Pages

Monday, April 16, 2012

Fokuskan rindu. Biar berpeluh.



Memandang mata anak-anaknya satu persatu, abah tanya,


"Lepas mati nanti, kita kembali pada Allah. Kenapa?"


Tak tahu abah. Lidah terkedu nak jawab. Betul juga. Selalu dalam kepala ada jawapan skema macam spm, objektif mati sebab nak kembali kepada Allah. Tapi aku dan termasuk ramai orang, tak tahu nak jawab sepatah pun bila ditanya, untuk apa kembali pada Allah itu?




"Kerana..kita rindu pada Allah kan?"
Abah jawab sambil tersenyum. :) 



Musim bunga sudah sampai. Sakura yang tenang putih merah jambu. Penuh membasahi bumi sonata, Alhamdulillah. Allah, hadirkan rasa rinduku padaMu umpama setiap kelopak sakura yang mengembang.. penuh seisi bumi..dan lebih lagi :'))


"Macam lepas ummi pergi, rasa tak ummi hadir dalam setiap perbuatan? Katalah tengah masak, mesti terfikir 'eh ummi suka kalau kita letak garam lebih sikit', kalau makan depan tv ke 'eh ummi tak suka kalau makan atas carpet, nanti nasi melekat susah nak sapu'. Kejap-kejap bukak pintu bilik ummi, rasa macam ummi tengah tidur lagi atas katil. Kejap-kejap bukak gambar ummi kat telefon, nak tengok muka. Kita sentiasa terngiangkan ummi, apa yang ummi suka dan tak suka dalam benda yang kita buat, macammana rupa ummi, ummi tengah buat apa semua, kita rindu ummi, kan.. jadi.. 


....sama tak kalau kita tukar ummi, ganti dengan Allah?" 

abah senyum lagi.


SubhanAllah.. betul sangat abah. Terasa praktikalnya sifat ihsan yang belajar secara teori itu bila gantikan ummi dengan Allah. Dalam setiap perbuatan. Hadirkan Allah bersama. 


"Jadi abah nak, fokuskan rindu pada Allah itu. Memanglah kita rindu ummi, kita pun manusia tak sempurna kan? Tapi above all of this, above ummi, ada Allah dan Rasul. Fokus kat dua-dua tu dulu, baru teringat ummi. Boleh tak ni?"

nampak mata ulfah berair sikit. Sabar ye ulfah. we're always here for you :)


Pegang semula dada. Betul.. kita rindu pada syurga Allah itu. Kerana kita pernah datang dari situ, sebelum diturunkan ke dalam perut ummi, jadi kita rindu. Rindukan tempat itu, yang tiada kesedihan, tiada kesusahan, tempat punyai nikmat segala nikmat. Sebab tu, perlu kembalikan semula fokus rindu pada ummi tu, kepada rindukan syurga Allah, kita rindu..


pada Allah.


Kerana nanti, kita akan kembali padaNya, menghadapNya, mengharap rahmatNya. Semuanya adalah Allah. Kalau kan hati masih tidak dapat nak fokus padaNya, maka cuba untuk fokus. Bak kata abah,


Fokuskan rindu pada Allah. Biar berpeluh. :)


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah  mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
(2:186)


Alhamdulillah, tarbiyyah Allah tak pernah terberhenti walau sesaat. Dan sungguh kematian ini tarbiyah yang sangat besar bagiku. Membuatkan rasa mahu cepat ke syurga, membuatkan sentiasa mahu bertemu Allah. Kita ingat kita hilang sesuatu yang besar, sebaliknya kita dapat sesuatu lagi besar dari yang hilang itu. Kita dapat tarbiyyah hati... tarbiyyah hati dalam erti kata sebenar.


Macammana kita menempuh kehilangan itu, macammana kita ambil hikmah kehilangan itu, macammana kita bersyukur dengan kehilangan itu.. semuanya bermain dengan hati. Alhamdulillah.


