Pages

Wednesday, February 15, 2012

Tempias. Pedih tapi.




카이룬 = "Khairun".. sepatutnya membawa maksud "yang baik itu", tapi hari semalam telah aku calarkan maksud terindah namaku.. Allahurobbi.. ampunkan dosa ku ya Allah... T_T



"ummi rasa ummi dah tak kenal awak. u are not like khairun i knew before"



pedih.



Kelopak mata baru ku bukakkan, tempiasnya seperti air yang sedang mendidih takat suhu 100 darjah penuh. kata-kata tu. pedih.


Baru sahaja aku bangun dari tidur 30 minit, ummi sudah berdiri tegak di depanku. hampa. kecewa. keliru. dan terkejut mendengar ayat-ayat yang diluahkan ummi. Yang betul2 aku dapat dengarkan dengan jelas.




"ummi rasa ummi dah tak kenal awak...." 



T_T 



lampu bilik ditutup lagi. aku cuba tidur semula untuk menenangkan fikiran. saat aku mengulang2 "bukan itu yang aku mintak, tapi hati aku memberontak-rontak mahu mencuba" cubaan, harapan dan keinginan aku itu mulai aku rasakan salah.




salah bukan? salahkah?



Semalam ummi cuba banyak kali untuk berbicara, tapi hati aku yang penuh keegoan mengelak setiap pandangan mata penuh kasih sayang itu. Kerana aku sangat mengikut kemahuan hati, yang aku rasakan aku sangat betul dalam hal itu. Allah.. ampunkan aku

Aku tak tahu ummi, hatiku kerap bergelora, tatlkala sesaat memandang wajahmu, air mata tak akan berhenti bercucuran, dada tak akan berhenti sebaknya, memikirkan kasih sayang ummi yang sangat dalam itu. Aku tahu ummi sangat sayangkan aku, dan kata-katanya sangat bermakna untuk masa depan dan hidupku yang sedang berlari dahagakan panduan ini.

Cumanya, aku tak mampu untuk mengangkat kepala berbicara mata ke mata dengan ummi. "khairun tak ada kekuatan tu lagi, belum ada, hanya mampu mendengar dan menghembus nafas berbau ego itu"

tapi.. aku tau, aku sedar aku salah di sini, kerana aku telah mengecewakan ummi. Aku telah menggores hati suci berkilaukan cinta ummiku, dan abahku. Aku telah menggores keduanya, yang mungkin boleh sembuh tapi parutnya tetap akan kelihatan.


Ummi,
Niqob itu, mungkin keinginan hati buat masa ini, hanya keinginan hati. Tapi apakah keinginan itu lebih mahal harganya dari redha ummi dan abah? dan redha Allah? insyaAllah, khairun yakin, ummi lebih memahami, ummi lebih jauh berpengalaman dalam hal ini. Dan Allah lebih mengetahui. Sehingga belum diizinkan itu, sehingga itu lah belum bersedia lagi aku untuk mensarungkannya.



sure, i will obey you, mother.



maafkan khairun ummi, abah.


Alhamdulillah, sempat mengucup tangan ummi dan abah sebelum bertolak, dan biiznillah bibirku mampu mengucapkan perkataan maaf dari hati yang penuh ego dan hitam ini T_T Allah.. ampunkan aku.. ampunkan kedua ibu bapaku...



"Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepadaNya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku sewaktu kecil" 

(Al-Isra' : 23-24)




.:peringatan untuk diri sendiri buat masa sekarang akan datang.. dan peringatan untuk semua insyaAllah. Hiduplah berbakti pada ibu dan bapa kita... :')):.




p/s : bila ibu bapa mula berkecil hati, Allah juga tidak akan redha dengan hambaNya. Jagalah kedua ibu bapamu, kerana redha mereka adalah redha Allah juga. Semoga Allah ampunkan dosa2 aku semalam, dan hari sebelumnya. T_T




2 comments:

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah said...

bismilLah.

masyaAllah!

adikku krun.. takpe.. don't worry k, you are not alone in this journey sayang!

teruslah kamu yakin pada Allah seyakin-yakinnya dik.

mungkin bukan hari ini kamu ditakdirkan dapat memenuhi hasrat di hatimu itu. tak apa.

Allah tidak pernah silap menghantar kita ke korea.

dan Allah juga tidak pernah silap memberi ibubapa kepada kita!

ingat lagi? ;)))

akak pernah lalui jalan yang kamu lalui. lebih 10 tahun akak membawa hati yang luka.

tapi sekarang... Allah menangkan akak!

teruslah yakin denganNya.

masa itu akan sampai. nanti.

Khazinatul_Asrar said...

Krunnn, rasa nak peluk awak skrg. huuu.

InshaAllah niat murni krun tu Allah akan tunaikan jua, mungkin bukan skrg, bukan lusa, dan mungkin juga bukan di dunia, tapi inshaALlah di syurga kelak :')

Akak boleh bayangkan betapa kecewanya hati krun, sbb ada kawan akak pun begitu. Tapi yakinlah, Allah xkan uji hambaNya yang DIA yakin hambaNya tu boleh go through. InshaAllah yakinlah adikku krun <3

Perjalanan ni masih panjang, redha mereka itu sangat penting utk kita bawa ke mana2, seperti yang akak katakan haritu :')

Dua2 akhawat krun ni yg akak sayang. huu yang lain juga, walaupun belum pernah bersua, ikatan ukhuwwah dan aqidah menyatukan kita walau dimana kita berada.

uhibbuki fillah <3