Pages

Tuesday, May 29, 2012

Ceritakan tummuhat hatimu. Agar ia bisa mengangkat usahamu ke langit. Dan diredhaiNya.



"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Rabbnya dibawa ke syurga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (syurga) dan pintu-pintu telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! Maka masuklah, kamu kekal di dalamnya'," 
(Az-Zumar : 73)



"Mari. kita cerita pasal tummuhat masing-masing."


Akak, aku sangat sangat suka memandu. Terlintas ketika itu memandu dan memandu. Dan aku suka memandu dalam kereta yang aku mahukan. Kereta. Kerusi kereta. Jenis, besar mana. Oh bonet lagi. Gear atas ke bawah, manual. emm.. jap colour kereta. Yang pasti 12 seater. 12 jugak.


Eh penuh sangat ke-gadget-an dalam kepala.


"ok saya nak next. akak, obsesi saya ialah nak bekerja dengan ikhlas. Berlapang dada. Tak nak marah, sebab asyik marah je sana sini. Bila kerja je penat, bila benda tak kena je marah. Pastu.. pastu saya nak ada kereta yang sangat besarr boleh tumpangkan semua orang. hehehehe"


Tersenyum sendiri dan tergelak.
Oh.

Bunyi impian macam imran kan. Angan-angan budak sekolah. hahak.





Dan di celah timbunan tummuhat hatiku, teringin sekali pantas menemui toyyibinku yang akan memimpinku bersama ke syurga. Satu masa nanti... :')



5 saat berdetik lepas memikirkan apakah tummuhat yang sedang terpaut di hati, ketika tiba-tiba disoal akak semalam. Itu, Obsesi kita. Perlahan mataku meliar dari kanan ke kiri melihat aksi semua yang blurr ketika ditanya, seolah malu untuk bercakap. Atau mungkin obsesi dalam hati terlampau banyak sehingga kepala sibuk memilih? Atau obsesi dalam hati memang tiada.

Kami keluarga yang besar dan dari kecik abah ummi tak pernah memiliki kereta yang besar memuatkan semua orang. Maksud penuh seorang dapat satu seat macam van hyundai starex. Pasti muat keluarga kami kalau beli yang tu kan.

Terdiam lagi mengigit bibir melihat sepupu yang hanya berbilangan 8 orang menaiki mitsubishi grandis dengan selesa dan memecut laju, dan sepupu bawah lagi menaiki honda stream. Hatiku yang kecil sentiasa tergetar cemburu. Suatu hari nanti mungkin aku berpeluang membeli kereta yang betul betul 12 seater, boleh juga tumpangkan suamiku dan anak sulung. hik.



Begitu jauh aku terbayang setiap kali memandang kereta besar mereka. Tak apalah. Air liur yang ditelan sentiasa menjadi penahan sabar dan pengawal hati untuk dengki, atau cemburu dan iri hati.


Obsesi hatiku kan itu. Serupa nafsu. 
:)


Itu baru sedikit huraiannya. Untuk kereta. Belum cerita lagi bab camera dengan sliding track, sound equalizer dan lens-lens bagai lagi. MasyaAllah. Kekadang kawan-kawan pun kata aku tak serupa perempuan kerana segala yang aku minati berjantina lelaki. eh.


Cerita tentang obsesi ni takkan pernah habis. Kerana dunia menjanjikan semua obsesi karat itu bila kita betul-betul mengejarnya. Lihatlah sekarang aku sudah pun berjaya membeli sliding track berharga hampir rm600 itu dan masih tersadai di atas rak berhabuk 5 inci. Tapi, hati masih dahaga. Masih menginginkan sesuatu yang baru dan lebih qualitinya dari yang sedia ada.



Astaghfirullah.
Manusiakan tamak.
Dan obsesi dunia yang karat. Bosan lagi tidak kekal.


Sekiranya tamak itu kita halakan pada syurga Allah dan seisinya, sudah pasti lagi bertambah tamak dan tamak. Cuma tamaknya hati itu dalam redha Rabbnya. Tamak yang halal lagi membina, menggerakkan anggota yang berusaha mencapai kemahuan hati dan kepastian janjiNya. kan?



"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu."
 (Adz-dzaariyaat :22)



Dan syurga itu kan berada di langit yang ketujuh. :')


Obseskan lah hatimu dengan syurga Allah. Sudah pasti tidak akan pernah kecewa. Meski kehilangan harta dunia, masa lagi tenaga yang masih muda, ummi dan abah. Kerana ummi abah sendiri berada di syurga yang kita sedang kejarkan. Aku mahu semua, dan seisi syurga itu T_T



"MasyaAllah alaikum, adik-adik. Banyak kan yang kita sedang obseskan dalam hidup. Nak memandu kereta besar, nak berlapang dada dalam bekerja, nak semua akhawat bekerja satu syarikat dengan kita, nak buat kilang roti di palestine..dalam mencapai semua tummuhat hati itu pasti juga kita akan letih lesu, kerana semuanya masih dunia.

Tapi, sesungguhnya kalau kita obseskan syurga Allah, hatikan mudah berlapang dada, mulutkan mudah tersenyum walaupun penat membelai, jiwa dan jasad lagi jauh terpaut pada Rabbnya, kerana kita sering menanti dan mengharap obses terbesar kita yang dijanjikan selama-lamanya di sana. 

Tummuhat hati kita, pada syurga Allah. InsyaAllah"
jazakillahu khayr akak :')



Maka ceritakan tummuhat hatimu. Agar ia bisa mengangkat usahamu ke langit. Dan diredhaiNya.


Amin.


p/s : Semoga tummuhat hati kita kan bertambah kukuh lagi mencengkam tanah Allahu akbar.




4 comments:

Anonymous said...

k.krun,tummuhat itu apa? sorry la ye,tapi kalo bolehla adakan glosari kalo perkataan arab.x faham T.T

kruN. said...

tummuhat itu, obsesi :))

InsyaAllah. jazakillah khayr dear, ingatkan saya.
jom sama-sama belajar bahasa syurga ^^

greenveined said...

ohh..bru nk tnya jgk tummuhat tu ape. n da terjawab pon~ tQ tq tq

.: hunny :. said...

rumah hani ade hyundai starex.
:)
hehehe
salam dari malaysia~~
rinduu~