sis!
luv u lillah..

LynnAiza said...

assalamualaikum.
sebak baca.huhu.
stay strong sis.

i like your blog btw.1st time drop komen sini. :)

selamat menyambut ramdhan al mubarak. :)

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

salam akak :)

illiyya tu umur berapa kak ?

subhanallah. kekuatannya terasa menular di hati.

Anonymous said...

insyaAllah Allah bg kita ujian tu sbb Dia tahu kita mampu untuk melaluinya. yakinlah dgn pertolonganNya bila kita menolong agamaNya. 47:7 yoshhhh!!!

saling mendoakan!

kruN. said...

jazakumullah khayr utk doa2 antunna. allahumma aminnn ^_^

@siti ainum : 9 tahun huhu T_T tapi macam umur 6 tahun manjanya

Yana Mat Shah said...

kRun, senang membaca blog awak. semoga kita boleh bersahabat. ;)

Salam Ramadhan, ukti.

Anonymous said...

dear krun,
u gonna be great sister and at the same time a great mummy to them..
little illiya,u r so strong..air mata belum berhenti lg slps mmbce hasil tulisan k.krun..
moga Allah terus-terusan kurniakan ketabahan buat kalian sekeluarga

lavenderlover said...

be strong..salam ramadhan krun..take care!

Cam said...

akak, kenapa tak letak button like dekat blog akak ni.


blog akak potong bawang sangat T.T