Pages

Wednesday, April 11, 2012

13.1.65 - 10.4.12


"You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on 'cause i know it's been too long
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong
I'll try to take it all, even though it's so hard
I see you in my dreams but when i wake up you are gone
Gone so soon.."

Boleh tak nak saman maher zain? Sebab nyanyi lagu "so soon" grrr..  T_T


hahak. :P



"Ummiku Roslina bt Razaly. yang suka senyum nampak gigi. haha. cantikkan ummi saya? Patutlah abah terpikat :PP [13.1.65 - 10.4.12]"


Ummiku. I'm writing this to you, and to me. Supaya khairun ingat ummi setiap kali bukak blog. And boleh bace ulang-ulang lagi :')

"Alhamdulillah ummi, khairun dgn semua senang hati tgk ummi pergi dgn tenangnya. Kawan-kawan ummi kata muka ummi macam org tidur. Tenang aje. MasyaAllah.. Ummi tau, tak putus-putus ummi sebut Allah saat2 akhir tu. Kagum, cemburu.. mcmmana khairun nnt saat dipanggilNya.. mampu ke jadi sehebat ummi? T_T"


Allah makbulkan doa khairun, ummi. Saat abah call, cakap ummi tak lama dah, khairun doa dalam-dalam.. setiap malam supaya dapat balik, habiskan bibit-bibit masa tu dengan ummi. SubhanAllah, Allah sangat Pemurah. Diberinya 2 hari lebih bersama ummi kan? ya Allah. Alhamdulillah sangat. :')


Sempat masakkan bubur utk 2 hari tu, sempat sembang sikit. Sempat usap ummi, sempat bagi ummi dengar yasin yang khairun bacakan kat sebelah. Sebelum ummi pergi, ummi cakap nada lemahnya "sedapp" ribena yang khairun bancur. Tapi sebenarnya tak sempat bubuh gula pun, masam.. ummi tipu khairun T__T


Mungkin saat-saat terakhir ummi pergi dalam dakapan abah tu masih akan terngiang, kami di sebelah abah sangat bersyukur, sangat lega melihat ummi dapat berehat dengan aman untuk selamanya. Mesti tak terkata seronok kan taman-taman Allah di sana? :') Selama ni asyik tercungap dengan jantung yang bengkak tu, oxygen tak cukup, mesti ummi sangat penat. Tak terkata sedih, tak sampai hati melihat. 


Ummi bukan ada jantung yang lemah, tak pernah. Sebaliknya jantung ummi lah paling kuat. Bertahun ummi tahan pergi sana sini dengan mesin oxy tu kan?
SubhanAllah. Ya Allah gandakan pahala seganda-gandanya untuk kesabaran ummiku. Sungguh, sabarnya menghadapi ujianMu sangat tak terkata ya Allah. Tempatkannya bersama para solihin.. amin. 



"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar : 10)



Lupa nak tanya semalam, 
"ummi, ummi bangga tak dengan khairun?" hee :)

For yes, i'm sure you do. Saje nak dengar ummi sebut sebenarnya haha *ngade lah :P* 
And i'm proud of you too, always. Proud to be your daughter, proud dpt kekuatan dari ummi, proud utk semua lah. Thumma Alhamdulillah.. tunggu khairun pulak sampai sana. Nanti kita dah sebaya, jadi best friend pulak wah. Tak sabar nak jumpa ummi dan Rasulullah, dan Allah Maha Pengasih lagi Penyayang tu.. heee. 


Jangan risau, khairun akan teruskan hidup dengan machonya, dan jumpa ummi dan Allah dengan machonya.. dalam erti kata macho sebagai insan yang kuat dan sabar dengan ujianNya. ewah. Macam ummi lah! 



Last picture ngan ummi. A few hours before you left me. :') I love you with all my heart. Always, lillahita3ala. 


Terima kasih Allah. Allah is with you ummi, and right here beside me too.  :) rindu sambil tersenyum, "walhamdulillah 3ala kulli hal :')"





69 comments:

syafa mohamed said...

