Pages

Monday, March 26, 2012

Jadilah judul buku yang berisi, peribadi hebat itu.



Pesanan akak dalam liqo' pertamanya itu, supaya terus memperingat.
"Ha da dapat isi untuk hari ni, tulis. Tulis balik kat mana-mana awak nak, dinding? Buku sekolah? Tulis biar ingat. Cakap je ulang-ulang, cakap la dengan adik awak ke, sambil masak dengan mak awak ke, paling hebat cakap dengan dinding. Ulang-ulang untuk diri sendiri. Biar ingat sampai bila-bila. Kalau yang dah ada mad'u, cerita terus apa awak dapat, yang tak ada mad'u lagi, buatlah cemana saya suggest tadi. Pastikan awak ulang! Ingatkan diri sendiri balik. kan."

Hakhak. Cara akak bercakap memang buat saya asyik nak tergelak *sekarang pun tengah tersenyum sambil pegang telefon, ulang-ulang record liqo' haritu :)*


psst : saje nak refresh memori hari indah itu. Tiada kaitan dengan di bawah 인가? :P



"Jadilah buku yang bermanfaat meski tak punya judul, dan janganlah menjadi buku yang hanya berisi judul tanpa ada sesuatu di baliknya"


Terngiang lagi pengakuan akak muharikah dalam pertemuan pertama kami. Yang mana aku membuka mulut seluas kemasukan 15 ekor lalat huho. Terkejut kan, dapat jumpa. Saat tu tak akan aku lupakan, yang mana satu titik pun tak aku nampak lagi diri akak tu yang sebenar. Cuma mampu tersenyum, ternganga, terusha akak tu tanpa kelip-kelip. Hanya dengan menatap wajahnya. Wah. Sangat teruja.

Sama sahaja maksudnya dengan post syafiqah yang baru itu,


"Bagaimana agaknya, saat pertemuan pertama kita? 
Adakah aku yang selama ini kau baca, 
sama dalam tulisan atau tingginya angan?
Hampa? Iya, kerana aku juga tidak sempurna."



Tapi gayanya yang berbeza, kata akak itu :

"Semua orang nak jumpa sangat ngn saya,
mesti semua expect saya mcm tu mcm ni, 
tulisan hebat, orangnya mesti hebat kan krun? 
Tapi bila jumpa, baru dapat tau, 
k.aisyah sebenarnya "wek" *buat gaya nak termuntah*"


haha akak..akak. Seriuslah sangat kelakar masa tu. Penat tahan gelak juga. Dalam hati memang terdetik "kelakar juga akak ni, di sebalik tulisan hebat lagi matang dan serius itu kan, personalitinya juga menarik"


Somehow akak tu mmg resembles awak di sana ^^


Tak akan mungkin peribadi seorang pejuang tidak dicerminkan melalui penulisannya. Sudah pastilah, yang menulis lagi berbunga, hatinya juga berbunga. Yang menulis gagah dengan kata-kata penuh bersemangat, sudah pasti hati di dalamnya juga gagah bergetar mahu berjihad setiap masa. Kerana itu tempias peribadinya juga terkeluar melalui kata-katanya, penulisannya. MasyaAllah. kan syafiqah? hee ^^


Wah. Peribadi yang hebat itu.



Kekadang itu.

Kekadang teringin memiliki peribadi secekal Hamzah Radiallahuanhu, syahidnya yang penuh dengan kepiluan. Hingga ke saat akhir melindungi Rasulullah dengan janjinya, dengan tubuh gagahnya. SubhanAllah.


