Pages

Thursday, February 16, 2012

Aku perlu kuat. Aku perlu kuat. Aku perlu kuat!




"Dalam gelap tu pasti ada terangnya. Dalam kelam itu pasti muncul cahayanya. Persoalannya ialah bila dan bagaimana.. tunggu. Tunggu kami, membawa cahaya itu.. InsyaAllah"



"Kesian diorang ni, kena ada orang yang datang jaga diorang.. semuanya macam tak faham. sampai benda basic pun tak tahu. Kesian... diorang ni. kekurangan kasih sayang.."

Kata-kata dari beberapa akhawat seberang yang datang melawat kami.


emm. 


Aku faham itu. Kami juga faham. Kami dapat rasakan sangat keadaan terkapai-kapai mencari laluan itu. Kami memang rasakan sangat kesunyian itu. Tapi kami yakin, Allah tidak menghantar kami ke sini dengan sia-sia. Biarpun kami terkapai-kapai kekurangan kasih sayang dari lautan akhawat, Kasih sayang dari Allah tak pernah padam. 


Biar kami lambat berjalan, biar kami lambat untuk bangun, tapi kami tetap berjalan, kami tetap akan bangun. Kami tetap akan bergerak akak. Kami tetap akan berlari!


Walaupun kami tak tahu, walaupun kami tak hebat, insyaAllah ilmu yang sedikit itu pasti kami gunakan dengan sebaiknya. 


Jadi, jangan pernah berhenti percaya pada kami! 


psst: Kalaupun semua akhawat di sini sedang futur, maafkan aku, aku tak boleh turut serta untuk futur. Jangankan aku! Aku perlu kuat. Aku perlu kuat. Aku perlu kuat! 





5 comments:

fatinmarini said...

para akhawat tidak selalu berkumpul berpimpin tangan, tapi ingatan untuk semua selalu ada dalam setiap doa rabitah. itulah hebatnya akhawat kan? :')

mendoakan dari kejauhan. moga Allah terus bagi kekuatan buat krun dan akhawat korea untuk istiqamah dan tsabat dalam perjuangan.

Anonymous said...

kami di sini sentiasa percayakan antunna.

jangan pernah mengalah....

takkan surut walau selangkah,
takkan henti walau sejenak,
cita kami hidup mulia,
atau syahid mendapat syurga...

Anonymous said...

insyaAllah ukhti,
jangan putus asa,kuatkan diri.
kami disini sentiasa meyokong akhwat2 korea.

sanishaqifah said...

같이.. <3

Anonymous said...

futur tu ape?