Pages

Friday, April 27, 2012

Mendongak laju, melihat harapan di kabulkan. SubhanAllah.


Banyak sebenarnya soalan yang aku nak tujukan pada ummi, sebelum ummi pergi haritu. Tapi hati telah bertanya sendiri. Dan hati juga yang telah menjawab. Kerana,

aku merasainya.


"ummi, kalau khairun nak tanya, justeru pada kemenangan islam, sumbangan apa yang ummi buat ye?"


"khairun, ummi tak mampu nak keluar rumah, tak mampu nak ke medan perang. Tapi ummi akan membesarkan anak-anak ummi, supaya menjadi jundullah yang mengibar bendera islam, terus ke pelosok dunia, dan menjadi para du'at yang bekerja dengan ikhlas, membawa hati bersama. Itu lah usaha ummi, supaya melahirkan generasi rabbani, yang seterusnya menyambung dakwah Rasulullah SAW. Jadilah harta yang hidup, yang mengembang dengan hati, wahai anak-anak ummi"


Ini, cuma hatiku bermonolog.
Aku yakin, mungkin itulah jawapan ikhlas ummiku. Kan? :')




Hari ni, harapan melihat awan putih, Allah kabulkan. :')


Kan. Awan itu berupa perasaan. 
Putihnya awan bermaksud hari cerah. Kelabunya awan bermaksud mendung, 
dan pekatnya kelabu itu tanda hujan sudah tidak sabar mahu gugur. 


Wahai, awan yang serupa dengan perasaanku :)


Seindah langit yang membiru, hari ni seketul. Hanya seketul awan memunculkan diri walhamdulillah. Mesti ramai tak percaya kalau aku katakan, langit di korea jarang-jarang ada kepul awan itu. Kerana aku hampir setiap hari menjenguk ke atas, menanam harapan untuk melihat kepul-kepul perasaan itu. Dan hari ini telah dihadiahkan Allah, aku sempat mengambil gambar kenangan.


Biru. :')


Harapan serupa harapan. Seringkali menanam harapan melihat islam tertegak di muka bumi tanpa dicela seperti hari ni. Selesai habis melihat video mereka yang ditanam hidup-hidup di facebook, mereka yang diseret tanpa pakaian di atas jalan raya *jangan tengok bagi siapa yang cepat pengsan macam saya :'(* Hanya kerana bibir yang mengucapkan kalimah


"Laa ilahailallah..."



Rupanya kan, hari ni islam kembali asing serupa Bilal yang dihempap batu hanya kerana mengucapkan "Allahuahad". T____T Sebak dan pilu, lagi mengoyak hati yang hanya menonton 1/3 video-video itu. Tak sanggup aku teruskan.



Ya Allah..



Seketul daging itu, yang dilekatkan di tengah-tengah tubuh badan kita, sudahkah ia bergetar tatkala mendengar saudara kita dibelah mulutnya, dibakar dan dicincang hidup-hidup? Sudahkah ia bergetar mendengar nama Allah, hatta dalam menyebut semudah bismillah di pengawal pergerakan? Maha Suci Allah, dengan nama Rabb itu hati kita berdegup setiap hari, manakan hati yang tidak bergetar mendengar panggilan tuhanNya? Melainkan hati itu kering kontang lagi keras membatu. 
Nauzubillahimin zalik.




"when you are no longer moved upon hearing an ayat, your heart is no longer moved when you hear the word Allah, its been a long time since you cried in salat, then your heart is dead.


Then your heart is dead."
-Brother Nouman Ali khan



Tadahlah tangan dan mintakan hati baru pada Allah. Sungguh, Allah Ya Muhyi wal Mumiit, Maha Menghidupkan dan Mematikan. Tadahlah hati baru yang hidup subur dan basah di setiap ingatan padaNya...Kerana kita tak tahu ajal maut bila akan datang menjemput. Dan sudah pasti kita mahukan hati yang basah melaungkan Allah saat dipanggiNya :'(  Allah..


