Pages

Thursday, May 3, 2012

Takuk keimanan hari ini. Bagaimana kan?



"Tengok bila awak terlanggar batu, apa first sekali terkeluar dari mulut? Adoi celaka batu ni, kan da berdarah jari ibu kaki"



Satu dewan tergelak. Belajar tentang iman.


Kekadang ada tak timbul perasaan macam nak cek kan iman dah takuk mana? Haha. Klakar, aku suka fikir benda-benda yang menyusahkan mak naqibah atau penceramah nak jawab T_T Minta maaf.


Manusiakan. Penuh dengan soalan.
Mahu Refresh tentang iman.


Astaghfirullah..astaghfirullah astaghfirullah. Mula-mula sekali terkedu dengan surat khabar tanah air yang memaparkan aksi kotor pagi semalam. Memilukan dan mengecewakan. Habis punah harapan mahu menyelak helaian seterusnya. Sekaligus menghilangkan selera membaca akhbar tempatan. Aduh. Malaysiaku T_T


Membaca status-status ustaz ustazah, Nik Abdul Aziz lagi dan lain-lain tentang isu itu, mahu sahaja aku balik serta merta dan memeluk raihan, illiyya dan imran yang masih kecil dan sunsu (suci lagi tak bersalah) di rumah. Supaya tidak terus tenggelam dengan akhlak mereka yang punah rosak dan kotor di sekeliling. Allah..


Seriously, what has got into you Malaysia? Sedih kami di sini.


"Berbuih saya berkempen jangan tonton bahan lucah, UTUSAN telah derhaka pada perjuangan masyarakat guru dan pendidik" 
kata Ust. Hasanuddin Mohd. Yunus


Membaca lagi satu artikel mengetengahkan isu semalam, betul katanya bahawa iman manusia akhir zaman ini sudah senipis kulit bawang kan. Fitnah serupa fitnah itu senang sahaja dikemukakan, hatta mengaibkan ramai orang pun. Begitulah selalu terdengarnya, manusia yang tinggal menyaksikan azab hari kiamat itu sendiri, mereka yang



imannya senipis kulit bawang. 



Mintak simpang. Ya Rabb Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, bagaimana iman kami hari ini? Allah.. kalau Allah menayangkan takuk iman kita hari demi hari, pastilah terkontang kanting manusia bertebaran beribadah di merata tempat. Tapi Allah beri dalam cara istimewa kan? Yang mana kita merasa iman kita sendiri dengan hati. 


Merasanya dengan hati.



Terus menukar pandangan kotor pagi semalam dengan pandangan menyejukkan. Alhamdulillah. Terbukak lagi gambar Talhah dan Nuha. Dua mutiara yang memikat hatiku dari awal. :') Melihat anak-anak akhawat dari jauh ini, cemburu pun ada. Rasa sayang pun ada, medidih didih terkeluar periuk lagi. hik.




Debob kan Nuha? Lihatlah mata penuh kesucian bayi-bayi. SubhanAllah. 


Pastilah, menjadi seorang ummi sangat besar dugaannya. Walaupun belum merasai dan 'akan merasainya..' wau. Ummi pernah cakap dulu, bila dapat anak ni, tahap kesabaran sungguh diuji. Dan anak-anak adalah latihan pemantapan sabar, terus kepada latihan pemantapan iman. Kerana orang yang sabar itu kan tinggi imannya.



"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, 
kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah 
dan kepada Allah jualah kami kembali.." 
(2:155-156)


Cara ucapan diatas itu, selepas tersepak batu yang diajar oleh Ustazah Salawahyu di Kampung Tarbiyyah Jepun, tahun lepas masih melekat lagi. Dan terkait dengan insiden pagi semalam, yang mana terbukaknya hijab mataku melihat adegan kotor di helaian itu. Astaghfirullah.


