Pages

Thursday, June 7, 2012

Kerana Allah lagi Mengetahui bilakan masanya dikabulkan.



Jatuh lagi katil. Oh baru pukul 1 pagi, hari itu. Mulutku mengunyah sendiri dan bibir yang merekah menyentuh satu sama lain. Kering dah rupanya. Tapi rasa sudah 4 liter air ditelan hari ni. Tekak aku rasakan bengkak lagi tersekat kahaknya. Hidung juga barangkali tersumbat yang akhirnya menyebabkan pernafasan melalui mulut sepanjang tidur tadi. Ah. Betul lah katanya si doktor, melampau


kesan demamnya. 


Dalam bulan ni sudah 5 kali terjatuh sedang tidur. Teman sebilik mungkin tidak perasan kerana aku lah penghuni bawah yang tiada palangnya di sisi katil. Akhirnya selalu terbangun, lalu aku sambung browsing hingga ke subuh sambil memicit bahu yang terhentak. Aduh lah wahai badan, setiap hari dan setiap kali melelapkan mata,



aku nampak ummi. Itukah. Penyebabnya mungkin?



Beberapa kali aku terkejut dan menulis semula mimpi untuk hari itu. Sehingga bila diselak, cerita mimpi ummi semuanya babak yang sama. Itu, ketika 3 4 jam sebelum ummi menghembuskan nafasnya. Allah.. adakah ini satu lagi permainan syaitan atau peringatan tentang sakaratul maut dariMu?


T_T


Sedang usrah sabtu lepas sudah aku perasankan ketulan keras di belakang bahu. Lebih 4 kali menyuruh akhawat seusrah untuk merasakan kehadiran ketulan tu. Tapi, semua turut tergelak sendiri


"Krun ni kan memang selalu je ade macam-macam. Kejap tulang la, kaki la, sakit tu sakit ni."


Haha aku juga tersengih dan tergelak sekali. Itulah. Asyik sakit sini, sana, tepi, siku, lutut. Segalanya nak sakit ek. Tapi inikan serius, aku terdiam dalam hati ketika itu dan menggoyangkan bahu perlahan. Sumpah aku rasakan ketulan itu seolah tersangkut di bahagian kiri, barangkali tulang bahu membengkok? Err.. Aku memandang mereka dan mereka memandangku semula.
"Sudahlah tu Krun. Tak ada apa la. haha" Em. Tiada siapa yang betul faham kecuali badan sendiri. kan.


Dan isnin lepas aku jatuh lagi malam hari nya. Ummi tak habis muncul dalam babak yang sama. Memanggil aku di atas katilnya. Hoh! Terkejut lalu terpusing dengan ganasnya dan jatuh lagi :'( Menyebabkan di bawah leher aku merah membengkak dan sakit ketika menggalas beg. Tapi teman sebilik masih tidak nampak apa-apa beza katanya. Dan hari itu doktor menggeleng



"Tulang kolar awak dislocated. Terkeluar dari posisi."


emm =.=" inikan kesan sampingannya? *hisap hingus*


Kawan-kawan seolah tidak percaya dan tersengih kerana "aku yang bersilat ketika tidur" bila menjawab persoalan mereka. Entah, aku tak reti nak mengulas panjang dengan perasaan. Ketidakseriusan dan senyuman bergigiku mungkin menampakkan kegagahan aku yang palsu dalam setiap hari ini. Tapi hari ni penat. Penat sembunyikan perasaan lagi. Dan untuk pembacaan aku juga masa akan datang, mahu mencoret sekisah dua update tentang diri. Nanti kan, bila sudah menimang anak atau bernikah, mahu tersenyum melayan kisah-kisah bujang yang pelik. hahak! :)




Ummi, nanti bukan hati kita masing-masing dihuni cahaya? Pabila ruh-ruh kita di sana saling melihat kilaunya, merasai pertemuan kembali yang lama dinanti. Kerana kita kan saling berpelukan, dalam dekapan ukhuwwah, antara khairun.. dan ummi..


Ummi, aku masih lagi berdoa supaya dilupakan memori sakaratul mautmu dan hari akhirmu yang mengangguku, sehingga menghitamkan kelopak mata dengan air-air jernih yang keluar berderu. Dan ummi, doaku masih belum dimakbulkan.


