Pages

Thursday, March 29, 2012

Kembar hatiku Illiyya, kuat untuk ummi abah ye.



Teringat,
9 tahun lepas, memori illiyya dilahirkan, penuh dengan kekecewaan.
"ala kenapa ummi tak lahirkan lepas birthday khairun je? 2 hari je kot"
penuh nada kecewa, bila hari lahirku digantikan dengan kelahiran seorang adik perempuan, adik ke 7 kami,


  Illiyya binti Rozman-Azni. 

Hari jadiku dilupakan, semua bertumpu kepada bayi sepet yang merah-merah botak itu. Hee. Senyum.




.:muka Illiyya merajuk tunggu khairun habis kelas nak pergi lotteworld. South Korea, 2011:.



Hari ni genap aku berdiri di sini, korea selatan. 4 tahun melihat tarikh agung ini, 30 Mac. Hari lahir kembar hatiku, Illiyya. Tak dapat bukak hadiah sama-sama, almost 4 tahun dah ye? huk. Dan 2 hari lagi katanya tarikh untuk aku. Emm bukan tarikh aku. Kan? Tarikh itu, bukan milikku, sama sekali.

Dulu kalau sekolah rendah, ummi atau abah datang jemput, mesti sahaja kawan-kawan akan kata itu kakak atau abangku. Kerana ummi dan abah sangat muda, abah masih tidak nampak ubannya, kepala dan misai masih pekat hitamnya. Ummi pula muka penuh seri, tak nampak kedut-kedut langsung di pipi. Kadang-kadang ummi suka nak main basikal sekali pusing padang petang-petang. Sihatkan badan, katanya. Abah pulak join marathon sekolah kami, bertanding dengan ayah kawan-kawan yang dah pun berumur 50 tahun ke atas, manalah aci haha.

Indahnya.
Memori itu sentiasa akan kekal memori, ummi abah ku yang 'muda'.

Ummi dan abah berkahwin semasa masih lagi belajar, 20 tahun keduanya ketika itu. Kalau sekarang khairun dah 22, ummi masa tu dah pun ada Umar dan Hannan, kan?
Seronok. Kalau boleh nak aje kahwin awal macam ummi abah, tapi sistem belajar sekarang tak berapa mengizinkan. huk. Lupakan kejap angan-angan tu. Dah 22 tahun dah ni T_T



huk. *lap air mata*



Esok, illiyya bakal sambut hari jadinya, dan aku hanya mampu tersenyum mendengar suaranya di telefon semalam. Tak sabar katanya, ramai kawan nak datang rumah sambut. hik.


"Illiyya nak sambut hari sabtu, sebab hari ahad is yours, then we celebrate together la kan? In the middle. Illiyya Friday, Khairun Sunday, then both of us Saturday"


hak. Tergelak jugak aku dengar tu. So sweet and innocent. Rasa macam kembar pon boleh dah :')

"So Illiyya nak apa for your birthday?"

"Something's cheap. Or maybe the most expensive? HAHAHA"
Gelak besar dia.

"Expensive macam mana tu ilya? khairun far far away from you la"

"Expensive tu, I want you to come home and sambut my birthday. That's the most expensive present Illiyya paling nak tahun ni. HAHAHA. kidding"

huk. Menitik abes satu dua, tahan hingus. Main-main ke hape budak ni. :)

Wah.. 9 tahun sudah. haha. Detik illiyya dilahirkan tu. Tersenyum teringat. naivenya aku kan. Sedangkan ummi sedang sakit lepas bersalin, boleh lagi merajuk sebab tak dapat kek hari jadi. Kena beralah sebab adik. huk. Manja betul lah.


Hannan called semalam cerita-cerita pasal rumah. Illiyya dah matang katanya. Semalam ummi pengsan lagi,
"She was lying down on the floor, and Illiyya tak larat nak angkat, coz i was alone in the house, Khairun. I just tolak-tolak ummi suruh wake up" -Illiyya cerita
Hannan cerita pulak, Illiyya cakap kat ummi lepas ummi sedar,
"Don't worry ummi, I can take care of Imran for you"


T_______________T


My Illiyya, da besar sangat dah. Rindu Illiyya selalu :')



Sekarang ummi dan abah sudah berumur lebih dari 45 tahun. Terasa hilang masa-masa dengan ummi abah sejak datang sini. Walaupun balik setiap musim cuti, lain rasanya bila balik sekali, nampak kedut ummi, balik 2 kali, nampak pula uban abah.

Ummi dan abahku, dah mencecah zaman-zaman pencen rupanya. Ngeluh kejap. Tak dapat lagi nak tukar memori mudanya ummi dan abahku. Dalam kepala ummi dan abahku masih sihat, mungkin sedang bermain basikal keliling rumah? Atau mungkin abah sedang jogging di padang?


Mereka sudah tua, Illiyya. Khairun nak minta maaf tapi, Illiyya je yang boleh kami harapkan sekarang. Walaupun baru 9 tahun, kami yang jauh dari ummi abah, yakin dan percaya Illiyya mampu jadi kakak di rumah tu kan? Illiyya lagi kuat dari khairun kat sini, so i believe in you. Always. :')

Tolong jagakan ummi dan abah for now. InsyaAllah khairun cuba balik cepat summer ni. Semoga Illiyya menjadi anak yang solehah selalu, anak solehah ummi abah ^^


Happy birthday to you. Dari kakakmu yang jauh ni.


psst : Illiyya, nanti balik khairun bawak odeng! ^^



Rumahku syurgaku. Keluargaku ahli syurgaku. Rindu selalu.


Syafakillah ummi, syafakallah abah. Hari esok ni, bukan hari lahir khairun, tapi hari lahir ummi bukan? Hari itu ummi sakit meneran khairun keluar, hari itu abah cemas tunggu di luar bilik bersalin, hari itu banyak darah ummi keluar.. hari itu terdengar sayup suara abah mengazankan khairun. Hari itu ummi membelai khairun buat pertama kalinya dengan tersenyum. Hari itu, Khairunnisaa binti Rozman dilahirkan. :') 


Tapi hari itu sudah pasti bukan milik khairun, tapi milik ummi. Selamanya. Selamat hari lahir, ummi. 


Kekadang teringin kan nak post pasal family? :')


5 comments:

asya qwiey fasyarina said...

salam,even i dont know u n ur sist,u girls really touched me,just like my sis n me =) sanah helwa anyway,may Allah bless ur family

alyamohsin said...

kak krunn^^
hujan renyai2 here..
menitik jugak bace post ni..
same here..missing my family badly:'(

atiqah aziz said...

hanya org yg hebat diuju dgn dugaan yg hebat. semoga Allah memudahkan urusan krun sekeluarga. All the things happens make us appreciate what we hv around us more n more. take care!

azzizatul.huda said...

krun

awak buat akak menangis T___T
semoga awak kuat di sana

Anonymous said...

salam.
sgt tersentuhh dgn pnulisan awak.
moga kita dpt bertemu satu masa nnti if sy jejak kaki kat korea. inshaAllah.