Pages

Thursday, May 17, 2012

Kumpul lagi duit nak beli tiket. Tak cukup.



"Khairun, sekarang berapa lagi tinggal tiket gi korea? Yelah nanti sihat sikit ni nak lah pergi sekali tengok awak kat sana cemana sume. Sebelum ummi mati. hehehe"


"hehek. ummi tayah merapu la malam-malam. Jantung ummi tak tahan tu T_T"


Panggilan terakhir ummi 2 hari sebelum pulang ke malaysia haritu.
Pukul 3.30 pagi.


"Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan
Oh ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku"

Doa untuk ibu - ungu



Hannan snapped this. Ummi, abah kata setiap pagi abah pergi date dengan ummi kat situ. :') 
How romantic kan abah?


Malam ni tangan tak berhenti menekan video-video perkahwinan yang dihasilkan CST Production. MasyaAllah. Teknik dan skill mereka tak disangkal lagi. Sangat menakjubkan. Memang dulu beberapa kali pernah berharap untuk menyertai pasukan DSLR popular itu tapi.... tak apalah. Aku takut sekiranya tersimpang bekal pahalaku merakam aurat seseorang dan menayangkannya. eh. hik.


Perhatian mata ke video-video terganggu sebentar bila skype tiba-tiba berbunyi,



"Assalamualaikum akak, bukak link ni. Dedikasi untuk akak."



Err... Teragak-agak tangan nak menekan link itu. Beberapa kali sudah terkena 'kejutan hebat bermuka hodoh' dengan sesetengah link. Tapi tak mungkinlah adik yang comel itu mahu mainkan akak yang berjantung lemah ni kan? hik. adik...adik. :)


Rupanya. Lagu ungu keluar -doa untuk ibu beserta lirik pulak Allah... SubhanAllah. Merdu sangat suara dan musiknya.. Jazakillah khayr adik comel. Tak berapa nak tahu niat asal kamu tapi, masin rasa bila baca liriknya :) *lap keyboard*


Tersenyum mendengar detik terakhir lagu itu. MasyaAllah. "Ummi, tak sempat nak dedikasi lagu ni tapi,


nanti khairun dedikasi surah yasin ye :)" 



Sambung lagi tanganku menekan next next video CST, berusaha mencari skill dan teknik baru dalam rakaman. Ohh kan Pertandingan video ummah masih terbuka. Senyum sampai telinga. InsyaAllah kalau Allah izinkan sememangnya mahu hantar lagi 2 ke 3 ke 4  pernyertaan. Mari!


Tak tersangka proses scrolling video malam ni terbehenti dekat surah al-Qiyamah bacaan Idris Abkar. Macammana ye terjumpa link? Aku pun tak ingat. Semua terkait-kait akhirnya sampailah ke video yang dimaksudkan.


Allahu Allah... video hari akhir kita. Di mana matahari jatuh ke bumi dan membakar segala isi bumi. Dari satu perlanggaran habis sehingga membaham satu bulatan bumi itu. Tak terkecuali, semuanya terbakar sampai ke dalamnya. Aku tak tahu aku patut menangis atau menggeletar atau... atau... Allahu robbana.. T__T Menangis pakcik Idris baca surah tu.



Betul. Aku pun tergamam.


"Pada hari itu manusia berkata 'Ke mana tempat lari???
Tidak! Tidak ada tempat berlindung!"
(75:10-11)



Tiada jalan lari. Tiada tempat untuk bersembunyi ya Allah. Dasyatnya azabMu pada hari itu. Inikan baru gambaran digital. Sungguh yang realiti itu lagi dasyat sehingga memberanakkan perempuan yang mengandung. Allah..

Rupanya video inilah sebaik-baik video hari ini. Dan mungkin teguran dari Allah. Bahawa hari akhir itu sudah sangat dekat masanya. Tanda-tanda kecil sudah bersepah sana sini. Entah-entah, esok lusa Nabi Isa turun untuk menghapuskan Dajjal, fitnah terbesar mukabumi?


Astaghfirullah.. lama sudah aku cuba membaiki baldi aku yang berlubang tempoh hari. Dan kalau aku masih lagi tak habis tampal lubang itu. Aku lah yang rugi.



Aku lah yang rugi.


"Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang telah dilalaikannya. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri"
(75:13-14)


Kerana orang lain sudah masuk ke-5 atau ke-6 baldi semangat mereka, usaha mereka, pahala mereka. Sedangkan aku terkapai-kapai dengan satu yang masih bocor.


Alhamdulillah Allah, segala.. segala pujian untukMu. Adakah mungkin Kau hantar semangat itu melalui adik tadi? Atau mungkin dari tangan milikMu ini yang tergerak menekan link al-qiyamah itu.


Walhamdulillah. Allah. Tak pernah tinggalkan kita.



:')
Terharu kan.



Akhirat sedang memanggil. Masa untuk berjumpa ummi juga sudah hampir. Aku perlu tunaikan janji aku, berjumpa ummi dan Allah dengan machonya. InsyaAllah!



"Ummi, sekarang berapa lagi tinggal tiket gi syurga? Yelah nanti sikit lagi ni nak lah pergi tengok ummi kat sana cemana sume. Tunggu. Khairun nak kumpul "duit" lagi untuk kita sama-sama beli tiket tu. And i will bring your abah together. InsyaAllah.."



Allah, Izinkan aku :')



p/s: Kerana anak yang solehah itulah yang akan memimpin tangan ibu dan ayahnya sama-sama ke syurga kan. MasyaAllah.


Tunggu. Khairun datang.




6 comments:

Nik Amalina said...

subhanallah... kita sebak, mengalir air mata :) akak hebat, akk osem...

love from poland <3

Umm 'Umar said...

Bagaimanalah hebat nya ummi yang mendidik kamu khairun, menjadi setabah ini. Subhanallah.

Andailah anak-anak akak seperti kamu khairun, pasti akak bahagia.

Dan percayalah,
ummi mu sedang berbahagia, dengan segala bekalan amalan mu wahai anak solehah.

lavenderlover said...

i am really2 touched every time i read ur entry.. may Allah bless us always..
stay strong! >_<

Naqiuddin Ansarullah said...

BismiLLAHi Rahmani Rahim.,

SubhanaALLAH., sangat menarik dan menyentuh hati.

Hilang kata. kagum.

BarakaALLAH. ^^

Naqiuddin AnsaruLLAH ~
Al-Azhar, Kaherah.

Zida said...

Moga Allah redha :')

Anonymous said...

aku tersentuh..

semoga ibumu tenang disana

ya allah. sayangilah kedua ibu bapaku. aminn

*stong!