Pages

Saturday, February 11, 2012

Kuasa sepasang tangan yang kosong. Henshin!


asif : post ni pun tak berbunga ayatnya ^^emm nk share sebenarnye dalam post ni, kuasa sepasang tangan yang kosong. wau.

"Angkatlah tanganmu yang kosong itu, hatta ia kotor atau pun kudung, berdoalah... Berdoalah kerana Allah mendengar setiap cicit ayat yang keluar dari mulutmu yang sedang berdoa kepadaNya"



"hoh cantik gmbar ni kan.. macam mencari sinar baru. henshin! :PP"


bertukar! super saiyaa haha


Kebelakangan ni banyak dengar dan gunakan "henshin!" ^^ mungkin pernah dengar dari video cik beah osem, tak pun dari t-shirt brotherhoodarts. Tak pun kalau kitorang, dengar dekat jepun tempoh hari heee. Seronok sebenarnya bila belajar bahasa lain. Dapat feel maksud sebenar perkataan. Sebab kadang-kadang ada sesetengah perkataan tu, tak ada dalam kamus melayu, tak boleh ditranslate bulat-bulat. Kena faham dari perkataan asal tu sendiri kan? *ok kepala serius lah dah tepu dengan korean sebenarnya hakhak*

Henshin!

from zero to hero! ^^

Serius mahu bertukar kan, siapa je yang tak mahu bertukar. Maksud lain di sini : mahu berubah. berubah kepada yang lebih baik, berubah untuk tak mengulangi kesalahan. berubah kepada sesuatu yang mahu dicapai.. berubah dan berubah.. kepada diri yang baru.. dan yang baik insyaAllah. Masa dah makin habis awak, kalau awak tak berlari sekarang.. pasti tertinggal. pasti~ sebab garisan penamat tu dah nampak sikit-sikit batang hidungnya :)


"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..."

Hadis riwayat Ahmad dan Al-Thabrani


kalau rasa nak berubah sekecil lubang bulu roma pun, berubahlah. Cuba untuk berubah. Kerana yakinlah perasaan itu disuntik Allah.. yakinlah itu hidayah daripadaNya :')

err..habis bab henshin! ^^



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Siapa sangka, cuti musim sejuk yang singkat kali ni, penuh sangat dengan keajaiban. 3 bulan cuti ni aku rasakan macam setahun lamanya. bermula dengan jaulah ke jepun lebih 2 minggu. subhanAllah.. dengan kampung tarbiyyahnya. Bukan sekampung tarbiyyah yang dapat, tapi lebih 1001 kampung tarbiyyah Allah kasi kat sana. Berkenalan dengan ratusan akhawat jepun, yang tak pernah aku rasai sepanjang 3 tahun di korea.. sebak sangat. mulut tak keruan nak ucap Alhamdulillah... sangat banyak yang Allah kasi :')


Allah sangat pemurah kan? :')


Tulusnya, aku bukannya orang yang berduit sangat..serius lah. Semua datang dengan tiba-tiba.. Smpai otak aku kadang-kadang tergaru sendiri dek akar-akarnya. "Dari mana datang duit2 nak berjaulah ni?" superb tak dapat diterima otak-otak orang lain sekalipun. Jepun dah la mahal, korang pasti tergamam kemahalannya! heh..lagikan ke egypt. hampir lebih 10ribu habis dalam 3 bulan.. ya Allah. *apa yang aku buat?*



Tak. Bukan aku yang buat. Tapi Allah yang buat

"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
At-Talaq : 3

Percaya tak kalau aku katakan, aku dapat berjaulah dan semua, hanya dengan sepasang tangan yang kosong? Tangan yang hitam lagi lemah ni, mampu berjaulah sejauh-jauh negara yang pernah aku sampai.. mesir bumi anbiya. subhanAllah
sumpah serius aku hanya berdoa.. sejak tengok iklan promosi kampung tarbiyyah, aku tak lekang berdoa nak pergi. Duit tak ade, tapi cuma tanamkan niat betul2.. yakin memang Allah tolong subhanAllah. subhanAllah..
bukanlah duit tu memang jatuh dari langit bulat-bulat.. tapi Allah datangkan rezeki tu dari arah tak disangka-sangka kan. Tiba-tiba aje ada tourist dtg korea mintak tlg bwk jalan, kebetulan tak de kelas so jadi tourist guide kejap. Dapat bayaran masyaAllah..terus boleh beli tiket flight ke Jepun tau...! percaya taaakk :') *huu sape nak nanges sama-sama ni??? terharu sangat*



