Pages

Sunday, April 29, 2012

Make your mother proud. Up there.


Atau mungkin lepas ni rezeki murah jumpa maher zain? MasyaAllah.



Hadiah dariku, satu untuk dr.har. Satu untuk simpanan peribadi. hik :)



Tak akan mungkin keajaiban itu tidak berlaku. Meski pernah menanam angan-angan berjumpa maher zain. Huk. Siapa tahu kan?


Dr. Harlina Halizah Siraj. Seorang yang sangat dikenali ramai. Secara jujurnya, disebabkan beliau terlampau femes ames dikelilingi fans di facebook lagi, aku langsung tak berpeluang nak add menjadi fan. Dua tiga kali klik butang "like" dan "add friends" tapi hanya "this user has already too many friend requests" yang keluar. hak. Tergelak seorang diri. Bermonolog dengan terkilannya,


Tak apalah, mungkin nanti satu hari dapat jumpa ke? Lagi wau.



Dan Yang Maha Mendengar itu, telah melabuhkan kasih sayangNya kepada kami di sini, ikhwah akhawat korea selatan, tiba-tiba sahaja Dr.Har muncul di sini. Mulut-mulut yang ternganga dengan kehadiran Dr. Har juga tak mampu nak meneruskan kelipan mata, bila Dr.Har lalu.. *over*  :P Alhamdulillah. 



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 
Surah Al-Rahman.



Sepanjang Dr har sini, bibit-bibit masa kami dipenuhi dengan pengisian. Sangat banyak sampai tak terluah kepada orang lain, tak pun disini T_T MasyaAllah. Tapi, tak cukup dengan pengisian beramai-ramai, aku terus menanam hasrat pula ingin berbual secara persendirian dengannya. Kerana beliau sangatlah dikerumuni, sangat susah untuk mencari waktu itu. Artis kan, sudah pasti kita pun kalau boleh mahu meminta nasihat peribadi.


Walhamdulillah, secara tak sengaja aku seorang sahaja perempuan yang mempunyai lesen dan memandu di sini, aku ditugaskan untuk membawa Dr.Har sepanjang program berjalan. Dari hotel ke dewan, balik ke hotel dan terus ke airport.


Penuh dengan perkongsian sepanjang perjalanan kami, bermula dengan bagaimana Wardina Safiyyah mula-mula bercinta dengan tarbiyyah, SubhanAllah sangat hebat. Sungguh kan, hidayah Allah itu menerpa sesiapa sahaja. Kemudian masuk kepada jaulah Dr.har ke Czech, Mesir dan UK. Terus kepada taaruf mentaaruf antara kami.


SubhanAllah MasyaAllah. Tak terkata lagi, Dr.Har bukan lagi calang-calang orang. Setiap pada cerita yang keluar dari mulutnya, pasti sahaja ada ayat al-Quran yang akan dikaitkan. Nampak, beliau sudah hafal al-quran smpaikan page yang keberapa dan berapa. MasyaAllah kan, dalam masa sibuknya menjadi doktor yang berPhD, menguruskan anak-anak sendiri, anak-anak usrah lagi, jemaah lagi, sempat lagi beliau menghafal al-Quran, hafal hadis, baca buku-buku ilmiah. :')


Hebat. Begitu kagum tak terkata.


"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham" 
HR Bukhari


Dr.Har mungkin menjadi inspirasi semua orang, dan inspirasi kepadaku. Tapi, above Dr.Har, sudah pasti ummilah inspirasi no.1 khairun. Selepas Allah dan Rasul dan para sabahat, it is always you, ummi dan abah. Kerana ummi, kerana abah, khairun mampu menjadi seperti hari ni, mampu sampai ke korea, mampu memandu di luar negara, akhirnya menjadi pemandu peribadi Dr.Har, dapat mendengar pengisian khas darinya, dapat lagi nasihat peribadi. Dapat bergambar dan menghasut Dr.Har berposing sepertiku. *hohoho gelak jahat* ehm.


Alhamdulillah. Semua ini pasti telah ditulis kan? Atau mungkin kamu di luar sana, rezekinya lagi istimewa dari aku semalam? SubhanAllah. Maha Suci Allah yang Memberi :)



"Teruskan kuat, khairun. Make your mother proud. Up there." 



Ayat terakhir Dr.Har sewaktu memelukku, seminit sebelum masuk ke pintu berlepas. huuuuu sumpah air mataku mencurah-curah ke ladang gandum.. tak tertahan lagi *hilang kemachoan di situ T_T*


Yakinlah dengan doa. Dan yakinlah dengan diri kita. Kita mampu menjadi sehebat Dr.Har. Kita mampu menjadi sahabat Rasulullah yang hebat menjalur nama Islam itu, disetiap daerah di mukabumi Allah ini. Kerana kita kan yang paling dirindui Baginda??




"Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku, "




"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka.. " 
Ucap Rasulullah SAW. 



Tersenyum.



p/s :Teruskan berazam setinggi langit, berdoa dan berdoa lagi. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Walaupun angan-angan tu sepertinya tidak masuk akal, siapa tahu kan, kuasa Allah mengatasi lautan dan segala isi bumi, mengatasi semua kuasa magis-magis manusia dan syaitan. Tiada apa yang mustahil.


