Pages

Saturday, June 16, 2012

To share a secret, about 'gardening'..



"Perumpaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui" 

(2:261)


Tentang ganjaran berinfak. Memberi. Dan bersedekah. Lillahita'ala. Berlipat-lipat pahala menambah kan. :)


Dulu ummi pernah pesan, katakan ummi dan abah meninggal tak perlu untuk bubuh batu-batu marmar dikeliling kubur. Mahu hiaskan lawa dengan batu nisan yang diukir juga di larangnya ummi. Dan papan sahaja yang diulang berkali-kali.


"Ummi nak bubuh papan je. Sebab nanti berat kubur ummi.  

berat ummi kat bawah"


katanya.
Itu. Pun satu wasiat, kan? Yang paling melekat denganku dan terulang. Alhamdulillah.




Ummi, lihatlah abahmu yang sangat mencintaimu. Dengan lembutnya membuat gardening yang tersusun lagi penuh dengan kasih sayangnya. SubhanAllah. Semoga kubur ummi sangat sejuk dengan dedaun dan pokok yang berzikir bersama kan? 


Amin.


Perlahan-lahan bila memori direnung, teringatkan bibit ummi yang selalu mahu memberi buah-buah didalam peti sejuk pada tetamu yang datang. Lebih lagi pada makcik Ani yang datang bantu mengemas rumah kami, untuk ummi pagi-pagi. Ummi tak punya banyak duit kerana ummi tak bekerja kan. Gaji makcik pun pastilah diberi abah. Tapi ummi selalu mahu beri makanan atau pakaian lebih di rumah. Terutamanya buah-buah yang baru dibeli di carrefour semalam. Biskut. Coklat. *kuah rojak Mak Bee ku T___T* semuanya kan dihulur pada makcik Ani.


"Em depa ni bukannya makan buah. Nanti busuk membazir. Ni ada asam lagi, makan dengan jambu. Coklat pilih nak mana. Banyak eh beli macam nak pergi camping. Ani ambil makan dengan anak-anak kat rumah tu kan lagi sedap...

Khairun, ikat plastik tu untuk makcik Ani." 


Memori pagi hari pada setiap cuti musim panas dan sejukku, penuh dengan dialog ummi dan makcik Ani. Kerana barangkali aku sahaja yang selalu dirumah menemani ummi sedang semua ke sekolah. Itulahkan saat-saat manis berdua dan bersembang dengan ummi tentang korea, tentang zaman ummi sekolah, tentang zaman tarbiyah ummi di Nottingham, tentang kek ummi, tentang hati, tentang....  tentang kahwin *eh*


tentang jantung ummi. Yang kuat itu kan?
 *sampai kekadang ummi penat bersembang dan mencucuk terus paip oxygen ke hidung* dengan nafas tercungap seribu.

Allah.. minta maaf. Terlalu banyak yang ummi sudi mendengar, kekadang.


Ummi terlalu banyak memberi pada kami. Sehinggakan waktu-waktu akhir ummi juga dihulur semuanya untuk kami. Masa lapang ummi untuk berjalan melihat alam, masa pagi ummi, duit simpanan ummi, tenaga ummi untuk sesekali keluar menghirup udara di balkoni, semua dihabiskan dan dihulur pada anak-anaknya. Tiada dihabiskan untuk diri ummi sendiri.


Tak tahu. Dan takkan berhenti merindukan insan yang terlampau kasihkan orang selain dirinya,
Rindu.


:')



"I sent gambar-gambar kubur ummi to you, to share a secret, about 'gardening'... 

Gardening reflects love, patience and perseverance... At the end of the day, you will enjoy the result. But more important is to do your 'gardening' for ummi with your good deeds, and your sedekah to her... in terms of bacaan al-quran, doa and dzikir. Tiap-tiap bacaan dzikir 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaha illallaah and Allahuakbar'.. sedekah kat ummi...will 'add' more as 'taman-taman di syurga' untuknya.. Do it always, out of your love for her.. InsyaAllah, ..'taman-taman' ummi di syurga akan amat cantik sekali..

 made by her children's love, patience and perseverance.. 