Abah kata lagi, jangan pernah takut untuk mati sebab rindu pada Allah. Memang selalu orang bercerita tentang azab api neraka, titian sirat, timbangan amal. Semua itu pasti terjadi, tapi apa-apa pun rahmat Allah datang dulu dari amarahNya.. selangkah kita pergi kepada Allah, sepuluh langkah Allah datang kepada kita. MasyaAllah. Rindulah kita, pada yang lebih rindu itu.. Allahu Allah


Allah :')


'Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. "Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku rindu ingin mendengar rintihannya."'
(HR Thabrani dari Abu Umamah)


InsyaAllah ummi, Allah sayangkan ummi lebih..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. :)



p/s : Jazakumullahu khayran kathiiira kepada semua yang mendoakan. SubhanAllah walhamdulillah, semoga Allah kembangkan lagi lembayung rahmatNya untuk semuaaa yang mengenali ummi, abah dan anak-anaknya, dan yang mendoakan. Amin. Amin. Mulakan hari dengan bismillah, dengan nama Allah yang kita rindukan selalu. hik :')



abah melambai pemergianku dengan penuh ceria :')



"Kenapa mesti sedih? senyumlah..sebab kita gembira tengok ummi pass exam Allah tu kan? Kita ni yang tertinggal, tak tahu lagi pass ke fail nanti. Tak ada masa nak bersedih, kita kena terus fokus.. kita je yang belum lepas. Fokus"
-Pesan abah sebelum balik korea.. sambil tersenyum.


Senyuman abah, dari pemergian ummi sampailah detik nak naik teksi ke KLIA, tak pernah putus. MasyaAllah.


Allah, jagakan abahku, dan adik-adikku di Malaysia. :')




18 comments:

shiema sufian said...
This comment has been removed by the author.
~ Pelaut Rabbani ~ said...

Moga Allah terus menerus memberikan kekuatan. Baik pada awak mahupun seluruh ahli keluarga. Amin.

mujahidah1413h said...

ALLAHUAKBAR!! subhanallah..

nabila azmi said...

baru folow blog ni...

kuatla awk..if me..xtahu mampu setabah ini ke x..tpi mmg mahu jadi setabah ini..

nice words...slm perkenalan...

p/s: know your blog from my friends ni dekat mansoura...same2 group IK kan..=)..

be strong ...insyaallah..

Anonymous said...

Allah Allah..mashaAllah..
keep on being strong hannan..
there r someone living with ur strength..terima kasih ya Allah..temukan aku dgn pemilik blog ini walau belum bersua muka..
take care hannan..selamat meneruskan perjuanagn..she must be proud n smiling seeing u now..Allah lebih juga syg kamu..sarangahae too

lavenderlover said...

be strong.. insyaAllah ALLAH always with us.. hwaiting!

Anonymous said...

ohhh..ini bukan hannan..ini krun..sorry krunn^^

Anonymous said...

:')

doa tidak putus buatmu, sahabat.

saya masih di sini,
merenung dari jauh.
hati meronta mahu memeluk,
hanya doa dapat menyentuh.

moga tenang.
moga sentiasa tabah.
menginspirasi lebih ramai jiwa.

<3

-bumi china.
:)

Anonymous said...

jazakillah atas post ini.:')

Anonymous said...

jazakillah atas post ini.:')

rara aziz said...

be strong..im proud of you sister :)

ina said...

Assalamualaikum n
안녕하세요 내 친구야...

MasyaAllah tabahnya kamu wahai sahabat,
Dikala ujian Allah datang padamu,
Kamu tersenyum mengharap keredhaan-Nya,

Ya Allah semoga kami juga setabah dia,
Mengharungi hari-hari mendatang,
Amin...

Hishyamuddin said...

semoga selalu kuat ye...insyaAllah

US said...

Semuga Krun dan keluarga sentiasa diberi kekuatan menempuhi segalanya dan semuga Allah sentiasa rahmati your Ummi. I miss her too. Cantik sunguh nasihat itu untuk Krun adik beradik dan semua termasuk aunty. Jazakallah.

Iera Daniera said...

i've lost both of them, but u seem much stronger than me. hope i'll be as strong as u :)

irah_1812 said...

nice one. :)

srikandi umar said...

salam.akk sangat hebat.i'm proud with u.

Lyana said...

Salam 'alaykum.

Kak krun, you are so strong :) Mashallah.

Jazakillah khair for sharing. Benar benar memberi tarbiyyah hati bukan pada akak saja, tapi pada yang membacanya juga :')

Walaupun belum pernah bersua muka, salam ukhuwah dan sayang dari bumi al-maududi, India <3