Pages

Tuesday, May 15, 2012

Sabar. Khairun tengah tampal lubang tu. InsyaAllah



"You must experienced it, before you truly can relate to it"

Nouman Ali Khan cakap.


Bila kata Allah yang menguji, menggeletarlah seluruh badan manusia yang kerdil lagi lemah ni. Jangan pernah cakap kehilangan itu sesuatu yang mudah. Sampai betul-betul kita diuji ya Allah. Berat.


Betul berat. Tak akan ada siapa yang faham, kecuali mereka betul-betul berada dalam situasi tu.


Perjalanan ni masih jauh. Rupanya.. ujian kali ini, serupa mengangkat baldi berlubang berisi air penuh. Makin lama air makin surut, tak perasan baldi tu bocor.


Allahu robbi.


Baldi tu berlubang.



Sungguh, aku tak perasan kocek semangat aku bocor. Hari ni aku jenguk, dah surut semua takuk semangat aku. Ya Rahman Lagi Mengasihani.. Aku buntu sangat. Puas menoleh kanan kiri, mengangkat kaki bertemu orang di luar dengan harapan dapat mengisi jiwa yang sedang cair ni, tapi mulut dah tak berupaya mengangkat senyuman. Bahu juga makin membongkok. Kepala makin tertunduk bawahnya, aku semakin lemah, dan sangat. Mahu mula berbicara dengan seseorang, tapi anak tekak tak mengeluarkan bunyi. Sekali dia sunyi semula menelan air liur yang masin itu.


Aku buntu.
Hadirkan sedikit kekuatan untukku bangun semula. T_T

Wahai, mereka yang mengenaliku, ku pinta jangan putuskan senyuman antunna kepadaku. Semoga Allah hadirkan sedikit kekuatan hanya dari senyuman-senyuman antunna di sana. Allah.


Sabar ye. Hannan, Abah, Umar dan semua, himnae! Kita berusaha sampai habis! InsyaAllah. :')



October 2011. Ummi. Was so proud of Umar. InsyaAllah khairun takkan kecewakan ummi. I promised you before, i will... and i will make you proud. Always.



Ya Rabb.. Luaskan kubur ummi kami dan taburkanlah bunga-bunga syurga yang harum di sekelilingnya. Amin :'(




p/s : Allah. Benarlah syurga itu susah. Bukan main-main lagi. 



9 comments:

Anonymous said...

:'(
Khairun dear..
Allah ad bersama di setiap perjalanan dlm kehidupain you..sweet inshaAllah..
la yukallifullah hu naf an illa wus aha..Allah tak kan bebeankan hamba Dia dgn sesuatu y hamba Dia tak mampu..bila Dia dah bagi kt khairun means that He believe in you..

moga terus kuat!

hugsandsmile from malaysia

mujahidah1413h said...

(= stay strong sis !! barakallahufik !!
<3 ^____________^ [ senyum lebar2 untuk sis krun supaya terus kuat & tabah meniti hari2 seterusnya ^^]

Anonymous said...

Salam teman

Dalam dekapan ukhuwwah >.<
Terkadang terfikir, hebatnya ummi abah kita
KeHEBATnya mereka pada zaman muda mereka beza dengan kita
Dan...yg membentuk sudah tentu suasana yg luar biasa kan!

...dengan mengigati begini...terasa mahu jadi inividu yg lebih baik...baik dari umi abah sbb cukuplah qudwah mereka membangunkan jiwa kita

Moga Allah bantu
May Allah heal

>.<

Zimah Zaiwani said...

Salam, ukhti.

Membaca entry-entry kamu membuatkan akak semakin ingin mengenali dirimu. Akak ingin sentiasa berada di sampingmu, menolak tepi setiap kesedihan yang kau lalui dalam hidup dan mengembalikan semula semnagta hidupmu yang kian hari menyurut. Semoga Allah memberiku kesempatan untuk bersahabat denganmu.

p.s: Aku mungkin tidak mengenalimu, tapi hatiku tetap ada kamu. Sayang kamu kerana Allah :')

syafa mohamed said...

akak sedang sedih..

patutlah Allah masuk-masukkan akak dalam mimpi syafa tiga malam berturut-turut...

andai saja syafa boleh terbang ke suwon sekarang,syafa akan peluk akak kuat2,sampai akak penat menangis^^

tapi disebalik setiap air mata itu akan terhasil semangat dan kekuatan baru,kan?

yosh2..:D semangat!oh yeahhhh!

Nadia Fariza said...

Kak Khairun KUAT!! ^_____^ Senyum lebar2 untuk akak... Jangan sedih2. Setiap kali rasa ingin menitiskan air mata, banyakkan berdialog dengan Allah ya kakak sayang! x mou sedih2.. :')
Saaayang akak kerana Allah

Anonymous said...

힘내 카이룬 힘내

athirahjinal, IPOH said...

Alhamdulillah, beruntung Umi ada anak seperti akak !
Bila akak sedih, teringat kat Umi, you can send a pray for your Ummi.
akak boleh doakan untuk Ummi :)
Sayang untuk akak !:)

humble me said...

krun~! jubah ummi same ngan jubah yg akak slalu pakai. nk koyak dh jubah tu. hihik