Do your 'gardening' everyday for the hereafter. It will be beautiful for you too.. In this gardening, u will find the beauty of 'sedekah'..coz orang yang rajin bersedekah, amat besar ganjaran yang dijanjikan Allah... So, all the best in your 'gardening'..!"



Dari abah untuk kami anak-anaknya. Pagi ahad. MasyaAllah. Menitik ni, Hannan T_T




Made by her children's love.. InsyaAllah. InsyaAllah.... :') 
Thank you abah. For today. And thank You Allah. For today. 




Selamat hari bapa kepada Abah yang sangat tabah. Rozman-Azni bin Mudzir. Ummi pasti sangat tersenyum dengan kasih sayang abah yang ikhlas, warm lagi charming tu. :') 



Life is short. Live life with passion. And inspired others to do the same. 



p/s : Sambil tersenyum 2 3 minit menatap gambar kubur ummi dari hannan tadi. Rupanya, tak kurang dari 20 hari dah nak balik.. jumpa ummi . Jadi anak yang paling jauh duduk dengan ummi kekadangnya sakit lah dada jugak. Tapi Allah kan dah kasi hadiah terbaik dapat sembang untuk kali terakhir hari tu. Alhamdulillah. Nanti kita sembang lagi! 

Yosh. Final exam go go go biiznillah~ ^_____^


11 comments:

ieyba said...

moga arwah ummi kak hannan dan kakk krun bahagia di sana..dgn doa2 anak2 yg soleh solehah^^

NoorVictory said...

Setiap kali baca entri awk, air mata mesti bergenang. Huhuhuh~

Gudluck ukhrowi and may Allah places your ummi among His lovers! ;)

Anonymous said...

happy father's day to ayah hanan n krun y awesome!moga diberi ketabahan y kuat menjadi seorang bapa an ibu kpd mrk..

ALfatihah u arwah..

chihiroitusiapa? said...

just drop by to say...


sayang awak!
fillah.
abadan abada.

insyaallah ;')


xsbr nk jmpe d tnh air.
pertemukan jiwajiwa ini ya Allah. aamiin ;'))

Anonymous said...

bisik kata dari silent reader

in sha ALLAH,,awak ,ummie dan famili awak akan selalu dalam do'a saya..
walau apapun yang berlaku..

#hati rasa terharu ,menangis waktu menulis..hermmmm

Nurul suhadah said...

Sayu sy bce..:))
Sgt cute..:)
X sbr nk jmpe akkk...
Alfatihah utk ummi akk..

aty said...

salam
saya pun rasa bertakung namida membaca post ni.
hmm.
terima kasih, ada sesuatu yang saya dapat dari post ni.
ummi saya pun dah pergi 3 tahun lepas.
mungkin kadang2 saya terlupa nak gerdening untuk ummi dek kesibukan harian.
ya Allah.
doa anak2 soleh la antara bekalan untuknya di sana kan.
hmm.
insyaAllah, saya pun nak ummi saya ada taman yang indah di sana.:D
semoga terus tabah ukhti, all the best for final~ :)

Anonymous said...

salaam alaik..
krun.. <3 anak solihah.. truskan doa ntok ummi krun.. jgn berenti.. sedekahkn pahala ntok arwah.. Insya Allah ummi tnang kat sne n tgh tunggu doa anak2 dia yg solih solihah..
jumpe lagi..

Anonymous said...

assalamaualaikum krun :)
semoga sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan. u r osem. ur ummi must be proud to hv a daughter like u. terus berusaha ya menampung lubang2 yang ada:))

Nadia Fariza said...

Kak Krun..
Pesanan ummi akak sama seperti pesanan ummi saya. :')
Doa banyak2 ya!
saaaayang akk kerana Allah! ^_~

Anonymous said...

nak rasa jugak rojak makbee T_T
khairun,hwaiting<3