Allah...Allah..akak....kuat sungguh kamu!sekuat ibu akak sendiri.

;')

semoga Allah pelihara akak dan keluarga.

Khazinatul_Asrar said...

krun,

awak sangat tabah, inshaAllah. Jadilah anak yg solehah dan Banyak2 doakan ibu ya :')

InshaAllah gathering kita di 'sana' kelak ;)

hugs*

Anonymous said...

Kuatnye krun.. InsyaAllah Allah sentiasa bersama krun and family.. InsyaAllah Allah maha pengasih maha penyayang akan membalas segala kekuatan umi krun dgn berlipat kali lebih baik...

Anonymous said...

Hadiah terbaik tok umi awak ialah doa awk anaknye yg solehah insyaAllah

sipengembara said...

insyaAllah kak krun juga akan jadi sekuat ummi akak^^

*hugs dari jepun utk akak*

Anonymous said...

krun...sabaq eh
qida tau krun kuat...sori xda dgan krun time2 mcm nie...qida doa dari jauh..untuk krun, family ngan ummi..
*hugs* -aqida-

miramin said...

Allah..Allah... ㅜㅜ
Krun 짱!! :')
*bursts intO tears*

ezzaty said...

akak, saya kagum dengan akak. still boleh menulis. sangat tabah. insyaAllah ummi akak pasti bangga dapat anak mcam akak.salam takziah :|

p/s : saya suke blog nie. bagi banyak inspiration :)

azzizatul.huda said...

i can't stop smiling
Alhamdulillah
Allah temukan aku dgn jiwa yg hebat

walhamdulillah 3ala kulli hal :')

atiyah said...

kron,km tak tau nak nagis ke senyum bc ni,love u kron~
ya Allah..kuatkanlah hati sahabatku ini sebagaimana engkau kuatkan hati2 para solihin..

mujahidah1413h said...

salam alayk~ sis saya baca en3 ni sedih tapi dalam masa yang sama amat happy (= may ALLAH bless,,
moga saya mampu tabah macam anda (= dan moga terus tabah dan kuat .. moga segala urusan selepas ini dipermudah olehNYA(= ..barakillahufik!!

Zimah Zaiwani said...

subhanallah..... mentitis beberapa mutiara putih dari mataku membaca nukilan istimewa ini. subhanalllah, wal hamdulillah,m wallahuakbar..... teringin sekali rsnya ingin mengenali dirimu ukhti. bait-bait kata yang kau nukilkan dalam warkah ini benar-benar menyentuh hatiku, terus membuatku semakin berfikir mengenai aku dan ibuku. sungguh, menyayat hati. terima kasih ukhti, kerana kata-katamu dalam warkah berharga ini sudah cukup membuatku semakin lebih menghargai keberadaan ibuku di sampingku. semoga Allah memeliharamu dan keluargamu dalam dakapan cinta-Nya :')

p/s: Sudikah ukhti bersahabat denganku? Aku benar-benar ingin mengenali jiwa yang kental ini dengan lebih dekat lagi. Semoga Allah redha.

Ainul Arina Madhiah said...

salam takziah.

Semoga arwah ibu awak tergolong dalam golongan mereka yang Allah kasihi selalu. Amin.. ~

mahathir alkhobiri said...

Masyallah....seronoknya...kalau boleh, nanti tanyakan kt mak awak ye, tanya, ade x nampak sebatang kaki kiri sy kt sana? Ade x kaki saya booking kn tempat untuk sy kt sana?... n lagi satu, kalau mak awak jumpa perempuan bernama marehah, bgthu yg anak dia nirindu sangat n xpernah nampak n bercakap ngn marehah tu sejak lahir.....rindu sgt... n kalau ada jumpa lelaki yg bernama yusa, bg tahu dia yg cucu dia ni dah guru bahasa arab, alquran n kadang2 bg ceramah sikit2 hihihi sekalipun kaki kri dah kembali kpd Allah.

mahathir alkhobiri said...