Err.. Macam aku yang pernah berhasrat nak berjumpa dengan akak muharikah dulu-dulu. *malu* Walhamdulillah Allah beri lebih dari itu, sehinggakan dapat menjadi anak usrah beliau dan menghirup ilmu serta kekuatan darinya. Wah :'))



13 comments:

Nadia Fariza said...

Salam kak Khairun.
Rasa terisi bila baca post akk.
Walaupun Fariza tak pernah bersua muka dengan akak, tp terasa seolah dah lama berkenalan dengan akak.
Selalu follow post2 terbaru akak.
Terima kasih atas setiap aksara penulisan akk. Sungguh Osem! (^^)
Salam ziarah dari bumi Jordan..

Ameerah said...

wah bestnye krun!! jadi pemandu peribadi lg tu. hehe. last time Dr.Har dtg uni kte, ader je peluang sbnrnye utk bercakap secara peribadi, tp segan. huhu. makanye terlepaslah peluang tu T_T
p/s: cemana awk bley drive kat sana? x ke pening coz kedudukan terbalik =p

kruN. said...

@nadia fariza : insyaAllah. bila Allah mengikat hati-hati hambaNya dengan kasih sayangNya, rasa dah lama kenal dan sayang kan? MasyaAllah lah.. kuasa Allah kan tak diduga. apatah lagi syurgaNya.waahh mesti sgt tak boleh dibayangkan :')))

@ameerah : ehm tu la.. awal2 pening lalat semacam. asyik nak ke kanan langgar kete. Tapi alhamdulillah practise makes perfect ^^ InsyaAllah dah stabil huhuoho

Ameerah said...

Hehe alhamdulillah bagus2!! Dlm seminggu lebih lg kte dtg, bley la krun bawak ktorg naik kete haha =p

Fatihah said...

salam khairun..

hikhikhik. saya suka baca blog khairun.. heee. semoga Allah redha dengan perjuangan anda.

khairun. kasih sayang ibu membawa ke syurga, you'll meet her again. ^^

saya pon nak jugalah penutup mcm fariza nadia...

salam dari jakarta.. ^^

aishah najiha noraizaan said...

assalam kak krun,

sy sgt minat dgn kak krun..ari2 follow post kak krun..terasa mcm nk kak krun jd naqibah sy utk bg ilmu2 Allah lg..inshaAllah..rasa mcm dh close sgt dgn kak krun..klau dpt cntct thru email mcm lg best jea..:)

salam dr malaysia, shah alam

Syida said...

salam khairun.. this is mashaAllah.. hebat and inspiring.. teruskan menulis.. dan mengusik hati ini.. :)

MusyiraHanaN said...

salam dr bumi anbia ni~

huu..tau x, kalo kitorg nk dpt pape update dr bumi korea, haa..refer je kt Fb krun..huk2..rajen awk update...tq

masyaAllah, Allah sgt dengar kn apa yg di dlm hati kita :)

moga semakin kuat langkah2 antunna di sana. Ada rezki InsyaAllah doakan kami dpt tawan korea..hehe...

may Allah bless n ease ur ways!!

p/s: ade rezki kita ketemu lg..

p/s2: padan la awk penah cakap, nk dpt lesen kt sane susah n mahal kn?? xpe la...cmtu abes la awk bile kitorg serbu korea, kene jd driver kami ;)

t8 care selalu,
kem slm akhwat sana~
<3 from egypt, mushe~

arin ahim said...

salam kak krun.hik hik

sungguh terkesan plak baca apa yang dikongsikan.

dr har pun ada jugak bagi pengisian @ ceramah kat czech. Beliau sangat ohsem.

banyak post2 akak memang kene dengan jiwa raga di saat menghadapi exam dan macam2.hihi.
semoga terus kuat dan terus menyentuh hati2 ini dengan ilmu2 akak yang diilhamkan oleh Allah.

thanks. salam dr olomouc, czech republic.

Nafar Ali said...

salam kak krun.. hehe

bestny dpt jumpa Dr. Har.. kita haritu xde rezeki.. emm xpe2 insyaAllah ad la tu, kan? hee~
harini jalan2 di FB, tetiba tgk nama kak krun kat tepi, ad 6mutual friend, terus tekan add.. hee~
Alhamdulillah, Dia kabulkan doa kita yg xseberapa ni nk kenal akak^^

nk jugak penutup mcm yg lain

salam sayang dr Cairo, Egypt c:

kruN. said...

MasyaAllah ramainya akhawat sana sini :') terharu tengok

Jazakunallahu khayr untuk semua yg lalu lalang di sini ^^ Semoga sama-sama di bawah rahmatNya. Amin betul2 amin nih :)

Salam dari suwon juga kepada @fatihah jakarta, @aishah najiha malaysia, @musyirah dan @nafar dari egypt dan @arin czech

nak jumpa je ngn semua rasa :'))

Umm 'Umar said...

kalau dah status ummi,

masih kira akhawat lagi tak :p


umm 'umar
irbid, jordan :)

Anonymous said...

nak tau dr har punye facebook...
:D