Tapi dalam judul "Dalam Dekapan Ukhuwwah" menceritakan,


"Bila yang menadahkan tangan adalah hamba yang dicintaiNya, maka mungkin sahaja Allah berfirman pada malaikatNya 'Tunggu! Tunda dulu apa yang menjadi hajatnya. Sungguh Aku bahagia bila di minta. Dan biarlah hambaKu ini terus meminta, terus berdoa terus berhiba. Aku menyukai doa-doanya. Aku menyukai kata-kata dan tangis isaknya. Aku menyukai khusyu' dan tunduknya. Aku menyukai puja dan puji yang dilantunkannya. Aku tak ingin dia menjauh dariKu setelah dapat apa yang dia pinta..


Aku mencintaiNya.."




Ummi. Mungkinkan..


Allah merindui rintihanku?


Atau mencemburuiku kerana merindukan ummi lebih padaNya.. :') As-Sami' Kekasih kita kan itu Melihat dan Mendengar dari atas langit.. ^_^ MasyaAllah..



Mahu minta maaf kerana terkadang update tentang diri. Menzalimi mereka yang menyelak blog ini dan tak punya apa-apa ibrah. InsyaAllah, untuk masa akan datang akan aku fokuskan keseriusanku. Itu, tentang ambisi hidup dan pengisian.


Change. I need. Matured dan Berwawasan.


Mungkin di luar sana kamu dan kamu banyak nampak senyuman, gelak tawa, gambar-gambar spontan dengan gigi dan genggam yang sentiasa di hadapan, tapi serius. Biar aku terus matang di sini. InsyaAllah :)


Untuk menjadi segala yang terbuku di hati, dan mengejar obsesi dengan serius.


Doakan aku. Terus kuat. Dan bisa menjadi jundullah yang betul-betul kakinya berpijak di bumi, bersama cita-citanya tergantung dan menyinar di langit nan tinggi. Kerana Allah lagi Mengetahui bilakan masanya dikabulkan doa-doa kita. Sesuai dengan masaNya. Aminn.



p/s : Ya Allah Yang Maha Mendengar, aku suka dengan namaMu As-Sami' kerana aku tahu Kau tidak pernah berhenti Mendengar setiap masalah kami. Andai Kau Mahu Menjemput kami dalam masa terdekat ini, matikanlah kami dalam husnul khotimah. Dan rahmatilah sakaratul maut kami. T__T Allah...




8 comments:

Najaatul said...

kak krunn, syafakillah..
akak dah kuat, dah tabah.. kita nampak tuu..
dan Allah xkan bg ujian seberat ni pd akak klu akak xkuat kan?:)
moga terus kuat dan tabah kak krunn, yakin dgn hikmah dan rahmat Allah..
hwaiting krun unnie!!

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Hmm.. kadang-kadang jiwa ini seakan sebak saat membaca coretan-coretan hati di sini.

Oh, sungguh teringatku pada ibu di Msia.. Moga Allah menjaga ibu.

Pandangan pribadi, saya rasa kak Krun boleh buat satu buku mengenai ibu. Coretan santai seperti ini pun takpa.

Agar manusia-manusia yg masih mempunyai ibu tidak mensia-siakan ibunya sblm dipanggil mengadap Ilahi.

[Pelaut Rabbani]

Nia Ridzwan said...

assalamualaikum ukhti.
ana selalu baca tulisan enti.
ada ibrahnya even cerita pasal diri.
enti pandai buat perkaitan. dengan satu ayat, dah dapat ibrahnya. walau satu ayat, yang satu itulah yang menyentap, yang memberi kesan di hati. terima kasih :')

"As-Sami' Kekasih kita kan itu Melihat dan Mendengar dari atas langit.. ^_^ MasyaAllah.. "

Nia Ridzwan said...

oh ya!
semoga ukhti terus kuat ya.
syafakillah :')

kruN. said...

jazakumullahu khayr kepada yang sudi singgah T___T semoga Allah kuatkan antum juga di sana dalam ujian-ujian yang dilemparkanNya. Aminn

Nur Islah said...

salam kak krun..
sy fst time sggah sni..
masyaAllah..
tabahnya akk..
reli inspired me :)
may Allah bless :)

sheis. said...

kak krunn! terus kuat dan kuat. Allah sangat sayang akak :)

하사나 said...

salam krun, lepas ni kne tdo atas ibul jer
jgn atas chimdae
hihi ^^,
syafakillah ;)