*dah jadi

Cikgu Sarah said...

saya pernah ada pengalaman.mak sakit kuat.tk dpt dikesan sakit apa.masa tu saya berjaga malam untuk mak kat hospital kuala tereangganu (oktober-nov 2011),suapkan mak,urutkan mak,mandikan mak sampai semua nurse kenal..sedih sgt.tk boleh nk ckp ngn org.tp alhamdulilah Allah kabulkan doa kami semoga mak sihat kembaili.semoga tabah khairun.Allah tk kan membebani hambanya ngn bebann yag tk mampu di hadapinya :D.bnykn istigfar, kesedihan tue akan hilang sedikit demi sedikit.

Obie said...

Allahu Akbar, baca ni teringat kepada Ibu saya. T.T

semoga ummi kamu dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah dan ditempatkan kedalam golongan yang diredhaiNya.

Ameen.

Maisarah Zukri said...

Subhanallah... terus kuat ye.. Insya Allah tempat dia pasti persis taman-taman syurga... tembakan doa buat dia sentiasa walau dari kejauhan :')

ieyba said...

ya Allah akk..can't stop myself from crying.huhu..pasti mak akk bangga..wlpn ieyba xkenal kak krun,pasti akk happy go lucky cam kak hannan jgak kan?:D

insyaAllah mak akk bangga ngn anak2 die yg hebat2
moga tabah kak krun,kak hannan dan sekeluarga

Anonymous said...

u deserve my greatest respect!

nuryn said...

krun, semoga ummi krun bahagia di sana, bersama Allah dan Rasulullah dan para penghuni langit yang lain :)

untuk kita yang tinggal ni, sebenarnya pemergian mereka membuat kita tak sabar untuk ke sana juga, kembali berkumpul bersama-sama kan? inshaallah kita akan berusaha untuk sampai ke sana, jum! :)

salam ukhuwwah dr leeds

nad said...

takziah buat anda sekeluarga.. Semoga tabah..Bak kata pepatah berat mata memandang berat lg bahu yg mmikulnya.. Saya faham perasaan khairun kerana saya juga baru kehilangan ayah tercinta pada 02/03/12 yg lalu.. Saya juga melihat bagaimana ayah saya pergi tanpa diduga dan mulutnya seolah-olah menyebut Allah tatkala saya mengajar beliau mengucap.. meninggal pada hari jumaat.. sesungguhnya saya pun berharap saya blh pergi seperti ayah saya..mudah dan pd hari jumaat...

Anonymous said...

kekuatan yang Allah kurniakan padamu mengalahkan 10 org lelaki diluar sana. saya turut mengalir air mata, moga terus tabah.

Oya Diapers said...

assalamualaikum buat adik khairun,

ketahuilah betapa beruntungnya kamu dan juga ummi mu. akak sendiri sebagai seorang anak yang sangat rapat dengan mak akak sbb anak tunggalnya amat berharap dapat setabah kamu..semoga dapat akak terus berbakti walau di hujung nafas emak ku kelak..amin.

akak juga sebagai seorang ibu, jua amat berharap agar dapat menteladani ummi khairun, tabah dan berjaya mendidik zuriatnya menjadi tabah dan kenal pencipta-Nya.

teruskan kecekalan mu , adikku sayang..teruskan menghantar hadiah saban waktu buat ummi mu dan abah mu tanpa mengira keberadaan mereka disisi. bakti kita pada ibu dan bapa berterusan walau tiada mereka disisi apatah lagi yang masih ada.

salam sayang kasih ukhwah dari ku,
seorang anak seorang ibu,
Kak Oya , Nilai

US said...

