Pages

Saturday, March 3, 2012

Aku jual dengan 35,000won. hoih.





"slurrpp.. am nyam nyam.."
Minum nestum pagi hari sambil renung luar tingkap, tangan memegang erat smartphone berwarna hitam. Bunyi notification tak berhenti dari semalam.
"oh.. hidupku yang sibuk"


Hari ni berterusan aku menjual dengan harga 35,000 won sebulan.
Jual masa ku. jual.. jual masaku dengan tiket untuk ke syurgaMu ya Allah.
Kakaotalk dan whatsupp tak berhenti masuk message. Jari jemari juga tak berhenti menekan skrin sentuh berteknologi tinggi.

Inilah zaman aku, hidupku yang sibuk.

Kenapa semua orang pun mahu menggunakan smartphone? Untuk berchatting? Dua. Untuk senang ambil gambar sebab skrin besar? Tiga. Untuk senang access internet? Empat. Untuk bergaya? emm nanti dulu.

Yang pertama bagiku ialah untuk berdakwah. Ya untuk berdakwah. *ade bunyi gelak-gelak kecil si syaitan*

eh kenapa kau gelak? Ini serius tidak kelakar.

"Kebelakangan ni aku tengok krun ni tak pernah lepas telefon dia"

haha. kaan??? Tulah. Sebab setiap saat aku rasakan perlu untuk mengupdate isu semasa. Setiap saat aku rasakan perlu untuk berbincang tentang dakwah. Setiap saat aku rasakan perlu untuk berinteraksi dengan Allah. Setiap saat aku rasakan perlu untuk bersembang dengan akhawat, saling menguatkan dan menasihati. Bukankah teknologi itu memang memudahkan?

Alhamdulillah. Sapa sangka kakaotalk dan Whatsupp sangat memberikan peluang untukku berbincang tentang dakwah dengan akhawat seantero dunia, bertanya khabar, bertukar nasihat dan semangat. Dalam berhubung tu kita bukan cakap-cakap kosong, selalu akhawat dari seberang memberiku nasihat, kata-kata semangat, walhal kami selalu berbincang tentang dakwah di tempat masing-masing dalam seharian. Browser dan youtube pula membenarkan aku mengaccess isu semasa tentang saudara kita di syria dan palestin. Al-Quran digital dan Matsurat Ustaz Don pula memudahkan aku untuk mengisi masa lapang ketika dalam bas atau di kelas. MasyaAllah. 35,000won sebulan, bukankah itu jualan yang bermanfaat? 


Jual masa dengan jualan hebat iaitu tiket kita ke syurga.
Tiket ke Syurga Allah. Hanya dengan smartphone. hoih.. siapa tau? 


Tapi ramai yang suka mengambil negatif dari positifnya yang bertimbun itu.


"Smartphone melalaikan"

Paling aku tak boleh terima. 

Siapa yang suruh gunakan ke arah kelalaian? Bukankah dakwah itu pelbagai? Dari sekecil-kecil telefon semuat tapak tangan itu, banyak dan terlalu bervariasi dakwah yang kita boleh lakukan. *huh.. task hari ni fikir at least 20 benda manfaat boleh buat dengan telefon*




Boleh listkan 50 lagi kan? Dan lebih.


Seorang daie bukan hanya bermanfaat kepada dirinya, tapi kepada orang lain. Manfaatkan dirimu, walaupun dengan smartphone. Menulis haa dalam keretapi, kalau yang memang power boleh menulis dalam 10 minit. Kalau jauh, tak mampu nak ziarah sahabat hari-hari, call aje lah. Hantar smiley ke, siapa tahu dengan smiley mampu menceriakan harinya hingga ke malam. wau.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya dakwah sangat mampu berkembang dengan hebat menggunakan smartphone. Yang orang nampak hanya "kelalaian" yang dimaksudkan dengan bermain game, berchatting, tengok youtube. Aih.. kemanheyajyo.

Mari gunakan telefon-telefon, tab-tab, note-note canggih anda ke arah syurga. Ke arah keredhaan Allah.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.."
(61:10-11)

Alhamdulillah. jazakillah khairan kathira kepada mereka yang tidak putus-putus menghubungi aku setiap hari, memberi semangat dan nasihat kepadaku, berkongsi cerita sahabat etc. Moga Allah menggantikan masa-masa antunna dengan naungan rahmatNya yang beterusan.

cc: bie, k.nad, rahil, faraaini, afiqah, k.anis :')

Semoga setiap sen yang aku gunakan, aku gunakan dengan jualan kepada Allah, untuk syurgaNya yang satu.

amiin.



psst : pasni kalau nampak orang dok melekat je dengan telefon, boleh ke husnuzon dulu? hukhuk. Untuk diri sendiri ehm ehm.



1 comment:

Anonymous said...

wuu..baru tersedar dari mimpi..jzkk krun:)