 "rasa mcm berlari2 kat paddy field bila bertemu dengan akhawat seberang... bahagia itu.. :') hikhik"


Sepanjang kat bumi anbiya, penangan doa lagi hebat kuasa empat. Minta lah apa pun pasti jadi, janjinya kena tawakkal sebetul-betul tawakkal. Letak semua pada Allah. Setiap kali aku merindui akhawat kat sana, pasti Allah temukan kami.. tak kira lah di tepi jalan ke, tiba-tiba muncul bab penculikan ke *haha akhawat mesir dah terer bab ni :P* hebat..sangat hebat. Allah sangat mendengar isi hatiku sepanjang di sana, smpaikan dapat habiskan bibit-bibit terakhir jaulah dengan akhawat tersayang selama 4 hari. MasyaAllah.. 4 hari yang aku rasakan 2 minggu.. rindu.. sangat :')

"Mungkin awak tak percaya, tapi DSLR aku yang rosak pun boleh terbaik sendiri, hanya dengan kuasa doa. "wau" taaakk??"


The power of du'a..pasti akan merasainya bila hati betul-betul dibuka hanya untuk Allah.. letakkan segalanya kepada Allah. Maji de! :))
Mari sama-sama angkat tangan kita yang lemah ni.. berdoalah sepuas hati.. berdoalah kerana Allah tak pernah tidak mendengar doa kita. jawapannya cuma

"ya"



"nanti dulu"



atau



"Aku ada yang lebih baik dari itu utk kamu"


masyaAllah... lets believe in Him, He will guide us insyaAllah

He will guide us :'))


psst : Mungkin aku pernah berdoa untuk diberi kekuatan dengan bilangan akhawat yang sikit di korea. Tapi siapa sangka.. Allah temukan kami dengan ratusan ribuan akhawat seluruh dunia yang sedang sama-sama berjuang. Dan cabaran mereka pasti lebih hebat dari kami. Allahurobbana.. masyaAllah. Akhawat Jepun dan Mesir.. Alhamdulillah dapat jumpa dengan antunna.. rupanya aku ada sebuah lagi keluarga besar di benua seberang. rindu.... :')


kirakan ni baru habis berjaulah betul-betul. lusa dah nak balik ke dunia paling sibuk..korea selatan. semoga Allah menjaga hati ku ke akhirnya. kepada message yang bertubi-tubi masuk suruh share tentang egypt, asif tak sempat aku nak balas satu-satu. tak terkata keindahannya.. smpai membisu lah sekejap. emm aku memang mcm tu.. sikit yang ku dapat, banyak sangat aku membebel. tapi bila dapat banyak.. tak terbebel dek mulut T_T cemane ye? emm tulah sekali arung nak menulis kat sini.

asif sangat jugak sebab aku tak reti nk share sesuatu...bila diminta untuk sharing.. mmg jadi lintang pukang T_T

Bismillahitawakkal tu alallah.. ^^

4 comments:

mujahidah1413h said...

:) best baca ini .. keep it up ya ukhti :) may ALLAH bless,, nice sharing.. ^^

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah said...

hukkk..

kenapa ayat ini --> Masa dah makin habis awak, kalau awak tak berlari sekarang.. pasti tertinggal. pasti~

[T___T]

time kaseh hadekku! *salam tangan dan pelok cik krun*

kruN. said...

meh saya sambut k.wee... nk peluk k.wee jugakkkk :'))) pegang tgn saya smpai akhirnyaa.

cahayalembut said...

krunnnnnnnnn!!!!! hukhukhuk

i am crying reading this post. Tahniah! sebab Allah pilih untuk dapat rasakan jaulah terhebat itu.

*pelukciumdarimalaysia*