Assalamualaikum Krun dear,
What a beautiful piece you wrote. Aunty doakan semuga Allah tempatkan Ummi Krun dalam taman syurga. She was a wonderful person and masyaAllah she also has wonderful children. I am sure she is very proud of you. Semuga Allah makbulkan doa Krun, doa ummi Krun dan kelurga serta kurniakan Krun dan keluarga kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat. Semuga Allah juga kurniakan aunty anak yang beriman, tabah dan kuat mcm Krun. Your Ummi has my greatest respect and so are you and your family.

asya qwiey fasyarina said...

salam akak,
takziah atas pemergian ummi akak.what u wrote here is enought to prove how well she had raised u,to be this strong..more like anyone can.alhamdulillah,akak sempat balik n berada di sisi dia hingga saat2 akhir,itu paling indah kan..semoga keluarga akak terus tabah ye

Anonymous said...

Subhanallah ukhti .. Takziah .. Sangat bangga dengan kekuatan yg ditunjukkan . Moga menjadi anak solehah dan seorang yg punyai ketabahan hati yg kental .. Agar ummi mu tergolong antara penghulu bidadari syurga ..

Inche no.8 said...

Allahuakbar,
ujian yang hebat untuk orang-orang yang hebat,kan?
subhanallah alhamdulillahi allahuakbar, if ana diuji seperti enti,ana xpasti ana sendiri masih mampu tabah hadapi hidup ini.
apatah lagi komit dalam jalan dakwah.
mungkin ana akan jatuh tersungkur tiada daya utk kembali.
terus menerus melangkah dalam jiwa hamba ya ukhti!
Allah kurniakan enti hati yang sangat kuat! Alhamdulillah.
moga Allah tsabatkn kita atas jalan ini,dan moga ianya menjadi hadiah yang terbaik buat ibu bapa kita.
allahuakbar. :')

arissa myana said...

salam adik,

takziah dri kak, smoga adik trus kuat dan macho dlm mncari redha Dia :)

kagum dgn adik yg sgt bersyukur atas stiap nikmat yg Dia beri. moga Allah lindungi adik skeluarga dan berkahi stiap langkah dn perjalanan adik :)

moga kita dpt bertemu, suatu hari nanti. mungkin di jannahNya?

Anonymous said...

krun, sgt tersentuh bace post ni.
moga krun sentiasa tabah n kuat dlm menghadapi ujian. insyaAllah, kita semua akn ke 'sana' kelak :)

Anonymous said...

krun,

speechless, mata berair tapi senyum...

Moga Allah terus memberi kekuatan pada nti n family...

even berada sama2 kat masjid sampai kat kubur haritu, subhanallah sangat tersentuh melihat kalian yang sungguh tabah.

"melepaskan yang disayangi untuk yang lebih Menyayangi"

Moga terus tsabat menjadi orang yang lebih kuat. Antara 3 amalan yang tak terputus adalah doa dari anak soleh/ah.

Anonymous said...

Assalamualaikum anakanda Khairun

Ramai antara kami yang tak kenal anaknda walaupun kami sudah mengenali aruah Ummi sejak tahun 1981 d TKC Seremban lagi. Banyak sangat memori kami bersama aruah Ummi sehingga ke akhir hayatnya.

Walaupun aruah Ummi tak ucap pada anakanda Krun, trust us, she was always very proud of all her children and InsyaAllah, dengan iman dan taqwa anak anak nya, you all will make her proud again bila berjumpa lagi di sana.


Always know that we love her, she is our sister dunia akhirat dan kami juga saksi kasihnya pada suami dan anak anaknya. kami juga saksi iman taqwanya kepada Allah swt.

You know you can count on us, anyone of us. Her children, are our children.

Anakanda semua dalam doa kami.

Anonymous said...

khairun,at that time i read this entry, i don't know whether i should cry or smile..hahaha,but sitll i'm very proud with you,that you can be that strong..oh,yes,ALLAH with you girl:).. go on with your life,chase your dreams and make your mum proud and smile from there^^v.. inshaALLAH,

Anonymous said...

Assalam...
takziah saya ucapkan...definitely the best post ever read...mmg buat kita terpikir...mmg xmalu nak mngaku yg mengalir jugak la air mata jantan ni....terima kasih sbb mnyedarkan...moga saudari tabah sepanjang hidup saudari

hiya ana said...

takziah diucapkan.

semoga terus bertabah :)

Allah ma'ak!