"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah.." dan biarkan hati yang berbicara bukan hanya mulut.
*pegang dada dan rasakan*


Dan aku terkedu dengan subjek baru ini, rakan korea yang sekelas juga menggaru-garu rambut mereka, apabila pensyarah berkata "Sebenarnya semua lulus dalam kelas ni. Saya, cuma mahu lihat jalan kerja awak, panjang atau tidak, guna formula yang saya ajar atau tidak". Mereka kecewa. Menghempas fail dan buku, menzipkan kotak pensil dengan marahnya, berkata dalam perlahan "buang masa betul subjek ni, punya habiskan berminggu study nak jawab exam. rupanya nak tengok jalan kerja je. baik takyah study kalau dari awal dah lulus" hukkk.


Tapi. Kita bukan begitu. Kan?


Wahai, islam itu sudah dijanjikan kemenangan oleh Allah. Maka kita semua umat islam telah 'lulus' dari awal lagi, kerana pada akhirnya islam tu kan menang menguasai dunia. Tapi, serupa dengan mereka yang menghempas buku dan fail dengan barannya, adakah kita hanya melabuhkan punggung sebagai penonton adegan kemenangan itu? Sedangkan mereka yang ada ketika kemenangan, tak sama dengan mereka yang berusaha dari awal, "menulis semua formula yang panjang itu dengan titik peluh". 


"Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri, merasa senang kerana usahanya (sendiri), (mereka) dalam syurga yang tinggi..."
(88 : 8-10)



MasyaAllah. Lihatlah jam di dinding. Ataukah kamu sudah siap masak sedap-sedap dan kemas rumah untuk tetamu yang bakal hadir? Bagaimana kalau tetamu itu datang awal sedikit, sedang kita sibuk menyapu?


Malaikat Izrail itu? 


Allah. Masih berselerak masa tidurku. Bukan kerana aku rindukan ummi. Tapi aku masih termimpi ummi diambil Allah. Sungguh, pertama kali aku melihat sakaratul maut itu. Pertama kali, aku memandikan jenazah, mengkapankan. Pertama kali, aku melihat dan mengucup mayat yang sejuk itu, selepas 22 tahun hidupku. Melalui mata sendiri, melalui hidung sendiri menghidu. Alhamdulillah, atas pengalaman ini :')


Aku berharapan hari ini, ingin melihat awan. Dan Kau kabulkan hasrat hati itu Allah. Kalaukan aku berharapan melihat kemenangan islam itu, dengan usaha aku yang sedikit ini, sudikah Kau kabulkannya juga? :')



"Bila sudah berjaya dan nampak hasil, baru orang mahu percaya, baru orang mahu beria menyumbang.. begitulah manusia. Hurm.. tentu tak sama orang yang menyumbang di zaman sebelum kemenangan dan zaman selepas kemenangan kan?"
Muharikah page, Facebook.



p/s : Mari, sama-sama berusaha. Wahai, kita yang digelar khalifah Allah di muka bumi. Mari berusaha menjadi jundullah (tentera Allah), menulis formula yang panjang itu ^^ 



6 comments:

nusaibah said...

:")

Anonymous said...

krun,x pernah x rse sebak ble bce post krunn..kuat ye krunn..sbb u r dat strong person..Allah, bg krunn tgk awan itu t'senyum padanya saat dia mendongak ke langit lagi..terima kasih ya Allah

Kembara Ilahi said...

syukran ukhti :')

Anonymous said...

Allah kurniakan anugerah pada ayat2 kak krun. semuanya masuk ke hati :') I hope you won't stop writing and spreading everything.
jazakillah ya ukhti (:

Pesona Awan BiRU said...

Suka membaca blog enti.
Teruskan menulis!

Anonymous said...

:') Luasnya langit dan bumi seperti luasnya tulisanmu,ukhti.Terima kasih.