Kekadang teringin memiliki peribadi sehebat Umar Radiallahuanhu. Bau tubuh Umar sahaja yang bangun mengangkat langkahnya, syaitan sudah lari beribu batu takutkan keimanannya. Ulama' mengatakan,"Umar adalah orang yang ketika berfikir tentang sesuatu, juga mampu berfikir tentang sesuatu yang lain". Dikatakan pula oleh Ibnu Qayyim, Umar adalah Tadaffuqul azamat : "memunculkan berbagai macam gagasan dan tekad pada waktu yang bersamaan". MasyaAllah. SubhanAllah. :')


Kekadang teringin memiliki peribadi semantap akak muharikah, yang boleh bermultitasking menulis lagi mengendalikan liqo' setiap hari pagi dan malam. Tambah lagi dengan menguruskan majalah baru dalam masa yang sama. SubhanAllah


Kekadang teringin pula memiliki peribadi tegap lagi berkobar-kobar kak syimah, yang akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bumi palestin, berbual lagi dengan para mujahideen di sana. Menyaksikan sendiri sisa-sisa bangunan yang hancur dibedil zionis. "Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan sejuta wang ringgit pon" katanya. Aku kata berjuta-juta hatta kalau jual kesemua harta pun akak, tak dapat beli pengalaman tu :') SubhanAllah


Tapi, itu cuma kekadang. Lihatlah pendirian aku yang tak teguh, sekejap mahu menjadi yang itu, mahu menjadi yang ini. Manakan nak datang pantulan peribadi ku di tulisan2 sekalipun dalam video yang pernah aku hasilkan? Bau-bau lemau itu sentiasa menghiasi hidung si pemerhati. Kejap bangun, jatuh lagi, bangun lagi jatuh sebelah lagi kaki T_T



"Sedangkan kalau dikira sahabat sahaja sudah beratus ribu variasi personaliti, peribadi mereka yang bermacam-macam, dan mereka semua akan ke syurga. Apakah kita hanya mahu menunggu, menatap kejayaan mereka sedangkan kita juga diberi anugerah berbeza dari orang lain? Dan kekadang kenapa kita tidak nampak diri sendiri, hanya orang lain di mata kita? Kerana kita masih lagi tak yakin. Kerana hati masih lemah lagi dimanjakan. Sampai bila pun tak akan bergerak"
Bekas pesanan naqibahku :')




"Jatuh tak salah, tak bangun yang salah" - kak huda :)



Perlu bermula dengan diri sendiri. Yakin dan mengerti kemampuan sebenar untuk menyinar. Mungkin aku tak mampu memiliki peribadi seperti mereka di atas, tapi boleh menyumbang dengan style aku sendiri. Boleh kan? Kamu juga boleh. wah. Tentu kamu juga mahu. peribadi yang hebat itu.



Jika tidak mula sekarang, pasti akan menadah kembali sesalan yang tak berguna atas masa-masa yang telah dibuang, bermanja dengan perasaan. T____________T Iya. Aku sedang futur tempoh hari. Futur yang aku sangkakan tak datang menemui ku lagi. Tapi apakan daya aku sangat lemah dan menerima panggilan manjanya.



Cukup setakat ni. Tak mahu lagi F. Mahu A+ sahaja :')



"Jadilah no.1 dalam bidangmu. Lebih baik no.1 bagi diri sendiri daripada no.2 di bawah bayang-bayang sukses orang lain" -QT


Ini serius sangat menaikkan semangat. Quantum Tarbiyah :D

xxxxxxxx



Peringatan itu belum lagi perlu berhenti. Semua perlu mengingatkan satu sama lain. Kerana kekadang bila tiada peringatan itulah datangnya bisikan-bisikan futur dari syaitan. Bisikan penuh bau busuk itu, lagi menyumbatkan lubang telinga. Geram. Dengan diri sendiri juga geram.



Teruskan menulis kalian, kerana siapa yang tahu, dengan rahmat Allah yang sangat luas itu, sekali terpancar pada hati si pembaca, pahala itu sudah ditempah untuk timbangan kamu nanti. bukan? SubhanAllah. Sama-sama memperingati. JOM!




"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan"
[88:21]



*serius bila dengar balik rekod liqo'-liqo' yang pernah hadir, semangat terus menerus datang! yosh! recorder pon perlu masuk list kit murobbi desyou :DD


2 comments:

Qautsar said...

:')



saya senyum sambil mata berenang-renang dalam air.


Rindu T.T

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah said...

krun.

awak manusia hebat, tahu?

T___T

nak jadi macam awak. wuwuw~