Diayana Amirah said...

AlFatihah.Tabahkan hati mu, sahabat.

Hafizuddin Jasmi said...

alfatihah.

tabah sungguh utk tulis post ni.

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

al-fatihah

salam takziah buat adik sekeluarga.

Sebak..tp akak bangga dgn dik.very strong sis.

~Akak yakin ummi adik bangga ada adik sbg anaknya~(^_^)

Muhammad Samsudian said...

salam ..
Al-Fatihah
semoga Allah mencucuri rahmat,
semoga Allah tempatkan allahyarhamah di kalangan orang beriman,
semoga Allah limpahkan segenap rahmat dalam kehidupan allahyarhamah damn saudari,
teruskan berdoa..

terasa kecil diri ni bila membaca post saudari,
sungguh tabah dan masih mampu tersenyum..

Semoga Allah permudahkan

mama2nur said...

al-fatihah..

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Firdaus Ibnuariffin said...

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
kuatnye nti.. :)

Semoga Allah memberkati dan merahmati nti dan umi nti dan juga family nti.. tak lupa semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmatNya..inshallah

Ammar said...

salam.

ya ukhti. anta mempunyai some spirit to write this and have the chance go through until the last dot. im amaze.

jujurnya ini penulisan yg luar kotak dari biasa org akan tulis. entah kenapa bila dilihat hati anta teguh. xramai anak perempuan mampun tulis sebegini dgn lancar.

al-fatihah dari saya kepada ummi anta.

Anonymous said...

go krun! insyaAllah maintain machoi slalu. Amin...

Anna Aziz said...

subhanallah khairun..moga rahmat Allah selalu mendapingi khairun sekeluarga ..

Chenta S Qaseh said...

kalau la saya ada jiwa yang kuat macam awak..
Today is my late father birthday.
Al-Fatihah for him and for ur mom.
Moga mereka tenang disana

atiqah k said...

salam takziah ukhti.semoga terus tabah menjalani hari-hari yang mendatang.Allah sentiasa ada.:)

Anonymous said...

salam takziah..

cc said...

Assalamualaikum kruN, semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada kruN dan menjadikan kruN dapat bersabar dengan sebaik-baiknya.

Semoga Allah mencucuri rahmat serta mengampunkan Ummi.

lunia_luvgud said...

ukhti :)
saya kagum sangat dengan semangat awak :))

doodlemom said...

assalamualaikum khairun. ni aunty noni, u may not know me but i know yr parents. my husband, wan kamarul is a very close friend of your abah since they were in form 1in SAS. i remember yr mom well sbb dulu selalu tempah kuih raya dengan dia. one of your abah's close friend, uncle safian told us that yr mom was in critical condition and a day later, of her passing. she was such a lovely lady. takziah from me & uncle wan to u and yr siblings and also to your abah. tabahkan diri, take care..

NurAfiqahMohdGhazali said...

thanks, saya rindu mak saya! :((

Nia Ridzwan said...

Assalamualaikum ukhti.
subhanallah, tabahnya kamu. boleh menulis, terus redha dan positif.

Al-Fatihah,
semoga ditempatkan arwah ummi dalam kalangan orang beriman :')

Anonymous said...

Salam takziah....may Allah bless you, your mum and family.

Anonymous said...

Khairun,sy xkenal awak,tp sy tau awak tabah,kuat moga terus dan terus kuat :') terima kasih utk post ni,tlg doa kan sy utk jd anak solehah bersama ameenn :')

Kara Badri said...

ya Allah kuatnya awak ni. Allahyarhamah akan selalu berbangga ada anak yang amatla macho mcm awak. insyaAllah kalian akan bertemu di pintu syurga. saya hrp saya dpt kekuatan yg sama mcm awak bila tiba masanya :')

Anonymous said...

