Pages

Tuesday, May 22, 2012

Erti hidup pada memberi. Seluruhnya.




"..but perhaps you hate a thing and it is good for you, and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
(2:216)



Memberi seluruhnya. Bukan hanya pada bab nikah.


Minggu ni dapat tentang isu kahwin lagi. Mungkin... memang sudah masak umurnya balik balik dan pusing ke mana pun, tak lain tak bukan tentang isu kahwin. Itulah kan isu yang sering menerpa 20-an ni. hik.


Tersenyum lagi.


Naqibah kami menceritakan kisahnya sebelum berkahwin. Yang mana dia menolak semua yang ada pada suaminya sehinggakan satu tahap itu dia menangis kerana menyesal, ketika sudahpun bersetuju untuk berkahwin. MasyaAllah.. Ketap bibir juga mendengar. Memilih bakal imam keluarga ini bukan suatu yang semudah memilih menu di kedai makan, banyak yang kita perlu fikir dan ambil kira. Tetapi bukan menjadi terlalu memlilih dan berkira. :)


"Suami ni nak bawak masuk syurga sama ni, tak boleh aci pilih-pilih macam beli barang kat pasar malam"
-Nadiah Noor. hik :P



Dan akhirnya naqibahku sambil mengusap kepala anaknya yang kacak berkata
"Alhamdulillah, ini memang sudah jodohku. Kan sudah dikatakan dalam surah al-baqarah 216, meski kita benci dan tak setuju sesuatu, itulah juga yang terbaik untuk kita" 


Alhamdulillah. :)


Diteruskan tazkirah oleh teman seusrahku tentang isi judul buku "aku terima nikahnya" yang mana lelaki itu mengahwini seorang doktor, kerana erti hidupnya pada memberi. 


Tiba-tiba tersentak memandang hatiku yang sensitif ini. Aku jenis yang bukan mudah orang nak dekat, dan tak mudah juga untuk mendekati orang. Cepat menangis, cepat marah, cepat terasa. Semua ada. Sesekali hati terusik sedang kawan hanya menegur, tak pun hanya berlawak jenaka. Sesekali geram marah dan kecewa kerana bilik bersepah atau seseorang yang bising sedang kita tidur.



Itulah satu kelemahan hati manja aku, cepat beremosi. Lebih dari orang lain.



Pernah ditegur naqibah dulu yang datang bertemu one-to-one dengan aku di rumah, 

"Krun, akak dah lama perhati. Awak memang tak dapat kawal senstitif tu. Tapi, menjadi seseorang yang sensitif inilah orang-orang yang menjinjing ujian berlapang dada dalam hidupnya. Selagi belum selesai, selagi itulah akan diuji. Sehingga ke alam rumah tangga, sehingga beranak tiga, sehingga bercucu cicit atau sampai bila-bila pun.

Awak kena belajar memberi dan menerima, Krun"



Allah...


Mendengar kisah si lelaki yang sentiasa memberi pada isterinya yang sibuk itu, seolah tiada apa yang mengecewakan. Biarpun si isteri pulang lewat, sibuk sehingga tiada masa untuk masak. Si suami sentiasa tersenyum sambil memberi segalanya kepada si isteri. Tiada keluhan, tiada perasaan marah, tiada kekecewaan. Dengan hati yang tenang melayan isteri tersayang.


Uh. Mahu menangis. Aku ingatkan lelaki begitu hanya wujud dalam kisah dongeng Prince Charming and Cinderella. T_T


Semudah menanam erti hidup, segalanya mudah untuk dilalui. Ya Allah. 


Jalan ini. Jalan dakwah yang penuh dengan pengorbanan ini, sangat memerlukan hati yang memberi. Selagi mana hati kerap sensitif selagi itulah kita akan menjual ikan mementingkan diri sendiri kan. Selagi mana hati belum memberi, selagi itulah akan kecewa sampai ke penghujungnya.

Memberi dalam kata pengorbanan masa-tenaga-perasaan-hartabenda dan kadang-kadang kasih sayang juga. Memberi semuanya hanya dengan mengharapkan redha Allah. *telan air liur*


Speechless sudah. Aku mahu berubah. Dan aku mahu mula



Memberi. InsyaAllah




Kami yang sentiasa bercita-cita tinggi. Aku sudah mula rindu dengan karenah kita selama berada di bumi asing ini. Sudah mula mahu menangis membayangkan perpisahan itu. Mahu menghabiskan bibit-bibit terakhir kita bersama dengan memberi dan menerima. InsyaAllah :')



"Hidup ini kan hanya sekali, dan dunialah gudang untuk kita mengaut segala pahala untuk timbangan nanti. Masing-masing sedang menuju satu destinasi akhir tapi tak ramai yang akan lalu di laluan berlalang lagi berpaya tu. Mereka yang lalu di highway takkan dapat rasa pacat yang mengigit lalu kita bergelak ketawa mencabutnya, mereka yang lalu di laluan udara takkan dapat rasa selut dan lumpur yang kita pijak lalu kita bergelak ketawa mengangkat satu sama lain mengharungi paya itu, mereka takkan dapat rasa apa yang kita rasa. Mereka hanya tidur di dalam kenderaan enak di udara mahupun di highway sana. Mereka tersenyum kerana sampai awal, tapi kita tersenyum kerana terlalu banyak pengalaman."
-Kak Syahidah



Kerana kita mengejar keredhaan Allah.



p/s : Alhamdulillah tak pernah berasa rugi bersama akhawat korea hampir 4 tahun di sini. Tinggal berbaki setahun lagi ni, paya dan hutan mana lagi yang kita belum terokai? jom sama-sama hik! Supaya kita dapat menambah isi cerita di syurga nanti, untuk kita gelak tawakan.


Dan nanti, mahu sekali aku perkenalkan semua akhawat di hati ini dengan ummiku disana, dia yang mengajarku erti hidup. Ummiku :')

Ajarkan aku sama-sama hidup dengan memberi, Akhawatifillah. Saranghanda Lillahita3ala. Amin :')



5 comments:

Bunga said...

Sweet :')

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Memberi itu payah, tetapi bila dah buat.. muncullah perasaan2 indah.

Sebab, memberi tidak pernah rugi. ^^

I.N.T.A.N said...

inspiring!

jzkk sis.

:)

greenveined said...

=) tq tq tq~

Pesona Awan BiRU said...

Allah 3x
Seronok membaca perumpamaan yang diberi 'kak Syahidah'.

Sangat bermakna
Sangat mendalam ke hati
^^