Pages

Saturday, March 24, 2012

Hok. "Tuanku berharga 1 won."



"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman"
[9:112]


Umpamanya bunga-bunga (manusia itu) di suluh cahaya kasih sayang dari Ar-Rahman..
"Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." :') InsyaAllah.


xxxxxxx


Maharaja bertitah kepada calon bakal pemaisuri seterusnya :


"berapa harga beta kalau ditukarkan dengan duit?"

"1 won."



Wah. Jantung aku jugak berdegup kencang melayan episod hea-pum-dal ni. Apakah berani si rakyat jelata lagi rendah standardnya menyatakan nilai maharaja agung selaku pemerintah negara sebanyak 1 won sahaja.



Nak senyum. 1 won. :)



Semalam aku ada isi sedikit masa melihat siri episod hangat yang dibualkan di mulut rakan-rakan. Dan kawan-kawan korea sekelas setiap hari. Semua menadah tajuk cerita itu supaya aku terjebak juga, dan akhirnya aku terjebak. Bukan melayan perasaan, serius aku malas nak terjebak dengan scene romantis-korea-yang-tak-boleh-pakai-dah-tu. Emm tapi insyaAllah dengan niat, aku mahu sesuatu yang baru boleh dipelajari, sesuatu yang boleh menambahkan ilmu untuk 'berbalah' dengan orang korea mungkin? Hoih. Ayat sedap sikit, untuk mengutip sedikit sebanyak jawapan, sekiranya timbul persoalan untuk meng-test keupayaan kita tentang sejarah mereka dengan mengambil tahu sedikit sebanyak kisah raja-raja mereka. *lap peluh..jauh merantau ^^*  Istighfar.


Despite pelakon-pelakon yang tampan tu Allah.. jagakan hati aku.. astaghfirullah
Puas juga meng-forward double triple speed bila sampai takat muka-muka pelakonnya yang tampan tu, susah.. kerana jahiliyah itu sentiasa memanggil-manggil T_T mesti nak kata "da tu sapa suruh tengok?" :o


Clip sang maharaja bersoal-soal dengan permaisuri. Cepat scroll ke bawah haha ^^


Alhamdulillah sebenarnya bahasa lama korea serius dapat aku pelajari sedikit sebanyak, dan secara tak langsung menambah perkataan-perkataan baru dalam kamus koreaku. Disamping terkalut menekan mouse untuk double speed scene-scene tak enak tu, ter-berhenti dekat scene yang paling mendebarkan, dan membuka mata. Ketika maharaja besar sedang menemuramah bakal pemaisuri istananya dari beratus-ratus calon.



"Jadi berapa harga beta kalau ditukarkan dengan duit?"



Seorang antara 3 calon terakhir yang suka mengampu menyembah maharajanya
"Yang dipertuan-besar-agung maharajaku, tuanku bernilai lebih dari sebuah gunung ganang lagi seisi lautan, seluas kota joseon dan seisi penduduknya bla bla.." -translated hakhak. Tak berapa ingat perumpamaan yang dibuat tapi hebatlah. Kemain dekat satu bumi dia nak sebut.

Maharaja angguk-angguk sambul tersenyum pegang janggut. Dan calon terakhir menjawab,




"Tuanku bernilai 1 won"




Hok. Terbatuk pengawal kat sebelah bersama seisi ruang tamu tuanku tu.



"Tuanku, kepada rakyat jelata pada zaman ini (zaman joseon -korea 1392), Tiada apa yang lebih berharga daripada 1 won. Orang yang ada 10,000won di tangan dan kaya raya, takkan dapat rasa harga 1 won itu. Tapi untuk orang yang miskin tak ada apa-apa di tangan, mereka sangat sedar betapa berharganya 1 won itu dalam hidup sehari mereka. Jadi kepada rakyat jelata, tuanku adalah umpamanya 1 won yang sangat berharga itu, di mata mereka tuanku lah 1 won itu, tuanku lah kehidupan mereka"


Wah. Tergamam. Sebab ada sound effect music sekali dalam scene tu..err.


Begitulah sebenarnya perumpamaan yang mudah tapi sangat menyentuh hati bukan?


Kalau aku katakan berapa harga iman dan islam yang aku dapat sehingga kini?
Pastilah aku katakan tak ternilai harganya dengan wang dunia. Tapi, perumpamaan sesuatu yang berharga seperti orang miskin mendapat 1 won itu, sangat membuka mata bilamana kita rasakan di saat kita tiada walau seketul tanah, walau semangkuk nasi, walau sehelai selimut..bukankah kita memandang 1 won itu sebagai penyelamat untuk hari esok? kita berasa selamat kerana masih punyai 1 won di dalam poket, yang bermaksud harapan untuk kita terus hidup.



Harapan itu.. Harapan dan jaminan untuk kita terus hidup.



Terdetik aku ketika menonton babak itu, apakah, selama ini iman dan islamku bernilai seperti perumpamaan 1 won? Bukan harga 1 won itu, tapi perumpamaan berharganya 1 won itu.
Adakah hari ini aku rasakan lagi, dengan adanya iman dan islam, aku berasa selamat dan punyai harapan untuk masa esok?


Dalam keadaan kita sedang terkapai tidak punya apa-apa, perasaan itu.. perasaan desakan itu, perasaan ketika tiada apa di tangan, perasaan mencari harapan itu, bersyukurlah dan senyumlah kerana kita masih punyai nikmat terbesar Allah azzawajalla, iman dan islam. Nikmat ini yang masih lagi diberi pinjam sampai ke saat aku sedang menaip ini, subhanAllah, walhamdulillah sungguh aku katakan, sangat bernilai, sangat berharga, ianya adalah harapan aku, adalah jaminan aku



untuk ke syurga.



Iman dan Islamku. Ya Allah ya robbana, teguhkan iman kami. Tanamkan perasaan izzah dengan islam agamaMu dalam hati kami. Lindungi iman dan islam kami sampai ke hari pembalasanMu. Amin.


"Sesunggguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
[9:111]


Bersama dengan rakyat syria, islamlah agama kita. Islamlah selamanya. Doakan mereka dalam qunut nazilahmu hari-hari. Doakan mereka, dan doakan kita dapat bersama menjejak syurga Allah.


psst : bolehkah aku senyum hari ini? :) Alhamdulillah.




3 comments:

Shaasaab said...

salam krun,
apa nama drama korea ni? heeee :)

kruN. said...

waalaikummussalam, nama english die "The moon who embraces the sun" haha. jgn terpesona plak tgk watak2 kacak huh..semoga Allah menjage hati para2 penonton T_T

Qautsar said...

:)


cinta 1 won.

boleh ke?

aha.

*lega awak dah senyum :)