May I share this?
Allah bless u, ur mom n ur famili always..Amen...
tq

salam takziah

Hishyamuddin said...

salam.. al-Fatihah..

harap bersabar dan selalu tabah ok. :-)
memang susah untuk lalui semua ni, tapi i know Khairun boleh laluinya. :-)

paan said...

salam takziah ..
semoga awak sentiasa tabah...

hamraa' (^_^) said...

Salam takziah.....shbtku khairunnisa...
Moga tabah hadapi kehilangan org yg kita syg,, shbt.....kalu kita syg mereka,,yakinlah ALLAH lagi sygkan mereka,, kan....
~Semoga roh arwah ummi krun ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh....Al-Fatihah....ameen ya rabb....

Nur Amirah Syahirah binti Abas said...

Assalamualaikum kak khairunnisa..
Pertama sekali,sy ingin mengucapkan takziah kpd akak dan kluarga..
Smoga akk tbah dlm menghadapi situasi ini..
Sesungguhnya Allah amat menyayangi arwah ibu akk..
Akak bersabar ye?

moga2 arwah ibu akk ditempatkan dlm klgn org yang beriman dan solehah..
Insya Allah..
Amin ya rabbal alamin..
Al-Fatihah..

maaf jika terdapat salah silap saya

nabila azmi said...

sgt sebak membace entry ni...sgt2...kuat k awk...

Anonymous said...

masyaAllah sister, hebat sungguh dirimu, aku tau engkau kuat dan smue yg lain juga kuat kerana kita hamba pada al-Qawiy,
jazakillah khair for your entry, basah roh dan jasad tika baca post awk,
aturan Allah itu hebat, tika diri ini tgh kering, Dia masih lg sudi mnyentuh jiwa ku yg kosong, teruskan menulis dari hatimu sister,,

lavenderlover said...

takziah..al-fatihah.. semoga dicucuri rahmatNya.. be strong..

SAM said...

takziah...
semoga kamu kuat seperti ummi kamu...
insyaAllah...

Anonymous said...

Be strong dear.. Semoga ummi anda di tmpatkn diklngn yg solehah.. But remember how hard you are facing this.. ad org lg pain.. I'm lost both of my parents in 10 days few months ago and xde family left. Stay strong dear my prayer always with you :)

Cahaya gembira said...

enti kuat..subhanALLAH..
smoga arwah dtempatkan brsama org2 yg beriman..
tidak dilupa diri2 kita yang masih enak bernafas di bumi ALLAH Maha Pengasih ini..
istiqomahkan diri ini..insyaALLAH syurga milik___________kita semua..amin

izzaffalah said...

Subhanallah...
Setiap manusia akan diberi ujian daripadanya
Allah S.w.t tidak akan membebankan hambanya mengikut kemampuan hambanya

semoga arwah ditempatkan di syurga kelak

Hidup ini perlu diteruskan walau badai yang melanda

saya yakin anda mampu melalui

Allah Tuhanku,Hanya RedhaNya yang Ku harapkan.,...

NoorVictory said...

Assalamualaikum.

Awak kuat. Saya kagum dan cemburu dengan awak. Boleh? Heee~

Sy pun nak jadi macam awak. Kalau satu hari nanti Allah ambil org2 yg saya syg.

Bangganya awak Allah syg umi awak, kan? Sbb tuh Allah nak sama2 dgn umi awak cepat2..;)

Ikhlas dari hati, sy syg awak.=)

Norsyahidah Zulkarnain said...

Assalamualaikum ukhti yang tabah, ana sangat mengangumi perngorbanan enti (: ketabahan ukhti amat teguh dan utuh. Salam takziah dari ana.semoga ummi ukhti ditempatkan bersama golongan org org yang beriman,Amin. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau kurniakan lah sifat mahmudah kepada ukhti ini Ya Allah,Engkau berikanlah ukhti ini keredhaanMu Ya Allah,smmgnya ukhti ini sangat tabah walaupun beriku luka menghiris di qalbu beliau. Amin amin yarabbal alamin. Teruskan hidup dan terus mara ke hadapan. ummi ukhti pasti bangga dgn enti :) InsyaAllah