Ustazah ajar, bagaimana mahu melihat takuk iman kita, berbalik pada reaksi kepada sesuatu insiden. Semudah ketika tersepak sesuatu, adakah yang terdetik dari hati perasaan marah dan celaka, atau yang terdetik itu


"Apa dosa aku pada Allah hari ni?"

atau "Allah nak mengajar aku sesuatu hari ini"


"Maka berasa senang lah kamu kalau hati sudah terdetik begitu, 
tandanya iman penuh di dada"
kata ustazah tu.



MasyaAllah. Senang? Bagi aku tu bukan perkara mudah. Kalau sekecil duit yang tercicir pun hati resah dahulu, bila lama tak jumpa baru nak balik pada Allah dan minta ampun. Kan? Macammana agaknya takuk iman aku di sini. Allahu Allah. :'( Melihat dalam hal yang sama, iman sabar dan redha memainkan peranan sekali terus. 3 tahapan tertinggi dalam diri seorang muslim. Sekali terus ketika sesuatu musibah.


Sungguh kan, musibah itu mengajar 1001 erti kehidupan.


Tambah ustazah lagi, orang yang betul-betul pertamanya terdetik ketika sesuatu berlaku ialah dosanya kepada Allah, itulah yang mantap imannya. Bukan yang kedua terdetik selepas marah, kecewa, gembira atau sedih, ingatan kembali kepada Allah itu adalah nombor satu. Latihannya berbagai, kekadang tak sempat nak diulas balik kenapa sesuatu itu terjadi, tapi sudah menyalahkannya. Bila terlepas bas, jari terkepit pintu, kena hon dari orang belakang ketika memandu ke. MasyaAllah. Susah nak detikkan kat hati "aku telah berdosa pada Allah tanpa aku sedar"


Yang keluar dari mulut, "Ish!" dan yang terdetik dalam hati "geramnyaa.." buat pertama-tamanya T_T


Pada yang telah berjaya menanam detik ingatan pada Allah itu, bak kata ustazah,
"berasa senanglah, tanda iman sudah penuh di dada" 


Alhamdulillah. :')


"Kerana iman itu kita tak nampak dengan mata, maka perlu menjenguknya dengan hati. Adakah sudah bangun dari tidur atau masih berselimut.. perlu bergerak rancak supaya tubuh badan mengikut arahan, dari kapten iman itu"
-Ukhti Safiyah, Perlis




Melukis Talhah dalam kelas. Kepada Talhah yang sangat comel, nun berada di France sana : Makcik Khairun di sini sentiasa mengusha kamu dalam diam dan mendoakanmu, semoga menjadi syabab yang soleh dan mantap iman serta akhlaknya. Amin. Jaga ibu ayah elok-elok ye dah besar nanti ^^



Jaga takuk iman untuk hari ni, dan hari seterusnya. InsyaAllah. :')



p/s : Wah. Teringin sangat nak jadi ibu sebenarnya hik. Tapi belum sampai lagi masa kan. Allah lebih mengetahui bila kita dah bersedia :) Tak tahan tengok kecomelan anak-anak akhawat...uhhh :'))



2 comments:

Nadia Fariza said...

Sangat suka dengan isi post ni. Betul, kdg2 kita x sedar apa yg brlaku, mungkin puncanya adalah dari dosa yg lalu.

Teringin nk jadi ibu? insya-Allah, Allah akan susun masa yg terbaik, demi penerusan DnT. ;)

Teruskan menyentuh hati,
kerana segalanya bermula dengan hati.

Ameerah said...

Allah..sangat risau kalo pd satu ketika hati pernah terdetik begitu tp kemudiannya perasaan tu bagaikn sedikit demi sedikit hilang. Takut2 kalo semakin jauh T_T

Memang iman itu sifatnya naik dan turun. Smoga di saat iman kta turun, kta cepat sedar & usaha utk tingkatkn balik iman. Takut kalo grafnya menurun je tanpa naik. Allah..beri kami kekuatan.