Pages

Saturday, April 21, 2012

Kirimkan yang setia serupa dia. omma.



Sabda Rasulullah SAW, "Rabb kita turun ke langit dunia di sepertiga akhir dari malam hari, lalu berkata, 'Adakah orang yang meminta (padaKu), untuk Aku penuhi permintaannya?, adakah yang memohon ampun (padaKu), untuk Aku ampuni dosa-dosanya?, adakah yang bertaubat (padaKu), untuk Aku terima taubatnya?, dan adakah yang berdoa (padaKu), untuk Aku terima kabulkan doanya?.."
(HR Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)


SubhanAllah. 


Allah, andai Kau turun ke langit pada sepertiga setiap malam, sudikah ya Rabb, sudikah Kau kabulkan doaku, sekiranya aku memohon kepadaMu, 


teman untukku berbicara? 




"Apa khabar ummi hari ini? Seminggu sudah. Rupanya.
Terasa masa cepat berlalu, atau ini satu hadiah daripada Allah? kan ummi?
Supaya hati terasa tenang, tidak merintih pemergian ummi umpama semalam itu?
Wah. Lama sudah ummi pergi. MasyaAllah. 

Ummi, hari ini, ada apa kat sana?

Hari ini, khairun duduk kat bilik aje. Seharian belajar untuk exam, isnin nanti. 
Selalu, ummi kan yang teman sampai ke lewat malam, berceloteh tentang subjek yang ummi sendiri buat-buat faham. haha. kelakar betul. Macam tu agaknya kalau jadi suri rumah ye?
Jadi pendengar setia celoteh anak-anak, lagikan 8 orang. 
Khairun pun tak tau mampu ke tidak macam tu. 

Petang tadi, ada akhawat datang, bawakkan lauk untuk khairun dan roommate. 
Sedap, rezeki hari ni Alhamdulillah. Semoga Allah ganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran. amin.
|Ni'mal ajrul 'amileen..amin.|

Eh haha. Terasa, blog ini jadi update pasal ummi je kan? 
Tak apalah, nanti-nanti kita sambung pasal dakwah ye mi?" :)


Teringat lagi,
Tetamu pulang petang itu, ummi terus memandangku,

"Khairun, awak memanglah pendiam. Dari dulu. Kalau ummi tak ada nanti, siapalah nak ganti ummi layan orang datang rumah, siapalah yang nak bersembang dengan atuk tu. Semua ummi, bilanya awak nak ganti pulak..?" 


Hak. Tersenyum.

Masih ingat kata-kata ummi dulu. Kecewa dengan aku yang pendiam, mungkin?
InsyaAllah, akan aku cuba kotakan hasratmu. Bermula dengan perlahan. :')




Aku, mungkin telah berubah, 
seperti sakura yang mekar tanpa suara di malam hari, 
sepi mengembang seorang diri. 
Ajarkan aku teman, bagaimana mahu mula berbicara. 


Sekali lagi.




Terkadang, aku teringin bercerita tentang hari-hariku. Kirimkan aku teman berbicara, yang setia serupa ummiku. :)



9 comments:

Anonymous said...

insyaAllah khairun, kata-kata seorang ummi itu umpama doa. pasti Allah akan memperkenan doa ummi khairun di satu saat kelak., berharap khairun akan mudah mencari kata-kata untuk petah berbicara. insyaAllah.

semoga khairun selalu tabah dan selalu percaya Allah selalu ada bersama kita. semoga Allah memberi ilham memberi kekuatan hati buat khairun sekeluarga. :)

Alyaa Ali said...

pasti-punya.
insyaAllah :)

cikDr.Farhah said...

insyaAllah, He knows best, masa yg paling sesuai utk kabulkan doa ummi akak tu dan doa akak sdiri :)

Umm 'Umar said...

Ensha2llah,

walau yang ganti mungkin tidak serupa yang pergi,

Dia lebih mengetahui segala keperluan mu :')

mulawwanah said...

takpe mula dengan senyuman yg nampak gigi tu dulu...

inshaAllah,nanti pelan2 jadi orang yg banyak mende nak cakap ^^

cahayalembut said...

Like komen mulawwanah! :P

seriyesly, akak pun tgh nak belajar jadi peramah macam ummi akak...huhu. Nanti kalau jumpa krun lagi, takdela malu2 dah.ngeh3.

Psst: ummi krun bukan kecewa tu, dia nak mengingatkan =)

alyamohsin said...

kak krun,
ummi akak mmg the one and only.
xde org bleh replace tmpat die sbg pendengar terbaik akak..

tapi akak kan ade Allah.
akak ada sye,ade akhawat2 yang lain.
kita kan keluarga:')
kami akan mendengar,insyaAllah^^

i know u're strong enough,dear.
*hugs for japan*
luv u fillah:')

Athifah said...

'Dan dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuanku dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku'
{20:25-29}

'teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku,agar kami banyak bertasbih kepada-Mu, dan banyak mengingatimu,sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan kami)'
{20:31-35}

semoga Allah merahmati kak krun..
doa pertama khas untuk petah berkata-kata, doa kedua sambungan doa yang sama tapi untuk memperolehi teman yang baik..
semoga Allah jadikan ahli keluarga dan saudara2 seislam disekekliling akak sehebat dan sebaik ummi akak..
ameen~~

applerosejournal said...

makcik masukkan kisah ummi dlm blog makcik

http://applerosejournal.blogspot.com/2012/05/maassalaamah-wahai-sahabatkuwa.html